MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, October 07, 2014

Nurseri Haram Jadah di Indera Mahkota 2


Antara Insiden yang menimpa negara
http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2014/10/baby-wm2.png?resize=553%2C288
- Gambar hiasan -

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRq6IRNpc03yjYVERqZFf8-tqSE4x3VrcWKyVV8Nnc_PivPMsEa
Kisah lanjut di >>>  sumber

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEQPRd-kqqJKTgZGU-ksyyxIRDiyezM1jsPuRGffEFOjzus6Nm9OD0Oi4OI2tfx7J4N81TgrrN1ZV7ew-V_L8Gfx1mUT2aQAywFphf0lWCVeBPVMILnmvYeRaJMGHjihwiYpsh6Q/s1600/taska+puaka.png
- Gambar hiasan -


Sebuah komen saya terima daripada pembaca blog saya yang bagi saya menarik untuk dikongsikan di sini, sebagai peringatan kita bersama sebelum semuanya terlambat (bagaimanapun gambar nurseri tersebut saya simpan dahulu buat masa sekarang).  Bagi saya ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan dan selalu melakukan pemantauan. Terdapat juga kes pekerja nursery memberikan bayi-bayi / kanak-kanak dengan dos ubat batuk yang sedikit untuk membiarkan anak-anak yang tidak bersalah ini "tidur" sepanjang hari....

Aduan mengenai nurseri tersebut telah dihantarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan Putrajaya:


_______________________________________________

"Terdapat banyak nurseri di Indera Mahkota 2 Kuantan yang terbaik servisnya tetapi saya mengalami pengalaman menghantar anak ke sebuah nurseri yang teruk servisnya (nama nurseri tersebut biarlah saya RAHSIAKAN BUAT MASA INI)".


Kejadian yang berlaku hingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia 3 bulan baru-baru ini yang membangkitkan kemarahan masyarakat menyebabkan saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya menghantar ke sebuah taska/nurseri (Taman Asuhan Kanak-Kanak).

Ingin saya kongsikan pengalaman saya menghantar anak saya ke salah sebuah nurseri di sebuah Indera Mahkota 2 Kuantan untuk peringatan kita bersama. Bukan niat untuk mengaibkan tetapi supaya setiap daripada kita sentiasa berhati-hati tak kira di mana-mana nurseri anak-anak anda atau anak-anak kepada sanak saudara atau rakan-rakan anda hantar sebelum nasi menjadi bubur. Walaupun nurseri tersebut bukanlah nurseri yang saya ceritakan di sini tapi tak salah jika kita sentiasa berwaspada kerana mungkin kelalaian pihak nurseri menyebabkan ramai lagi kanak-kanak yang hilang nyawa kerana banyak pemilik nurseri BERMEGAH yang kononnya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi perkhidmatan yang disediakan memang menjijikkan lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak dan bayi-bayi yang dihantar tak mampu hendak menceritakan bagaimana mereka "DIKERJAKAN" di nurseri. Terdapat banyak nurseri di Indera Mahkota 2 Kuantan yang terbaik servisnya tetapi saya mengalami pengalaman menghantar anak ke sebuah nurseri yang teruk servisnya (nama nurseri tersebut biarlah saya RAHSIAKAN BUAT MASA INI). Pengalaman saya menghantar bayi saya ke salah sebuah nurseri tersebut yang konon pemiliknya nurseri terbaik tetapi hakikatnya nurseri tersebut seolah tempat AZAB bagi kanak-kanak yang dihantar. Beberapa insiden-insiden menyebabkan itu merupakan kali terakhir anak saya dihantar ke tempat tersebut dan saya turut menegah rakan-rakan saya yang lain menghantar anak ke nurseri tersebut. 

Apa yang dapat saya simpulkan, servis di NURSERI PUAKA tersebut adalah disebabkan PEMILIK NURSERI TERSEBUT YANG MEMANG BERPUAKA, BUKA NURSERI SEKADAR UNTUK MENCARI DUIT SEMATA-MATA, BUKAN DISEBABKAN FAKTOR KEBAJIKAN, sebelum anak anda dihantar MULUT PEMILIK NURSERI INI MEMANG MANIS (yang seorang perempuan) BILA BERCAKAP DENGAN ANDA MEMANG MANIS, TETAPI BILA ANDA MENYATAKAN HASRAT NAK KELUARKAN ANAK ANDA DARIPADA NURSERI TERSEBUT (DISEBABKAN SERVIS YANG MEMANG TAHAP LONGKANG) ANDA AKAN DIMAKI HAMUN YANG MENYERLAHKAN LAGI SIFAT MULUT BUSUK BERHATI BANGKAI PEMILIK NURSERI TERSEBUT (apa dia ingat nak keluarkan anak daripada nurseri tersebut kena keluarkan notis 3 bulan sebelum ke macam nak pindah RUMAH??? 

Kalau servis dah memang teruk, satu hari pun orang tak sanggup hantar gadaikan nasib anak. Yang tak tahan, yang MAKI ANDA ADALAH SUAMINYA yang pada masa tersebut tetiba pula mengaku yang dia pemilik nurseri tersebut yang hakikat selama ini saya lihat hanya mengangkang di rumah tunggu isteri kerja, bila bab NAK MAKI ORANG tetiba pula SUAMI DIA MAIN PERANAN MACAM NURSERI TU BAPAK DIA YANG PUNYA yang sebelum berunding nak hantar anak langsung LAKI DIA ni tak main peranan macam tiada kena mengena. Alasan yang diberikan nurseri mereka tu TERNAMA LA SANGAT berdaftar dengan JKM, sedangkan servis tahap longkang, sedangkan bila aku tanya kawan-kawan yang biasa dengan tempat tersebut rata-ratanya langsung tidak mengetahui kewujudan nurseri tersebut, nama nurseri tersebut pun tak pernah dengar... 

Mungkin waktu tersebut aku yang terlampau baik hati pergi serah tengkuk cakap nak keluarkan anak DAN DALAM MASA YANG SAMA DAH RAMAI SANGAT YANG BLAH GITU JE DARIPADA NURSERI TERSEBUT, TAK PASAL-PASAL AKU JADI MANGSA KENA MAKI UNTUK LEPASKAN GERAM. Kata nurseri ADA NAMA, KONONNYA DUIT BANYAK BERSEPAH-SEPAH, SEMBANG LEBIH SAMPAI POKOK PUN BOLEH TUMBANG. Kalau betul banyak duit, setakat 2-3 orang tarik diri berhenti hantar ANAK, NAK KECOH APA HAL. Disebabkan geram, bila balik saya cari borang perjanjian, memang tiada dinyatakan kena bagi notis beberapa bulan kalau nak BERHENTI KELUARKAN ANAK, cuma cakap perlu maklumkan kepada pihak nurseri sahaja. Yang MAKCIK TUA NI PULA MAKI aku sebab aku tak maklumkan dia, walaupun aku dah  maklumkan kepada penyelia nurseri tersebut. LAKI MAKCIK PUAKA INI juga maki saya kerana saya sering memasuki premis nurseri untuk melihat anak saya kerana menurutnya ibu bapa tak dibenarkan masuk ke premis nurseri. Kemudian saya terfikir, apa ke bangangnya orang tua ni, aku masuk untuk melihat bagaimana anak aku dijaga & kekadang untuk pujuk anak yang kekadang meragam, masuk pun selepas pintu dibuka dan diiizinkan oleh penyelia premis, bukan main masuk je dan aku MASUK KE BILIK YANG ADA ANAK SAYA SAHAJA, TAKDE MASA NAK MASUK KE BILIK-BILIK LAIN. Bila aku semak kembali borang perjanjian semasa daftar ke TASKA tersebut, tiada dinyatakan IBU BAPA DILARANG MASUK ke TASKA / NURSERY TERSEBUT. BAGI aku, ibu bapa perlu selalu buat spot-check periksa keadaan anak di nursery tersebut, walaupun pemilik nursery tersebut menyatakan setiap pekerja hanya menjaga maksimum 3 orang kanak-kanak, maka semasa ibu bapa spot check masuk ke premis tersebut, maka tidak mustahil WAYANG mereka akan bermula apabila mereka tidak benarkan ibu bapa ke bilik-bilik kanak-kanak yang lain supaya ibu bapa tidak mengetahui TASKA / NURSERI tersebut tidak cukup pekerja dan setiap pekerja sebenarnya menjaga lebih daripada 3 orang kanak-kanak, di bilik yang ibu bapa masuk tersebut tidak mustahil kononnya setiap pekerja berlakon menjaga 3 orang kanak-kanak sahaja.
Selepas balik ke rumah, saya terfikir kembali hujah-hujah LAKI PEMILIK TERSEBUT yang bagi aku menyerlahkan lagi kebanganggannnya, mungkin hutang terlampau banyak. KEMUDIAN TERDETIK RASA MENYESAL SEBAB AKU TAK MAKI DIA BALIK, BIAR DIA SEDAR BILA BUKU BERTEMU RUAS, jika ia berulang untuk kali ke-2 saya akan kenalkan dia siapa saya. Jika keadaan masih bertambah teruk, saya akan fikirkan tindakan seterusnya). Sebenarnya saya juga mempunyai beberapa rakan yang merupakan pegawai di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT di KUANTAN dan PUTRAJAYA, dan hasil perdebatan saya dengan pemilik nurseri tersebut telah saya panjangkan kepada rakan-rakan saya ini, sememangnya ada beberapa prosedur yang telah mereka langgar.

Nasihat saya kepada yang ingin menghantar anak ke nurseri yang mungkin boleh menyebabkan PEMILIK NURSERI seperti MAKCIK PUAKA ini bengang dengan saya (jika ramai yang mengamalkannya mungkin lebih ramai pemilik-pemilik nurseri puaka tidak senang duduk dan lebih berhati-hati membuka nurseri bukan untuk mengejar DUIT semata-mata). Walaubagaimanapun ramai juga pemilik nurseri yang saya kenal memang membuka nurseri sebagai fardhu kifayah membuat kebajikan kepada masyarakat [ kecuali makcik puaka ini :-) ] :-

i) Membuat kajian dan mencari testimoni taman asuhan kanak-kanak / nurseri yang ingin dihantar. Banyakkkan bertanya kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak ke nurseri tersebut.

Banyakkan membuat SPOT-CHECK (Tindakan saya membuat spot-check ini mungkin menyebabkan pemilik nurseri ini bengang dengan saya). Anda boleh cuba tips-tips ini kerana tidak salah kerana ianya HAK ANDA....

ii) Cuba SPOT-CHECK datang untuk melihat anak kita diluar waktu kebiasaan kita datang untuk melihat bagaimana anak kita dan anak orang lain dilayan....
- Sebelum masuk ke nurseri tersebut dan bagi salam, cuba untuk pasang telinga berdekatan pintu atau tingkap. Penemuan saya amat mengejutkan apabila saya mendengar ada pekerja yang menengking kanak-kanak di dalam nurseri tersebut walaupun saya tidak nampak siapa yang menengkin dan siapa yang ditengking. Tersentak saya pada ketika tersebut, jika anak-anak orang lain yang begitu naif, tidak bersalah, tidak tahu apa-apa pun berani ditengking, bagi saya tak mustahil ia akan berlaku kepada anak kita. 
- Pemilik nurseri ada bercadang memasang camera cctv tetapi menangguhkannya. Bagi saya, jika pekerja mereka bekerja mengikut prosedur yang betul menjaga kanak-kanak, KENAPA PERLU MEREKA TAKUT UNTUK PASANG CCTV???? Mungkin ada sesuatu yang mereka sembunyikan.... Kalau nak canggih lagi, banyak teknologi sekarang yang membenarkan ibu bapa memantau anak-anak mereka melalui CCTV yang menghubung terus ke telefon bimbit mereka.

- Sebaik sahaja saya menekan loceng pintu masuk, mereka mengambil masa yang terlalu lama daripada sepatutnya untuk untuk membuka pintu pagar, takkanlah nak buka pintu pagar pun begitu lama seolah-olah sempat "menyembunyikan" apa-apa yang patut...

- Masuk sahaja ke dalam nurseri, terkejut saya apabila melihat ada kanak-kanak yang dibiarkan tidak berbaju dan berhingus meleleh-leleh hingga ke dagu menunjukkan hingus tersebut agak lama tidak dilap berdiri berdekatan pintu grill. Saya terfikir, jika anak orang lain pun diperlakukan sedemikian, juga tidak mustahil ia akan berlaku kepada anak-anak kita. Kebiasaannya pekerja nurseri dapat mengagak masa-masa ibu bapa akan datang mengambil/menjenguk anak mereka seperti pada waktu tengahari dan selepas waktu bekerja. Kesian kepada kanak-kanak yang masih tidak dapat bercakap kerana mereka tidak dapat menceritakan bagaimana mereka dilayan... 

- Apabila masuk ke dalam nurseri saya dapati bahawa tingkap-tingkap langsung tidak dibuka dan di"tinted" gelap di mana hanya orang yang di dalam rumah sahaja dapat melihat keadaan di luar rumah tetapi orang di luar rumah tidak dapat melihat bagaimana anak-anak di dalam rumah diperlakukan.

- Tilam serta peralatan kanak-kanak yang anda hantar turut dibiarkan oleh pekerja nurseri dikongsi oleh kanak-kanak yang lain. Untuk kes hygienic, ada kanak-kanak yang senang diserang sakit.

- Perhatikan bagaimana anak-anak orang lain dijaga oleh pekerja nurseri tersebut. Penemuan mengejutkan apabila saya melihat pekerja-nurseri yang rata-ratanya muda, ada yang menarik bayi yang masih kecil dengan manarik lengannya, (jika silap haribulan boleh tercabut lengan bayi tersebut), pekerja tersebut buat macam anak patung. Tak sempat untuk saya menegur pekerja tersebut kerana jarak yang jauh daripada saya berada). Terfikir saya, adakah ada dalam kalangan mereka yang hanya mengejar duit semata-mata atau kurangnya pendedahan menjaga bayi/kanak-kanak???  

- Periksa peti sejuk (refrigerator) - Pemeriksaan saya mendapat peti sejuk tersebut amat menjijikkan untuk diletakkan botol susu yang dihantar oleh ibu-ibu bayi. Terdapat juga daging-daging yang diletakkan bersama di dalam peti sejuk tersebut di ruangan sejuk beku. (Kata Nurseri kaya-raya, takkan nak beli peti sejuk lain pun takde duit !!!). 
- Periksa kekerapan anak anda diserang sakit semenjak di hantar ke nurseri tersebut seperti selsema bimbang penularan penyakit berjangkit. Jika anak-anak anda jarang diserang sakit, berkemungkinan nurseri tersebut penitikberatkan kebersihan...

- Periksa kebersihan tempat anak anda dimandikan dan bagaimana anak anda dimandikan.

- Periksa bagaimana susu anak anda disediakan. Pemeriksaan saya mendapati bahawa susu badan untuk anak saya disediakan dengan terus diletakkan air panas, bukannya air suam. Belum sempat susu tersebut suam sepenuhnya, susu tersebut diberikan kepada anak saya hinggakan semasa saya memegang botol susu tersebut terasa sejuk seolah diletakkan ais yang menyebabkan anak saya tidak mahu meminumnya. Puas ditegur pekerja tersebut berhari-hari tetapi ia masih berulang. Susu juga tidak boleh terus diletakkan di dalam air panas kerana akan hilang zatnya.

- Tips seterusnya bagaimana untuk mengesan bagaimana anak-anak anda dilayan ialah dengan melihat bagaimana riak wajah anak anda semasa anak anda ingin dihantar dan diambil daripada nurseri tersebut Jika semasa hendak dihantar dan diambil, anak anda menunjukkan riak suka dengan pengasuh/pekerja nurseri tersebut, mungkin ia petanda baik akan penjagaan anak anda, jika sebaliknya anda perlu kerap membuat pemeriksaan....





 HARDY BOY - BERSAMA-SAMA KITA BERWASPADA...
(ANDA JUGA DIALUKAN UNTUK KONGSIKAN PENGALAMAN ANDA MENGENAI TASKA/NURSERI DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH)




LAGI KISAH :  
>>> IBU CERITAKAN PENGALAMAN NGERI HANTAR ANAK KE TASKA TAMAN MELATI

>>> SAYU LULUH HATI LIHAT ANAK KAKU

>>> GEMPAR !!! Video Nurseri Dera Kanak - Kanak








2 comments:

  1. boleh watsapp saya tak nursery ,ana,sebab saya nak hantar anak sy di area im 2 juga,017-9318301,terima kasih sy dahului

    ReplyDelete
  2. Blh minta tlg whatsapp sy di 0179648283.. Sy nak tau nursery yg dimaksudkan. Sbb sy nak hntt anak sy di im 2..

    ReplyDelete