tag:blogger.com,1999:blog-8549563.post4940126572492065180..comments2024-03-18T09:12:46.815+08:00Comments on hardy boy: HARAMKAH BERCINTA / BERCOUPLE ???Hardy Boyhttp://www.blogger.com/profile/00613118169903246545noreply@blogger.comBlogger9125tag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-46501016200999140042013-06-14T08:53:30.662+08:002013-06-14T08:53:30.662+08:00waalaikumussalam,
terima kasih kerana sudi bertany...waalaikumussalam,
terima kasih kerana sudi bertanya.
tiada hukum yang menyatakan bahawa perkara tersebut haram tetapi ianya boleh menimbulkan fitnah, riak dan perkara negatif yang lain. Bagi saya, eloklah jika gambar yang sedemikian di"remove" daripada facebook tersebut.
Yang menjadi persoalannya, atas tujuan apakah gambar berpasangan tersebut dimasukkan (walaupun menutup aurat) walaupun masing-masing belum mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri???
Jika niatnya untuk mempamerkan kepada "dunia" anda mempunyai "boyfren" @ "girlfren" yang paling cantik di atas dunia ini, ia juga boleh menimbulkan perasaan riak, takbur dan sombong di dalam diri "pemilik facebook" tersebut.
Kedua, jagalah batasan pergaulan sebelum berkahwin dan pergaulan sesama wanita dan lelaki jika mahukan perhubungan tersebut kekal bahagia menuju ke jinjang pelamin mahupun kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Jika sebelum berkahwin pun, pergaulan tidak dijaga, bimbang tiada manisnya dan tiada keberkatan apabila berkahwin nanti.

Jauhilah juga memasukkan gambar sedemikian kerana bimbang ianya akan menimbulkan fitnah dikemudian hari. Contohnya, jika suatu hari nanti pemilik facebook tersebut ditakdirkan berpisah dengan "pasangan"nya dan berkahwin dengan individu lain, bimbang jika gambar tersebut disalahgunakan oleh untuk memusnahkan hubungan antara suami isteri tersebut (walaupun anda mungkin berkata semasa gambar tersebut diambil, anda hanya berkawan biasa. gambar tersebut boleh diulang dimasukkan di dalam blog, facebook serta laman sosial yang lain. saya percaya tiada suami atau isteri yang di dalam dunia ini yang langsung tiada mempunyai perasaan cemburu mahukan marah atau mencurigai perhubungan mereka suami isteri apabila melihat pasangan mereka pernah bergambar dengan "bekas pasangan intim" suami/isteri mereka.

tentang status "in a relationship", apabila niat mereka meletakkan status tersebut? Jika ianya bertujuan baik yang tidak menyalahi agama seperti untuk mengelakkan mereka diganggu/digoda oleh "orang lain" ataupun untuk menjaga kehormatan diri daripada pandangan jahat individu-individu tertentu walaupun hakikatnya mereka sebenarnya masih solo, ianya tidak menjadi masalah.

Tetapi, jika dengan meletakkan status "in a relationship" itu bertujuan untuk mempamerkan kepada dunia hingga menimbulkan perasaan riak dan takbur, ianya wajar dijauhi bimbang bimbang kita meninggal nanti dalam keadaan yang tidak baik (Jauhilah sebarang perasaan mazmumah kerana cuba kita bayangkan bagaimana agak-agaknya keadaan kita selepas mati nanti, bukankah betapa hina diri kita jika kita meninggal dunia semasa perasaan takbur, riak dan angkuh bermaharalela di dalam diri ketika kita masih berpijak di atas bumi Allah ini serta menghirup udara Allah ini secara percuma??? Nauzubillah )Hardy Boyhttps://www.blogger.com/profile/00613118169903246545noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-90698797148864440322013-06-11T23:59:36.991+08:002013-06-11T23:59:36.991+08:00Assalamualaikum ustaz,boleh ustaz tlg terangkan dg...Assalamualaikum ustaz,boleh ustaz tlg terangkan dgn jelas apakah hukum bg pasangan yg sdg brcinta mletakkan gmbr mreka brdua di fb walaupun gmbr trsebut mnutup aurat dan x bersentuhan?dan apakah hukum mmbuat status 'in a relationship' di fb?adakah haram?terima kasih..Sufihttps://www.blogger.com/profile/09099398244007612934noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-57307971271768974612013-01-10T12:04:28.665+08:002013-01-10T12:04:28.665+08:00bercinta merujuk kepada perasaan. sebab ia soal ha...bercinta merujuk kepada perasaan. sebab ia soal hati, maka tiada larangan pun dalam agama

bercouple pula merujuk kepada perbuatan berpasangan, atau berdua-duaan yang berlawanan jantina. disebabkan ia melibatkan perbuatan, maka soal hukum syarak terlibat secara langsung

maka perlu timbul satu garis panduan untuk BERCOUPLE yang dibenarkan Islam

sedikit pandangan berkenaan perbezaan bercinta dan bercouplemamathttps://www.blogger.com/profile/12005091813166063258noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-63265900984584994992013-01-10T09:33:11.502+08:002013-01-10T09:33:11.502+08:00ISTILAH "BERCINTA" dan "BERCOUPLE&q...ISTILAH "BERCINTA" dan "BERCOUPLE" mempunyai takrifan subjektif merujuk kepada takrifan individu masing-masing, jika salah takrifannya, maka mungkin salahlah halatujunya.

Definis spesifik "BERCINTA" dan "BERCOUPLE" memang tiada di dalam mana-mana kamus sekalipun. walau apapun takrifannya, ianya mestilah berlandaskan HUKUM HALAL HARAM DALAM ISLAM dan mengikut batasan.

Jika dirujuk kepada Istilah "COUPLE" pun, ianya bermaksud "PASANGAN", jadi ianya tidak salah jika istilah "pasangan" tersebut masih tidak salah jika didefinasikan sama seperti berpasangan seperti kawan biasa.
Tetapi dalam aspek perhubuungan berlainan jantina, walaupun tidak berkawan sekalipun, ianya masih wajib mengikut segala batasan HALAL HARAM adab pergaulan di DALAM ISLAM yang ditetapkan apabila melibatkan apa sahaja perhubungan berlainan jantina...Hardy Boyhttps://www.blogger.com/profile/00613118169903246545noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-14708374418879171612013-01-08T11:38:47.239+08:002013-01-08T11:38:47.239+08:00bercinta tidak dilarang dalam Islam biar pun sebel...bercinta tidak dilarang dalam Islam biar pun sebelum nikah.
yang dilarang adalah bercouple.

jangan keliru, bercinta dan bercouple adalah dua perkara yang berbeza. lantaran kekeliruan ini boleh mengundang pelbagai salah faham berkaitan hukum bercinta

sekadar berkongsi pendapatmamathttps://www.blogger.com/profile/12005091813166063258noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-4630738404936251982012-02-20T12:08:50.072+08:002012-02-20T12:08:50.072+08:00Kunci saya berdasarlan pemerhatian saya, jika sese...Kunci saya berdasarlan pemerhatian saya, jika seseorang tersebut taat kepada agamanya, makin taat kepada agamanya, insyaAllah itulah pasangan yang terbaik untuk anda dan dia mungkin adalah pasangan yang paling sempurna segalanya berbanding seorang yang lalai kepada agamanya. TAK PERCAYA?? Cubalah perhatikan setiap orang disekeliling anda, yang mana peribadinya lebih baik, YANG TAAT KEPADA AGAMANYA atau YANG MENGABAIKAN AGAMANYA???

Saya umpamakan belia-belia perempuan umpama adik-adik saya, tak sanggup saya biarkan mereka tersilap membuat percaturan memilih pasangan hidup semata-mata berpendapat "BERCOUPLE ITU ADALAH HARAM!!!" dan berharap akan terus berkahwin serta hanya akan bercinta selepas kahwin. Mungkin mereka berpendapat bahawa semua lelaki kat luar sana ramai yang baik-baik & yakin mereka akan menemui lelaki yang baik..

Bayangkan, macammana WANITA-WANITA INI (yang sebaya dengan adik perempuan saya sndri) ingin mengenali sedalam-dalamnya pasangan mereka jika sekadar kenal lebih kurang je. BERCINTA LA SECARA ISLAM (BERCINTA DENGAN TIDAK LAKUKAN SEMUA YANG DIHARAMKAN OLEH AGAMA ISLAM). Tujuan utamanya ialah untuk mengenali semaksimum mungkin luar dalam diri bakal pasangan hidup kita, supaya tidak silap memilih.

Saya juga mempunyai adik-adik perempuan dan saya juga mahukan calon suami calon yang terbaik untuk mereka. Antara pengalaman yang menggerunkan saya sepanjang saya bekerja dalam sektor CONTRUCTION suatu ketika dahulu, mendedahkan saya untuk mengenali sahabat-sahabat saya sendiri yang kebanyakkkannya merupakan kaki perempuan, selalu bawa perempuan tidur, kaki buaya dan mereka ini pandai berlakon dengan menggunakan perlbagai tipu muslihat untuk menewaskan seorang perempuan.

Cuma saya nasihatkan semua muda mudi lebih berhati2 apabila memilih pasangan hidup walaupun direkmen oleh org lain kerana lelaki & prmpuan skarang ramai yg tidak jujur di zmn yg mencabar, tidak seperti orang2 terdahulu yg lebih cpat matang & bertanggungjawab...

Sebelum berkahwin, fikirlah semasak2nya dgn menyelami sedalam2nya ciri2, akhlak, fizikal & dalaman bakal pasangan hidup supaya tidak, jgn terus menyerahkan kpd takdir dan tidak membuat keputusan tergesa2.. sebelum berkahwin, kita hanya mengenai max 70% ciri2 pasangan kita, selebih baik buruk 30% lagi akan kita kenali slps berkahwin...

Dan merupakan perkara normal stp lelaki & wanita akan menyembunyikan setiap keburukan dlm dirinya sblum berkahwin. Cuma apa yg penting kita semua perlu membuat keputusan terbaik, berusaha semaksimum mungkin, kemudian berdoa sambil bertawakkal semoga dikurniakan pasangan hidup yg terbaik utk kita.

Untuk dptkan ciri-ciri idaman kita, wujudkan ciri2 tersebut dlm diri kita terlebih dahulu....Hardy Boyhttps://www.blogger.com/profile/00613118169903246545noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-60529968244488658182012-02-20T12:08:09.272+08:002012-02-20T12:08:09.272+08:00Saya pernah menyertai satu Forum Pelajar Islam sem...Saya pernah menyertai satu Forum Pelajar Islam semasa belajar di universiti dahulu, dan saya tertarik dengan kelantangan salah seorang siswi yang bagi saya amat warak dan berpurdah, dengan lantang bangun dihadapan hadirin yang ramai dan menyuarakan bahawa "BERCOUPLE ADALAH HARAM DALAM ISLAM".... Sewaktu itu, saya memang terasa untuk bangun dan memperbetulkan pendapat beliau kerana bagi saya Bercouple Itu Dibolehkan Dalam Islam tapi dengan syarat, semasa "Bercouple/bercinta" itu, setiap perkara yang dilarang dalam Islam wajib dijauhi. Contohnya:-
i) Jangan keluar berdua-dua, bawalah seorang peneman yang muhrim dengan wanita tersebut, paling baik jika peneman adalah sebaya.
ii) Jangan keluar di tempat yang boleh menimbulkan syak, seperti di panggung wayang, taman-taman, tasik dan anda hanya pergi di tempat yang mempunyai ramai orang.
iii) Jangan menggunakan sebarang ayat manis dan boleh membangkitkan nafsu.Perkataan "Abang", "Sayang" dan kata-kata manis seterusnya dilarang digunakan.
iv) Jaga setiap perlakuan, jangan bersentuhan secara sengaja mahupun boleh menimbulkan risiko untuk bersetuhan.
v) Bercakap di dalam telefon pun hanya bercakap mengenai perkara penting sahaja, jangan gunakan nada menggoda, manja dan apa sahaja yang boleh jatuh kepada hukum berdosa.
vi) Jika bercakap di kedai makan, atau di mana tempat sekalipun, jangan bercakap mengenai perkara sia-sia, bercakaplah mengenai perkara ilmiah dan sebagainya dan jaga jarak antara anda.
vii) Jangan bazirkan wang anda untuk perkara yang tidak berfaedah seperti membelikan hadiah yang melampau harga kepada "pasangan" anda, cukuplah jika anda belikan hadiah yang sewajarnya hanya untuk seorang rakan.
viii) Minta izin daripada kedua ibu bapanya sebelum anda ajak "pasangan" anda keluar. Anda sendiri yang kena telefon atau bercakap sendiri dengan ibu bapa "pasangan" anda.

Ada pelbagai perkara lagi yang perlu dijauhi, cuma kuncinya "JANGAN LAKUKAN SETIAP PERKARA YANG DILARANG DALAM ISLAM" semasa bercinta. Memang ianya seolah berat tetapi, percayalah anda akan menikmati kemanisan dan keberkatan bercinta dengan pasangan tersebut selepas anda berkahwin kerana anda langsung tidak merasi manis tersebut sebelum berkahwin.

SUSAH KE??? Bagi saya tak susah, kerana saya sendiri telah melakukan setiap perkara di atas. Mungkin pada awalnya membosankan tetapi jika anda terangkan kepada pasangan anda rasional anda berbuat demikian, insyaAllah hubungan anda akan lebih berkat dan berbahagia. Jika pasangan anda tidak dapat menerimanya setelah pelbagai pendekatan anda gunakan, mungkin dia akan menolak anda tapi sedarlah bahawa jika dia benar-benar cintakan anda, dia akan setuju dengan syarat tersebut. Jika dia memutuskan hubungan dengan anda, mungkin bukan jodoh anda dengan anda.Hardy Boyhttps://www.blogger.com/profile/00613118169903246545noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-30266943063033031442012-02-20T12:06:00.646+08:002012-02-20T12:06:00.646+08:00Waalaikumussalam. Saya bukanlah seorang ustaz yang...Waalaikumussalam. Saya bukanlah seorang ustaz yang mengajar Agama Islam (ustaz= guru) tetapi saya cuba jawab berdasarkan ilmu saya yang cetek ini & sedikit pengalaman untuk dikongsikan...
Memang saya akui, istilah "Couple", "Berpasangan", "Bercinta" membawa pengertian berbeza mengikut fahaman setiap individu.

Bagi saya, "BERCINTA" itu perlu untuk mengenali lebih detail pasangan yang akan anda kahwini untuk mengelakkan anda tersilap membuat keputusan untuk mengahwini pasangan yang tidak sesuai untuk anda, tetapi wajib menjauhi segala larangan dalam Islam sepanjang tempoh tersebut.
Jadi, merujuk kepada soalan tuan, anda masih boleh "BERCINTA SECARA ISLAM" (jauhi segala larangan Allah semasa bercinta), tak perlu terlalu bersungguh-sungguh kerana anda perlu letakkan dalam diri anda, belum tentu pasangan anda akan menjadi milik anda tetapi anda masih perlu berusaha. Jika anda telah berusaha, insyaAllah, jika sudah ditakdirkan dan doa anda dimakbulkan, dia akan menjadi milik anda jua...

Ingatlah juga bahawa Allah akan menjodohkan kita dengan pasangan yang paling terbaik dan sesuai dengan kita.

Mengenai isu agama, anda perlu menggunakan pendekatan terbaik untuk mendidik secara perlahan-lahan pasangan anda lebih-lebih lagi pasangan anda mempunyai latarbelakang keluarga yang tidak berapa taat kepada agama. Mungkin dia akan berhadapan dengan pandangan keluarga tentang apa persepsi keluarganya jika dia berubah secara mendadak.

Untuk mendidik wanita mengenai agama, perlulah secara lemah lembut, secara perlahan-lahan, jangan terlalu mendesak, berikan semangat kepadanya. Ia umpama melentur rebung, jika terlalu kuat lenturannya, buluh akan patah, jika terlalu lembut rebung tidak akan melentur. Umpama menitiskan air di atas batu, jika selalu dititiskan batu tersebut akan lekuk. Gunakan pendekatan terbaik, timbulkan kesedaran dalam dirinya secara perlahan-lahan.

Mengenai gambar terlarang tersebut, ia umpama mengubati orang yang ketagih dadah. Salah satu cara untuk mengubati mereka yang ketagihan dadah ini ialah dia perlu ditempatkan di tempat/keadaan yang paling mustahil untuk dia dapatkan bekalan dadah. Lambat-laun apabila mindanya sudah berputus asa, dia dengan sendirinya akan menyerah. Begitu juga dengan belia yang suka melihat kepada gambar terlarang, mereka perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh menyebabkan mereka boleh mencapai bahan tersebut, di tempat di tempat yang paling sukar, didekatkan dengan agama, dididik agar timbul kesedaran dalam diri, mereka juga perlu jaga penglihatan, pendengaran dan apa sahaja yang boleh membangkitkan nafsu mereka...

Jika anda telah lengkap segalanya, sudah pun mempunyai kerjaya dengan gaji yang stabil serta berkemampuan, sempurna agama (untuk membimbing keluarga kelak ke jalan yang diredhai Allah), mampu memikul tanggungjawab besar/berat sebagai ketua keluarga, boleh la anda mengambil keputusan untuk mengahwini pasangan anda. Wallahualam....

TIPS BERCINTA DALAM ISLAMHardy Boyhttps://www.blogger.com/profile/00613118169903246545noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8549563.post-58786748220870292942012-02-17T18:51:53.855+08:002012-02-17T18:51:53.855+08:00assalamualaikum ustaz...saya ingin meminta pendapa...assalamualaikum ustaz...saya ingin meminta pendapat ustaz. saya kini sedang mencintai seorang gadis yang mak ayahnya telah bercerai baru-baru ini. sebelum ini kami pernah bercinta di alam persekolahan tetapi tidak kekal. kini dia kembali semula dalam hidup saya. sungguhpun saya bukanlah mempunyai perwatakan yang menarik dan tidak ada yang boleh saya banggakan pada diri saya,tetapi saya lihat dia sekarang dapat menerima saya seadanya. saya serba salah untuk menolak cinta darinya tambahan pula saya masih lagi sayangkan dia dan mak ayahnya telah bercerai. dia adalah anak yang sulung tetapi perangainya masih lagi belum mentah pada pendapat saya. keluarganya tidak berapa menitik beratkan solat jadi dia jarang bersolat dan membaca quran. untuk pengetahuan ustaz dia kini berada di tahun peperiksaan spm dan saya pula telah menuntut di sebuah ipta tempatan. saya menjadi serba salah kerana saya takut hubungan kami membawa maksiat. saya juga selalu menasihatkan dia agar bersolat dan mendalami ilmu agama dan dia kini hampir dapat saya ubah kerana dia berjanji dia akan solat. saya tidak sanggup untuk tinggalkan dia tetapi saya tidak dapat jamin masa depannya.bagaimana ustaz?apa yang perlu saya ucapkan padanya sekiranya hubungan kami adalah satu dosa?saya risau kalau saya tinggalkan dia,dia akan kembali lalai dan leka dengan dunia. saya juga bukan lah orang yang baik kerana saya sering menonton gambar terlarang.Anonymousnoreply@blogger.com