Adus, sport Rim kereta bengkok. Dah la kereta orang/pinjam, kalau keta sendiri takpe la. Kejadian berlaku masa bercuti-cuti Malaysia pusing-pusing sekitar Semporna, Sabah. Masuk je hari terakhir Cuti-Cuti Malaysia sekitar Semporna Jun 2011, baru je plan nak g jenjalan ke Kampung Tampi-Tampi, tetiba masa pergi pam tayar kat Shell, sedar-sedar sport rim tayar bengkok, tayar plk menggelembong semacam je(nasib baik tayar tiubless). Last-last aku terfikir, bila masa plk aku langgar lubang nie??? Kalau nak pikir lubang, dah berpuluh-puluh lubang dah aku terlanggar tapi rasenyer takde la teruk sangat kalau jatuh lubang (yela, kalau dah sejam lebih memandu, tergugat jugak jiwa raga nak memandu bawah 80km/j).
Disebabkan kejadian di atas, terpakse la kitorang cancel aktiviti melancong hari tu, tak jadi kitorang nak mendaki anak tangga di Bukit Tengkorak (melihat peninggalan Neolitik) dan mandi air laut yang biru kat Kampung Tampi-Tampi (air yang biru sampai nampak dasar laut, memang terasa nak terjun je.huhuhu..). Dah la planning kitorang nak gi Pulau-Pulau di Sipadan, Mabul, Mataking dan Kapalai atau ape-ape pulau pun (kalau bole nak nak jelajah je semua pulau-pulau kat sana) terpakse dicancelkan sebab masa tidak mengizinkan.
Bila tanye ejen sana, dorang cakap just bayar RM110 sorang je, kalau Pulau Sipadan Rm400 lebih untuk perjalanan 2 hala, nnti dorang akan sedia setiap hari naik bot 7.30 pagi pergi ke Pulau-Pulau, then petang 4.30 petang balik ke Semporna dorang datang amik bawa balik, lantak la nak snorkeling ke, scuba ke, buat je ape-ape aktiviti. Kalau nak menginap, chalet terapung dorang sedia just bermula dari RM80 lebih sahaja. Tapi, sayang, hari kejadian hari Ahad, tak sempat nak gi jenjalan, Isnin dah start keja.....