Pada 9-10 Disember 2013 yang lalu, Kolej Komuniti Kuantan telah menghantar beberapa orang sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Bencana banjir telah berlaku pada tarikh keramat bermula 2 hingga 3 Disember 2013...
Ketika bencana banjir melanda negeri di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan baru-baru ini, banyak kereta yang ditenggalami air. Video berikut merupakan Langkah Yang Boleh Dilakukan Apabila Kereta Ditenggalami Air..
Beberapa jalan utama di bandar ini ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.
Terminal
Kuantan Sentral yang menjadi pusat pengangkutan awam turut ditenggelami
air menyebabkan pergerakan keluar masuk ke bandar ini tergendala. Premis perniagaan dan pejabat juga ditutup akibat jalan-jalan di sekitar bandar ditenggelami air. Bernama
melaporkan keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000
mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
Menurut
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,
daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.
"Di
Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam
pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini".
Gambar berikut merupakan gambar Banjir Kuantan Disember pada 2 hingga 3 Disember 2013