Monday, March 23, 2020

Telinga tersumbat berdengung

Alhamdulillah, Allah kembalikan nikmat pendengaran selepas ditarik seketika.

Selepas hampir 3 minggu kehilangan sebelah pendengaran,
Daya pendengaran saya kembali pulih.
Selepas seminggu hilang sebelah daya pendengaran telinga sebelah kanan, saya ke klinik. Doktor berikan 2 jenis ubat titik & 1 ubat selsema untuk keringkan cecair dalam gegendang telinga di bahagian eustachian tube / tabung eustachian.
Menurut doktor, sepatutnya dalam tempoh seminggu dah kering cecair dalam telinga. Kalau dalam tempoh 2 minggu, masih tidak normal, doktor sarankan agar saya dirujuk ke hospital, mungkin doktor akan masukkan something macam tiub untuk keluarkan cecair berkenaan.

3 hari sebelum hilang pendengaran, memang saya ada selsema, mungkin ada jangkitan dalam salur pendengaran kot.

Dalam 3 minggu itu, memang jadual kerja saya terlampau padat, dengan berbagai mesyuarat dan kena berikan beberapa ceramah.
Ubat selsema dan ubat titik yang diberikan doktor