Tuesday, March 30, 2021
Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (Road tax)
Dia maklum, selepas 31 Mei baru bole saya renew road tax.
Ejen insurans pula cakap, walaupun insurans saya wajib renew hari ni, tapi masa renew road tax nanti tarikh road tax akan ikut tarikh saya renew insurans tu iaitu 31 Mac 2021 walaupun saya renew 31 Mei 2021.
Monday, March 29, 2021
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
sempat ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Kebetulan masa tu, ada kursus 3 hari kat Politeknik Port Dicksons.
Aku ni memang peminat tegar ikan air laut, menyesal sebab jadi minat ikan air laut ni lepas diving kt Pulau Mabul & Kapalai, memang best permandangan dalam tu.
Tuesday, March 23, 2021
Resepi Roti Hemlet
(Keja kat manae? Biarlah misteri, nnti LHDN senang nk cari. hahaha)
Maafkan saya klu saya masak tak sedap. Haha 😆
UTK ZAMAN SEKARANG KENA LETAK RM3 ATAU RM5 KOT, ikut portion makanan berkenaan.
(Aku ni jenis kalau masak memang suka guna api besar, masak cepat-cepat taknak lambat-lambat tapi utk masak roti hamlet ni memang AKU terpaksa mengalah masak perlahan-lahan kalau tak memang tak menjadi sebab dia punya tekstur wajib seimbangkan lembut & keras, ada rasa ter'bakar' sikit sbb kita bakar roti tu, kena 70% lembab, 30 % kering, tidak terlalu manis, tawar @ berminyak) tapi kalau makan sebijik tu dah cukup dah kenyang xnak makan dah yang lain. hahaha).
![]() |
20 bijik roti hamlet yang saya masak, 1 bijik telur untuk sebijik roti , habis jugak 1 tin kaya besar, 1 tin majerin besar & 1 tin jagung (cream style). Harap semua kawan-kawan aku makin gemok tapi x salahkan aku lepas makan roti hamlet aku ni. hahaha 😆😆😆. Kos semua untuk 20 biji roti hamlet hampir RM 36.00. Kalau berminat nak jual, kos sebijik dalam RM 1.80. |
Friday, March 19, 2021
TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DAN PENGUCAPAN AWAM BERPENGARUH
TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DAN PENGUCAPAN AWAM BERPENGARUH
Pengenalan
Pernahkah anda terlibat dalam beberapa insiden dan peristiwa seperti di bawah?
i) Diminta memperkenalkan diri di dalam suatu majlis.
ii) Diminta menjadi pengerusi majlis.
iii) Dilantik wakil kumpulan untuk berucap atau membentangkan laporan bagi pihak kumpulan.
iv) Menyampaikan sepatah dua kata ucapan aluan atau ucapan balas.
vi) Ingin menyuarakan pujian atau ketidakpuasan hati di hadapan khalayak ramai.
vii) Dijemput menyampaikan ucapan berkaitan pengalaman anda.
viii) Memujuk pelanggan anda untuk membeli produk, menyokong kempen atau anda dilantik untuk berunding mengenai sesuatu isu.
ix) Mengadakan kelas pembelajaran secara sidang video.
Kisah Teladan Komunikasi
Sebuah kisah benar tentang bagaimana pengucapan awam berpengaruh dapat memberikan impak yang besar dan menjadi suatu fenomena. Mengisahkan mengenai seorang tokoh kemerdekaan dunia iaitu Mahatma Gandhi. Di awal kemunculan Mahatma Gandhi, pada 8 Ogos 1942, beliau telah berucap di khalayak ramai menyuarakan kepada masyarakat India untuk bersatu. Hasil ucapan berkenaan, kongress India meluluskan cadangan yang dinamakan “Quit India Resolution” namun, jalan menuntut kemerdekaan masih panjang. Individu yang terlibat ditangkap dan dipenjara. Namun, ucapan Mahatma Gandhi berkenaan telah berjaya menyedarkan dan menyatukan masyarakat India untuk bangkit umpama singa yang dibangkitkan daripada tidur. Pada 15 Ogos 1947, India mengistiharkan kemerdekaan mereka.
Thursday, March 18, 2021
MANISNYA UJIAN ALLAH
Tuesday, March 16, 2021
RAHSIA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN DALAM ORGANISASI
RAHSIA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN DALAM ORGANISASI
Pengertian Kepimpinan
Menurut Kamus Dewan (1996), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin iaitu melalui teladan. Maksud kepimpinan dalam pentadbiran awam menurut Kamus Dewan (1996) pula ialah sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi.
Sebuah kisah inspirasi tentang kepimpinan daripada kisah benar bagaimana T Kugan telah berubah nasib daripada seorang yang bekerja sebagai penghantar surat pejabat kepada seorang juruterbang Airbus A320, pernah menarik perhatian media sosial dan kisahnya menjadi sumber inspirasi kepada ramai belia. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai kisah T Kugan, masa depan beliau berubah berpunca daripada peranan yang diberikan oleh majikannya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang memberi peluang serta dorongan kepadanya untuk menjadi seorang juruterbang AirAsia. Pemimpin yang baik juga bukan sahaja dinilai pada bilangan pencapaian, tetapi berapa ramai ketua yang dilahirkan.
Monday, March 15, 2021
Terharu - Saat seorang juruterbang melayan mesra seorang warga emas
bagaimana seorang juruterbang melayan dengan layanan yang cukup mesra salah seorang penumpang istimewa kapal terbangnya, seorang warga emas.