Monday, November 29, 2021

Perbualan terakhir Siti Sarah & Shuib

Kematian yg dirindui.. Al-Fatihah utk arwah Siti Sarah... 
Semoga arwah Siti Sarah ditempatkan di syurga Firdaus dan bersama dalam kalangan org org yg beriman di sisi Allah.



(Perasaan yg suami isteri mungkin akan rasai ketika isteri akan melahirkan anak. Seorang doktor perempuan pakar perbidanan maklumkan kami semasa saat-saat akhir isteri akan melahirkan anak, nyawa semua isteri adalah 50-50 antara hidup dan mati setiap kali ingin melahirkan anak, betapa besarnya pengorbanan seorang yg bergelar isteri. (Ratusan kelahiran telah doktor berkenaan sambut). Semoga syurga buat ibu ibu diluar sana, insyaAllah.

SEJARAH PENUBUHAN ISRAEL

Hari Ini Dalam Sejarah Palestin

Bila: 29 November 1947

Apa: Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi pemecahan wilayah Palestin kepada TIGA entiti - negara Arab, negara Yahudi dan ‘corpus separatum’ (wilayah antarabangsa) iaitu Jerusalem; Resolusi 181 (II).

Mengapa: Penjajah British tidak mampu lagi menangani kekacauan dan ketidakstabilan yang berlaku di Palestin. 
Rakyat Arab Palestin membantah sekeras-kerasnya Deklarasi Balfour dan sokongan British ke atas projek Zionis untuk membina negara Yahudi di Palestin. 

Bantahan ini telah mencetuskan Kebangkitan Besar Arab dari tahun 1936-1939 yang memaksa British meluluskan Kertas Putih  1939 (MacDonald White Paper) yang menjanjikan kemerdekaan Palestin dalam tempoh 10 tahun.



Friday, November 26, 2021

Tempat Makan Menarik Kuantan

Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang
Bandaraya Kuantan. 
Apa yang menarik? 
Takde apa yang menarik, cuma sebuah bandar yang pantai ada banyak bersepah, nak food hunting pun dekat dekat je, kalau kebulur takde lah sampai stuck kat jammed berjam-jam sampai gastrik. 
Buka je google map tu cari lah tempat makan yang rating terbaik. 

InshAllah semuanya halal dan sedap. Kita ada banyak tempat percutian yang menarik. Dari pantai sampailah ke hutan sana

Untuk tempat makan sedap ni senarai yang boleh korang pergi, boleh tanya penduduk lokal ye, kami ramah lagi 🤣

Senarai2 Tempat makan di Kuantan
1. Kari Kepala Tenggiri – Restoran Saji Rahmat, Indera Mahkota 8 (IM8)
2. Mee calong Kampong Alor, Beserah



Wednesday, November 03, 2021

PERJANJIAN BALFOUR

Sejarah penubuhan negara haram Zionis laknatullah di Palestin. (Mampukah kita menyatupadukan seluruh umat Islam bermula drp orang di sekeliling kita & bersatu bersama kaum lain?)