Tips Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
Sesiapa pun yang menghadiri sesi temuduga tidak akan terkecuali daripada perasaan takut dan gementar. Tambahan pula, kini kebanyakkan sesi temuduga dilakukan dalam Bahasa Inggeris dan ini mungkin akan menjadi satu masalah buat calon-calon yang tidak fasih menggunakannya. Segala-galanya mula menjadi kelam kabut di saat-saat anda ingin memasuki bilik temuduga. Jadi pastikan anda membuat persediaan yang cukup sebelum ditemuduga.
Selepas memberi salam, berjabat tangan dan memperkenalkan diri anda, perkara seterusnya yang penemuduga mungkin akan bertanya kepada anda adalah perkara-perkara mengenai diri anda.
1. Tell me about yourself
Sekarang, ini mungkin kelihatan mudah untuk anda – anda telah banyak belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika di dalam kelas Bahasa Inggeris anda, tetapi mereka tidak mahu mendengar sesuatu yang terlalu terperinci. Elakkan mengatakan sesuatu seperti:
I was born in Kokdiang. I love playing the computer and surfing the net. or I have two sisters. They don’t want to know everything about you.
Kebiasaannya, mereka ingin tahu mengenai pengalaman, pertumbuhan kerjaya anda sebelum ini, dan juga kepekaan anda mengenai perkerjaan yang dipohon.
Juga, pastikan anda tidak menggunakan apa-apa slang formal atau membuat apa-apa kesilapan tatabahasa asas (grammar).
Contohnya:
I’ve been working as (contoh bidang kerja yang dipohon) for 2 years and my duties included (tanggungjawab yang dipegang sebelum ini). I have always been interested in (bidang anda) which was why I chose to follow this career path. I studied at ******* college, where I gained my first level (bidang anda)diploma.