Friday, February 18, 2011

Thanks A Lot Myna For "PREVIEW : HARDY BOY PUNYA BLOG!"

Kejutan untuk petang-petang Jumaat yang Mulia nie bila rakan sepejabat Puan Amyna dengan baik hatinya promote my blog...hehehe.. Rase segan plk, sebab sape la saya nie, muka xhensem, hidung tak mancung, pipi plk macam keta sorong..huhuhu..... I really appreciate it

Thanks Puan Amyna, terkejut sampai hilang mengantok petang-petang gini. hehehe.... Yang paling saya xleh terima ialah ayat2 promote@pujian tu, adusss, xlayak rasanya utk diri yang hina nie. Sapa la saya nie, siap Myna tlg promote blog saya lg..hehehe...
Anyway, terima kasih banyak2... (^_^) (Berapa banyak terima kasih daa.....). 

Thanks juga kepada Cik Dymna, orang yang paling comel dlm kolej kitorang..hehehe...


 
pls click here!!!
Blog Puan Amyna


 
Pls click here...
Blog Puan Amyna

About myself (yang orang lain tak tahu):

i) Kenapa saya pakai nama Hardy Boy?
Sebab Hardy tu diambil daripada panggilan cikgu bahasa Inggeris form 5 aku dulu, dia panggil Hardy Hadi (Hadi yang kuat kot, ntah la..hehehe..)...
Prince?
Prince tu gelaran senior bagi semasa kat MRSM dulu, nama panggilan sebenarnya lain tapi bbdk nie silap dengar last-last dorang panggil nama tue ...(^_^)...

ii) Kenapa pakai tag line "sebelum nafasku dihentikan-Nya"...
Sebab aku rase seolah nyawaku dah tak lama dah....
Pernahkah anda mengalami peristiwa bagaikan MATI HIDUP SEMULA & BAGAIKAN NYAWA DI HUJUNG TANDUK?!!
Nape?
Aku pernah terlibat dengan kemalangan hampir maut di Cameron Highlands, 40 minit bertarung dengan maut dgn keta aku hampir-hampir terjunam ke dalam gaung, nyawa pula bagai telur dihujung tanduk, klu tak sure aku jadi mangsa maut ke-7 di Batu 20 Jalan Tapah-Cameron Highlands...  40 minit terperangkap dalam kenderaan aku sorang-sorang selepas solat Jumaat... Selekoh tersebut memang tajam dan aku memang jarang melalui selekoh S tersebut... Jalan yang licin dan hujan yang baru berhenti tetapi air bukit yang turun daripada atas bukit merentangi jalan menyebabkan tayar kereta aku tak dapat grip (antara kelemahan 4 Wheel Drive nie ialah ia tidak stabil kerana titik graviti tinggi, atas berat, bawah ringan), walaupun dengan kelajuan gear 3, kereta aku berpusing keluar ke tepi jalan, akhirnya kereta tersebut terbabas sebelum "tergantung" separuh atas udara & gaung....
Pada awalnya ramai yang cuba menolong tapi tak terdaya. Henset pula takde coverage...
Akhirnya selepas aku berjaya diselamatkan, lelaki & wanita Cina dan India yang menolong aku siap boleh suruh aku buat kenduri kesyukuran/doa selamat....
India tu juga yang bagitau selekoh tersebut dah ada 6 orang yang meninggal dunia & merupakan antara selekoh maut di Cameron. Bagi dia, ini umpama keajaiban (kata-kata itu juga yang diucapkan oleh saksi2 lain yang menyaksikan kemalangan tersebut...). Kalau tak, aku dah jadi yang ke-7...
Selepas kejadian tersebut,  terasa seolah diberikan sedikit masa "kecemasan/kecederaan" untuk aku bernafas maybe bertaubat "sebelum nafasku dihentikan-Nya" sekali lagi...

Dulu aku kurus kering sbb dlm site-site projek kat hutan mane ade kedai mkn, hari2 aku tapau roti Gardenia daripada kedai runcit kaki bukit Cameron.. Gamber masa muda-muda dulu bersama "kekasih hati"(walaupun dia tak boleh bercakap tapi dialah tempat aku bermanja, melepaskan tension, melepaskan kebosanan bersama, tempat aku tumpang berteduh dan tido sebagai rumah ke-2, susah senang bersama sehingga hampir-hampir terjunam bersama-sama ke dalam gaung Cameron bersama-sama. Ape la khabar Kekasihku sekrang ye, harap-harap dia masih rindukan aku, hopefully jangan dia dibuang begitu sahaja sebagai besi buruk....Oooohhh, ex-hiluxku.huhuhu..

Trauma lagi???
Memang aku masih lagi trauma, kejadian tersebut juga menyebabkan aku trauma setiap kali naik flight. Aku risau setiap kali nak naik flight setiap bulan (demi nak jumpa isteri tercinta) sebab manalah tau jika Tuhan ingin mengambil nyawa aku, risau jika flight tersebut terhempas ....... Risau bukan ape, dosa aku bergunung-gunung, tak tahu ape kesudahannya hayat aku nanti sama ada dlm keadaan baik atau sebaliknya, syurga ataupun neraka....

Dalam usaha untuk menjadi hamba-Nya yang "humble". Aku cuba merendahkan diri & mensyukuri segala yang dikurniakan-Nya, sesungguhnya segalanya hanyalah pinjaman drp pada Yang Maha Esa, bila-bila masa sahaja akan diambil-Nya kembali....
Jika nyawaku ingin diambil-Nya kembali, biarlah waktu tersebut amalku mengatasi dosa-dosa ku.....



update : Kekadang aku terfikir selamat ke naik flight nie, klu jatuh sure xtau ape yg tinggal (ape la yg aku mengarut nie.hehehe..).. Actually, byk btl kematian sekeliling kita, kkdang muda2 lagi dh meninggal tanpa diduga. Tak tau bila la giliran kite plk ye.... Tak semestinya ketika tua.. (^_^)... 

8 comments:

  1. syukur alhamdulillah Allah memanjangkan umo mu wahai sahabat~

    ReplyDelete
  2. terima kasih efa..alhamdulillah...hehehe

    ReplyDelete
  3. niesz trauma duduk keta kat tepi pintu..hehehe..kalau tpksa kena pegang kerusi depan kuat2..ehe..

    ReplyDelete
  4. niesz mesti ade sbb kenapa trauma (^_^).. saya plk trauma naik flight...

    ReplyDelete
  5. ujian tu fren.yg ku salute ko balik tiap bulan?hope everything fine n safe journey okay...;)

    p/s:comel ke shaya ni...*blushing*----terima kasih pak! ;)

    ReplyDelete
  6. deem : aku terfikir selamat ke naik flight nie, klu jatuh sure xtau ape yg tinggal (ape la yg aku mengarut nie.hehehe..).. Actually, byk btl kematian sekeliling kita, kkdang muda2 lagi dh meninggal tanpa diduga. Tak tau bila la giliran kite plk ye.... Tak semestinya ketika tua.. (^_^)

    ReplyDelete
  7. sama² hady...

    Hilang mengantuk ka? fuhh best ahh... ku tadi mengantuk sesangat..

    Owhh ko selalu takut nek flight ka? ku hepy jerk kalau dapat balik kampung nun... tapi kekadang ada juga terlintas takutnya...Uihh.. minta simpang jauh² na perkara cam tu.. syhhh!

    Hepy berblogging yeahh hady... :-)

    ReplyDelete
  8. Amyna : Maybe sbb saya selalu tgk dukumentari flight terhempas tu kot yg menyebabkan fobia.hehehe... Selamat ke klu naik flight nie ye?

    ReplyDelete