Thursday, March 03, 2011

20 PENGANTIN BARU GIGIT JARI DITIPU NYAH

Thanks info darp blogger olicksya.blogspot.com
Untuk pengajaran dan panduan kita & sanak saudara kita(untuk sapa yang dah kawin la, melainkan klu korang nak tambah 9-10 cawangan lagi.hahahaha) (^_^)
Artikel daripada harian metro.

20 GIGIT JARI DITIPU NYAH

KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.
KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.

GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.
Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.

“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

Foto
BUKTI...Mohd Fitri menunjukkan SMS yang dihantar lelaki terbabit.
“Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya.
“Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.

Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu.
Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.

Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.

Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.
“Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.

“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya.
Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.

“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.

“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.

“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.



hardy boy : Ape punya nyah la, klu silap haribulan memang makan penampor xpun rumah/kedai dia kena bakar... Menda nie plk melibatkan maruah pengantin...

Moral of the story, walaupun duit kita banyak, jangan bayar semuanya pada mak andam/penganjur.
Pastu, kena survey la rekod dorang nie, tgk bagus or tak sebelum nie... Bayar sikit-sikit je dulu sampaila ke hari-hari terakhir & sentiasa follow up dengan dorang... 

Untuk yang Islam tu, pilih la mak andam, jangan la pilih pak andam walaupun hasil kerja dorang lebih baik, korang bakal suami sanggup ke jantan lain pegang/sentuh bakal wife korang. Semuanya kena berpandukan agama, barulah perkahwinan tersebut bahagia, berkat & dirahmati Allah... (^_^)

4 comments:

  1. yup..btol babe...

    kesian kawan ku..

    xbaek kot mak dam nie wt cm 2,

    merosakkn periuk ns mak dam laen je...

    ReplyDelete
  2. yaALLAH, kes mcm ni pun ade..pelik btul la..nape lah manusia ni suka amik kesemptn atas org lain..lps ni kena lebey hati2..takut plak bile pk bnda ni jd kat kite..

    ReplyDelete
  3. Saya tumpang simpati dgn member OLick SyaSya tu, kesian dia...
    btul la OLick SyaSya , tapi tak bole salahkan pengantin je sebab dorang pn bukan mahir sangat bab-bab perkahwinan nie, yela baru 1st time kawin(lain la klu orang tu dah kawin 3-4 kali..hehehe), kekdang kite terpaksa percayakan seseorang mak andam tu....
    (^_^)

    ReplyDelete
  4. betul tu Niesz, kena berhati-hati sebab dorang nie memang la mulut manis, muka cam baik je, walaupun hati busuk... tahap profesional tu la yg menyebabkan ramai orang dah dorang berjaya perdaya (^_^)

    ReplyDelete