Saturday, March 05, 2011

PULANGNYA NENEK ANGKAT KESAYANGAN KU KE RAHMATULLAH...

 Lagi berita kematian, (2 MINGGU LEPAS SAYA DIKEJUTKAN DENGAN PEMERGIAN SEPUPU ISTERI SAYA yang banyak membantu keluarga kami dalam kemalangan jalanraya di Banting. Sebelum itu saya & isteri dikejutkan dengan pemergian Datuk isteri saya yang meninggal ketika arwah ketika arwah mengadu hendak tidur seketika sebelum sembahyang Zohor, tidurnya akhirnya menjadi tidur yang selama-lama-Nya, Allah menarik nyawa arwah dengan begitu mudah sekali. Arwah selalu ke surau, setiap pagi membaca Al-Quran dan tidak pernah lekang badannya daripada wudhuk)...
Bila bangun pagi tadi, aku terkejut tetiba dapat mesej daripada ibu angkat ku, "Hadi, atok(panggilan utk nenek angkat aku) Kundang, Muar telah meninggal dunia 8.15 malam tadi" (4 Mac 2011). Waktu mesej dihantar 3.30pagi 5 March 2011...
(Duduk dr kiri) kakak nenek angkat, adik nenek angkat & arwah nenek angkat. Sebelah saya ialah mak angkat.
Bagai nak luruh jantung ini, terkejut & hiba... (Malam tadi entah mcammana dalam pkl 9 mlm tetiba aku terasa teringatkan nenek angkat aku tu yang bagaikan nenek kandung aku, aku mula kenal sejak tahun 2004. Tetiba terasa nak call bertanyakan khabar nenek angkat aku nie, tapi tak kesampaian disebabkan tiadanya sambungan telefon ke rumah Arwah).  Apa yang pelik, lepas pkl 12 malam, aku terasa adanya bayangan bermain-main di dalam rumah sampai ke pkl 3 mlm sebelum aku tido, aku pula menyewa sensorang dalam satu rumah, tapi aku wat derk je, maybe perasaan aku je kot.

 
Sejak 2004, aku selalu datang melawat nenek angkat aku nie bila ade kelapangan, daripada UTHM sehinggalah ke Tangkak, Muar merentasi lebuhraya Air Hitam-Tangkak. Niat di hati kekadang tu cuma nak datang setengah hari je, tapi selepas dipujuk-pujuk nenek angkat aku nie, ntah la biasenya aku sampai terlajak ke 2 hari, malam ahad baru aku bertolak balik (sampai pernah juga ade menda menumpang aku sebaik sahaja keluar drpd tol Tangkak, aduss..).
Bagi aku, nenek angkat aku nie seorang yang istimewa walaupun kehidupannya serba kekurangan (tinggal di hujung kampung yang terpencil di pedalaman, rumah serba kekurangan, talian telefon pun takde, line telefon pun susah nak dapat, bilik air dan tandas pun kat luar, arwah pula tinggal berdua dengan anak lelakinya, suaminya pula telah lama meninggal), tetapi aku rase tenang bila berada di rumah arwah.   
Walaupun rumahnya serba kekurangan, tetapi arwah cuma juga masak sesuatu yang istimewa bila aku datang (arwah memang terkenal dengan masakan yang sedap, setiap kali masuk pertandingan memang selalu menang no.1). Layanan arwah umpama aku nie cucu kandung dia, sebab cucunya yang lain tak ramai & masih kecil lagi...
Arwah seorang yang istimewa dan bagi aku amat luar biase kerana dia merupakan guru pertama aku berguru mempelajari rawatan ilmu perubatan Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran (mengubati gangguan jin, sihir, santau, memagarkan diri, bagaimana berdiplomasi/berunding/berkomunikasi dengan jin/makhluk halus mahupun bunian mengelakkan makhluk ini tidak mengganggu manusia lagi)...

Semasa 6 hari with my big keluarga angkat in Teluk Rimba, Muar (PROGRAM BAKTI SISWA). Kekal sampai sekarang. Arwah nenek angkat saya 6 dari kanan...
Arwah juga seorang yang buta huruf, tetapi apa yang luar biase, arwah dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dengan begitu mudah dan lancar dengan hanya mendengar gurunya membaca ayat-ayat Al-Quran. Baca sahaja mana-mana ayat, akan terus arwah sambung membacanya tanpa melihat Al-Quran... (Ketika ini aku teringat kepada Rasulullah, tak mustahil orang yang tidak pandai membaca dapat menghafal Al-Quran). Di rumah arwah, kekadang kalau berkesempatan saya akan belajar mengaji Al-Quran dengan arwah, saya baca dan dia terus dapat mengesan kesalahan bacaan saya dengan memperbetulkan sebutan, tajwid dan sebagainya....
Saya masih ingat, Arwah selalu mengingatkan saya, Al-Quran ini bukan untuk dibaca sahaja, tetapi kita perlu mengetahui segala maksud setiap ayat-ayat tersebut kemudian wajib mengamalkannya (BACA, FAHAMI, AMALKAN)....
Arwah seorang yang tawadduk/ sangat merendah diri, maka tak mustahil Allah memakbulkan permintaannya. Pernah arwah menunjukkan kehebatan ilmunya, dia dapat menahan hujan ataupun mengalihkan hujan ke tempat lain dengan menggunakan kehebatan ayat suci Al-Quran sehingga mengagumkan hadiran yang hadir semasa kejohanan sukan di sebuah sekolah. Arwah menurunkan ilmu tersebut kepada saya, tetapi maybe disebabkan dosa saya yang menggunung tinggi, doa saya itu belum dimakbulkan_Nya (^_^)...
Arwah selalu mengingatkan saya supaya jangan sombong/riak/bongkak dengan keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada kita....

Ibu angkat saya sebelum ini pernah menyatakan Nenek Angkat saya ada bertanyakan saya dan mahu saya datang ke rumahnya tetapi disebabkan saya bekerja merentasi Laut China Selatan, permintaan arwah tidak dapat saya penuhi....


 SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ARWAH DI DALAM KALANGAN ORANG YANG SOLEH DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA.....
AL-FATIHAH...



2 comments: