Tuesday, September 20, 2011

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) : Terima kasih....

JASA MU SENTIASA KU KENANG (^_^)

"Saya ingin ABADIKAN DALAM BLOG INI dan mengucapkan jutaan terima yang tidak terhingga kepada 8 orang kakak-kakak nurse PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU UTHM) semua di atas (iaitu Puan Faizah,  Puan Zainah, Puan Dilla,  Puan Hamidah,  Puan Zaiton,  Puan Tini, Puan Azlina,   lagi 1 orang saya lupe.hehehe) bantuan membantu saya & merawat luka saya 3 tahun yang lalu yang saya tidak akan lupakan sehingga akhir hayat, InsyaAllah. Kini saya dah pun berjaya. Walaupun mungkin jasa kakak-kakak semua adalah kecil, tapi ianya amat bermakna kepada saya. Saya ingin menghadiahkan hadiah kepada kakak semua tapi belum berkesempatan lagi, InsyaAllah, jika ade kesempatan nanti.hehehehe "
-Hisbul Hadi
Tahun 2005- Ride konvoi Kuala Lumpur - Batu Pahat bersama Intelligent Biker Club cawangan Johor & Kuala Lumpur
DEPAN UTHM
KONVOI ESCORT TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN DI KOTA BHARU
SEBAHAGIAN INTELLIGENT BIKER CLUB SEMASA ESCORT YB AHLI PARLIMEN

Pada Fri 04-July-2008 4.00 ptg merupakan tarikh keramat di mana saya mengalami kemalangan jalanraya dirempuh daripada kanan di jalanraya 4 lorong di Batu Pahat oleh sebuah Avanza yang di bawa oleh seorang lelaki Cina. Walaupun dia telah bayar ganti rugi tetapi sebulan lebih jugakla aku bertongkat, rumah pulak tingkat 4, setiap hari berulang-alik daripada PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UTHM untuk mencuci luka (sakitnya waktu cuci tu Tuhan sahaja tau, sampai berair mata aku bila luka dalam tersebut dibasuh dengan larutan hidrogen klorida, berbuih-buih sampai cair semua nanah sebelum nurse menggosok dengan kain gause yang kasar tu supaya luka tersebut licin dan bersih tanpa ada sebarang kotoran...).

Tapi saya cukup respect dgn nurse-nurse PKU UTHM yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi. Setiap hari asyik ngadap muke aku je & xjemu sebab luka-luke tersebut perlu dicuci setiap hari (memang terasa perit & pedih), tapi akak-akak nurse nie selalu bagi semangat siapa cakap "KALAU TAK TAHAN SAKIT, CAMNER NAK SEMBUH?!!". Hujung minggu pun, dorang datang ke PKU semata-mata nak cuci luke aku.huhuhu.. Terhutang budi, tak tau cmner nak balas jasa akak-akak nurse nie, ade 8 orang semuanya... Duit PKU UTHM habiskan untuk aku je rasenye hampir RM3000 untuk merawat luka setiap hari selama sebulan lebih. Setiap hari tak bole miss cuci, tu cakap nurse & Doktor la...


JASA MU SENTIASA KU KENANG (^_^)

"Saya ingin ABADIKAN DALAM BLOG INI dan mengucapkan jutaan terima yang tidak terhingga kepada 8 orang kakak-kakak nurse PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU UTHM) semua di atas (iaitu Kak Faizah, Kak Zainah, Kak Dilla, Kak Hamidah, Kak Zaiton, Kak Azlina, lagi 2 orang saya lupe.hehehe) bantuan membantu saya & merawat luka saya 3 tahun yang lalu yang saya tidak akan lupakan sehingga akhir hayat, InsyaAllah. Kini saya dah pun berjaya menjadi seorang pensyarah. Walaupun mungkin jasa kakak-kakak semua adalah kecil, tapi ianya amat bermakna kepada saya. Saya ingin menghadiahkan sesuatu kepada kakak-kakak semua tapi belum berkesempatan lagi, InsyaAllah, jika ade kesempatan nanti.hehehehe "
-Hisbul Hadi

(UPDATE : 
Baru nie dapat email 
Klik untuk besarkan (^_^)

Seorang lagi nurse penyayang yang paling saya ingati sampai sekrang iaitu Kak Tini (sorry Kak Tini, xtau la kenapa dalam website PKU tu xde gambar Kak Tini, nama betulnya Puan Hartini bt. Shafii.huhuhu. Kak Tini ni la antara nurse yang paling senior, paling penyabar & sedia merawat para pesakit tak kira masa serta "tak berkira" di PKU UTHM tue termasuk juga nurse-nurse yang lain kalau pembaca semua nak tau.huhuhu.. Memang terharu sgt2 di atas bantuan Kak Tini & kakak-kakak nurse yang lain  (^_^)).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Semasa kemalangan tersebut, lelaki cina tersebut baru sahaja membuat U turn menuju ke arah Batu Pahat- Parit Raja. Aku masa tersebut berada di lorong kiri. Tetiba sukatie hati dia je daripada lorang kanan terus menghimpit aku yang sedang laju & Avanza mamat nie (umur 28-30 thn kot) dengan selambanya dengan lajunya menghimpit aku menuju ke tepi jalan (dengar citer mamat nie bagitau yang dia nak berhenti beli durian kat tepi jalan, ape punya ngong punya orang, side mirror pun tak tengok tu pasal dia gi langgar aku). Aku terlanggar depan avanza & terus meluncur ke tepi jalan, jatuh & bergeser atas jalan bertar beberapa meter sebelum hampir melanggar  sebuah wira yang parking sebab nak beli buah, klu tak mau aku termakan ekzos kereta tu). Aku memang bergeser & terhimpit di bawah motor, ekzos yang panas tu terus menghimpit bawah  kaki kanan, melecur sampai kulit semua putih/mati. Aku nampak putih je, ingatkan dah sampai tulang. Motor plk menghempap aku, memang tak bole bangun sampaila sorang brother melayu nie tolong angkat motor aku, termeniarap aku atas jalan beberapa ketika.

Yang paling geramnya, bole mamat nie & kawan dia kat sebelah tengok je walaupun dia berhentikan kereta kat belakang aku, dah la lambat nak keluar perlu tolong aku. Maybe dia sedang berfikir kot sama ada aku dah mati or blum takpun sama ada nak tolong aku atau lari jer.

Last-last, brother member dia yang sorang lagi datang tolong aku, papah aku bawa masuk kereta & terus ke klinik. Darah menitik-nitik dalam kereta, aku pun terasa tunggu masa je nak pitam. Klinik pertama dorang pergi dah tutup. Pergi ke klinik kedua, aku nak berjalan pun tak bole, last brother cina sorang lagi tu bawa keluar kerusi roda papah aku bawa masuk dalam klinik. Masuk dalam klinik, aku dibaringkan walaupun aku terasa nak pitam. Bila dah baring, baru la kurang sikit pitam.

Dipendekkan cerita, berair mata aku masa kena cuci, pasir penuh dalam luka & doktor terpaksa spray. Rasenye, lebih RM100 mamat cina tu bayar kat klinik.
Masa dia hantar aku balik, dia siap tanye "NAK BUAT REPORT POLIS ATAU TIDAK?". Aku masa tu sampai sekarang memang confius, "PERLU KE AKU BUAT REPORT?". Dia cakap, kalau jadi apa-apa kpd aku, dia takkan bertanggungjawab. Dengan sakitnye, aku cakap aku nak terus balik rumah. Kalau sorang wat report tapi sorang lagi tak report walaupun dia tak bersalah, memang yang tak wat report tu akan dikatakan bersalah sebab pengadu bole cipta mcam-mcam cerita. Lagi satu, jika beberapa hari selepas tu aku meninggal kerana pendarahan dalaman yang aku pun tak sedar, maka dia pun akan terlepas.

Sampai sekrang, aku pun masih tak tahu sama ada tindakan aku tu betul atau tidak.




Kekadang, respek aku dgn kerjaya sebagai nurse nie walaupun di dalam akhbar bermacam cerita yang tidak menyenangkan seperti layanan yang kurang mesra dan sebagainya. Tetapi di PKU, layanan nurse-nurse di sini cukup ramah mesra, kalau sakit pun sure hilang sikit rase sakit tu. Kekadang rase segan juga kerana nurse-nurse nie sanggup bersengkang mata membersihkan (dressing) luka-luka aku, (bagi sesetengah orang, tentu ia menjijikkan, termasuklah aku sendiri) tetapi kerana kerja, mereka sanggup melakukannya. Aku siap tanye nurse, Kak Midah rasenye, pastu Kak Midah cakap dia biase tengok yang lagi teruk daripada luka aku nie lagi, dia pernah tengok orang accident jalanraya semasa bekerja di hospital kerajaan dulu, kaki orang tu hancur dan hamper putus!!! Aku terdiam & tertelan air liur…

Berbeza dgn satu klinik swasta yang aku pernah pergi dkt dgn Petronas Parit Raja, doktor lelaki layan & cuci luka aku mcm geli je, kerja plk lebih kurang xmemuaskan. Bagi aku, doktor yang aku jumpa nie geli nak cuci luka, so bagi aku lebih baik kerja dia kerja kat farmasi je kalau jadi doktor cuma nak bagi ubat pastu cek penyakit senang-senang jer...

Kekadang, aku terasa juga mesti ade hikmah di atas kecelakaan yang menimpa aku. Terima kasih kepada Baqir(ex-housemate aku dulu) & Hanim (mase tu baru berkawan, sekarang dah jadi orang rumah aku dah.hehehe. Sebelum kejadian, Hanim 3 kali bermimpikan aku accident ngeri & teruk berdekatan Maktab Perguruan Batu Pahat, tapi dia tak maklumkan aku, risaukan aku kot, akhirnya tak sangka mimpi tersebut betul-betul menjadi kenyataan ) sanggup setiap hari hantar aku gi Pusat Kesihatan Universiti. Setiap kali luka dibersihkan, memang kekadang sampai menitik darah keluar, dia punye pediah & perit, Allah sahaja tahu. Kekadang sampai mengeriut-riut aku atas katil menahan kesakitan semasa nurse-nurse mencuci luka. Tetapi, kekadang, nurse-nurse nie akan bawa aku gi bilik operation kat bahagian belakang PKU (orang kate kat tempat tu “keras” sikit lepas maghrib.hehehe..). Mase lalu menuju ke bilik tersebut, aku terpandang bilik para pesakit sedang menjalani latihan hemeodalisis (dorang kena cuci darah setiap hari), kesian aku tengok dengan penuh wayar-wayar berselirat pada tangan. Aku tanye la, “Tak sakit ke dorang tu?”. Nurse jawab “Sakit tetapi nak tak nak dorang kena bertahan”. Meremang bulu tengkuk aku, kesian dengan nasib dorang, dengan terpaksa menahan sakit bila jarum dicucuk pada bawah lengan, betapa bertuahnya kita yang dilahirkan sihat tubuh badan ini, so kenala kekalkan kesihatan mulai sekarang. Aku tanye lagi “Berapa kerap dorang kena datang?”. Nurse “Dorang kena selalu datang untuk cuci darah”. GULP!!! aku pun tertelan air liur lagi.

GAMBAR SETERUSNYA (GAMBAR SEMASA SAYA MENGALAMI KECEDERAAN) MUNGKIN TIDAK MENYENANGKAN BAGI SESETENGAH INDIVIDU

Berikut gambar-gambar semasa proses anggota aku yang cedera pulih bermula daripada minggu pertama sehingga sebulan lebih.

GAMBAR PROSES PENYEMBUHAN BAHAGIAN ATAS KAKI KANAN
























GAMBAR PROSES PENYEMBUHAN BAHAGIAN KAKI KANAN

















 

GAMBAR PROSES PENYEMBUHAN BAHAGIAN TANGAN & SIKU KANAN








……





>>>

Doktor berikan cuti seminggu, tapi disebabkan aku tengah pegang jawatan ketua kelas & banyak urusan penting yang perlu diselesaikan, isnin seterusnya aku terus masuk kelas.

AKTIVITI AKU SEMASA PROSES PENYEMBUHAN



SEMASA AKTIVITI MASTER, EXPLORE RACE


MENDAKI GUNUNG BELUMUT (TAPI TAK SAMPAI PUNCAK PUN)
 
 
 


BENGKEL WAJADIRI DI AIR PAPAN, MERSING

 
 
 

KENANGAN MASA MUDA-MUDA DULU
MENGENDALIKAN MESYUARAT PROGRAM-PROGRAM

 



>>>
Selepas segala susah payah, alhamdulillah akhirnya konvo juga. Terima sijil konvo dengan Sultan Johor, Tungku Ibrahim Ismail (seorang yang amat berjiwa rakyat, cukup respect aku dgn baginda, beruntung rakyat Johor)..



UPDATE :
Daripada pengalaman saya accident tersebut, baru skarang saya dapat satu pengajaran iaitu kita perlu buat report polis supaya kita dapat claim insuran daripada orang yang langgar kita tu (yela, syarikat insuarans tu yang bayar, bukannya dia, so dia tak rugi pun, betul tak?!!hehehe). Tapi sayang, saya tak sempat claim sebab masih dlm dilema ketika tu....

2 comments:

  1. aku pun brp kali kene cuci luka accident motor kt klinik uthm ni.

    hadi, kalau kau tak cakap diorg ni mesra, aku pun tak perasan. sbb sepupu ngan makcik aku kt situ. sbb tu aku rasa biasa kot kalau diorg layan elok. hehehe...

    apa pun terima kasih jugak la kt diorg ek

    ReplyDelete
  2. betul tu, dorang layan lagi bagus drp klinik swasta. 2 klinik swasta yg aku pernah pergi pn layan lebih kurang je, xmcm dorang layan.hehehe....

    ReplyDelete