Thursday, August 09, 2012

HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH - ISLAM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg4NFJNemMSHf-WrSBhpzEyBfFfmCCa4Rg3UJxnIZOs9iGWfjFEjsAz9H65s-aiOA7-y8TxM5squMsMDfobtr0uAsi1D5PZwFEDHvjnlKyZfTML8dGJO-VigRXfT42lyxbq5g/s1600/kemalangan.jpgHARDY BOY -  
ADAKAH ANDA DALAM GOLONGAN YANG TIDAK PERNAH DITIMPA MUSIBAH??? 
Tiada sesiapa Hamba-NYA yang tidak pernah diuji oleh Allah sama ada ujian yang kecil atau besar.

Ujian tersebut diturunkan untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah yang senang kita lafaz dengan lidah dan sejauh manakah kita bersangka baik dengan Allah. 

Musibah yang diturunkan merangkumi pelbagai bala/malapetaka mahupun ditimpa penyakit/kesakitan. Manusia juga turut diuji dengan pelbagai nikmat kemewahan duniawi untuk melihat sejauhmana kita hanyut dengan nikmat tersebut.



[Hadis diriwayatkan Muslim, di dalam sohih Muslim (2/633)
Nabi SAW bersabda : "Semakin besar musibah yang menimpa, maka semakin besarlah ganjaran yang akan diterima. Dan sesungguhnya apabila Allah menyukai sesuatu kaum, Allah akan menguji mereka. Siapa yang redha, akan memperolehi keredhaan Allah, dan barang siapa yang yang murka akan beroleh kemurkaan Allah".
[Hadis riwatyatkan oleh Attarmizi dan Ibnu Majah,sial rujuk Soheh jamik Attarmizi : al-Muhaddis al-A’llamah Muhammad Nasiruddin al-Albany]. 
SEWAJARNYA KITA SEBAGAI HAMBA-NYA PERLU SENTIASA MENDEKATKAN DIRI KEPADA-NYA KERANA ALLAH SUKA APABILA HAMBA-NYA BERDOA MERAYU-RAYU BERDOA DAN MOHON KEAMPUNAN KEPADA-NYA, NESCAYA MUSIBAH TERSEBUT DIGANTI DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK, DIAMPUNKAN SEGALA DOSA KECIL ATAU BESAR MAHUPUN DINAIKKAN DARJAT YANG LEBIH TINGGI.

"Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan & ketentuan Allah adalah yg paling sempurna. Allah tidak memberikan apa yng kita inginkan tetapi Allah memberikan apa yg kita perlukan. ALLAH juga menurunkan ujian kepada hamba-Nya untuk menguji sejauh manakah ketebalan iman hamba-Nya".

Apabila musibah diturunkan, manusia akan semakin TAAT atau semakin KUFUR kepada Allah (seperti mula meninggalkan solat dan melakukan segala larangan serta mula tidak mempercayai kewujudan Allah mungkin sebagai tanda protes kepada Yang Maha Esa sedang Allah tidak rugi walau sekelumit pun di atas tindakan  tersebut).

ADA SEGELINTIR MANUSIA YANG NIPIS IMANNYA MULA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA ALLAH APABILA DIUJI dan DOAnya tidak dimakbulkan ketika dia KESUSAHAN, sedangkan dia tidak sedar sepanjang dalam KESENANGAN dia sering melupakan ALLAH... Tidakkah kita malu hanya apabila susah barulah kita terhegeh-hegeh memohon pertolongan daripada Allah dan marahkan Allah apabila doa tersebut tidak dimakbulkan???  

JIKA KITA RASAKAN MUSIBAH/UJIAN YANG KITA HADAPI BESAR, CUBA BANDINGKAN DENGAN SEBAHAGIAN UJIAN YANG DITURUNKAN KEPADA PARA NABI  DAN RASUL...


  sebagai renungan dan peringatan kita bersama...
- hardy boy
------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang lain. Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan dalam memberi ujian itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqj6YSQwbi9S-fNw16M0TjEkQhUYJ_wbG3zlnrac8Rxb947kHH7GgC7ohlbHkJV96TWg529j_JfMGML6AKIlGtzVOEcHkKWV3DRcXcQWxwUl-0EPnb0xekZRcyRXh9gnuvWCw/s1600/sabar1.jpg




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOvp9wuBewyN6xuZqqdAa0WEvIQ4iqwQdVkQafDN_WMynUIx_jAz8UWLvEDjT2wqusFY1iet-cH8_qkYN7irkEsagDijYXyKh3axlNUHOwYImUdDAZxj5mXd8frxUoRa4wTFQ/s1600/kebakaran_stok.jpg












Petikan daripada ayat suci Al-Quran:-
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAQuCe5qBJlKZsn5bO9PdFG7F7B8Y_-qslry5NJuToYn_9zjLzzCE06hybxtcVgqciRKegpJBWLk11bQLn5bojIWFWdQBE3OC9fb1IttHkQ0d_bJzROVJMa4nBfaXH1KFO3XU/s1600/ingat-allah-199x300.jpg"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44)".

Apabila kita ditimpa bencana atau ujian Allah, ada baiknya muhasabah diri kita sendiri dan melihat ujian Allah SWT ini dengan pandangan mata hati kita.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjhHZmpDPXkeoakbIGxv5sDSNfKnEhhF6qxCDjj8B1z_mpYPm4lZaPj7N7yedleFqveSWbPB2sqrJDYNRMLnqH_IJUZQSvdGDenVGlBEw01zJEg5rpWaJ1V6lSVCYpxvr5ap8/s1600/tahajjud1.jpg17 faedah ini disebut dalam risalah al-Fitan wal-Balaya wal-Mihan wal-Razaya, atau Fawa'id al-Balwa wal-Mihan oleh Imam 'Izzuddin bin 'Abdis Salam (m.660H), tokoh ulama besar dalam abad ke-7 hijrah, yang terkenal dengan gelaran Sultan al-'Ulama'. Saya nyatakan keseluruhannya secara ringkas dengan sedikit olahan daripada saya, penulis yang da'if ini.

Semua musibah, bala bencana dan ujian Allah SWT yang menimpa kita ini sebenarnya mengandungi hikmah dan rahsia di sebaliknya. Ia merupakan faedah dan manfaat yang besar bagi umat Islam secara khususnya. Antara hikmah atau faedahnya ialah;

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvhmmBNgH7LLv7J9ULackpZsgMnGx-WuW0M2SgGURq0rvDp9Ng3WfkRtUQu4qGTVE99GV5ZM6bgLdjR7uMmS9aQergyrY7OaDKD59mMvU5hnLeICdHnjyTPJfpLYc_Sw8Qx7o/s1600/Cover+Dugaan+Allah1_small.png1- Dapat mengenal keagungan dan kekuasaan rububiyyah(ketuhanan) Allah SWT.

2- Dapat menyedari akan kehinaan dan kekurangan 'ubudiyyah(perhambaan) manusia sebagai hambaNya.

3- Dapat mengikhlaskan diri kepada Allah SWT, kerana Dia-lah sahaja yang dapat menariknya kembali.

4- Dapat kembali semula kepada Allah SWT dan memberi tumpuan terhadap-Nya.

5- Dapat merasa rendah diri, dan berdoa mengharap kepada-Nya.

6- Dapat mendidik diri bersifat lemah lembut dan tidak lekas marahterhadap orang yang fitnah/musibah tersebut datang daripadanya, atau yang menyebabkannya. Ini kerana keyakinan kita kepada qadha' dan qadar Allah SWT.

7- Dapat mendidik diri memaafkan orang yang membawa fitnah/musibah tersebut, atau yang menyebabkannya.

8- Dapat mendidik sifat sabar dalam menghadapi musibah tersebut.

9- Dapat mendidik rasa gembira dengan musibah tersebut kerana faedah-faedah serta ganjaran-ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT.

10- Dapat mendidik rasa syukur ke atas musibah tersebut kerana mengandungi faedah-faedah berkenaan.

11- Dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.

12- Dapat menimbulkan rasa kasihan dan simpati terhadap orang yang ditimpa bala bencana, dan dapat membantu kesusahan mereka.

13- Dapat mengenal dan menghargai nikmat keafiatan dan kesihatan, serta mensyukurinya.

14- Dapat memperoleh ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT ke atas faedah-faedah yang tersebut di sini di akhirat kelak nanti.

15- Ia mengandungi faedah-faedah atau hikmah-hikmah yang tersembunyi, yang kadangkala nampak zahirnya negatif tetapi sebenarnya positif, atau pada zahirnya tidak kita sukai tetapi sebenarnya lebih baik untuk kita.

16- Dapat menegah diri kita dari sifat-sifat yang buruk, sombong, bangga diri, riya', takabbur dan seumpamanya.

17- Dapat mendidik sifat redha yang membawa kepada keredhaan Allah SWT.


MENGAPA MUSIBAH DITURUNKAN?

Allah Taala Maha Adil lagi Maha Pengampun. Peristiwa hitam yang saudara alami merupakan ujian daripada Allah. Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya dengan musibah dan kecelakaan kerana Allah Maha Adil, Allah ingin menghapuskan dosa perilaku hambanya, disamping menggantikannya dengan pahala yang hanya diketahui oleh Allah semata-mata.
Berkata Sheikhul Islam Ibnu Qayyim di dalam kitab "Miftah Daar Assa’adah" : Jilid 2 : ms 274 :
"Sesungguhnya Allah Taala menguji hamba-hambanya dengan pelbagai ujian, termasuklah musibah dan bencana, kerana Allah memerhatinya dan mahu menghapuskan dosanya!! Dan musibah yang menimpa merupakan nikmat Allah yang sangat besar walaupunn kita tidak menyukainya. Dan hamba Allah itu tidak mengetahui nikmat yang mana satukah paling besar : perkara yang dibenci atau perkara yang disukai?
Nabi SAW bersabda : "Dan tidaklah seseorang mukmin yang ditimpa kesedihan dan kesakitan sehingga duri yang tercucuk di kaki melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.
[Hadis diriwayatkan oleh Muslim no (53) , (2573)]
Dan setiap dosa itu ada balasan dan hukumannya. Jika seseorang hamba dihukum di dunia ia adalah lebih baik dan mudah baginya daripada dihukum dan dibalas di akhirat kelak. Kerana hukuman dunia adalah sementara,manakala hukuman akhirat hukuman yang kekal abadi.
 
Rawatan :
  1 ) Beriman dengan Qada’ dan Qadar Allah.
  2 ) Mengakui musibah yang anda alami adalah ujian dari Allah. Allah akan menambahkan pahala anda dan mengampunkan dosa-dosa anda.
  3 ) Bersabar.
  4 ) Kembali kepada Aqidah Salafiah Solehah (Aqidah Ahlis Sunnah) dengan merealisasikan tuntutan "Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastain".
  5 ) Memperbanyakkan solat hajat, tilawah al-Quran, zikrullah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  6 ) Berzikir dengan zikir ini : "Inna Lillahi Wa Inna Lillahi Roojiun, Allahummakjurnii Fii Musibatii Wakhluf Khairon Minhaa’’.
 
Nabi SAW bersabda : "Tidaklah seseorang hamba apabila ditimpa musibah dia berdoa : ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan akan kemballi kepadanya. Ya Allah berilah ganjaran keatasku di atas musibah (kecelakaan) yang menimpaku dan gantikanlah musibah (kecelakaan) ini dengan perkara yang lebih baik daripadanya", nescaya Allah akan memberi pahala kepadanya dan menggantikan musibah tersebut dengan kebaikan.
[Hadis diriwayatkan Muslim, di dalam sohih Muslim (2/633)
Nabi SAW bersabda : "Semakin besar musibah yang menimpa, maka semakin besarlah ganjaran yang akan diterima. Dan sesungguhnya apabila Allah menyukai sesuatu kaum, Allah akan menguji mereka. Siapa yang redha, akan memperolehi keredhaan Allah, dan barang siapa yang yang murka akan beroleh kemurkaan Allah".
[Hadis riwatyatkan oleh Attarmizi dan Ibnu Majah,sial rujuk Soheh jamik Attarmizi : al-Muhaddis al-A’llamah Muhammad Nasiruddin al-Albany].



HARDY BOY - PERINGAT UNTUK DIRI SAYA SENDIRI...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAdGPhZNYPLw5Y5PVX1qpWEJDfxvLCxPYhg024MDEVqt9sPsGxb3OtHOs8IFeNQUUy9JwAn05yUU4t_62qkHnm1QYNWmkGVW9QsAWFjAHw62A0D2XC8Xq4h3YWfOFoE8DRQdA/s1600/sujud.jpg

No comments:

Post a Comment