Thursday, February 13, 2014

IBU BAPA YANG BODOH SOMBONG ~ dilema guru


APABILA PELAJAR DIMANJAKAN & IBU BAPA SEMAKIN "BANGANG" -dilema guru


BILA DAH MASUK BERITA !!!

Isu apabila ibu bapa yang memanjakan anaknya mereka yang "bodohnya" bertingkat-tingkat disebabkan kebodohan ibu dan bapanya yang tidak pandai mendidik. Lantaran daripada kebodohan ibu bapa dan pelajar sebegini disalahkan kepada guru-guru di sekolah dan "DITAMBAH PULA IBU BAPA YANG BANGANG" bertindak mula "menghukum" guru dengan mengugut dan tidak membenarkan sebarang hukuman dikenakan kepada anak-anak mereka... 
Mak Bapak atau Anak Yang Bangang???

(Tetapi, masih ada lagi ibu bapa lain yang berpendidikan dan berhikmah mendidik anak-anak yang menghargai para guru. Segelintir IBU BAPA yang BODOH SOMBONG ini umpama barah yang  sering menyusahkan guru-guru dan ibu bapa yang lain, suka bikin kecoh suasana yang harmoni jadi panas ..).

DILEMA APABILA MENJADI GURU, MEREKA SERING DIPERSALAHKAN OLEH IBU BAPA KERANA TIDAK PANDAI MENGAJAR APABILA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK MEREKA TERUK/GAGAL (HAKIKATNYA, ibu bapa kat rumah cuma goyang kaki menyerahkan tugas mendidik 100% kepada guru-guru di sekolah)
TETAPI APABILA ANAK MEREKA MENDAPATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG, DIHEBOHKAN KERANA MEREKA MAK BAPAK YANG PANDAI MENDIDIK ANAK KAT RUMAH, ATAUPUN "GURU TUISYEN BERBAYAR" MEREKA MEMANG PANDAI MENGAJAR, LANGSUNG TIADA UNGKAPAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH....

SETIAP KALI MESYUARAT IBU BAPA GURU (PIBG) DIADAKAN DI SEKOLAH, MESYUARAT TERSEBUT MENJADI MEDAN UNTUK "IBU BAPA YANG BANGANG INI"
MENGHENTAM PARA GURU, LAGAK UMPAMA BAYAR YURAN RM10, 000 SEBULAN KEPADA PIHAK SEKOLAH, SEDANGKAN NAK BAYAR YURAN PIBG YANG KEKADANG CUMA RM50 SEBULAN PUN KECOH SATU KAMPUNG KATA GURU-GURU SEKOLAH TERSEBUT CEKIK DARAH DAN MAKAN DUIT "BUDAK"... 


SEMOGA PIHAK ATAS YANG BERTANGGUNGJAWAB BERSAMA-SAMA MEMBANTERAS BARAH INI, KALAU MAK BAPAK TAK SUKA SEKOLAH TERSEBUT SURUH MEREKA PINDAHKAN SAHAJA ANAK MEREKA KE SEKOLAH LAIN YANG LEBIH BAGUS (Saya yakin, MANA MUNGKIN MEREKA BERANI...)...

TUGAS MENDIDIK ANAK BANGSA BUKAN TUGAS GURU DI SEKOLAH SEMATA-MATA TETAPI LEBIH BERKESAN JIKA IBU BAPA DAN GURU BERGABUNG BEKERJASAMA MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSA INI...
WALLAHUALAM.... 

http://i.imgur.com/8UVPTlq.jpg
Kecewa Anak Diarah Tukar Sekolah Kerana Tak Siap Kerja Rumah - KEPALA BATAS : Seorang bapa kecewa anaknya yang berusia 12 tahun bukan sahaja dirotan oleh seorang guru malah diarah keluar dari kelas dan bertukar sekolah lain gara-gara gagal menyiapkan kerja sekolah.
Shahrul Asmawi Rashid, 35, mendakwa, kejadian itu berlaku ketika anak sulungnya, Nur Emilia sedang mengikuti mata pelajaran muzik yang diajar guru berkenaan di Sekolah Kebangsaan Permatang Binjai di sini pada pukul 8.30 pagi Jumaat lalu.
Katanya, guru perempuan tersebut yang juga mengajar mata pelajaran Sains telah bertanyakan tentang kerja sekolah bagi mata pelajaran Sains yang diberikan beberapa hari sebelum itu.
Jelasnya, disebabkan anaknya bersama empat lagi rakannya gagal menyiapkan tugasan tersebut, guru berkenaan didakwa telah bertindak merotan mereka sebelum menyuruh empat rakan anaknya duduk.
“Selepas itu, guru berkenaan didakwa terus memarahi anak saya dan bertindak menarik tudungnya hingga tercabut selain menolak anak saya dan melempar buku ke lantai sebelum mengarahkan anak saya balik ke rumah.
“Disebabkan rasa malu, anak saya terus keluar dari kelas dan menunggu di tempat letak basikal sebelum didatangi seorang rakan kelasnya yang memberitahu guru berkenaan telah mengarahkan anak saya bertukar ke sekolah lain,” katanya.
Menurut Shahrul Asmawi lagi, kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari yang sama, dia menerima panggilan telefon daripada guru tersebut yang bertanyakan sama ada anaknya sudah sampai di rumah atau belum.
Katanya, dia yang terkejut dengan perkara itu kemudiannya terus bertindak mencari anaknya di sekitar kawasan sekolah sebelum menemui anaknya di tepi jalan di belakang sekolah tersebut.
“Bila sampai di rumah, anak saya terus menangis dan menceritakan kejadian yang berlaku di sekolah sebelum memberitahu, dia kini berasa malu untuk ke sekolah lagi.
“Saya tak kisah kalau guru berkenaan pukul anak saya kerana tak siapkan kerja sekolah tetapi dia (guru berkenaan) tiada hak untuk halau anak saya keluar daripada sekolah ataupun arahkan anak saya pindah sekolah,” jelasnya.
Disebabkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan, dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara kelmarin.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, guru terbabit tidak boleh mengarahkan murid tersebut keluar dan bertukar sekolah dengan sewenang-wenangnya serta pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut. – Kosmo sumber


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiH3vOQP4dka9epnHUY62WkAxBy4kD-EInfRQrKkXmcsend-HLoTnatvBJ9jFuJ2LX1achK1YduwBx_LZDSmd99pWwhwP3GTPQDbxpM4Ni2l_gk182sAOYu5vTcvHYZ8rqLH81PA/s1600/10.png


http://i.imgur.com/TwJ9z.jpg
Mengamuk Di Balai Sebab Anak Kena Tukar Kelas
-
Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.
Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.
Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan. – Kosmo
sumber



HARDY BOY - TAK SALAH MENGHUKUM UNTUK MENDIDIK, ASALKAN TIDAK MENDERA ATAU MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA PELAJAR.... GUNAKAN PENDEKATAN BERHIKMAH TERLEBIH DAHULU SEPERTI NASIHAT DENGAN KELEMBUTAN SEBELUM TERPAKSA MENGGUNAKAN "HUKUMAN YANG SEDIKIT KERAS"... (^_^)

No comments:

Post a Comment