Tuesday, June 22, 2021
Sunday, June 13, 2021
Thursday, June 10, 2021
SPM PENAMAT MASA DEPAN ???
Kepada adik-adik yg dpt markah kurang cemerlang semasa SPM, JANGAN SEDEY SEDEY YE (tu pn kalau anda dah memang berusaha bersungguh-sungguh, BERDOA & BERTAWAKKAL masa SPM. Kalau yg spesies yg memang malas tahap gaban tu lain la, semoga cepat terSEDAR π
).
Pakcik dlu pn xde la xcerdik sgt, masa study kt MRSM Perlis, pakcik pernah dpt rank 300 lebih drp 400 org student masa exam setiap penggal.
Sunday, June 06, 2021
Perang Israel dan Negara Arab 1967
#copyPaste
#FreeGaza
#FreePALESTIN
5 Jun 1967, berlaku perang antara tentera Israel dan negara-negara Arab selama enam hari. Negara-negara Arab yang terdiri dari Mesir, Jordan, Syria, serta Iraq dan Lebanon berpecah di Timur Tengah.
Israel menyerang Mesir dan Syria sebagai tindak balas terhadap penutupan Selat Tiran oleh Mesir, yang kemudian dipimpin oleh Presiden Gamal Abdul Nasser. Penutupan itu dilakukan kerana Nasser menerima laporan pihak Israel mengumpulkan tenteranya di sempadan Syria.
Jordan, yang mempunyai perjanjian pertahanan dengan Mesir, bergabung dalam perang beberapa saat kemudian. Pertempuran meletus di beberapa buah kawasan, terutama di El Arish, Sharm el Sheikh dan Tebing Barat.
Walaupun kurang dalam jumlah pasukan, tetapi senjata, peralatan, strategi, disiplin yang dimiliki oleh pasukan Israel menjadikannya jauh lebih unggul dalam perang yang berlangsung dari 5 Jun hingga 10 Jun 1967.
Hasil akhir Perang Enam Hari menyaksikan Israel sebagai pemenang, setelah berjaya menguasai wilayah-wilayah yang sebelumnya dikuasai Mesir, Syria dan Jordan.
Wilayah Israel setelah Perang Enam Hari, meningkat dua kali ganda dengan kejayaan mereka menguasai Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai, Dataran Tinggi Golan, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.
Seperti yang dilaporkan oleh Histroy, Jumat (06/05/2015) Setelah konflik berakhir, PBB meminta penarikan pasukan dari kawasan yang dikendalikan oleh Israel, tetapi panggilan itu ditolak. Israel mengatakan akan menyerahkan Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Dataran Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai kepada pemilik asalnya dengan pengiktirafan negara Israel dari negara-negara Arab, tetapi syarat itu ditolak dengan keras.
Negara-negara Arab pada pertemuan Ogos 1967 memutuskan untuk tidak berdamai dengan Israel, tidak berunding, dan tidak akan mengiktiraf Israel. Namun, Mesir, yang kehilangan wilayahnya, akhirnya berjaya berunding dengan Israel untuk mendapatkan kembali Semenanjung Sinai.
Ikuti juga kami di:
Facebook ππΎ https://www.facebook.com/cintagazamalaysia2/
Instagaram ππΎ https://www.instagram.com/cintagazamalaysia/
Layari infakpalestin.com untuk menyumbang.
Atau istiqamah4gaza.com untuk berinfak secara bulanan (auto-debit).
#PerangEnamHari
#IsraelKoyak
#MyAqsaDefenders
#CGM
Friday, June 04, 2021
Couple haram ???
Saya ingin menjawab 1 confession
"ADAKAH COUPLE HARAM?"
Topik yg hot sejak zaman u lg, adakah couple haram?
Xde definisi khas utk istilah "couple". Yg penting apa sahaja hubungan antara lelaki & perempuan, couple @ xcouple wajib mengikut batasan pergaulan yg Islam telah tetapkan walaupun cuma bkawan biasa. Klu nk kawin plk, jangan main serkap jarang je, ambil masa kenal hati budi, latarbelakang beliau, keluarga beliau, usaha, berdoa (solat taubat, solat hajat, solat istikarah dlln), tawakkal & redho supaya tidak menyesal kemudian hari kerana perkahwinan bkn perjudian, bkn spt novel yg semuanya confirm happy endingπ. (Tu belum kira lg dpt jodoh yg abaikan tanggungjawab, panas baran sepak terajang isteri, xde kematangan, kaki botol, kaki pukul, kaki isap gam, kaki ketum, kaki judi, mat pit, kaki perempuan, xsolat, malas x keja makan duit bini je hari2 & mcm2 kaki lg malas aku nk taipπ
, brp ramai kt luar sana isteri tgh sarat mengandung tp dok gigih turun naik pej tok kadi nk mohon cerai, nauzubillah).
Semoga saudari dipertemukan dgn jodoh yg terbaik insyaAllah π. Jika ditakdirkan tiada/tputus jodoh, percayalah Allah telah takdirkan jodoh saudari akan dtg yg lebih baik...
Tuesday, June 01, 2021
Hikmah Lock Down PKP 3.0
Kenangan melawat Penjara Penor thn lepas. Mungkin sekarang ini ada org yang diluar sana kemurungan ade yg kemurungan terkurung kt rumah je, kemurungan dibuang keja, kemurungan mental di"dera" mental hingga ada yang hilang iman mencabut nyawa sendiri.
Bila g penjara ni, timbul keinsafan apabila nikmat "kebebasan" ditarik balik. Walaupun dpt keluar ke halaman rumah pn, terasa nikmat sebenarnya berbanding dorang. Bukan setiap banduan dibenarkan keluar sel setiap hari. Jika diberikan kpd banduan ini, warden penjara maklumkan kami mereka hanya mahukan 5 huruf je..B.E.B.A.S. hingga ada yg berusaha utk dipilih bekerja di luar bilik sel penjara walaupun hanya sebagai buruh.
Bila nikmat "kebebasan" Allah tarik, baru terasa nikmat yg Allah pernah berikan - nikmat masih mampu hilangkan makan minum utk keluarga- nikmat dpt ngeteh sekali skala - nikmat dpt keluar bebas mcm burung terbang semahu-mahunya- nikmat dpt melihat siang malam silih berganti - nikmat mengucup tgn org yg tersayang - nikmat dpt beribadah selesa selesanya & berguru dgn ramai guru agama...
Jadi, sama jadikan "lock down" ni medan utk muhasabah diri, dekatkan diri kpd Yang Maha Esa yg sering kita terLUPA !!!
*Maaf, banyak gambar yg tidak dibenarkan diambil oleh pihak penjara terutamanya ketika melihat kehidupan para banduan di dalam penjara di depan mata sendiri & ahli keluarga yang beratur menunggu berjumpa bantuan (bkn semua bantuan dpt keistimewaan dibenarkan bertemu pelawat walaupun cuma 2 minggu sekali).