Tuesday, June 01, 2021

Hikmah Lock Down PKP 3.0

Kenangan melawat Penjara Penor thn lepas. Mungkin sekarang ini ada org yang diluar sana kemurungan ade yg kemurungan terkurung kt rumah je, kemurungan dibuang keja, kemurungan mental di"dera" mental hingga ada yang hilang iman mencabut nyawa sendiri. 


Bila g penjara ni,  timbul keinsafan apabila nikmat "kebebasan" ditarik balik. Walaupun dpt keluar ke halaman rumah pn, terasa nikmat sebenarnya berbanding dorang. Bukan setiap banduan dibenarkan keluar sel setiap hari. Jika diberikan kpd banduan ini, warden penjara maklumkan kami mereka hanya mahukan 5 huruf je..B.E.B.A.S. hingga ada yg berusaha utk dipilih bekerja di luar bilik sel penjara walaupun hanya sebagai buruh. 

Bila nikmat "kebebasan" Allah tarik, baru terasa nikmat yg Allah pernah berikan - nikmat masih mampu hilangkan makan minum utk keluarga- nikmat dpt ngeteh sekali skala - nikmat dpt keluar bebas mcm burung terbang semahu-mahunya- nikmat dpt melihat siang malam silih berganti - nikmat mengucup tgn org yg tersayang - nikmat dpt beribadah selesa selesanya & berguru dgn ramai guru agama... 

Jadi, sama jadikan "lock down" ni medan utk muhasabah diri, dekatkan diri kpd Yang Maha Esa yg sering kita terLUPA !!!

*Maaf, banyak gambar yg tidak dibenarkan diambil oleh pihak penjara terutamanya ketika melihat kehidupan para banduan di dalam penjara di depan mata sendiri & ahli keluarga yang beratur menunggu berjumpa bantuan (bkn semua bantuan dpt keistimewaan dibenarkan bertemu pelawat walaupun cuma 2 minggu sekali).

No comments:

Post a Comment