Monday, October 03, 2022

KENAPA AKU BERIA-RIA CARIKAN KERJA UNTUK PELAJAR ???

"KENAPA BERIA-RIA CARIKAN KERJA UNTUK PELAJAR?"

Puncanya, penulis teringat pengalaman pahit suatu ketika dahulu peritnya mencari rezeki demi mencari sesuap nasi (lebih kepada survival hidup bukannya untuk kemewahan).

Maaf, gambar pakcik masa muda-muda dulu.haha 

Ketika di zaman universiti di selatan tanah air, pernah penulis bekerja sebagai pelayan restoran makan (Mak Jah empunya kedai makannya). Time ni kerja pertama kali dalam hidup, gaji RM10 je sehari sebab niat nak tolong Mak Jah yang kekurangan pekerja tetapi pelanggan dalam kalangan pelajar universiti bukan main ramai, 2-3 jam buka kedai dah habis dah semua makanan (bukan sebab taknak masak banyak, kudrat Mak Jah yang tak mampu. Mana taknya masakan kedai Mak Jah habis diserbu ramai, murah, sedap, air balang percuma je siap dia bagi berjug-jug atas meja untuk student tambah, nasi pulak jangan citer la, tambah la puas-puas, semua free je sebab niat Mak Jah nak tolong student, student cuma bayar harga nasi dan lauk pinggan pertama je, air campur nasi  dalam RM5 (tahun 2006).  Tak lama kemudian, kedai Mak Jah tutup penangan sihir sampai Mak Jah nak berdiri untuk masak pun tak boleh).


Lepas tu, saya sambung keja kilang jadi mamat kilang, masuk pukul 7 petang sampai 7 pagi esoknya baru balik, macam burung hantu dan robot sebab badan tak cukup rehat, berkawan pulak dengan majoriti bangla, nepal, myanmar, indonesia bagai sebab melayu tak ramai, waktu ni baru tau susah payah dorang untuk keja kat Malaysia. Masa ni, level bahasa Inggeris "up" sikit sebab masing-masing level cakap bahasa Inggeris macam ayam dan itik, berterabur kalah rojak pasembur haram susah nak paham. Gaji RM700++, campur OT 4 jam shift malam bagai, dapat la RM1200++.

Sebelum keja kilang, sempat keja jadi pam attendant stesen minyak (dulu takde sistem layan diri, sebulan RM300 je gaji). Keja ni paling menguji kesabaran, mental & fizikal sebab ko tak cukup masa rehat, rehat bila kenderaan takde (memang takde la kenderaan tak putus-putus), kena isi minyak moto, kereta, bas, lori, keta "sodok" pun ade, tapi isi minyak moto yang paling penat sebab moto banyak + ko kena pegang nozzle sepanjang isi minyak. Cabaran pulak, gaji kekadang tak berbaloi bila duit asyik "short" je, gaji RM10 sehari kekadang kitorang "short" tak cukup duit sampai RM30-RM80 pun ade disebabkan meter pam bergerak lagi laju daripada meter digital  harga minyak yang perlu dibayar. Tu belum kira ko kena melayan kerenah pelanggan yang kekadang bermacam-macam dan ada yang memeningkan kepala. Hasilnya sekarang, kalau tiap kali isi minyak, saya dermakan beberapa RM kepada pekerja yang "entertain" kita tu sebab tau kesusahan kerja dorang.

Habis belajar, beberapa bulan (lebih 6 bulan kot), baru dapat pulak offer jadi engineer kat kl, rumah sewa pun takde, duit dalam poket cuma tinggal RM300 je, bulan puasa pulak, kena scam dengan "member" katenye dah ade rumah & keja dalam tangan 100% dapat keja (hakikatnya hampeh kena tipu sebab nak kita pulak share bayar sewa rumah dengan dia). 1st day keja dah kena saman dengan polis sebab road tax tak sempat renew, aduiii. Nasib baik rumah tepi masjid & kedai mamak, sahur ko beli nasi lemak RM3 je masa tu, buka puasa ko buka puasa kat masjid hasil kutipan derma kariah masjid (untong kawasan elite kat petaling jaya, jadi makanannya mewah la sikit. Time tu baru tahu nikmat keberkatan, makan sedikit je tapi kenyang macam makan berpinggan-pinggan, pelik kan???).
Part 2 kisah ni, tahun depan la pulak aku sambung.hahaha...

(Moral of story, terima kasih kepada pegawai-pegawai HR yang membuka banyak ruang kerja kepada pelajar-pelajar saya kekadang puluhan sampai ratusan kerja kosong pun ade sampai aku pulak yang rasa nak berhenti keja keja je dengan dorang.haha. Kekadang aku siap request penginapan & pengangkutan untuk bakal pekerja-pekerja dorang (ex-student aku) pun dorang sanggup tolong sediakan. Mana tau kot-kot dalam ramai-ramai orang yang kita tolong tu ada yang bakal menjadi orang yang berjaya macam aku (maaf, terkoya perasan la pulak.haha).

Bakal student-student yang berjaya dapat keja aku selalu remindkan dorang, kekadang rezeki + pekerjaan yang kita dapat tu mungkin bukan sepenuhnya milik kita tapi rezeki tu mungkin berpunca daripada rezeki untuk mak ayah, adik beradik, anak, isteri & berkat doa tak putus-putus mak ayah kita @ isteri kita, jadi tunaikan la tanggungjawab kepada dorang + rajin-rajin la tolong keluarga di kampung).

Untuk sesiapa yang berminat untuk dapat tips mendapatkan pekerjaan daripada saya,
boleh layari link entry blog saya ini >>> https://princehardy.blogspot.com/2010/09/panduan-mencari-kerja-untuk-fresh_609.html

No comments:

Post a Comment