Saturday, January 14, 2023

KISAH AZAM TAHUN BARU

"KISAH AZAM DAN EXTERNAL HARDDISK"
TIPS PERANCANGAN TAHUN BARU


Kepada warga blog hardy boy, sudahkah anda tetapkan azam untuk tahun 2023 atau recycle azam-azam tahun terdahulu yang masih belum tercapai?
Penulis kongsikan sedikit tips perancangan untuk membantu anda.
1) Tetapkan matlamat/misi/azam untuk tahun 2023.
2) Senaraikan dan catat perkara-perkara atau tugasan yang ingin dilakukan pada tahun 2023. (Catatan boleh diletakkan di lokasi yang sentiasa dilihat seperti diari, meja kerja atau di desktop komputer atau muka hadapan paparan skrin telefon bimbit untuk mengelakkan terlupa). Boleh juga setkan 'reminder' di telefon bimbit.
3) Bahagikan tugasan yang ingin dilakukan kepada 4 kategori dan disusun mengikut ranking keutamaan :
a) Urgent tetapi dapat disiapkan dalam masa yang cepat.
b) Urgent tetapi perlukan masa yang lama untuk disiapkan.
c) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang singkat untuk disiapkan.
d) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
Perancangan yang telah tercapai boleh dipotong dan dikeluarkan daripada senarai berkenaan.
4) Tetapkan aktiviti-aktiviti penting di dalam kalendar/planner atau diari (sama ada secara hardcopy atau mobile apps).
Teringat kepada nasihat daripada ex-bos penulis dulu, untuk memudahkan kerja dilakukan, semua dokumen-dokumen hardcopy penting boleh discan' dan ditukarkan ke dalam bentuk softcopy untuk memudahkan dicapai apabila diperlukan  Dengan teknologi terkini, kini dokumen-dokumen yang penuh 1 bilik pejabat boleh disimpan hanya di dalam 1 'external harddisk' atau di dalam 'icloud', google drive dan sebagainya serta diletakkan mengikut kategori. Rakan penulis pernah kehilangan keseluruhan fail di dalam komputer disebabkan hard disk yang terbakar (tu belum kira lagi kalau bilik yang terbakar atau dilanda banjir).
Jadi azam penulis ialah, untuk tidak bertangguh-tangguh keja yang perlu dilakukan pada tahun ini kerana kerja umpama ombak di lautan. Kadangkala ombak yang datang tu sedikit, kadang-kala ombak yang datang tu menggunung tinggi sampai tak terkejar kita nak menyiapkannya 🙂 . Jadi, sementara lautan tu belum bergelora, cepat-cepatlah siapkan apa-apa kerja yang patut, jangan bertangguh-tangguh.
Semoga kita sentiasa memuhasabahkan diri untuk menjadi insan yang terbaik. 
“Barangsiapa yang harinya sekarang lebih baik daripada semalam maka dia termasuk orang yang beruntung. Barangsiapa yang harinya sama dengan semalam maka dia adalah orang yang rugi.” - ucapan Ali bin Abi Thalib.
Kalau berkesempatan, penulis akan kongsikan strategi yang boleh kita lakukan untuk mencapai azam pada posting akan datang.

- Hardy Boy

No comments:

Post a Comment