Monday, February 14, 2011

KEJATUHAN HUSNI MUBARAK & HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY....



Salam Maulidur Rasul

SALAM MAULIDUR RASUL. SELAWAT DAN SALAM PADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Assalamualaikum,

Esok adalah hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi dan semoga kita menjadi hamba yang paling dekat dgnnya di akhirat nanti..
Dan hari ini sambutan valentine. Kepada generasi Islam, tak perlu kita menyambut valentine jika kita sendiri tidak tahu cerita sebenar dibalik perayaan valentine..

Kejatuhan  kepimpinan Husni Mubarak, membawa khabar gembira kepada umat Islam seluruh dunia khasnya di Mesir.  
MEDIA DI MALAYSIA BAGI SAYA MASIH KURANG MENG"HIGHLIGHTKAN"/ MENGHURAIKAN MENGAPA/PUNCA RUSUHAN INI BERLAKU DENGAN LEBIH MENDALAM, MAYBE UNTUK MENGELAKKAN PERISTIWA "HITAM" NEGARA DAHULU BERULANG LAGI KOT?!!"Kesempatan bertemu seorang imam (lepasan Universiti di Mesir) semasa kenduri 2 minggu lepas semasa rusuhan dengan marak berlaku di Mesir, beliau menceritakan bahawa "Jika Husni Mubarak berjaya diguling/ditumbangkan, kebarangkalian "bahang" tersebut akan merebak ke seluruh negara-negara Arab dan yang paling ketakutan ialah Israel iaitu sekutu Mubarak di mana Mubarak sanggup mengorbankan rakyat Mesir demi untuk menyelamatkan Israel. Isteri Mubarak yang rata-ratanya ramai sedia maklum merupakan seorang Israel. 
Kekejaman Mubarak memang secara jelas ingin membiarkan jiran Mesir iaitu rakyat Palestin mati terseksa dengan secara bongkaknya mewar-warkan kepada dunia dengan mengebom secara habis-habisan terowong-terowong yang kononnya "haram" yang menjadi nadi rakyat Palestin (digali untuk menyalurkan bekalan makanan dan perubatan serta keperluan asas rakyat Palestin), supaya tiada lagi rakyat Palestin yang "menceroboh" Mesir (demi untuk meneruskan kelangsung hidup rakyat Palestin ini). Tak cukup dengan itu, Husni Mubarak jugalah yang memainkan peranan penting mengarahkan  cerucuk-cerucuk besi ditanam bagi menghalang terowong-terowong ini menembusi sempadan Mesir. Masakan rakyat Mesir tidak rasa bersalah kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu dengan membiarkan saudara Palestin mereka meninggal di depan mata lantaran kebongkakan Husni Mubarak.
Tambah Imam tersebut lagi, Husni Mubarak turut diumpamakan oleh rakyat Mesir sebagai "FIRAUN" moden diatas segala kezalimannya termasuklah mengamalkan pemerintahan kuku besi. Tambah Imam tersebut, jika Husni Mubarak dapat digulingkan (sesuatu yang rasanya amat mustahil dan tak terfikir oleh akal), maka ia akan menjadi kebangkitan negara-negara Arab yang lain terutamanya jiran-jiran Mesir (hal tersebut telah pun terjadi sekarang dan Amerika sekalipun tidak mampu berbuat apa-apa). Jika negara-negara Arab ini bangkit, umat Islam akan mula berkuasa serta akan kembali ke zaman kegemilangan Islam dan kemungkinan tidak lama kemudian Imam Mahdi akan muncul menandakan tanda-tanda akhir kiamat yang akan berlaku (keadaan tersebut menjadi faktor mengapa "pihak tertentu" cuba menghapuskan Islam kononnya untuk melambatkan kiamat....

Hakikatnya, media tempatan masih lagi, media elektronik dan cetak sekarang pun semakin peka berbanding dahulu yang tidak mewar-warkan perayaan Valentine Day secara terang-terangan berbanding tahun-tahun terdahulu, maybe dorang nie dah peka dengan sensitiviti umat Islam lebih-lebih lagi sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 15 Februari 2011, sehari selepas Valentine Day ini... 
 Kesinambungan daripada tajuk terdahulu April-fool-mengungkap-tragedi,   saya terasa untuk post berkenaan Valentine Day nie, tapi tak berkesempatan untuk detailkan pencarian kerana sibuk sikit dengan kelas hari nie, ngajar Autocad yang dah lama aku tinggalkan & ingat-ingat lupa, tapi nasib baik dapat student yang memahami..hehehe... Alasan yang aku berikan, "Belajar nie kita bukan perlu hafal, yang penting faham serta  "try & error!!!".  Bila aku tanye student, rata-rata dorang faham kenapa mereka dilarang meraikan perayaan ini, sempat la aku berkongsi sedikit ilmu berkenaan tajuk ini...


 Berikut antara artikel yang ingin aku kongsikan, yang mane sempat aku cari (bersempena hari ini 14 Februari)...

Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.
 

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang- pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Sejarah Permulaan Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :
i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan  hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya? (QS. Al-Isra’ [17]: 36).





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hardy boy : Saya tertarik dengan artikel berikut daripada rakan blog Turaheppy!!! yang bagi saya amat menarik untuk dikongsikan.




Valentine Day kan..mesti yang kapel-kapel tu tengah fikir nak buat apa, nak sambut kt mana, nak bagi ape...cit p0rahhhh ! tak penting sume itu..! saja nak share 1 st0ry...kite kena berkongsi ilmu kan....dalam bulan Februari nih jer ada banyak hari tau..:-

7th - Rose Day                           11th - Hug day
8th - Propose Day                      12th - Lupa ???
9th - Chocolate Day                   13th - Kiss Day
        10th - Teddy Day                        14th - Valentine Day



14th tu laahh hari kemuncak bagi semua hari-hari kat atas tu...merangkumi semua laa senang...Valentine nih memang harus disambut...tapi bagi agama Kristian laa kan..kalo Islam yang sambut HARAM !..alaa korang p0n dah tau kan haram....tapi nak cite gak...hheehe...bagi yang tak reti-reti Valentine nih haram laaa..tak pun yang tau tapi sambut gak...

Semua dah tau kan asal usul Valentine nih ..?? tak tau cari sendri ea...bile korang teng0k sejarah valentine nih, satu perkara p0n tak de berkaitan dengan Islam..jadi asal nak ikut gak..pernah dengar kan hadis yang berbunyik " barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, jadi dia adalah kaum tersebut "...valentine bukan cara kita, jadi kenapa kita perlu ikut...

ada 2 situasi :
1) orang yang mmg beriktikad ( mmg berniat ) nak sambut cam besar-besaran laaa, tu tandanya dia dah kufur...
2) orang yang tak de niat tapi bila hari tersebut dia ucap kat pasangan dia kata-kata romantis, bagi hadiah yang melambangkan cara dia cam sambut gak tu tandanya dia berdosa besar.

okkk mari kita tengok satu cont0h..kisah benar nih...ustaz bercerita :....
" pada hari valentine tersebut, ada sebuah hotel nih telah menyediakan satu party..pastu ada plak lucky draw..sape yang bertuah hadiahnyer dapat bermalam di hotel dengan pasangan secara percuma..masalahnyerr nape nak bagi hadiah cam tu kat orang yang tak kawen , nak belajar tajwid ker p0n ...tetibe nak bagi hadiah cam tu..mengong kan ! "..

Yang ruginyerrr mestilah kita sebagai seorang Islam , besrd0sa di sisi Allah S.WT...dan yang rugi juge mestilah p0mpuan huhu....dengar sini, pasangan yang paling berisiko adalah pasangan (lelaki) yang menyuruh p0mpuan buat ringan-ringan..nih paling berisik0..tu maknanya dia tak tulus langsung cinta kat kita...jangan tertipu...lelaki memang suka ambek kesempatan ( maaf, bukan sume lelaki ), tapi p0mpuan p0n bod0h gak sebab sayang punya pasal..pastu tak nak bertanggungjawab kena tinggal jer ...cit...

Orang yang jual bunga, coklat @ gift apa-apa p0n sempena valentine dikira bersubahat dan berd0sa ....semua orang kena ambek peranan untuk elak dari meraikan valentine nih...Contoh lagi; kat Mesir bila 14 Februari jer diorang mesti tutup kedai..cer kat Malaysia, makin meriah ada lah..nak kaut keuntungan punya pasal..tapi apa gunanyer kalo keuntungan tu tanpa keberkatan...tak kemana laa eh...


Jadi, jangan laa kita ngengada nak pegi sambut hari yang bukan adat kita nih..tak de p0n dalm quran...tak de kat mana-mana p0n yang menghalalkan sambutan nih...eh halal, tapi bagi bukan Islam..hehe...jaga kesucian kita sebab penjagaan kesucian yang rapi membawa kita kepada kebahagian yang hakiki...

Bila kita tengok, selalu bila orang yang kena tangkap basah nih kebanyakan nyer p0mpuan sume cantik-cantik tapi laki muka..ish3 pecah tingkap jer ropenyer....jangan marah yerr lelaki...kita fikir balik...ada betulnyerr...biasalah kalo dah sayang, rupa itu tak penting,,,janji hati suda cinta maaa....geli ayat...puihhh

Bagi sape-sape yang nak sambut tu, delete cepat-cepat niat kamu-kamu semua...HARAM3 belaka....marilah kita sambut hari lahir Rasulluah..MAULIDUR  RASUL meriah lagi..pahala lagi....ukhwah lagi...ingat Rasulluah lagi...dan dapat kasih sayang Rasulluah lagi...toi tak kawan-kawan ku sekalian...cerrr sambut valentine, dosa dapat, buang duit, Rasulluah tak sayang ( eh, Nabi sentiasa sayang umat3nya ), Allah lagi laaa tak berkenan....tak payah sambut okeyyyyyy !

Akhir kata , " CINTA ITU SATU PERKARA YANG SUCI, JANGAN NODAINYA DENGAN PERBUATAN-PERBUATAN TERKUTUK "..



HARDY BOY: SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
... (^_^) ...

No comments:

Post a Comment