Sunday, December 24, 2023

Apakah yang akan kita jawab di akhirat nanti?

Kekadang rasa berdosa, betapa banyak nikmat yg Allah kurniakan kepada kita berbanding harga yang perlu dibayar oleh rakyat Palestine demi menjaga keimananan mereka di sisi Allah 🥺 (sebagaimana kisah Masitah dan kisah Bilal bin Rabbah sanggup menggadai nyawa mereka demi mempertahankan keimanan di  dada mereka kepada Allah). Jangan sehingga kita ditanya oleh Allah "Apakah yang kita lakukan apabila melihat mereka "disembelih" Zionis & sekutunya seorang-demi seorang" sehingga hari ini😭.

Wartawan Al Jazeera berkata jentolak Israel menembak dan melanggar wanita hamil yang sedang sarat, yang memegang bendera putih dan cuba sampai ke hospital di Tal Al Zaatar, Gaza untuk bersalin di sana.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza:

*

"Saksi memberitahu kami bahawa tentera penjajah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza terhadap lebih dari 137 orang awam Palestin bandar Gaza dan di Utara Gaza.

Penjajah menahan mereka, menggali lubang besar dan meletakkan berpuluh-puluh orang awam di dalamnya semasa mereka masih hidup.

Lalu penjajah membunuh mereka dengan melepaskan peluru terus ke arah mereka, kemudian menguburkan mereka dengan jentolak".- CintaSyriaMalaysia


#JanganPernahLupakanRakyatPalestine
#savepalestina #SaveGaza



No comments:

Post a Comment