Tuesday, March 30, 2010

Benarkah Takdir Boleh Diubah?

 (update : ikuti sambungan post nie di "jangan-sombong-dengan-takdir").

............................................................................................................

Ramai di antara kita yang sering mengeluh apabila diuji dengan pelbagai dugaan dan sering menyalahkan takdir sehinggalah aku terbaca petikan di bawah suatu ketika dahulu yang menarik perhatian ku... Benarkah ada takdir yang boleh diubah?


Dipetik daripada Utusan Malaysia Online - Bicara Agama (23/12/2001)


Soal Jawab Agama oleh Bersama Dr. Amran Kasimin
SOALAN:
SAYA rasa saya adalah seorang yang kuat berusaha. Selepas pencen, saya terus bekerja di pasar malam dan membuat kerja-kerja sambilan bila berkesempatan biarpun di bulan puasa. Apa yang jelas saya tetap miskin dan susah. Adakah ini kerana nasib saya itu ada kaitan dengan qadak dan qadar Allah yang memang tidak berubah. - Misrina Mat, Selayang.

JAWAPAN:
Memang nasib seseorang itu ada kaitan dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa taala. Walaupun demikian, ia juga ada kaitan dengan sebab musabab yang dilakukan oleh manusia. Orang yang bekerja keras untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi gaya hidup menghapuskan semua hasil yang diperoleh juga boleh menyebabkan seseorang itu miskin walaupun dia terus menerus bekerja termasuk di bulan puasa.

Ahli sunah wal jamaah berpendapat bahawa semua yang terjadi di dunia ini telah ditentukan oleh Allah. Dalam surah al-Hadid: 2, terdapat firman Allah: Tidak ada sesuatu bencana yang terjadi di bumi dan tidak ada pula yang terjadi pada diri kamu melainkan itu ada dalam kitab sebelum Kami laksanakan berlakunya. Bahawasanya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Yang dimaksudkan dengan kitab di sini ialah lohmahfuz.

Lebih jelas dikatakan di sini bahawa setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh Allah terlebih dahulu. Suratannya telah tercatat di Lohmahfuz. Itulah yang dinamakan sebagai qadak dan qadar Tuhan.
Dalam surah an-Nahl: 61 terdapat firman Allah: Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezaliman mereka, nescaya tidak ditinggalkan di muka bumi makhluk yang hidup, tetapi Allah memberi mereka janji hingga waktu yang ditetapkan. Maka apabila tiba ajalnya, maka tidak ada seorang pun yang dapat mengundurkannya dan juga tidak ada yang dapat mendahulukannya.
Dalam surah Hud: 34 pula dijelaskan tentang nasihat-nasihat Nabi Nuh kepada kaumnya yang ingkar perintah Allah. Nasihatnya tidak sedikitpun memberi faedah kepada salah seorang daripada kaumnya apabila Allah telah mentakdirkan seseorang itu sesat.
Hal demikian memperlihatkan bahawa nasihat yang diberi oleh Nabi Nuh itu tidak boleh mengubah takdir apabila Allah tidak mengubahnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa Allahlah yang menentukan jalan hidup seseorang hamba.

Dalam surah at-Taubat: 51 pula dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.
Begitu juga dengan kejadian alam yang lain, yang terdiri daripada binatang-binatang dan manusia. Dalam surah Hud: 6, terdapat firman Allah: Dan tidak ada sesuatu haiwan yang melata di muka bumi, melainkan Allah yang memberi rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggalnya (di dunia) dan tempat penyimpannya di akhirat, semuanya telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz).
Berdasarkan keterangan ini, Allah yang memberi rezeki manusia, memberi makanannya dan menetapkan berapa lama mereka akan hidup di dunia. Manusia hanya menjalani takdir Allah juga.

Kepandaian manusia hanya menanam, memasukkan benih dalam tanah hingga tumbuhan hidup subur dan boleh dimakan. Namun yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang sebenar adalah Allah jua, manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghidupkannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Masud, beliau berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bahawasanya setiap kita dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa nutfah (air mani), kemudian bertukar menjadi segumpal darah, lalu menjadi segumpal daging. Lalu dikirimkan kepadanya malaikat dan ditiupkan padanya roh. Diperintahkan malaikat itu supaya mencatatkan empat perkara, iaitu rezekinya, ajalnya, pekerjaannya dan untung buruk atau untung baik.


Baginda ada bersabda: Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang daripada kamu boleh beramal serupa amalan penduduk syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratan takdirnya mendahuluinya, lalu dia melakukan perbuatan penghuni neraka menyebabkan dia masuk ke sana. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dan neraka hanya sehesta tetapi, suratan takdirnya mendahului dia, lalu dia beramal seperti amalan penduduk syurga dan dia akhirnya dimasukkan ke syurga - (Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Ada orang yang melakukan kebaikan ketika hidupnya, tetapi ketika dalam keadaan sakaratul- maut ia berubah menjadi kafir seperti yang telah ditetapkan oleh takdir untuknya, maka masuklah dia ke neraka. Begitulah sebaliknya, iaitu orang yang jahat ketika hidupnya tetapi pada akhir hayatnya dia menjadi manusia baik-baik, bertaubat, kembali menjalani jalan yang benar dan taubatnya diterima Allah, maka dia pun masuk syurga seperti yang telah ditetapkan oleh takdirnya.

Dalam sebuah hadis daripada Sayyidina Ali, beliau ada berkata, pada satu hari baginda duduk. Di tangannya ada satu batang kayu yang digunakan untuk menggores-gores. Baginda mengangkat kepalanya lalu berkata: Setiap daripada kamu yang bernyawa telah ditetapkan tempatnya di syurga atau neraka. Lalu bertanya para sahabat: Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah. Adakah lebih baik kita bertawakal sahaja.

Mendengarkan kata-kata sedemikian rupa baginda bersabda: Jangan! Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Percayakan takdir itu penting dalam kehidupan manusia, kerana ia membolehkan manusia menerima qadak dan qadar yang telah ditetapkan dengan rela hati. Tidak ada orang yang boleh menyanggah ketetapan Allah yang mahukan setiap hamba itu reda dengan ketentuan-Nya.
Dalam surah al-Hadid: 23 dijelaskan bahawa reda terhadap ketetapan Allah itu bertujuan supaya manusia jangan bersedih hati atas sesuatu yang hilang dan jangan pula terlalu gembira dan sombong diri berpunca daripada anugerah Allah. Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.

Takdir terbahagi kepada beberapa bahagian, di antaranya ialah takdir yang ada dalam pengetahuan Allah, di mana Allah telah mengetahui apa akan terjadi sama ada di dunia atau akhirat tidak ada yang tersembunyi, biarpun ia belum berlaku. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu (al-Baqarah: 29). Takdir seperti ini tidak berubah yang diistilahkan sebagai qadak mubram ataupun takdir yang pasti (Qaf: 29).

Seperti yang dijelaskan bahawa takdir atau ketentuan untuk makhluk itu telah dituliskan pada lohmahfuz. Bagaimanapun, takdir ini masih menerima perubahan, kerana ada takdir yang tertulis di situ yang sudah tetap dan ada takdir yang belum putus yang diistilahkan sebagai takdir muallaq.
Sebagai contoh, seseorang itu menurut takdir akan mati ketika berumur 69 tahun, tetapi kalau ia sentiasa menjaga kesihatan dan berubat apabila sakit, umurnya ditambah menjadi 10 tahun lagi. Dalam surah ar-Ra'd 39 terdapat firman Allah: Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya dan pada sisi-Nya adalah Ummul Kitab.
Menurut tafsir al-Qurtubi, semua takdir Tuhan yang telah tertulis di lohmahfuz boleh dihapus oleh Allah kalau dikehendaki oleh-Nya ataupun ditetapkan terus sesuai dengan kehendak-Nya.
Yang boleh mengubah takdir yang tertulis di Lohmahfuz itu ialah doa dan perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan: Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.

Sayyidina Omar al-Khattab ketika tawaf di Kaabah menangis sambil berdoa: Ya Allah, andainya Engkau takdirkan daku termasuk dalam lingkungan orang yang berbahagia, maka tetapkan daku di situ, tetapi andainya Engkau telah mentakdirkan daku termasuk dalam golongan orang yang celaka juga orang yang berdosa, maka hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah daku dalam golongan orang yang berbahagia dan memperoleh keampunan. Engkau menghapus apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan apa yang telah Engkau kehendaki dan pada sisi-Mu Ummul Kitab.

Dalam membicarakan usaha dan takdir ketentuan Allah, setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Takdir itu adalah masalah iktikad atau kepercayaan. Allah memerintahkan kita supaya percaya kepada takdir. Manusia tidak tahu apa yang telah dan akan ditakdirkan untuk kita. Allah sendiri pun tidak pernah memberitahu apakah kita termasuk dalam golongan orang baik-baik, orang kaya atau miskin selalu, biarpun puas berusaha di sepanjang hari termasuk ketika bulan Ramadan.

Apa yang kita ketahui ialah adanya perintah daripada Allah dan rasulnya supaya kita beriman kepada Allah dan beramal saleh sambil berdoa supaya dijauhkan daripada seksa. Beramal dan berusaha bukan bererti melawan takdir, tetapi termasuk juga dalam takdir.
Manusia yang rajin bekerja senang hidupnya. Itu adalah takdir Allah. Dan apabila manusia yang banyak wang hasil daripada ketekunan bekerja itu menghabiskan semua wangnya ia menyebabkannya miskin. Itu pun tetap takdir Tuhan.
Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman,
Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Bangi, Selangor.



hardy boy : Terima kasih kepada para pengunjung. Saya dapati post saya mengenai tajuk ini antara paling kerap dilawati.

Kesimpulannya daripada artikel di atas, takdir boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-
i) takdir muallaq dan
ii) takdir mubram.

Takdir muallaq ialah takdir yang boleh diubah mungkin seperti keputusan peperiksaaan dan sebagainya. Manakala takdir mubram merupakan takdir yang tidak boleh diubah(tetap) mungkin seperti rezeki, ajal, maut, jodoh, pertemuan dan sebagainya.

Contohnya, jika ditakdirkan (dengan takdir mubram) ajal kita masih lagi panjang tetapi kita mengambil tindakan membunuh diri, maka dengan izin Allah, ajal kita sampai di situ sahaja.

Contoh yang lain, jika ditakdirkan
(dengan takdir mubram) kita meninggal kerana sakit jantung, kanser dan sebagainya, kita mengambil initiatif banyakkan bersabar, berusaha berubat, berdoa dan bertawakkal, jika diizinkan Allah penyakit tersebut disembuhkan Allah dan nyawa kita dilanjutkan lagi...

Bagaimanapun, takdir tersebut insyaAllah masih boleh diubah dengan diizinkan Allah dengan memperbanyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal. Sesungguhnya doa merupakan senjata orang mukmin dan sesungguhnya Allah Maha Mengasihani...



Monday, March 29, 2010

~JAWATAN AKU DALAM ORGANISASI BARU KOLEJ~




Carta organisasi Kolej baru je keluar beberapa minggu lepas. Antara jawatan-jawatan terbaru aku:



1) Koordinator Penyelidikan (Jawatankuasa Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi).
2) Penyelaras Unit Peperiksaan Program Teknologi Elektrik (Jawatankuasa Perhubungan dan Latihan)
3) Setiausaha Jawatankuasa Psikologi dan Kerjaya
4) Pemegang Dokumen SPKK-PK-PLTV 04 (JAWATANKUASA KERJA KUALITI)
5) Pensyarah Program Teknologi Elektrik
Untuk konvo nie, aku incharge berdua untuk:
6) Jawatankuasa Protokol & Sidang Akhbar...


Ada juga antara jawatan yang berat tanggungjawabnya spt
Koordinator Penyelidikan. Baru je jumpa KJKK baru nie, dia dah list down senarai panjang beberapa tugas-tugas kerja yang sedia menanti untuk dilaksanakan, boleh tahan juga tugas-tugas tersebut (KJKK aku nie memang banyak idea pasal bidang research nie). Hopefully, next sem tak sesibuk macam sem nie (pagi, ptg, siang, malam weekend pun dok cari bahan mengajar), hopefully aku dapat mengajar kembali 2 subjek sekarang ni (ETE210 & ETE211) sebab modul untuk aku mengajar hampir aku siapkan. Dapat la aku fokus & capai setiap list panjang KJKK tu...

Kalau nak bagi modul lain, hopefully jangan la semua subjek aku tu takde modul, penat jugak nak wat persiapan cari material & ABBM nak mengajar nie, bukan semua sub-silibus tu senang dapat modul.... Kalau tak dapat jugak, terpaksela aku berpada-pada kerja, kena bahagi-bahagikan kerja sama rata untuk semua post, tak boleh nak struggle sangat.... tapi post
Koordinator Penyelidikan tu menarik juga walaupun berat, bole aku wat preparation kalau terasa nak further study PhD lagi pasni tapi PJJ kot selepas 5 thn akan datang or kalau ade rezeki bole cuba amik Ir (yang mana kena hadiri 1 thn kursus, bayaran dalam RM6000 & dalam nisbah dalam 100 orang, hanya 20 orang sahaja yang lulus, hopefully Ir Zaki sanggup jadi mentor aku..huhuhu..) .... "Just a dream OR dreaming?!!" hehehe...


Friday, March 26, 2010

~How to be A Respected Boss~


Untuk menjadi seorang "boss" nie bukan sesuatu yang senang, banyak bebanan yang perlu dipertanggungjawabkan. Malah sahabat-sahabat Nabi sekalipun menolak tawaran untuk dilantik sebagai khalifah disebabkan Amanah yang amat berat. Mereka dilantik sebagai Khalifah setelah dipilih oleh rakyat, bukan kerana kehendak mereka. Mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab atau amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya akan dipersoalkan di akhirat kelak sehinggakan ketika di padang mashyar mereka ini akan berjalan dengan badan yang senget. Sebagai hamba ALLAH, setiap individu mempunyai amanah masing-masing.


Untuk menjadi ketua adalah terbaik sesuatu yang sukar. Bagaimanapun, untuk menjadi ketua yang terbaik, ketua tersebut perlulah berusaha menjadikan dirinya kekal dihormati. Kesempatan untuk aku mengenali beberapa ketua-ketua syarikat suatu ketika dahulu & kesempatan untuk bekerja dengan beberapa Boss aku memberikan aku pengajaran bagaimana untuk berusaha menjadi ketua yang terbaik suatu ketika dahulu walaupun aku nie bukanlah yang terbaik.

Dulu, kerapkali juga aku mendengar join partner aku(daripada CEO, klien-klien, kakitangan kerajaan, kontraktor-kontraktor, buruh sampai la kepada pelbagai kakitangan syarikat) meluahkan perasaan mereka mengenai boss-boss mereka. Adakalanya aku akan bertanya kepada sebahagian mereka apabila aku dapati mereka terlalu menghormati Boss mereka. Pengalaman aku dalam bidang public relationship suatu ketika dahulu kekadang menyebabkan aku terfikir pening juga dengan kerenah-kerenah manusia nie yang bermacam-macam ragam sampai kekadang tu tak masuk akal. Mereka kadang-kadang berceritakan berkenaan bos-bos mereka semasa di sektor swasta dulu yang menyebabkan aku terfikir susah jugak menjadi bos nie, entah-entah aku pun akan menjadi bahan "gossip" anak-anak buah aku. Pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan aku tu memberikan aku pengajaran bagaimana untuk berusaha menjadi ketua yang terbaik.

Mengapa ketua perlu berusaha menjadikan diri mereka dihormati?

Thursday, March 25, 2010

~Selepas balik kg~

Banyak cerita jugak selepas balik kg nie. 1 malam sebelum aku blk kg, adik aku dimasukkan hospital Shah Alam kerana demam denggi. Alhamdulillah, baru dapat khabar yang dia dah balik ke kampung aku, bercuti selepas doctor benarkan discharge. Sampai je KL, sempat jap jenguk dia kat wad.

Yang kelakar, sebaik sahaja aku masuk balik keja, ramai la pulak yang ingat aku balik berkahwin, penat jugak aku menjawab. Yang paling kelakar, ade sorang student masuk bilik staf pastu tanye aku depan orang ramai-ramai, "Macam mana perjalanan majlis Encik?". Aku pun tanye la, "Majlis ape?". (hahaha, sebenarnya aku dah agak dah mesti dia ingat aku balik kg kawin). Terkebil-kebik student tu kebingungan..hahaha.padan muka...

Masuk je kelas, banyak la pulak soalan tentang cuti aku, rindu sangat kot dorang kat aku, yang kekadang mcm nak pecah perut aku nak tahan gelak..hahaha. Ade tu soalan "Camner majlis pertunangan encik?"... Aku pun cakap la, "Berapa kali awak nak saya bertunang?!!. Tapi kalau awak ade kakak, bole je saya bertunang skali lagi..hahahaha).. Tergelak satu kelas...hahaha

Jap lagi nak masuk kelas yang ke-2, tak tau la ape soalan lagi dorang nak tnye..hehe

Thursday, March 11, 2010

Prepare to Balik Kampung



Minggu nie betul-betul kepenatan (mental & fizikal), terasa hendak rest puas-puas. Terasa sedikit nikmat ditarik oleh-Nya. Dah berapa minggu dah tak sempat sembahyang sunat dhuha (pesan ummi supaya hari kita dimulakan dengan sesuatu yang baik & semoga apa sahaja yang dilakukan pada hari tersebut diberkati). Berat jugak 2 modul yang nak kena disiapkan paper final exam nie, mmg susah nak cari material. Minggu nie pn dah 2 ujian aku bagi student-student utk kedua-dua subjek, sebab penat tak larat nak mengajar...


Dah tak tahan dah, penat sangat tapi bila teringatkan balik kg (seminggu je), aku cuma perlu gagahkan beberapa jam je lagi untuk siapkan soalan-soalan tu semua. Tiket flight 12hb March nie pkl 9 mlm dah tersedia, menunggu mase je untuk aku balik.... Alhamdulillah hampir tiba masanya blk ke kg sambil bertanyakan khabar famly aku termasuk adik aku, Murni yang bakal menerima result SPM beberapa ketika je lagi masa aku karang blog nie. Post blog aku sebelum nie,

A Great News From My Hometown... menyebabkan aku terasa tak sabar-sabar hendak mengetahui perkembangan terbaru ayah ku...


Ada beberapa urusan jual beli tanah perlu diselesaikan ku sebab Ummi kate nnti senang nak jadikan alasan untuk apply kalau terasa nak mohon balik ke kampung. Last, aku decide beli tanah kat UiTM Machang, sebagai investment masa hadapan, Ummi plak pilih tanah dekat dgn kawasan rumah aku walaupun ummi ngn abah akan stay kat rumah sekrang nie, pelaburan untuk anak-cucu kot....
Impian aku drpd dulu lagi untuk ada rumah sendri pun tak tau la bila nak jadi realiti....

Berapa jam je lagi nak balik, cume aku perlu bertahan untuk beberapa ketika je lagi, berhempas pulas menyiapkan soalan..adusss...


Tazkirah untuk hari ini:
"Maksud firman Allah: Apakah kamu mengira bahwa kamu kan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah:214)"


Monday, March 01, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan

 
(Sila rujuk post majlis-akad-nikah-susah-ke-nak-melafazkan  akad nikah?!! untuk mengukuhkan pengetahuan anda). 


Pada 23-24 Dec 2009 lalu, aku dah menghadiri kursus pra-perkahwinan di JHEAIS Tawau.  Kursus diadakan pada hari Rabu dan Khamis 2 minggu sekali. Bayaran RM100 untuk 2 hari. 
Minggu tersebut, kat tempat kerja aku ramai staf yang ambil cuti balik kg tapi cuti aku just tinggal 3 hari je, so aku terfikir camner nak isi mase terluang ni. Akhirnya, aku bercadang nak daftar kursus pra-perkahwinan sebab kat kursus ni bukan sentiasa diadakan, manela tau kalau terasa nak kawin nanti senang sikit tak payah nak kelam-kabut nak cari tempat nak buat kursus nie. Semasa kursus tu juga, 60% perempuan dan 40% lelaki, ramai yang muda-muda walaupun tersebut yang antik 2-3 orang..hahaha... Masa kursus tersebut tu,tawaran untuk menjalani Ujian HIV ditawarkan kepada peserta tetapi kena bayar RM30. Aku terasa nak ambil ujian tu tapi aku nie jenis takut ngn jarum, terfikir mesti banyak darah dorang ambil, takutnya..hahaha. Sampai hari ujian tersebut pada hari ke-2, aku cancel tak jadi nak amik test tu. Tapi yang kelakarnya, sebaik sahaja member sebelah aku (baru kenal masa kursus tu, orang Sulawesi tapi nak kawin ngn orang sini) selesai ambil test tu, aku tanye la kat mane dia cucuk amik darah, kat celah bawah lengan ke? Dia cakap, taklah, cucuk kat hujung jari je.La, kat hujung jari je, sikit je rupenya ape lagi, terus aku keluar gi kat tempat test tu yang cuma amik masa tak sampai 2 minit pun test (Dr@MA tu just amik sedikit darah, letak pada papan test sebelum letakkan cecair ujian. Alhamdulillah, aku dapat result negative HIV..hahaha.


Sedikit teguran aku semasa kursus
Kapasiti dewan semasa kursus pra-perkahwinan yang aku hadiri, kapasiti yang sepatutnya 80 orang dipadatkan menjadi 120 orang. Memang keadaan dalam tu cukup padat, kekadang rase macam sardin, kekadang rase cukup tak selesa. Walaupun aku dalam kategori eksekutif/boss, takdela aku nak demand lebih, tetapi sewajarnya biarla selesa, dengan jadual kursus yang terlalu padat then kena dok sekali dengan orang yang bermacam kategori. Alasan dorang, ramai sangat yang nak kawin, yang nak 2 hari lepas kursus pun ade, tu sebab terpakse berpadat, sampai menangis-nangis minta nak kursus (Kalau aku, kalau dorang datang lambat, biar je la dorang amik sesi lain, sape suruh dorang daftar lambat...).  
Walaupun aku dalam kategori eksekutif/boss, aku takdela demand lebih, cuma jgn la layan semua & anggap seolah-olah semuanya peserta daripada golongan buruh/bawahan jer, layanan kurang memuaskan. Bab makan pula, memang terpakse bersesak-sesak mcm dalam bas mini, lepas ambil makan, terpakse la pulak duduk menyelit kat tepi mane-mane, mahupun atas tangga, tapi aku bernasib baik kerana peserta bole makan di dewan cuma kena berjalan jauh la sikit untuk menghabiskan 2 kuih. Makan tengahari pun seksa, penceramah bagitau "Jangan bimbang, makanan biasenya banyak berlebih". Sekali selepas bersesak-sesak dan beratur panjang, aku tengok Alahai, makanan kurang menyenangkan, kualiti memang sedikit lauk separuh daripada kotak mancis dan ikan kering, tu la sebabnya ramai yang tak makan & tu la sebabnya makanan banyak "berlebih". Untuk mengelakkan sakit hati, hari keesokkannya, aku makan kat restoran di luar, tak perlu beratur, boleh pilih makanan dan bole la berehat lama sikit.
Memacam golongan ade, daripada golongan bawah hingga ke atas. Rimas aku dok dalam dewan, dah la yang belakang dok bercakap-cakap, kalau malas nak datang kursus, tido jer la, takdela nak mengganggu orang....Bila tanye bakal isteri aku di tempat lain di Semenanjung, keadaan dia pun same juga... Masa rehat tengahari setengah jam jer, kalau nak sembahyang memang bersesak-sesak, akhirnya aku lebih rela pergi ke Masjid yang berdekatan.


Semasa hari ke-2 kursus, turut diadakan ujian HIV kepada sesiapa yang mahu, bayaran RM30, bayaran sama seperti di hospital awam. Cuma yang tak memuaskan hati, sijil yang dikeluarkan dah la macam difotostat dan senget, tak betul, tanpa sampul, memang aku tak berpuas hati dengan bayaran RM30. Sijil diberikan diakhir kursus semasa MA semuanya dah balik, nasib la klu tak aku dah minta dorang keluarkan sijil lain, aku bukannya buruh sampai dorang nak cincai-cincai jer... Berbeza dengan bakal isteri aku yang berkursus di tempat lain, sijil ujian HIV siap dimasukkan ke dalam sampul surat, siap di"lakri" (digamkan), rahsia supaya orang lain tak boleh tengok... Just teguran jer, semoga Pihak Tertentu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara keseluruhannya, isi kandungan kursus bagi aku mencukupi dan di sampaikan oleh orang yang berpengalaman serta berkelayakan tinggi oleh JHEAINS. Kalau semua dapat diatas, insyaAllah kursus tersebut akan lebih berkesan. Baru-baru nie ade dengar Kerajaan nak lanjutkan Kursus Pra-Perkahwinan sehingga seminggu, tapi bagi pendapat aku, tak perlulah, kalau keadaan tempat kursus macam tempat aku, sure terseksa menunggu seminggu habis..huhuhu.... Aku pun biase urus kursus, jadi ketua program/seminar, tapi aku takde la buat seperti apa yang aku hadapi. Nak kawin punye pasal, terpakse la aku bersabar (^_^). Apa pun, isi kursus dan penyampaian memang mantap walaupun aku pada masa tersebut baru nak belajar dialek Sabah.. Syabas diucapkan (^_^)....


___________________________________________________________________________

Ape yang ingin ku tulis kat sini, bukannya pasal pengalaman masa kursus tersebut, cuma nak berkongsi ilmu-ilmu yang diajar semasa kursus tersebut & cerita-cerita perangai@kerenah pelik sesetengah bakal pengantin, pengantin & pasangan suami isteri yang dikongsi oleh juru nikah, tok kadi, juru nikah, cerai & rujuk& penceramah berkepakaran dalam bidang perkahwinan (beruntung kerana banyak cerita daripada pengalaman mereka). Hopefully dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. Aku dok baris 2 dari depan sebab aku memang suke sangat bab perkahwinan nie (makin banyak belajar, rupenya makin banyak lagi yang aku tak tahu & perlu disempurnakan sebelum berkahwin kerana tanggungjawab bagi suami cukup besar. Selepas kursus tersebut, aku decide yang aku akan cuba sempurnakan ilmu agama ku sebelum aku memutuskan untuk berkahwin.