MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, February 17, 2010

HOSPITAL MACHANG + HOSPITAL KUALA KRAI : Pengalaman di hospital. Terima kasih kepada "mereka" ...


Actually, "A Great News From My Hometown" tu bukannye pasal Kelantan dapat wang ihsan yang hangat diperkatakan sekarang. This weekend, aku baru je call my Abah & dapat cakap-cakap ngn dia (biasela aku ni, susah betul nak call dia.hehehe, tapi tiap kali aku call dia plk jarang nak angkat, biasala Abah aku nie malam-malam pun selalu sibuk ngn meeting& agenda politiknya, adussss..). Dah la tak angkat call lepas tu bukannye nak call aku balik, sabor je la sebab dalam famly aku, dia la Big Bossnya.hahaha... Macam biasa la soalan wajib yang ditanya Abah, "Camner dok kat Tawau nie" & "Bila nak balik". (nasib baik dia tak tanye bila nak kawin..hahaha)

Macam biasela, bila dah dok Sabah nie, aku actually tak pernah tenteram, asyik ingat famly aku je terutamanya Abah kesayangan aku nie. Bukan ape, 2 minggu sebelum datang posting ke Tawau, Sabah nie, masa tu hari Isnin 24 Ogos 2009, tetiba je Abah terkena serangan jantung yang belum pernah kami jangka, langsung tak ada tanda-tanda. Balik je daripada rumah lepasa Abah main pingpong dengan rakan-rakan sepejabatnya pada pukul 6.15 petang tu, terus abah kata badan dia panas sangat-sangat, susah nak bernafas & (Abah bagitau lepas je stabil) seolah-olah mati hidup semula. Tetiba je petang tu Abah mengerang kesakitan dan minta aku ambilkan air masak. Tak lama kemudian Abah bagitau dia dah tak boleh tahan sakit lagi & minta aku drive keta bawa ke hospital (masa tu tiada siapa di rumah, Ummi pula gi melawat saudara sakit di Hospital Kota Bharu) . Memang takut & risau jugak masa tu terus drive ke hospital Machang dengan Abah pun seperti tidak sedarkan diri... Yang penting jangan panik & berdoa...

Sampai je depan bilik kecemasan, tanpa mempedulikan ape-ape pun disekeliling aku terus menerjah masuk dalam bilik kecemasan & memanggil pegawai perubatan (dah la ramai pesakit tengah beratur masa dalam tu tapi aku wat tak peduli je).. Terima kasih kepada pegawai-pegawai perubatan yang membantu masa tu, memang aku takkan lupekan jasa diorang. Sampai je sana, MA bagitau yang kat Hospital Machang tu tak ade Doktor jantung, so kena berpindah sama ada ke Hospital Kota Bharu atau Kuala Krai. MA yang membantu pada masa tu memang cukup baik hati (tidak seperti laporan buruk yang kerap disiarkan di dalam akhbar), aku lihat mereka bertungkus-lumus memberikan rawatan awal termasuklah dengan menyuntik morfin tapi keadaan Abah still tidak berubah. Aku tak mampu nak buat ape, just berdiri standby ditepi katil, berselawat & bersedia memanggil Doctor jika perlu. Rawatan awal diberikan. Berselirat wayar disambung pada badan, air & pengesan denyutan jantung (sorry, masa tu aku xsempat nak tanye Doktor name menda tue). Dengan tenang, aku cuba call, memaklumkan kepada Ummi tentang berita ni, risau juga jika Ummi panik semasa drive pulang.

Last, abah dihantar ke Hospital Kuala Krai yang lebih dekat. Pada pukul 8.15 mlm dengan menaiki ambulans (tu la kali pertama aku naik ambulans). Rasa berdebar semakin memuncak bila aku tengok Abah masih tak sedarkan diri. Dah la dalam tu takde alat pengesan deyutan jantung (ye la, menda tu besar, tak muat kot). Ambulans tiba di Hospital Kuala Krai pada pukul 9.00mlm.

Selepas mendapat rawatan, keadaan Abah semakin stabil pada malam itu, Ummi sampai semalaman tidak dapat tido, aku pulak terpaksa balik ke rumah untuk packing barang-barang keperluan yang lain. Kenangan yang tidak dapat ku lupakan, masa tu la kali pertama aku dapat merasa tido kat hospital berterusan sehingga 4 malam menggantikan Ummi yang kepenatan pada hari pertama. Macam-macam pengajaran & pengalaman yang dapat aku pelajari sepanjang di sana (ye la, dah tak tau nak wat ape dalam tu). Tapi, melihat kepada nurse-nurse yang comel memberikan sedikit semangat untuk aku stay lagi kat sana... Macam-macam kerenah manusia dapat dilihat sebab aku ni memang suke mengkaji manusia..hahaha.

Dalam salasilah keluarga ku, belum pernah ada lagi yang terkena sakit jantung. Bila doktor menyatakan berita dukacita tersebut, jelas kelihatan perasaan takut, risau, kecewa& seolah-olah sukar untuk Abah menerima hakikat tersebut pada hari pertama. Apa yang mampu aku lakukan, aku terus memberikan semangat dan meminta ahli keluarga yang lain turut membantu. Aku kemudiannya memberitahu abah, ia bukannya jalan terakhir & aku akan mencari wang untuk membiayai kos pembedahan jika perlu. Ramai saudara mara dan rakan taulan Abah turun memberikan kata-kata semangat. Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal sedaya-upaya yang kita mampu.

Berita gembira ketika aku call Abah minggu ini, akhir-akhir nie selepas Abah menjalani beberapa ujian jantung di Hospital Kota Bharu, pakar jantung mengesahkan yang Abah dah bebas daripada sakit jantung yang membawa maut itu cuma Abah kena sentiasa datang ke hospital 3 bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan susulan. Syukur kepada Ilahi yang tak terucap. Thanks bebanyak kepada semua doktor, MA & nurse yang banyak membantu ... ;-) Terlampau banyak perkara yang ingin dikongsi sepanjang aku berada di sana tetapi mungkin pada masa akan datang...

Kekadang, respek aku dgn kerjaya sebagai kakitangan hospital kerajaan walaupun di dalam akhbar bermacam cerita yang tidak menyenangkan seperti layanan yang kurang mesra dan sebagainya.


p/s : Moral of the story, sayangilah ibu bapa kita ketika mereka masih ada & rajin-rajin la call, jgn just msg jer..hehehe.
>Adakala ujian-ujian yang Ilahi duga ke atas kita ialah untuk menguji tahap keimanan kita, untuk mendidik kita menjadi insan yang kuat & supaya kita sentiasa sedar serta bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Ilahi...

TERIMA KASIH KEPADA KAKITANGAN UNIT KECEMASAN HOSPITAL MACHANG DAN HOSPITAL KUALA KRAI YANG BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU BAPA SAYA SEMASA KEJADIAN INI.... HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBANTU JASA ANDA....

No comments:

Post a Comment