MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, November 18, 2024

Sayap Ilusi

Maksud sebenar disebalik lagu "Sayap Ilusi - Wings"
Selalu juga layan lagu ni tenang & healing juga sambil dgr ptg2 sambil karok dlm kereta lepas balik keja😊...
(Kisah mengenai curahan hati, monolog keCINTAan dan pengabdian Hamba-Nya kepada Allah, hanya kita & Allah sahaja)...

https://www.youtube.com/watch?v=GFYeivvMX_Y

Saturday, November 16, 2024

Episod : "Tempat "Healing" Sang Pendosa"

Entah la, bila makin meningkat usia, tempat ni (masjid) dah menjadi tempat yang menenangkan...

Walaupun ko meluangkan masa berjam-jam (beriktikaf, solat, beribadah dsbgainya), terasa pantas masa berlalu...
Kalau rasa nak "meluahkan", ko sujud @ berdoa je kepada Allah Yang Maha Mendengar.

Kalau nak suntikan motivasi, dengar je Kuliah Maghrib kat sini, ramai je "motivator" /penceramah yang sudi motivate diri kau secara percuma setiap kali dengar kuliah dorang.

Kalau rasa diri penat & lelah dengan dunia ni, percaya la setiap kali ko sujud di tikar sejadah di "tempat ni", automatik ko akan rasa energy dan semangat ko sedang "dicas" laju je secara free je ke dalam diri kau, seolah telefon yang dicucuk cas elektrik...

Doakan semoga saya kekal istikomah...
Amin...
(Pakcik nak balik dah ni sebelum pintu pagar masjid kena kunci😅)...

Episod : "Tumpang Iktikaf"

Tumpang beriktikaf jap😊
(Tak pernah jemu dtg sini sebenarnya, jemaah2 yg datang beribadah/musafir tak pernah putus-putus, disamping keseniaan disebalik rekaan masjid yang unik & sgt cantik + menenangkan, ada bermacam2 program kat masjid ni tidak hanya keagamaan sahaja. Paling kagum bila selalu jumpa pelancong2 asing dtg tergerak hati dorang utk memilih "melancong" ke masjid semoga hidayah dtg menjentik hati mereka, insyaAllah...).
Bukan ape, hari tu Pegawai masjid ni ada offer saya buat video review tentang masjid ni, kalau sempat & ada team, bole la kita plan bagus2 review sama-sama😊.

Episod : "Kasihnya Bapa" Part 2

#KasihnyaBapa
Hantar gurlfren@anak perempuan gi kelas tambahan KAFA UPKK pagi ni, orangnya dah risau takut kena marah ustazah, nasib hujan2 ni ramai x sampai lagi, jalan pun lengang😅.

(Sebagai seorang bapa, ada masanya kita (bapa) akan berperanan mcm Bapa Singa.

Bapa Singa akan membiarkan anak singanya (anak kita) main2 mcm kita abaikan sorang2 dia je berdikari, nampak mcm dia main sorang-sorang je, tapi anak singa ni tak tau yg bapa Singa sentiasa perhati dr jauh, tu sbb bila anak singa ni di hampiri ancaman mcm drp hyena ke, tak tau dtg drp mana, tetiba bapa singa tu (perumpamaan kpd bapa kita) yg datang dulu gi gigit hyena tu.hahaha.. 🤣🤣🤣.. 

Tu sebab kalau nak tackle org perempuan, kena kenali karakter bapanya macammana sbb menurut kajian psikologi, seorang perempuan  akan mencari bakal pasangan hidupnya mempunyai@ yg menghampiri karakter bapanya. Takpun seorang suami perlu cuba wujudkan karakter bapa isteri dalam diri mereka, baru isteri sayang sebab mengingatkan kepada bapa mereka..😊

Thursday, November 14, 2024

Episod : "KUCING"

Anak gugurl punye pet, british short hair, sampai 3 ekor dibelanya, sebelum dia dpt izin utk bela, bgtau je ape2 syarat, sanggup diikutnya😅.

(Pakcik kecik2 dulu bela kucing kg je nak, kalau "tlupe" bg makan seminggu pn takyah risau, elok je dorang gi cari makan sendiri😅. Cuma masa pakcik kecik2 dulu, ade 2 ekor kucing kesayangan pakcik mati tanpa pakcik sedar, puas cari, tp last jumpa dah tinggal tulang je mati kt rumah usang. Waktu tu baru pakcik tahu, lumrah rupenye mana-mana haiwan ciptaan Allah kucing ni takkan mati dekat tuannya, mungkin tak mau tuannye sedih😭. Ada kes, kalau org nak sihir pun, kucing tu yang akan rasa kesan sihir tu terlebih dahulu sampai kucing tu mati, baru kesannya sampai kepada tuannya).

Klu spesies kucing yg ni, tikus pun siap menari poco-poco je depan dorang, punya la xtakut😆)...