ENGINEERING
Sebahagian daripada foto-foto di tempat kerja ku dulu. Sebahagian gambar tidak dapat dipaparkan & tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut diatas faktor rahsia/keselamatan negara...
Di stor kabel. Antara kabel-kabel vontan tinggi (275kV) .
Pemeriksaan/audit kabel
Kontena yang berisi kabel-kabel lebihan projek (kable voltan tinggi) & pita tembaga yang bernilai ratusan ribu RM
Kabel voltan tinggi
keratan rentas kabel voltan tinggi
Kabel voltan tinggi
keratan rentas kabel voltan tinggi
Cable laying works inside the tunnel
video animasi sistem kuasa
Apabila terlibat dalam bidang pembinaan ini (merangkumi bidang awal, mekanikal & elektrikal & perlu menguasai pelbagai-bagai teknologi), memberikan aku peluang untuk belajar banyak perkara. Memang terlampau banyak cabaram sehingga adakalanya terpaksa mengorbankan diri sendiri. Terdapat beberapa teguran yang ingin aku kemukakan kepada pihak-pihak tertentu.
Bagi aku, pihak-pihak tertentu termasuk TNB, janganlah terlalu menyerahkan segala-galanya 100% kepada pihak consultant luar negara yang dibayar dengan harga yang cukup tinggi, setiap seorang adakalanya sehingga mencecah RM64000 sebulan. Apa yang aku lihat, kebanyakan engineer di sana tidak cuba untuk menguasai sepenuhnya teknologi tinggi tersebut & hanya "wait & see" menunggu projek siap. Cuba tanya dorang secara terperinci tentang projek tersebut, sure masing-masing terkial-kial, alasan bukan skop kerja dorang & dah nak pencen. Bagi aku, biarla kos yang tinggi yang dibelanjakan negara, dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk mendalami teknologi.
Sewajarnya kos yang mahal tersebut hendaklah dimanfaatkan kita dengan sepenuhnya di mana, cuba serap 100% apa sahaja yang tersimpan dalam kepala orang-orang putih nie supaya berbaloi pelaburan yang kita laburkan itu (memang aku akui orang putih ni cukup kedekut ilmu, tidak mahu kepakaran kita mengatasi mereka kalau tidak siapa yang nak ambil khidmat mereka.
Kekadang dalam projek-projek ini, aku tengok mereka akan sorokkan bagaimana kaedah mereka menyiapkan projek tersebut,sehingga kita susah nak memahami hasil kerja mereka). Terdapat segelintir jurutera TNB yang tidak mahu mengambil peluang untuk menyerap segala-galanya daripada kepala orang-orang putih ini, serap sehinggalah kita mampu membina projek yang sama dengan projek hidroelektrik ni tanpa bergantung sepenuhnya kepada "kepala-otak" mereka ini.
Bukan aku mengatakan bahawa orang putih ini tidak bagus cume kita sebagai bangsa Melayu khasnya perlu membuktikan bahawa kita juga mampu buktikannya kemampuan kita. Sepanjang aku menyiapkan projek ini, aku sedar memang terdapat percanggahan pendapat dengan pendapat orang-orang putih ini(consultant & main consultant). (Aku merupakan engineer yang paling termuda, hampir-hampir mejadi satu-satunya engineer Melayu yang aku make sure jika boleh 80% masa aku adalah ditempat kerja pekerja-pekerja ku supaya kita dapat mengkaji operasi kerja tersebut sepenuhnya, jika boleh sasaran kita biar sehingga ilmu kita tersebut berjaya mencipta projek hidroelektrik yang lain).
Ada antara mereka yang menganggap aku ni mcm enginer kampung je masa aku baru menjejakkan kaki ke tapak binaan ni tapi aku dah berikan pembalasan kepada mereka sehinggalah dorang mengalah & hormat kepada aku selepas Allah memberikan aku ilham. Tapi bagi aku, antara kelemahan utama mereka yang mampu kita atasi yang aku jadikan senjata untuk mengalahkan mereka ialah, orang-orang putih ini mereka mempunyai kekuatan/kelebihan dalam teori tetapi kekurangan daripada aspek kemahiran teknikal serta pengalaman. Untuk mendapat kemahiran teknikal serta pengalaman, jurutera tidak seharusnya hanya duduk dalam ofis berair-cond je, keja tanda tangan borang atau goyang kaki je tetapi mereka juga perlu kerap berada di site kerana masalah site akan sentiasa datang tanpa diduga. Kadang-kadang keputusan yang besar kesannya & spontan perlu untuk diputuskan oleh jurutera projek, setelah masalah-masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh jurutera-jurutera lain (kalau projek kecik takdela banyak masalah sangat, lagi besar projek lagi banyak cabaran & lagi besar masalah).
Kesan jika para jurutera (walaupun mereka adalah diparas boss) sering berada di tempat kerja ini aku dapati:
1. Pekerja dapat sentiasa diawasi & dipastikan sentiasa berada dalam keadaan selamat kerana terdapat pekerja yang sering leka serta tidak didedahkan sepenuhnya dengan kesan hasil kerja mereka secara teori. Contohnya, kesan penebukan lubang besar pada lantai terowong, hanya jurutera sahaja yang mengetahu bahawa adalah keadah atau tempat tersebut selamat kerana apabila pengerudian ini dilakukan, akan terdapat "kerangka konkrit yang diperbuat daripada besi", jika kerangka tertentu dipotong, lantai konkrit tersebut berkemungkinan akan runtuh. Bilangan & ketebalan serta bahan kerangka tersebut perlu dikira oleh jurutera adalah mampu menampung beban yang besar.
2. Dalam perlaksanaan kerja, seorang jurutera perlu cekap & mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aspek teori serta teknikal ditambah dengan pengalaman yang luas. Apabila menghadapi masalah, jurutera perlu mengkaji tapak binaan tersebut. Mereka perlu sedar bahawa mereka akan sering membuat keputusan untuk masalah yang besar & keputusan mereka yang salah mungkin akan memberikan kesan kemusnahan yang cukup besar.
Aku sedar, terdapat beberapa senior engineer yang tidak mahu menyerap ilmu orang-orang putih nie & membiarkan dorang membuat keputusan, kerana beranggapan bahawa mereka dah nak pencen dah, kalau g serap ilmu meraka pun, bukannya dapat apa pun, gaji pun belum tentu meningkat dengan mendadak. Antara cabaran aku ialah, aku sering terjumpa dengan mereka yang aku kategorikan sebagai "bodoh sombong", ego tinggi serta perasan diri terlalu hebat. Wajarnya, hal tersebut perlulah diatasi.
Menurut pemerhatian aku di site tersebut, antara rahsia bagaimanakah foreign engineer ni boleh berjaya ialah kerana:
1. Faktor utama kerana mereka mempunyai disiplin mereka cukup tinggi
2. Mereka mempunyai komitmen kerja yang cukup tinggi sehingga sanggup pekerja dengan semangat yang cukup tinggi.
3. Memegang janji serta sentiasa menepati masa.
4. Mempunyai perancangan kerja yang cukup teliti serta terancang.
5. Mempunyai etika kerja.
1. Faktor utama kerana mereka mempunyai disiplin mereka cukup tinggi
2. Mereka mempunyai komitmen kerja yang cukup tinggi sehingga sanggup pekerja dengan semangat yang cukup tinggi.
3. Memegang janji serta sentiasa menepati masa.
4. Mempunyai perancangan kerja yang cukup teliti serta terancang.
5. Mempunyai etika kerja.
6. Tidak taku untuk bermandikan peluh mahupun darah, berhujan panas, tak suka dimanjakan sangat tidak seperti segelintir golongan kita.
7. Dorang nie jenis tak makan rasuah, so kepada orang-orang kita, jangan la AMALKAN BUDAYA RASUAH. Jangan terlalu mengagung-agungkan orang putih nie sehingga hanya memandang sebelah mata "engineer-engineer kampung yang made in Malaysia". Orang putih nie bagi aku juga amat pintar dan kedekut ilmu sehingga sukar TNB sendiri untuk memahami detail perincian kerja dorang, kalau tak percaya lakukan test minta orang kita terangkan dengan perincian 100% apa yang foreign engineer nie lakukan seolah kita hendak cipta sebuah stesen janakuasa yang lain. Ilmu tersebut hanya akan diperolehi jika engineer-engineer ini sering bermandi peluh bersama mereka, bukan bermandikan wap sejuk air-cond.
7. Dorang nie jenis tak makan rasuah, so kepada orang-orang kita, jangan la AMALKAN BUDAYA RASUAH. Jangan terlalu mengagung-agungkan orang putih nie sehingga hanya memandang sebelah mata "engineer-engineer kampung yang made in Malaysia". Orang putih nie bagi aku juga amat pintar dan kedekut ilmu sehingga sukar TNB sendiri untuk memahami detail perincian kerja dorang, kalau tak percaya lakukan test minta orang kita terangkan dengan perincian 100% apa yang foreign engineer nie lakukan seolah kita hendak cipta sebuah stesen janakuasa yang lain. Ilmu tersebut hanya akan diperolehi jika engineer-engineer ini sering bermandi peluh bersama mereka, bukan bermandikan wap sejuk air-cond.
Kekadang aku tengok dorang nie selalu sangat kerja sampai 12 tengah malam dan sanggup datang kerja pada pukul 6pg, tepat pukul 8pagi dah start kerja dah. Kalau orang kita, punch card, pukul 8 gi minum pastu, balik ofis bace paper, pukul 12tghari balik rumah. Tepat pukul 5ptg bertolak balik kerja, susah sangat nak jupe yang balik lewat daripada ofis hour.
Terdapat juga beberapa individu tertentu di negara kita ini yang suka mengamalkan rasuah yang bagi aku boleh dikategorikan kepada 3 iaitu rasuah wang, harta benda atau perempuan/hiburan. Aku dahulu sendiri sering kali disabotaj kerja yang telah disiapkan tanpa alasan munasabah dan dijadikan kambing hitam gara-gara kerana aku tak mengamalkan budaya rasuah yang bagi aku HARAM berbanding segelintir individu tertentu yang aku kenali sanggup bank-in setiap bulan kepada sang penerima rasuah dek kerana nak melancarkan kerja. Akhirnya, habis je projek dan aku meletakkan jawatan, tau-tau sang penerima rasuah meninggal dunia semasa mesyuarat agung kerana diserang sakit jantung dek kerana tidak dapat menjawab soalan berkenaan projek.
Kepada pihak-pihak TNB, sebenarnya, majoriti daripada pekerjanya adalah berdedikasi sehingga memungkinkan projek ini disiapkan. Aku sendiri sentiasa "bergelumang dengan lumpur" dan bermandikan darah bersama-sama golongan-golongan ini demi untuk menyiapkan projek yang merupakan sumbangan kepada negara tercinta.Kita boleh buat penilaian dengan berpandukan peribahasa orang putih "Orang akan menunjukkan sikap kerja yang SEBENAR di dalam gelap". GELAP tersebut bermaksud, seseorang akan menunjukkan sikap kerjanya apabila tiada sesiapa yang melihatnya"....
hardy boy : Site tersebut mempunyai seribu satu kenangan pahit manis & berjaya membentuk diri aku...
...KEPADA TNB, SYABAS DIUCAPKAN DI ATAS SEGALA KHIDMAT dan SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA DARIPADA DAHULU SEHINGGA SEKARANG...
(^_^)
SALAM perkenalan..
ReplyDeletesaya google berkenaan trowong dan terjumpa blog tuan,saya ingin tanya satu soalan berkenaan terowong ini,tuan menyatakan terowong itu sepjg 2km,adakah terowong itu ada jalan keluar dihadapan,ataupun jalan mati????tq
mohd shamsul
salam perkenalan. Untuk pengetahuan saudara, terdapat 2 terowong pada stesen janakuasa tersebut iaitu terowong laluan air yang pada anggaran saya sejauh melebihi 20km dan terowong laluan masuk kenderaan sejauh 1.5-2km. Terowong laluan masuk kenderaan tersebut hanya mempunyai 1 pintu sahaja sebagai laluan masuk dan keluar. Terowong-terowong tersebut bagi saya amat unik dan mengagumkan kerana binaannya teramat kukuh dan hampir mustahil untuk dimusnahkan. Sebagai langkah keselamatan negara,maklumat lanjut telah dirahsiakan.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteaku terbaca blog ko di sini dan ko ada nyatakan
kebaikan orang luar yg bekeja disini aku setuju sangat dengan ko punya kajian/ cerapan / pandangan.
Cuma aku tepikir 1 pekara sistem diorang and kita jauh beza, contoh
diorang kalu keja sini gaji tu dah tentu besar than abis jerkk pojek ko ada tanya diorang tak??
diorang cuti baper lama
sbb aku ada tgok tv lah kan and also kengkawan aku yg involve in construction line ni, mat salleh ni mmg keja gila2 than abis pojek diorang ada cuti 2 month but aku nampak benda tu kita takder implement (thay all ada summer leave every year 2month so kalu diorang keja time tu they all akan dapat replce balik)
Than aku yg keja ngan comp (cha ya nun alif) ni pun penat jerkk keja aper dapat??
aku involve ngan 3 pojek under jusco
ke3-3 pojek siap on time memng kalu sebut pasal experienced belamabak (but i still need to learn more) tapi aper dapat??
aku still tgok diorang ngan bangsa diorang gak lebih sedangkan bila audit sirim aku gak kena setel diorang lari
so aku ingat aper yg ko bgtau tu ada juga yang tak kena
mmg ada yang lgsung taknak belajar sebb rasa diri dah besar
tapi aper yg aku npak kebanyakan yang nak buat sungguh2 ni tesekat atau terasa tak guna diorang belajar sbb no any aditional insentive , maksud aku bukan pangkat or gaji tapi kalu ko kata yg nak pencen ni malas maybe ada benar sebb they all dah mnghadapi situasi dimana diorang tak dihargai, apabila sesuatu perkara tu diorang yg jadi mastermind yg selesaikan.
Aku pernah tanya 1 sub-con aku mmg diorang semua bangsa (ca ya nun alif) kenapa ko boleh stay comp ni , dia bgtau kalu dia siap pojek dia akan dapat sikit insitive ,
aku tanya lagi duit kerr?
dia kata tak semestinya
than dia bgtua adakalanya cuti lama tapi begaji or bos dia akan cakap ko g lah cuti mana2 than aku tanggung inilah insentive
so aku nampak kita as kaum kita and bangsa kita tak kira private, govnm, or GLC mana ada benda2 ni,
harap kan gaji than hope for bonus,
aku rasa sbb ko pun maybe akan jadi orang besar kan
try to do this kind of insentive to ur staff
maybe mana tau ia akan jadi satu amalan
than a good practice sesama kaum kita
k bro all the best
and ur blog mmg banyak info yang bagus
keep up the good work
Anonymous : thanks, berguna juga info yg panjang lebar saudara itu, banyak juga kebenaran & pengajaran yang kita dapat.. terima kasih saudara kerna sudi baca & komen entry nie (^_^)
ReplyDeleteanonymous, aku ada oendapat yg berlainan.
ReplyDeleteaku pernah jadi engineer it dan aku pegang title engineer cuma 3 Tahun dan oromoted to consultant seterusnya operation.
syarikat yg aku kerja sekarang 100bumi..sikap org melayu kita melihat pd imbuhan untuk bekerka keras itu melekat pada hampir setiap orang....penat dan berbuih mulut bila kita terangkan yg setip kerja itu belajar dan belajar itu bukan untuk company ttp diri srndiri..
sikap tak mahu kerja lebih masa itu yg menghalang kita untuk maju..dlm bidang it proses pembellajaran adalah berterussn dan teknologi terlalu pantas berubah..kalau kita malas dan mengharapkan imbuhan memang kitavtakkan kemana..sejujurnya sepanhang 10tahun dy kerjs tidak pernah sekali pun merada bonus..boleh jer maju