MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, July 11, 2021

Cabut Gigi Tinggal Tunggul / Akar


Hari ni masuk hari ke-4 saya buat minor operation cabut gigi yang cuma tinggal tunggul pada 7 Julai 2021 (Khamis) lepas.
Kisahnya bermula bila tampalan (simen) pada gigi geraham atas saya (3 drp belakang) tercabut dalam sebulan lepas. Tetiba dengan syok makan ikan bakar, tulangnya pun takdela keras sangat, tetiba terasa macam ade serpihan "batu" dalam mulut. (Dalam hati, alamak, mati la kali ni, sure gigi yang simennya tercabut tu serpih/patah. huhuhu.. Lepas kumur-kumur, memang sah gigi tu patah/serpih tinggal tunggul sikit je kat hujung ๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก.

Ape lagi, gigih la gugul Mr Google, kes saya macam geraham bongsu kena operate. Survey punya survey, dapat la feeback, kalau operate kat klinik swasta kos bayaran dalam RM700- RM800 (bezanya cepat la nk dapat tarikh drp kena beratur panjang). 
Kes gigi saya mcm dalam gambar ni tapi masih ade lagi suku gigi yang kelihatan jadi doktor takleh nak grip gigi tu (Gambar ihsan Mr Gugel) :-)


Kalau pergi klinik kesihatan kerajaan @ hospital kerajaan, mungkin kena tunggu dalam 2 minggu untuk dapat cabut gigi tu lepas pemeriksaan pertama (bezanya cuma  bayar dalam RM1-RM3 je, kena ambil giliran lama sebab orang yang menunggu ramai, waktu menunggu pun mungkin lame skit, belum kira kekadang terpakse parking jauh sebab parking banyak penuh. Lepas daftar pun & minor operate pn mungkin kena menunggu la. Kemudahan kat hospital/klinik kerajaan pun sekarang dah canggih manggih dah, setanding dengan klinik swasta, doktor pun peramah cuma klinik kerajaan cuma jalankan rawatan perlu je, yang mencantikkan mcm skaling memutihkan gigi bagai kena g klinik swasta). Saya dulu berkali-kali juga ulang-alik klinik/hospital, services memang terbaik & equipment/fasiliti terbaik tapi kena sabar la sikit hadapi cabaran di atas. hahaha.

Ape lagi, lepas berdoa panjang sebab dah pkl 5 ptg, try call klinik swasta. Alhamdulillah, ade kekosongan untuk esok tengaharinya (aku terlembik mulut pulak gi set appoinment, sepatutnya call la dulu klinik kerajaan juga. hahaha). Anggaran kos kalau cabut dalam RM80 - RM150 tengok kepada keadaan gigi. Saya tanye "Bole cabut ke kalau gigi cuma tinggal tunggul?". Nurse yang jawab call tu pun cakap tak tau bole jawab @ x kena doktor tengok dulu. 

Esoknya, selepasa tawakkal & solat hajat malam, saya gigihkan ke klinik berkenaan kat kawasan Indera Mahkota 3, Kuantan (servis kat klinik ni daripada dulu memang tip top, selalu keluarga saya & saya sendiri datang sini, peralatan dan bangunan pun baru/terkini, doktor pun peramah. Kalau dapat owner dia yang rawat , Dr Fatain tu, memang penyabar & peramah tertutamanya dengan kanak-kanak, siap klu anak aku dtg treatment sini, dpt free gift lagi).

Klinik IM 3 yang saya gi pagi tu.
Gambar : sumber gugel :-) 


Masuk dalam klinik tu, sebab orang ramai, dalam 45 minit juga menunggu tapi standard la ye, orang ramai kan, aku pun datang lambat. hahaha.

Doktor kate dia try cabut lepas tengok kes saya tapi kalau tak dapat, dia akan refer pakar (dalam tu ade 2 orang doktor, sorang lagi bergilir jadi assistant kepada doktor tadi, 2 2 service tip top). 
Doktor pun cuba cabut gigi saya, 4 juga suntikan bius. Susah nak grip gigi tu sebab dah tinggal tunggu, jadi doktor terpaksa potong sedikit tulang dan buat minor insisi potong gusi sedikit supaya dapat pegang gigi berkenaan. Berpeluh juga dia kerjakan gigi saya sebab susah nak cabut walaupun dapat grip gigi tu. Hampir setengah jam juga sebab susah nak grip & cabut. Berkali-kali doktor dok drill tulang gigi sebab kena buat perlahan-lahan, tak boleh mendadak banyak. Aku pun macam berdebar di hati kot-kot kena stop sebab kena refer kepada doktor lain.

Selepas hampir 30 minit, masuk la doktor sorang lagi (total 3 orang doktor dalam bilik tu, mungkin doktor tu pelik kenapa lama sangat tak siap-siap, sama-sama bantu 2 orang doktor berkenaan. hahaha), akhirnya, selepas 30 minit, dapat la gigi berkenaan dicabut. Ternampak 2 akar gigi berkenaan, adui.. Doktor terangkan ape prosedur yang dia dah buat, kena potong tulang gigi sikit, mungkin gigi akan bengkak sehari 2 ni, jadi dia bekalkan antibiotik (sebelum ni aku cabut gigi takde pula doktor bagi antibiotik). Tapi klinik ni best bagi aku, last aku cabut gigi kat klinik ni pun, doktor kat klinik ni berjaya cabut gigi aku yang sama macam kes hari ni separuh tunggul gigi je tinggal tapi tak susah macam hari ni, sedangkan ade doktor klinik lain surrender nak cabut gigi aku yang tu siap suruh aku refer hospital lagi kot-kot kena operation.

Akhirnya lepas ambil ubat painkiller, gause & antibiotik utk seminggu, aku diberitahu bayarannya (aku standby dah dalam poket RM1000++ in case sebab memang rumit prosedur hari ni, walaupun mulut dah tak boleh bercakap dengan gauze). Terkejut aku bila cuma kena bayar RM130 je (sama harga macam cabut gigi yang biase), ALHAMDULILLAH...
(Ada tempat yang akan x-ray dlu gigi korang, tapi aku xtanye kos, sekali keluar bil, x-ray je dah RM80 untuk pastikan saraf gigi jauh daripada tempat yang akan dirawat. Ade kes yang saya pernah bace dulu-dulu la, ade pesakit yang sedikit herot mukanya sebab terkena saraf semasa cabut gigi, tapi aku tak pasti sama ada ade infection @ sebab ape, jadi kena berhati-hati). 


Lebih kurang macam ni la gigi aku kena operate, tapi aku punya bukan gigi geraham bongsu tetapi gigi yang dah tak nampak tunggul, memang lagi rumit la. hahaha


Sebelum masuk bilik doktor tu, aku sempat tanye doktor "Boleh ke tambah gigi palsu atas tapak
gigi palsu yang asal ?" Doktor kate boleh, tapi kena tengok keadaan tapak gigi palsu berkenaan kot-kot dah keras. Kos dalam RM30 tapi kena tinggalkan tapak gigi palsu berkenaan kat klinik (mungkin sebulan lebih baru siap kot tengok kesibukan technicien yang buat gigi berkenaan, kekadang dorang ambil sub daripada macam-macam klinik juga). 
Lepas cabut gigi kena tunggu 1 bulan lebih supaya gusi kecut untuk buat gigi palsu. (Saje je tanye in case 4-5 puluh tahun akan datang, bertambah - tambah gigi aku yang kena cabut, haru kalau kena buat tapak gigi palsu yang baru setiap kali cabut gigi. Kos nak buat sekali tapak pun tak silap hampir RM300 juga. huhu).

SEKIAN SAHAJA, moral of the story, jaga gigi anda, tambah kalsium dalam badan, rajin minum susu :-)
Terima kasih kepada para doktor gigi yang merawat saya :-)


No comments:

Post a Comment