MY PROFILE
#CiterTentangDiriSaya Tahun 2010
~MINGGU SUAI KENAL + MY NEW STUDENTS~
Tak lame lagi dah masuk bln 8, angka yang aku paling suke selain drp angka 3, 5 dan 7 (dan juga selain warna biru, merah, hitam dan putih)..hahaha..
Kenapa?
Kerana angka 08-08-83 merupakan tarikh aku dilahirkan...
08-08-06 (Selasa) aku dah tiba di Batu Pahat, celebrate ngn my beloved parent sebelum menerima sijil konvokesyen degree pada 09-08-06.
08-08-07 (Rabu) aku celebrate kat site Cameron Highlands dgn balik pkl 7ptg sambil pening-pening selesai problem-problem kat site.
08-08-09(Sabtu) aku menerima sijil masters degree juga di Batu Pahat...
Kalau orang cina cakap, angka 8 nie bawa tuah.
Kalau orang putih pulak cakap bulan 8 (Ogos) nie berbintang Leo (singa),
(tapi aku sukakan harimau.hehe)....
Orang putih cakap (dipetik daripada http://blogbintang.com/ramalan-bintang-leo) :
" Bintang Leo ditakdirkan sebagai pemimpin, tuan ataupun seorang majikan atau ketua rumah tangga yang baik. Leo mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian orang pada saat pertama kali bertemu. Bintang leo juga memiliki sifat yang terlalu baik hati dan ramah. Hingga memungkinkan dia diperalatkan oleh orang lain karena sifatnya tersebut. Ramalan bintang leo juga menyatakan disebabkan sifatnya yang baik maka dia akan menjadi seorang teman yang baik juga. Tambahan pula, jika leo mempunyai pasangan hidup maka dia akan mencintai dengan tulus. Bukan hanya terhadap pasangaannya tetapi dia juga akan melakukan apa saja bagi orang yang dia cintai sama ada anaknya, orang tua, saudara, sahabat terbaik dsb. Walaupun bintang Leo memiliki perasaan yang halus, namun jika tersinggung dia tidak akan memperlihatkannya kepada orang lain. Namun jika rasa tersinggungnya sudah melampaui batas, maka Pemilik ramalan bintang leo ini akan mengaum (marah) dan membuat orang lain takut kepadanya. Dan sekali dia marah/stres maka akan sukar baginya untuk dapat pulih kembali. Bintang leo juga tidak akan bertindak sebelum dia mengetahui situasi yang sebenarnya. Dalam soal kesihatan pemilik leo juga memiliki tubuh yang luar biasa dan relatif tahan terhadap penyakit. Ramalan bintang ini hanya mitologi dari masa lalu. Jangan percaya pada ramalan bintang atau anda akan menderita kerananya."
Rahsia bulan kelahiran dibawah adalah berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui.........
Orang yang lahir bulan 8 :
“Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain,berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah, nilai harga diri yang sangat tinggi, semangat juang yang luar biasa, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang dan suka mencari kawan”.
Apa pun yang dinyatakan di atas aku bukannya percaya sangat, cuma dapat simpulkan yang diri aku nie maybe seorang understanding, caring, loving, like to make joke (gembira jika dapat hiburkan orang lain), kekadang terlalu sensitif dalam menjaga perhubungan dengan orang sekeliling (berkawan biar beribu, musuh dia tak cakap plk berapa ramai..hahaha. Walaupun maybe bukan semua orang sukakan kita, tapi kita kena cubalah meminimumkan jumlah golongan tersebut sebab aku paling tak suka ade musuh walaupun seorang.
Tapi kalau aku dah puas nak mencuba nak berkawan dgn orang yang tak sukakan aku tu, tapi takde respond jugak, last-last aku akan decide yang "lantak la dia, bukan ade kepentingan pun nak berkawan dgn kita, lagipun kita tak mampu nak jaga hati semua orang" ayat tu saje je aku cakap untuk sedapkan hati aku...hahaha)... Tambah lagi, aku paling suka jika orang minta tolong (cuma kekadang takut jugak kalau banyak sangat kita tolong, nnti orang yang lain plk cakap kita nie saje nak tonjolkan diri, buat-buat baik..hahaha), suka berahsia & kalau bole nak bercakap bila perlu saje, kalau tersilap cakap nanti orang terasa plk..hahaha.. Apa-apa pun, kalau nak tau keistimewaan kita, kena la tanya sahabat-sahabat kita & kalau nak tau keburukan kita, kena la tanye kepada musuh-musuh kita...hahaha)..
Aku akan layan seseorang tu sebagai mana dia melayan aku (kalau dia seorang yang lemah-lembut, lembut la cara aku bercakap dgnnya, kalau dia ganaz, ganaz la aku bercakap..hahaha)..
Kalau dia hormat kepada aku, hormat aku kepada dia akan lebih-lebih lagi... Tapi, sekali kena tikam daripada belakang, dendam aku lame la jugak baru hilang..hahaha... Keistimewaan bila menjadi pendidik nie, aku berpeluang mencurahkan segala ilmu-ilmu yang aku rase bernilai dengan student-student aku kerana mungkin aku mungkin akan diambil nyawa oleh-Nya bila-bila masa sahaja daripada sekarang, & ilmu yang kita curahkan itu merupakan saham di akhirat nanti...
Aku excited nak jumpa student baru, nthla, aku bersemangat nak tengok cmner rupe dorang masa baru masuk kolej & camner perubahan dorang (sama ada makin baik or buruk) last semester nanti. Aku terasa nak kenal latar belakang dorang yang kadang-kadang memberikan kita keinsafan betapa beruntungnya kehidupan kita ini.
Ada yang datang daripada keluarga berada, ada daripada keluarga susah tetapi aku lebih suka study, berkenal-kenalan & mengkaji latar belakang keluarga serta kehidupan mereka. Masuk je kelas baru nie, untuk minggu orientasi nie, aku biasanya buka minda dorang + brain wash, kasi hilang semua yang kotor, motivate & bakar semangat dorang, bantu setkan haluan/matlamat hidup dorang.
Kekadang sedih jgk bila ada anak-anak didik kita yang kecundang sebelum berjuang. (Dulu mase sek menengah aku ade pasang cita-cita nak jadi kaunselor or motivator, last-last tukar jadi enginior ngn lecturor..hahaha).
Soalan yang aku akan tanya bila masuk kelas:
1) Kenapa pilih belajar Kolej Komuniti?
2) Kenapa pilih course elektrik?
3) Apakah matlamat hidup kamu?
Biasanya jawapan yang diberikan tidak begitu memuaskan. Aku cuma senyum, memang dah jadi tanggungjawab para pendidik untuk membantu mereka mencapai jawapan di dalam soalan tersebut... Mereka semua masih muda, kita yang bertanggungjawab membentuk/mendidik bukan sekadar mengajar....
Selepas puas bertanya, aku akan motivate dorang. Aku dengan bersuara lantang seakan marah, aku cuba buka minda dorang dengan kenyataan yang berapa beruntungnya keadaan mereka bila menjadi insan terpilih belajar di Kolej Komuniti …
1) Sedarkah kamu bahawa kamu berada dalam golongan yang cukup bertuah daripada berjuta orang di luar sana apabila mereka memilih Kolej Komuniti & bidang elektrik?
Sedarkah kamu bahawa bidang kejuruteraan elektrik merupakan antara bidang yang paling senang dapat kerja dengan gaji lumayan?
2) Berapa ramai di luar sana yang cuba memohon untuk melanjutkan pelajaran tapi tidak berjaya seperti kamu sekrang. Sedarkah berapakah yuran yang perlu kamu bayar sedangkan kos selebihnya berjuta-juta ringgit ditanggung kerajaan sepanjang pengajian di kolej?
3) Sedarkah kamu bahawa tenaga kerja setiap daripada kamu bernilai berjuta-juta ringgit & kerajaan telah belanjakan maybe berjuta-juta ringgit sehinggalah kamu berjaya ke peringkat seperti sekrang.
4) Berapakah kos hidup/kemudahan yang dihabiskan kerajaaan kepada setiap dripada kamu bermula daripada mereka lahir ke dunia sehinggalah sekarang. Kehilangan kamu bermaksud kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan.
5) Yang itu baru kerajaaan, bagaimana pula pengorbanan kedua ibu bapa mereka?!! Cuba kamu kira berapa banyakkah pengorbanan wang ringgit, keringat sehinggalah ibu bapa kamu sanggup bermandikan keringat mahupun darah sekali pun untuk membesarkan kamu sehingga sekrang?
Sedarkah kamu bahwa setiap hari sepanjang kamu di sini, mereka selalu bertanyakan khabar cukup tak makan kamu, susah ke kehidupan kamu di sini hinggakan walaupun apabila kamu menelefon meminta wang belanja daripada mereka, mereka tidak akan sekali-kali menyatakan bahawa mereka tiada wang.
Dalam diam-diam mereka akan cari walau sesukar mana sekalipun walaupun terpaksa berhutang. Hasilnya, pernahkah kamu memikirkan keadaan ibu bapa kamu? Kadang-kadang telefon bertanyakan khabar mereka jauh sekali. Ape yang kamu tau, hanya berseronok-seronok bersama rakan-rakan, kalau tak cukup duit, terus minta saja daripada ibu bapa kamu, seolah-olah ibu bapa kamu tu umpama mesin atm ajaib….
(Ketika ini lah aku dapat lihat ada antara mereka yang mula mengalirkan air mata…)..
Tapi, sedarkah kamu bahawa, hanya satu sahaja yang ingin diminta oleh ibu bapa kamu, iaitu mereka hanya ingin melihat kamu…. BERJAYA… Apabila kamu berjaya menggapai sijil, dalam diam mereka akan berbangga dengan kamu dan sering berceritakan kepada rakan-rakan mereka…
(Then aku buka lagi pengorbanan ibu bapa mereka sejak sebelum mereka lahir sehinggalah sekarang dan mungkin juga pada masa akan datang. Nada aku masa tu memang cukup tegas tapi kekadang akan selit juga dengan beberapa lawak jenaka..hahaha.. Aku lihat ade jugak beberapa pelajar perempuan yang menahan air mata...).
Habis part bahagian sedih, aku pun memulakan part menyedarkan bahawa mereka sedang berada dalam LOMBONG EMAS…
6) Sedarkah bahwa kamu semua sedang berada dalam LOMBONG EMAS iaitu di Kolej Komuniti… Bukan semua orang mampu untuk membawa keluar emas daripada tempat ini… Kamu hanya diberikan masa hanya 3 bulan sehingga 2 tahun sahaja. Habis sahaja tempoh tersebut, percayalah bahawa kamu mungkin akan menyesal sepanjang hayat jika tidak menggunakan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin….. (Masing-masing ketika itu terdiam seketika…).. Tenaga pengajar di sini bukan calang-calang orang, semuanya mempunyai kepakaran masing-masing.
7) Aku bertanyakan dorang,
“Berapakah gaji kamu jika kamu bekerja dengan sijil SPM?!!!
Ada beberpa student menjawab“RM300 Encik!!!”
Aku : Jadi, berapakah gaji kamu apabila berjaya mendapatkan sijil?
Ada beberapa student cakap RM500, RM800, RM1000 dan macam-macam lagi…
Aku : Percaya tak jika saya cakap bahawa sekurang-kurangnya kamu akan dibayar gaji RM800 untuk fresh-graduate, sehingga RM3000?!!!
Untuk fresh, jika termasuk elaun & Overtime, kamu bole mendapat gaji sehingga RM1200…
Banyak tak RM1200?!!
Student : Banyak Encik!!!!
Aku : Percaya tak kamu semua bahawa gaji kamu semua boleh mencecah RM3000?
Student : Semua terkejut & terdiam….
Aku : Tapi, percaya tak kamu semua jika dengan sijil, kamu berpeluang untuk mendapatkan gaji sehingga RM8000 sebulan jika kamu tahu berbahasa Inggeris?
Student : Semua terkejut & terdiam lagi….
Aku : Saya tidak berbohong. Saya ade seorang kawan yang hanya mempunyai sijil, tetapi gaji dia dibayar minimum RM8000 sebulan dengan hanya makan gaji…
Dia sekarang bekerja di Cameron Highlands dalam bidang pembinaan dan telah menjawat jawatan sebagai site supervisor. Saya tahu rahsianya dan saya akan berkongsi dengan kamu semua….
Student : Cepatlah Encik, bagitau rahsianya….
Aku : Percayakah kamu bahawa dengan sijil kamu boleh menjawat jawatan sebagai Jurutera?
Student : Semua terkejut & terdiam lagi….
Aku : Saya tidak berbohong. Saya memang ade seorang kawan yang hanya mempunyai sijil tetapi sekarang beliau telah berjaya menjawat jawatan sebagai jurutera di sebuah kilang di Kluang, Johor….
Student : Cepatlah Encik, apakah rahsianya….
Aku : Jangan risau, saya akan berkongsi rahsianya dengan kamu semua & jika kamu mahu, saya akan bentuk diri kamu semua supaya berjaya seperti mereka… Sekarang, kamu semua pilihla sama ada kamu nak gaji RM300 atau RM800 atau semaksima RM3000?
Student : (Masing-masing mula bersemangat…)..
Aku : Dan, jika kamu mahu, kamu boleh menggenggam segulung ijazah, master mahupun Phd tapi ia bukanlah senang, ada beberapa strategi yang tersirat, bukan secara senang-senang sahaja. Saya pun ade seorang adik, dia bermula daripada bawah, sijil, diploma dan skrang ade beberapa bulan lagi untuk menghabiskan pengajiannya di peringkat degree, di 3 institusi pengajian yang berbeza... Kamu tidak ditawarkan terus ke peringkat seterusnya tetapi kamu perlu mencari jalan tersebut... Kalau mahu, rangka strategi kamu.... Rahsianya, saya akan berkongsi apabila tiba masanya...
Student : (Tertanya-tanye...)
Aku : Sebagai pensyarah, kami hanya membantu kamu, tetapi kamu sendiri yang perlu memilih jalan kamu yang tersendiri....
Aku : Dulu ade seorang kawan saya yang bagitau kpd saya, masa tu saya sedang belajar di peringkat ijazah. Bole dia cakap kat saya, kalau sambung belajar pun menganggur jugak akhirnya….
Student : Ooooo…
Aku : Kamu semua tau tak macammana perasaan saya masa tu?!! Saya rasa macam nak tempeleng/tampar je kepala dia masa tu…
Student : Hahahahaha….. (gelak besar satu kelas)…
Aku : Sebenarnya, kerja semua tu adalah rezeki masing-masing. Rezeki kita ditentukan oleh Tuhan, tapi dengan syarat kita hendaklah mencari, berusaha, berdoa dan bertawakkal…
Menurut fakta terbaru, di Tawau sekarang nie pun, kita masih lagi kekurangan pekerjaan seperti Wireman dan sebagainya. Akibatnya, kebanyakkan yang lakukan pendawaian di rumah kita, mungkin dilakukan oleh pekerja-pekerja asing yang tiada kelayakan…
Ketika saya bekerja di Kuala Lumpur dahulu pun, berapa banyak jawatan kosong di sana, sehingga kita boleh memilih-milih lagi kerja yang kita mahu seperti jawatan, tempat dan gaji…
Apa yang penting, kita kena berusaha…. Rezeki tidak datang bergolek…
Jadi, kamu semualah yang akan mengisi kekosongan pekerjaan tersebut….
Student : Ooooo…
Aku : Zaman sekarang tidaklah sesusah dahulu untuk mendapatkan pekerjaaan.
Kamu hanya perlu mencari kerja melalui online je, tak perlu lagi cari kerja kosong melalui surat khabar. Nanti saya akan berikan beberapa website mencari pekerjaan yang terkenal.
Aku :Daripada website tu, kamu boleh tentukan apa sahaja jenis pekerjaan, tempat dan gaji yang kamu mahu.
Bagi saya, jika ada pelajar kolej komuniti yang menganggur bukannlah disebab tiada pekerjaan tetapi mereka tidak tahu bagaimanakah untuk mencari lubuk pekerjaan tersebut... Lubuk tersebut sebenarnya tersergam di hadapan mereka...
Kamu sendiri bole memilih untuk bekerja dalam 4 bidang terbesar iaitu consultant (juru runding), pemaju (contractor), perkilangan (indutsri) mahupun bekerja sendiri. Bekerja sendiri juga bole mendatangkan pulangan lumayan dengan hanya berbekalkan name card tanpa mempunyai kedai yang sendiri kerana pejabat kamu bole bermula di rumah...
Banyak lagi peluang pekerjaan lain seperti designer, arcitect dan perniagaan...
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
Alang-alang menceluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan...
Alang-alang masuk Kolej Komuniti, biar sampai ke peringkat paling maksimum...
Alang-alang bekerja, biarlah yang paling tinggi gajinya...
Alang-alang masuk Kolej Komuniti, biar sampai ke peringkat paling maksimum...
Alang-alang bekerja, biarlah yang paling tinggi gajinya...
Biarlah Kolej Komuniti ini menjadi starting point atau batu lompatan untuk kamu merubah kehidupan kamu....
Student : Tergamam, tak terfikir, ada juga yang bersemangat...
Aku : So, mana satukah bidang yang ingin kamu ceburi?
Aku :Dalam mencari pekerjaan, ia bukanlah bergantung kepada nasib semata-mata tetapi juga turut bergantung kepada STATEGI…
Student : erm....
Aku :Dalam menyiapkan resume sekalipun, ia mempunyai strategi tersendiri untuk menarik majikan mengambil kita bekerja. Ia adalah tiket kepada kita.
Resume mempunyai strategi bagaimana untuk kita memastikan bakal majikan kita kagum dengan kita sebelum mereka menemuduga kita lagi. Sebaik sahaja dipanggil temuduga, sebenarnya peluang kita ada kebarangkalian 50% lagi untuk diambil bekerja…
Aku :Dulu, berbulan-bulan juga saya tidak dipanggil untuk ditemuduga kerana resume yang biasa sahaja. Tetapi setelah diberikan pandangan oleh rakan-rakan, saya membuat beberapa perubahan pada resume dan Alhamdulillah, 1 bulan kemudian saya mula dipanggil untuk ditemuduga.
Saya mula bekerja selepas interview saya yang ke-6, waktu tersebut, dalam masa 2 minggu, saya telah menghadiri 4 temuduga. Walaupun sudah menjawat jawatan selepas interview ke-6, saya masih lagi memohon kerja lain (untuk test market diri sendiri kot..hahaha).
Beberapa perubahan saya lakukan pada resume yang terkini dan merangka strategi untuk mengagumkan para majikan dan hasilnya saya telah dipanggil untuk menghadiri 3 lagi temuduga tidak sampai beberapa bulan kemudian dengan beberapa syarikat gergasi dan Alhamdulillah, mereka terus menawarkan saya bekerja sebaik sahaja selesai temuduga tersebut…
Selepas melihat kepada resume saya, mereka mengaku bahawa mereka begitu tertarik. Disebabkan faktor tertentu, saya terpaksa menolak tawaran mereka.
Aku : Selain resume, kamu perlu mempersiapkan dengan pelbagai persiapan dan keperluan industri pekerjaan sekarang dengan merebut peluang semasa berada di kolej ini termasuklah menguasai etika bagaimana untuk memikat bakal majikan semasa dipanggil temuduga.
Aku : Untuk berjaya dalam hidup, kamu perlulah membantu diri kamu sendiri. Pensyarah hanya boleh membantu tapi kamu sendiri yang kena tentukan hala tuju hidup kamu. Tiada pensyarah yang tidak gembira apabila anak didik mereka berjaya... (Banyak perkara yang aku berkongsi dengan mereka. Then, aku terangkanla beberapa cara aku mengajar).
Aku : Untuk makluman kamu, saya seorang yang tegas dan cukup garang dengan pelajar yang bermasalah sepanjang pengajian kamu di kolej
(sebenarnya, dalam diam-diam aku akan mendekati pelajar bermasalah ini utk mengupas akar umbi punca mereka)
tetapi saya akan cukup hormat kepada para pelajar yang menghormati para pensyarah mereka.
Kenapa?
Sebab saya ingin membentuk disiplin kamu semua ....
Aku : Saya paling pentingkan disiplin para pelajar saya. Saya mahu kamu sentiasa berdisiplin semasa di kolej kerana menurut pemerhatian saya,
orang yang berdisiplin insyaAllah akan maju dalam hidup mereka...
Cuba kamu lihat rakan-rakan kamu yang berdisiplin, pencapaian mereka lebih tinggi daripada kamu. Aku : Apabila saya meninggalkan bidang industri dulu, saya nekad yang saya mahu semua pelajar saya berjaya kalau boleh biarlah lebih daripada pencapaian saya. Kegagalan kamu semua bermaksud kegagalan diri saya juga.
Dulu saya perlu mengendalikan 200 orang pekerja, 21 buah syarikat contractor untuk 7 buah projek construction. Saya juga pernah beberapa kali menemuduga calon-calon untuk diambil bekerja. Jadi, biarla pengalaman dan ilmu yang saya dapat itu, saya curahkan semuanya kepada kamu semua.
Sekurang-kurangnya, jika saya ditakdirkan meninggal bila-bila masa sahaja daripada sekrang, ilmu yang cukup bernilai itu telah saya sampaikan kepada kamu semua.
Aku : Jika kamu mahu saya bentuk kamu, kamu boleh maklumkan saya dan insyaAllah dengan pengalaman dan ilmu, saya akan membentuk dan membimbing kamu dengan lebih intensif (dengan lebih penekanan lagi) untuk mempersiapkan diri kamu sepenuhnya untuk memasuki alam pekerjaan & mempunyai keboleh pasaran tinggi…
(Actually, ilmu yang berguna merupakan saham pahala kepada kita apabila kita meninggal kelak selagi diamalkan selain daripada amal jariah dan doa anak yang soleh).
Jadi, BUKALAH MINDA KAMU, FIKIRLAH HALUAN HIDUP YANG KAMU INGINI....
(Kelas kemudiannya berakhir selepas 1 jam setengah... Walaupun tak semua yang aku sampai berjaya disampaikan, sekurang-kurangnya kalau tidak banyak, sedikit yang menyedarkan mereka untuk terus bangkit daripada "tidur yang panjang")..
hardy boy : Setiap pendidik mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak bangsa mereka.
Masing-masing penat lepas jungle trekking...
Masing-masing memang sporting, understanding & begitu rapat macam adik-beradik sendiri. Respet gua sama u all!!! hahahaha...
Masing-masing memang sporting, understanding & begitu rapat macam adik-beradik sendiri. Respet gua sama u all!!! hahahaha...
teruskan perjuangan dalam mendidik tuan...jadilah seperti ombak..x jemu2 menghempas pantai..walaupun pantai tidak pernah minta untuk dihempas oleh ombak
ReplyDeleteterima kasih saudaraku Encik Azlan, nasihat anda cukup bermakna (^_^)
ReplyDeleteHello,
ReplyDeleteOur website domain name changed from soft82.com to download82.com. Please update the link from your website (http://www.soft82.com/categories/Windows/Audio_Video/Media_Players) accordingly.
You can use one of our badges from: http://www.download82.com/badges/
Thanks & Regards,
Marius Manole
The Download82.com Team
support@download82.com
www.download82.com