MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, October 01, 2004

GANGSTER (my never ending novel....)







(based on true story never told before that REALLY happended. Lokasi kejadian dan nama watak-watak yang digunakan adalah bukan nama sebenar dan dirahsiakan. JAUHI JENAYAH. SEKALI TERJEBAK, TIADA LAGI JALAN KELUAR) ...... PRINCE


Mengisahkan kehidupan Ketua Gengster terkenal yang digeruni. Is (Iskandar). Merupakan anak kepada Dato' Zulkarnain. Mempunyai keluarga yang berpengaruh dan agak berada. Bagaimanakah Is mula terjerumus ke dalam Kumpulan Gangster? Siapakah dan Apakah yang mempengaruhinya? Mula berkenalan dengan Adnin, seorang gadis berkeperibadian tinggi dalam satu kes ragut. Keadaan bertambah tragis apabila Is terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri. Bagaimanakah keadaannya? Is juga menerima surat perberhentiannya daripada pihak universiti. Bagaimanakah Is mengatasinya? Mampukah Adnin mengubah cara hidup Is yang terkenal dengan kebengisan, kekejaman dan keganasan? Jika Is berjaya berubah, adakah Is akan meninggalkan kumpulan Gengsternya yang kian berada di ambang kegemilangan dan harta yang melimpah ruah serta kian ditakuti. Siapakah yang akan membimbingnya? Dalam diam, terbit perasaan CINTA Is terhadap Adnin, tetapi, ADAKAH cintanya berbalas? MAMPUKAH IS KELUAR DARIPADA KANCAH JENAYAH GANGSTER SETELAH SEKIAN LAMA TERJEBAK?

*************************************************************************************

GANGSTER

Keadaan sunyi sepi, kelam serta berkabus. Seorang pemuda melangkah dengan perlahan-lahan.
"SERAAAAANNGGG!!!!!", tiba-tiba terdengar jeritan daripada Ketua Kumpulan Gengster 408, Lock Cheng. Pemuda tersebut diserang hendap oleh sekumpulan gengster seramai 20 orang yang datang dari pelbagai arah. Pertempuran yang sengit berlaku. Ada yang bersenjata. Namun, pemuda tersebut berjaya mengalahkan kumpulan gengster tersebut. Mereka lari lintang pukang. Pemuda tersebut, yang dikenali sebagai Iskandar, mengimbas kembali asal usul bagaimana dia terjebak dengan kegiatan gengster.
Mengisahkan kehidupan ketua gengster yang terkenal, Iskandar Zulkarnain. Kehidupannya bermula apabila Is mula menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah dan baru mengecapi kehidupan awal remaja yang penuh dengan semangat ingin tahu serta ingin mencuba. Is atau nama sebenarnya Mohd Iskandar merupakan anak tunggal kepada Dato’ Zulkarnain yang merupakan antara tokoh ahli politik yang terkenal dan paling berpengaruh di metropolitan. Manakala, ibunya merupakan seorang ahli perniagaan yang terkemuka dan paling disegani.
Is yang sering dimanjakan sejak dari kecil dan dilimpahkan dengan harta benda yang melimpah ruah sehinggakan dia tidak mengerti “maksud kesempitan wang”.
Dato' Zulkarnain yang ketika kecilnya,seawal 10 tahun sudahpun kehilangan ayahanda dan bonda tercintanya, telah pun dipertanggungjawabkan dengan amanat yang maha berat, untuk menyara adik-beradiknya seramai 5 orang dengan hanya sehelai sepinggang dan sebatang kara tanpa ada sanak saudara yaang sudi menghulurkan bantuan. Bagi Zulkarnain, apa yang penting, adik beradiknya perlu meneruskan pengajian. "Adik belajarlah bersungguh-sungguh. Tentang yuran pengajian, janganlah bimbang, Abang akan cuba cuba sedaya upaya walaupun terpaksa bergolok bergadai sekalipun."


Pernah mereka adik-beradik terpaksa ikat perut dan berlapar selama 2 hari akibat tiada makanan. Sayu hati Zulkarnain melihat adik-adik kecilnya seawal 4 tahun merengek sehingga tertidur akibat kelaparan. Habis diselongkar celah para jikalau ada wang yang terselit. Tapi,harapannya hampa.Walaupun sering dimaki ketika meminta makanan daripada penduduk kampung, namun Zulkarnain tetap tebalkan muka mengenangkan adik-adiknya. Sering kali mereka kesejukan akibat menunggu kering satu-satunya pakaian yang mereka ada, selepas dijemur. Jika tidak bernasib baik, pakaian mereka yang tidak sempat kering kembali basah akibat hujan.


******************************************************************************



Adakalanya, mereka jadikan kotak sebagai kasut. Apabila hujan, "kasut" mereka kembali lencun dan rosak. Jika bernasib baik,mereka akan berkongsi ikan puyu atau ikan kering yang diperolehi selepas menahan "tauk" di parit. Bayangkan, seekor ikan kering yang kecil mereka terpaksa bahagikan 5. Itulah makanan yang paling lazat dan mewah yang mampu mereka sediakan. Namun, kebiasaannya,hanya ubi kayu dan pucuk ubi yang menjadi santapan setia. Jika ada beras pun, mereka hanya mampu makan nasi berlaukkan garam ataupun cili api yang diperolehi di belakang rumah. Bagi mereka, itulah menu paling sedap jika nasib mereka benar-benar bertuah pada hari tersebut. Tapi, biasanya, mereka sering mengikat perut bagi menghalang keperluan perut mereka.
Ada segelintir penduduk kampung yang bersimpati dengan nasib mereka dan menghulurkan bantuan. Zulkarnain sedar,mereka juga tidaklah senang. “ Sampai bila mereka adik beradik perlu bergantung kepada simpati orang kampung” .


Selama 2 tahun Zulkarnain memendamkan hasratnya untuk ke menara gading. Selama 2 tahun jugalah dia meninggalkan alam persekolahan semata-mata untuk bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya. Pelbagai kerja dilakukan untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air, bukan untuk dirinya tetapi untuk adik beradiknya. Adakalanya, Zulkarnain mengambil upah bekerja di workshop. Tak lama kemudian, Zulkarnain dikenali bukan sahaja disebabkan kepakarannya membaiki motosikal penduduk kampung yang rosak dengan kos servis yang murah, bahkan kemurnian dan budi pekertinya yang tinggi. Dia sering membantu 24 jam jika ada individu yang mahukan khidmatnya tak kira walaupun hujan lebat sekalipun. Malah, disebabkan terkenal dengan budi pekertinya, ramai anak gadis pingitan yang memendam hasrat untuk menjadi ratu di hatinya.
Pernah suatu ketika dulu, ketika Zulkarnain dipanggil membaiki motosikal di rumah ketua penduduk pada waktu malam, Fatimah anak gadis Tok Ketua, setia menantinya menyiapkan motosikal walaupun hujan agak lebat. Kesian, basah kuyup Fatimah walaupun berpayung menampakkan susuk tubuhnya. Kerap Zulkarnain memujuk "Fatimah naik ke atas rumah,nanti demam". tetapi dia berdegil."Tak nak, Fatimah nak temankaan Abang"dengan nada manja. Zulkarnain sedar, sejak dari tadi, Fatimah tak lekang matanya daripada memandang Zulkarnain,namun dia buat "derkk" je. Dia sedar siapa dirinya.


******************************************************************************


Jam telah pun menunjukkan jam 4 pagi. "Aaa...dah lambat dah nie. Tentu Pak Samad marah kali nie”. Lekas Zulkarnaan bangkit dari tidurnya. Selepas disiram dirinya denga air perigi yang sejuk sehingga meresap ke dalam tulang hitamnya, lekas-lekas Zulkarnain bergegas ke jeti tempat pendaratan ikan. Dia kini bekerja dengan Pak Samad, seorang peraih ikan yang terkenal di kampungnya. Zulkarnain sering diberi kepercayaan oleh beliau di atas keikhlasan dan kejujurannya. Dia kuat bekerja. Semenjak Zulkarnain bekerja dengannya, rezeki Pak Samad mencurah-curah dan murah. Pendapatan Zulkarnain juga sedikit terjamin. Zulkarnain sering diberikan kepercayaan oleh Pak Samad untuk “menawar harga” ikan daripada para nelayan. "Zul nie pandai tawar-menawar. Ramai orang kat sini yang suka dengan dia. Untungla Pak Samad ade pekerja seperti dia".Tersenyum bangga Pak Samad. "Kalau aku ade anak pompuan, mau je aku jodohkan ngan Zul tue"... ..Mereka ketawa....



******************************************************************************


Zulkarnain kembali menyambung pelajarannya di sekolah menengah. Kos pengajian, Pak Samad bermurah hati untuk menanggungnya dengan syarat, "Zulkarnain kena capai hasrat untuk ke menara gading". Pada sebelah siangnya, dihabiskan mentelaah pelajaran. Dua orang adik beradiknya paling bongsu terpaksa berpisah dengan mereka setelah diambil sebagai anak angkat oleh penduduk kampung seberang. Walupun sedih, Zulkarnain redha demi untuk kebaikan adik-beradiknya. Namun, setiap dua minggu, mereka akan diziarahi keluarga angkat tersebut. Hilang rindu di hati. Alhamdulillah, keluarga angkat tersebut boleh dikatakan agak berada.


******************************************************************************


Zulkarnain dihormati guru dan para pelajar di atas kepandaiannya. Perbagai onak duri kehidupan diharungi sehinggalah Zulkarnain berjaya menjejakkan kaki kembali ke alam persekolahan menjadi pemangkin beserta galakan dari Pak Samad. Awal pagi sebelum Subuh, dia akan membantu Pak Samad.
Tidak lama kemudian…
Lokasi : di jeti

Risalah yang berbalut kemas bersampul kuning dibuka
"Sukacita dimaklumkan anda ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam
jurusan************ di****** ".


******************************************************************************


" Tanpa bantuan daripada Pak Samad yang sanggup menanggung perbelanjaan dan yuran pengajian sehingga selama Abah berada di universiti, sudah pasti Abah takkan kecapi kehidupan seperti sekarang, bergelar seorang Dato' dan tokoh politik terkenal. Jasa Arwah Pak Samad pasti tak akan Abah lupakan sampai bila-bila".


Ikhtibar daripada kedaifan dan keperitan hidupnya suatu ketika dulu diceritakan kepada Is. "Abah tak mahu Is turut rasai keperitan hidup yang telah Abah lalui. Abah mahu Is hidup mewah dengan wang ringgit dan nikmati harta kekayaan yang kita ada".
Namun, jauh di sudut hati kecilnya, bukan kekayaan yang didambakan. Bagi Is, Mak Ngah,orang gaji yang mengasuh sejak dari kecil, dianggap bagaikan ibu kandungnya dan tempat dia mendapatkan curahan kasih sayang. 

Keluh Is ”Aku kesal,bukan wang ringgit dan kemewahan yang didambakan, tetapi kasih sayang dan belaian mesra daripada insan yang bergelar ibu bapa.Sejak dari kecil lagi, aku hanya sempat berjumpa dengan kedua ibu bapaku di awal pagi sahaja. Masing-masing busy dengan karier. Lewat malam baru pulang, itupun ketika aku dah nyenyak tidur. Mereka bagai tak memahami naluri hati ini”.

******************************************************************************


Ketika baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan, Is memang seorang yang “lembut”. Kerap diejek dan dipermainkan oleh rakan-rakannnya. Is menyimpan dendam tapi tak berupaya meluahkannya.
Tatkala awal remaja, selama 14 tahun melihat dunia ini, ketika itu kenangan hitam yang tak dapat dilupakan dari kotak ingatannya. Budin dan Dollah, "musuh ketat" yang sering membulinya. Dendam Is semakin meruap-ruap, membara dan terpendam umpama bom jangka nuklear, tambahan pula Is tidak mampu melawan mereka.





Detik yang tidak dapat dilupakan. Jam 5 petang. ......"PPiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiNNNNNGGGGG!!!", berpinar kepala Is. Rupanya Dollah telah terbang dan menghadiahkan libasan tangan tepat ke kepala Is gaya ala Superman tanpa sebab munasabah. Mungkin ingin bergurau. Detik itu, kelas lengang kerana masing-masing bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar. Tanpa disedari, kaki Is ringan menerjah tepat ke kepala Dollah Is terkejut dengan tindakan rifleksnya itu. Dollah juga terkejut,tergamam. tapi sayang, tendangan tersebut sempat dielak dan mengenai sisi pipi kiri. Dalam sekelip mata terjadilah pergelutan. Pada awalnya, Is menguasai pertarungan, tetapi Budin telah muncul dan turut menghadiahkan bertubi-tubi sepakan kepadanya. Teruk Is kena tabur.


Dalam sekelip mata, dua buah libasan mengenai Budin dan Dollah, perlahan tapi padu. Saipukila yang 3 tahun lebih tua daripada mereka muncul. Habis Budin dan Dollah disayur. Tersungkur......... "Dalam seminggu lagi lu orang akan bertarung dengan Is", Saipukila memberikan amaran. " Kalau lu kalah, lu mesti berhenti membuli Is dan pelajar lain". Mereka cuma tersenyum sinis. "Kacang je", dalam hati.


Siapa tak kenal pemuda tersebut. Memang gah namanya sebagai kaki gaduh di sekolah,samseng serta ganas. "Eeeem........." pemuda tersebut tersenyum..penuh rahsia. Seakan memahami persoalan yang bermain di benakku. "Lu ingat wa nak biarkan je lu. Jangan bimbang. Jumpa wa kat ladang getah tepi Sekolah Adabi petang esok".


******************************************************************************


Aku baru tiba. Saipukila sudah pun terpacak bawah pokok sambil menyedut asap rokok, memandang ku sinis. Seribu pertanyaan bermain di fikiran. Dengan bengis "Wa nak bentuk lu jadi jaguh tomoi, biar samseng.Wa nak lu tabur balik malaun 2 ekor tue. Kalau kalah, wa tabur lu balik!!!". Meremang bulu tengkuk. Gerun tapi semangat meluap-luap. "Baiklah, saya setuju".
Selama seminggu aku telah telah di train dengan latihan yang sungguh tough dan menyakitkan. Waktu latihan diadakan pada sebelah petang. Tak cukup dengan itu, latihan ditambah lagi pada sebelah malam di atas gelanggang badminton dan padang rumput bersebelahan rumah Saipukila. Kekadang, latihan diadakan di atas gelanggang badminton pada sebelah petang selepas solat Asar. Ketika itu, hanya Allah yang tahu, bagaimana peritnya terpaksa berdiri lama di atas simen yang panas itu. Rasa cam nak masak kaki nie.


Latihan masih diteruskan walaupun hujan lebat. Ketika ini, stamina yang tinggi perlu kerana banyak tenaga yang digunakan. Teknik bagaimana menyerang musuh yang agak licin akibat basah perlu dikuasai. Saipukila turut mengajar bagaimana menghadapi musuh yang lebih tinggi dan besar. “Kalau sepakannya tinggi, kita mesti bermain dengan jarak dekat”. Perbagai skill dikuasai termasuklah bagaimana menghadapi musuh yang lebih kuat, ramai dan bersenjata. Berkali-kali aku injured. Tapi, perkataan yang selalu Saipukila cakap "Nak belajar lagi? Sakit tue penting. Daripada sakit kita dapat rasa tempat serangan yang paling tepat dan berkesan berpandukan tempat yang kita rasa sakit." Aku pernah berkali-kali menggelupur akibat tak sempat menahan sepakan yang terlampau padu. Silap aku gak, ‘LALAI’. Untung juga, kerana ketika itu Saipukila akan mengajar bagaimana hendak mengubati dan menawarkan bisa kesakitan.


Di atas gelanggang, tumpuan 120% perlu, sehinggakan kerlipan mata pun perlu dihadkan. Aku dikehendaki merendamkan kepala di dalam kolah sambil membuka mata selama beberapa minit. Ini bagi mengurangkan kerlipan. Kemudian, air kolah tersebut perlu disimbah berkali-kali ke muka tanpa pejam mata. Latihan tersebut amat menyakitkan. Aku juga dikehendaki pumping sebanyak berpuluh-puluh kali yang merupakan latihan wajib. Pernah, akibat terlampau banyak pumping, nak angkat kunci motor pun tak larat sebab tangan jadi menggeletar. Pumping di atas jalan tar menyebabkan buku lima ku berkali-kali luka dan dimasuki pasir. Latihan tersebut bertujuan untuk menjadikan buku lima kematu. Bila dah kematu, tumbuk besi pun tak rasa ape.


Tak cukup lagi, joggging setiap petang atau pagi penting bagi meningkatkan stamina. Antara latihan lain yang paling menyakitkan ialah........aku dikehendaki melatih diri menahan sakit setiap kali Saipukila menyepak abdomen,rusuk dan perut supaya tahan lasak. Adakalanya, beberapa pukulan "tersasar" mengenai bahagian muka. Lebam .... bengkak...berdarah...terseliuh.... dah jadi permainanku, dah lali. Setiap pagi, aku dikehendaki bangun awal pagi untuk mengambil embun pagi dan menyapu pada tulang kering untuk menguatkan tulang kering supaya keras macam besi. Kena ulangi paling kurang 40 pagi berturut-turut. Latihan menyepak punching bag tanpa menggunakan sarung tinju dititikberatkan. Pada awalnya, habuk kayu diletakkan. Kemudian, selepas level meningkat, dicampurkan pasir. Hari berikutnya, dimasukkan pasir sahaja di dalam punching bag tersebut. Pada awalnya, entah beberapa kali tangan ini tergeliat. Apabila sampai higher level, dimasukkan batu kerikil. Kemudian batu yang lebih besar. Sehinggalah sampai punching bag hanya diletakkan batu sahaja. Berkali-kali tangan,siku, lutut dan tulang kering ku luka,, benjol serta terseliuh. Minyak yang dibuat daripada tulang harimau akan disapu. Lama kelamaan, badan ku seakan kebal dari sakit menyepak dan menumbuk mahupun sakit akibat disepak. Saipukila turut mengajar beberapa ayat pendinding, ayat pelimun(ghaib) dan ayat pengerun bagi menghadapi musuh serta bagaimana menyerang musuh dalam jarak jauh.

Setiap kali menyerang, aku bayangkan Saipukila serta punching bag sebagai muka Budin dan Dollah. Akhirnya, "Wa yakin untuk lepaskan lu bertarung. Wa dah ajar apa yang wa tau,skarang terpulanglah kepada lu". Tanpa dendam kesumat yang kian membengkak, aku takkan berjaya dibentuk seperti waja. Kini, aku tak kenal lagi erti takut.



******************************************************************************


Petang Sabtu............
"Mampusla ko kali nie". Budin dan Dollah siap sedia menanti di halaman kosong tepi ladang getah Sekolah Adabi. Tersenyum, mengenangkan bagaimana Is bakal menjadi lauk mereka hari ni. Hampir pukul 5 tapi Saipukila tak muncul-muncul. Tepat pukul 5 mereka akan bertarung.
Jam tepat pukul 5.......

Budin : Dah pukul 5. Woi Dollah, tunggu ape lagi? Serang.......

Dollah terus serang curi. Is tergamam seketika. Namun serangan Back-Hand terkena pada telinga. Ke mana Saipukila menghilang? Sekelip mata, Budin serang dengan serangan flying-kicknya. Tapi, Is sempat mengelak dan membalas serangan siku ke muka. Kemudian, terasa dirinya melayang-layang dan dunia ini gelap seketika. Is kemudiannya, tak sedar apa yang berlaku.


******************************************************************************
Terasa seolah-olah baru bangkit dari lena yang panjang. Buku lima, siku, lutut, kaki dan tangannya seperti ada cecair merah........eeehh......daraaaah .......cedera?!! Di periksa dirinya, tapi tak cedera pun"Kalu tak silap, tadi aku sedang bertarung?!!. Takkan mimpi kot? Mana 2 ekor malaun tu???"

    Dua ekor malaun tu tersungkur menyembah bumi. Mulut Dollah berbuih dan Budin mengelupur kesakitan bagaikan ayam baru kena sembelih. Seakan bermimpi yang dia dapat mengalahkan mereka. Rupanya, dia tidak sedar ketika bertarung tadi Is seolah dirasuk sesuatu. Terbit rasa kesian melihat mereka. Setelah menawarkan bisa pukulan dengan membaca mentera serta menyapu air liurnya pada tempat yang sakit pada kedua-dua musuhnya, Is  mencapai mountain bike. Dia terpandang Saipukila di hadapannya dan terus menghilang.  

******************************************************************************

Di perkarangan sekolah....

Puas dicari Saipukila namun tak jumpa. Menurut pelajar lain, Saipukila merupakan Ketua Gengster terkenal dan digeruni lawannya. Ketika sedang berjalan di pasar...........

Is                : ABANG!!!!!!!!!

Memang sah pemuda tersebut Saipukila. Is berlari dan berjabat salam dengannya.

Is                : Terima kasih bebanyak sebab bantu saya hari tue. Kalau tak, tentu teruk saya kena

                      belasah.

Saipukila    : Tue usaha lu sendri. Wa tak tolong apa-apa.

Is                : Jom, minum....

******************************************************************************

Saipukila    : Sebenarnya, abang tengok kau itu arie. Skill dah ade tapi stamina kurang. Ganas gak ko nie. Teruk ko tabur mamat dua ekor tue.

Is                : Ingatkan abang tak datang. Kalau ikutkan hati, saya lari je.

Mereka gelak...

Is                : Betul ke abang nie Ketua Gengster?

Saipukila     : Sape cakap?

Is                : Sape tak kenal abang?! Semua orang kenal Saipukila, Ketua Gengster Keranda

                      Berdarah.

Saipukila cuma tersenyum...bangga.

Is                : Abang tolong la saya bang. Terima sayaa masuk geng abang.... Mungkin lepas nie

                    orang takkan pandang rendah pada saya lagi.

Saipukila      : Jangan, bahaya.... silap-silap nyawa ko jadi taruhan. Hidup ko tak pernah tenteram

                     walau sesaat sekalipun.

Is                   : Tolong la saya bang. Saya sanggup terima apa saje syaratnya.

Saipukila        : Baiklah, aku bawak ko ke port Keranda Berdarah . Minggu depan ada upacara

                        pengistiharan ahli baru. Sebelum tue.................. ko kena lulus 3 syarat penting.

Is                    : Baiklah, saya setuju.

******************************************************************************

Saipukila         : Ini antara port rahsia geng kita. Orang luar tak dibenarkan menceroboh kawasan ini.

Kelihatan tempat persembunyian mereka terletak  di belakang sebuah rumah banglo usang dan berpagar. Penuh semak samun. Namun, di belakang banglo tersebut, tersorok sebuah halaman lapang yang terjaga rapi di bawah rimbunan pokok. Sebaik sahaja kami menjengah laman tersebut, kelihatan ramai gengster Keranda Berdarah sedang lepak sambil menghisap rokok. Mereka kelihatan sasa, bengis, samseng dengan t-shirt dan jeans. Timbul rasa gerun. Kelihatan ada yang menyelitkan senjata di poket jeans mereka, kelihatan sentiasa berwaspada. Lokasi tersebut turut diterangi lampu elektrik dan beberapa unggun api,mungkin untuk memanaskan badan. Malam tersebut suasana amat dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ada yangcover line.

    Keadaan sedikit terganggu. Mereka semua seakan terkejut sebaik sahaja melihat Saipukila. Mereka bingkas bangun dan hormat kepada Saipukila.  Mereka membentuk sebuah bulatan besar. Saipukila memasuki bulatan tersebut dan duduk dikerusi khas. Ada beberapa ahli ditugaskan terus cover line lokasi tersebut.

Saipukila          : Malam ini kita akan terima ahli baru dan sesiapa yang terpilih akan diberi 

  nama Gelaran Register. Kepada ahli lama, korang boleh rebut Gelaran Register 

  yang lebih tinggi.

Gelaran  Register merupakan pangkat di dalam Majlis Tertinggi Keranda Berdarah yang menentukan bidang kuasa dan jajahan takluk. Makin besar jajahan takluk, maka besarlah ganjaran yang akan diberikan. Carlos merupakan gelaran bagi  pangkat ketua gengster yang kini disandang Saipukila. Useng merupakan Timbalan Ketua Gengster. Walaupun mereka gengster, mereka mempunyai sistem yang sistematik dan terurus.  Malam Register diadakan pada setiap tahun dan setiap ahli berpeluang menyandang pangkat yang lebih berkuasa. Hanya ahli yang betul-betul berkaliber dan kuat daripada segi mental dan fizikal layak menyandang jawatan Majlis Tertinggi. Setiap ahli memperolehi ganjaran yang amat lumayan bagi kerja yang dilakukan. Gengster Keranda Berdarah juga mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup menggadaikan nyawa mereka kerana wang.     

Useng               :Carlos, malam ini kita akan test 20 orang ahli baru. (Ditunjuk ke arahsekumpulan remaja, Saipukila memberi isyarat agar aku ke tempattersebut). 

Pada malam tersebut, semua ahli baru memperkenalkan diri di tengah bulatan sambil di"temuramah"oleh ahli lama berserta dengan nama samaran.

Malam Register merupakan malam di mana setiap anggota Keranda Berdarah berpeluang merebut pangkat kuasa tertinggi dengan mengalahkan penyandang gelaran lama dan lulus ujian yang dijalani.

Saipukila          :Pada malam ini, ujian pertama untuk ahli baru, korang kena bertarungsesama  

 sendirione by one.Sape yang kalah akan dibuang. 

Padamalam tersebut, ada yang tumbang, retak tulang rusuk, patah dan pengsan. Ujianini bertujuan untuk memilih anggota yang benar-benar tahan lasak, kuat, berani,yakin dan setia.

Pada malam kedua, setiap anggota baru akan dibelasah secara beramai-ramai oleh tujuhorang ahli lama. Mereka tidak dibenarkan melawan balik. Pada malam ke-3,setiap Freshie akan bertempur dengan 10 orang ahli lama. Jika mereka berjayalepasi ketiga-tiga ujian ini, mereka akan diistihar dengan gelaran Freshie. Walau bagaimanapun, mereka yang gagal melepasi ketiga-tiga ujian ini masih dapat menyertai kumpulan gengstertersebut tetapi dengan gelaran pangkat yang palingrendah.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan, Is telah berjayamenyandang gelaran sebagai Budi Tama selepas berjaya mengalahkan semua Freshie.Budi Tama merupakan nama gelaran ketua kumpulan bagi setiap kumpulan kecil.Carloshanya tersenyum setelah Is berjaya membuktikan janjinya. Terdapat 7 lokasi penting iaitu kubu kuat, dan ini bemakna terdapat 7 orang Budi Tama.Setiap Budi Tama dipertanggungjawab untuk menjaga jajahan takluk masing-masingsupaya tidak jatuh ke dalam tangan kumpulan lain. 

Pelbagai jenayah dilakukan sehingga Keranda Berdarahmenjadi buruan polis. tetapi kegiatan mereka sangat licik.Mereka terkenal denganjenayah terancang . Antara jenayah yang dilakukan termasuklah peras ugut,mencuri, mengenakan wang perlindungan, mengedar dan menjual pil khayal, pilkuda, dadah, menganjurkan perjudian haram dan lumba haram, serta pelbagai lagijenayah berat. Perbagai gejala sosial muncul. Jenayah yang dilakukan amatterancang dan profesional. 
 _____________________________________________
(Lokasi: Bilik Soal Siasat Ibu Pejabat Polis Negeri).

Suasanaamat gelap, berkabus, seram dan hanya diterangi sebuah lampu. Seorang pesalah dikat). Hanya"ikanbilis"yang akan melakukan jenayah tersebut dan mereka cuma memantau. Apabila ikan bilis ini tertangkap, mereka tidak tahu menahu tentanggolongan atasan mereka , terlalu banyak sangat network. "Ikan bilis"ini diupah dengan wang yang lumayan tambahan pula kegiatan mereka diback-up sepenuhnya oleh gengster-gengster Keranda Berdarah sehinggakan kumpulan lain gerun untuk mengganggu ataumasukcampur . Bagi anggota yang ingin keluar dari kumpulan atau membocorkan rahsia, hukuman beratakan dikenakan. Kerana wang, nyawa pun mereka sanggup gadai.Sekaliterjebak, tiada lagi jalan keluar.

            Adakala, ada pihak terbabit yang mengupah Keranda Berdarah mengutiphutang daripada seseorang bagi pihak mereka dengan wang yang lumayan bergantungkepada jumlah yang dipinjam.Adajuga individu tertentu yang menawarkan ganjaran lumayan sebagai kaki pukuluntuk memukul sesiapa yang dikehendaki bergantung kepada tahap serius sama adasekadar mengugut, mencedarakan secara ringan atau berat, tetapi tidaklah sampaike tahap membunuh. Is adalah anak emasCarloskerana mempunyai networkyang kukuh dan luas serta kerap kali membawa pulang habuan besar . Jajahantakluk di bawah Is merupakan antara kubu kuat Keranda Berdarah.

******************************************************************************

(lokasi    : jalanraya utama)

Kelihatanmat-mat rempit sedang berkumpul. Pada malam ini merupakanMalam Besardimana pertaruhan amat tinggi.Untuk mengaut habuan yang lebihbesar, Geng Keranda Berdarah sering menganjurkan lumba haram antara mat-matrempit dikotaraya.Habuannya mencecah ribuan ringgit. Wang pertaruhan yangdiletakkan amat besar kerana perlumbaan sering dimenangijockeyKerandaBerdarah. Namun bagi mat-mat rempit, ia bukanlah suatu halangan untukmempertaruhkan wang dan nyawa apabila melihat kepada wang ganjaran yang begitulumayan. Lagipun, makin tinggi wang pertaruhan, makin ramai ahli di dalamsesuatu kumpulan. Wang pertaruhan akan di kongsi oleh setiap ahli dalam group.Banyak insiden yang terjadi di mana jalanraya yang sering dahagakan darah mudabelia telah menjadikan nyawa mat-mat rempit ini sebagai taruhan. Keadaan lebihmemilukan apabila ibu bapa mangsa yang rata-ratanya sudah uzur dan daif meratap apabila melihat sekujur tubuh terlentang tidak bernafas di atas taryang dingin.

******************************************************************************

Dalamsedar tidak sedar, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, tibalahMalamRegister. Mereka akan mencabar Majlis Tertinggi untuk merebut gelaranpangkat yang lebih tinggi. Pada malam ini, Is telah berjaya merebut gelaransebagaiUsengiaitu Timbalan Ketua setelah melepasi ujiandibelasah(tahan sakit) tanpa balas oleh semua Majlis Tertinggi, bertarungdengan mereka semua dalam satu pertarungan dan Is juga berjaya mengalahkanUseng dalam pertarungan yang lain. Ia mungkin suatu yang menggembirakan Is namun, apayaang mendukacitakan hatinya ialah, Saipukila telah kehilangan pangkat sebagaiCarlossetelah berjaya dikalahkanUsengsetelah Useng menggunakan taktik kotor..Dia diusir keluar dari Keranda Berdarah. Is berjanji, suatu harinanti dia pasti akan membalas dendam untuk Saipukila.  

Termasuk Is, sebahagian daripada mereka dibekalkansenjata api secara haram.Perkara yang sentiasa dikenang Is, Keranda Berdarahsering berebut jajahaan takluk dengan kumpulan gengster yang lain. Merekahampir kehilangan beberapa port-port penting. Namun,setelah Is bergelar Useng,banyak port-port baru berjaya ditakluk dan dirampas. Is semakin disayangi danmenjadi orang kanan kepadaCarlos.Mereka mempunyai musuh tradisi iaituKumpulan408yang diketuai Lock Cheng sebagai ketua Gengster. Dendam Lock Cheng semakin mendalam apabila semakin banyak kubu kuatnya yangjatuh ke tangan Keranda Berdarah.

******************************************************************************

            Walaupun menyertaikumpulan gengster, Is berjaya menyembunyikan kuku dari pengetahuan keduaibu bapanya. Dia masih lagi meneruskan pengajiannya sehinggalah Is mendapattawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Walaupun demikian,hubungannya dengan Keranda Berdarah masih tidak dapat dipisahkan.

            Kisah Is dan Keranda Berdarah bukanlagi asing di kalangan pelajar universiti. Semua pelajar gerun mendengarnamanya sehinggakan ke pengetahuan pensyarah, walaupun tidak pernah bersuadengannya. Ramai pelajar yang menjadi mangsa terutamanya pelajarjunior.Adayang di"pau"atau diperas ugut supaya memberikan wang perlindungan. Mereka juga ditawarkanuntukdiback-upoleh Is dan gengnya. Bagi pelajar yang menghadapimasalah kewangan serta amat terdesak, mereka akan mencari Is dan berurusanuntuk membuat pinjaman kewangan walaupun terpaksa membayar dengan bungayang tinggi. Is dan kroninya menjadi lintah darat walaupun secaratersembunyi. Kegiatan Is amat licik sehinggakan pihak atasan tidakmempunyai cukup bukti kukuh untuk mendakwanya danbackgroundfamilinyayang amat berpengaruh. Bahkan, ada pelajar yang menemui Is untuk menyertailumba haram bagi mendapatkaninstant money. Is kerap ponteng kelas.Baginya, ia bukan suatu masalah.Assignmentyang diberikan lecturerdiupah student lain untuk disiapkan."Duit beb, sape taknak".berlambak-lambak balaci di belakangnya.

           NAMUN,............ di kalangan para pelajar, muncul seorang pelajar wanita,ADNIN.Dia sering terdengar cerita tentang Is tetapi tak pernah mengenali rupaparasnya. Gerun mendengar nama dan kisah disebalik namanya. Memang famousdi kalangan pelajar wanita, Is dankeganasannya."Mungkin, jika ditakdirkan Allah aku akan bersuadengannya".     

******************************************************************************

MalamRegister muncul lagi."Aku akancubasedaya upaya membalas dendamuntuk Abang Saipukila". Malam ini merupakan malam berdarah. Dia bakalbertarung denganCarlos.............. dengan bersenjata.

Pertarungan bermula.Carlosseakan dapatmembaca fikran yang Is menyimpan dendam kesumat kepadanya. Carloslicik. Banyak serangan Is yang tersasar dari sasaran. Tiba-tiba, sebuahpenumbuk padu menghinggapi tepat ke muka Is. Menggelupur Is jatuh.Carlosmengeluarkan pisau dancubamenikam hulu hati Is. Di elak. Tikaman tersebut mengenai pergelangan tangankanan Is. Berdarah..sakit.

            Tiba-tiba, Is terpandang Saipukiladari jarak jauh. Teringat, bagaimana suatu ketika dulu apa yang telah di ajarSaipukila. Terbalaskah dendamku ini??? PisauCarlostercampak setelahditepis Is menggunakan kaki kiri. Satu libasan tunggal kaki kanan mengenaibatang tengkukCarlos. Carlosterjelepuk jatuh umpama nangka jatuh.Aaaaahh...tak puas......Is menambah dengan satu lagi tendangan padu kaki kanantepat ke dalam tengah-tengah sangkar paru-paru melalui hulu hati. Bagai naktercabut tangkai jantungCarlos. Is seakan dapat merasi keperitan danazab siksaan yang ditanggungCarlos.Cecair merah kelihatan tersemburkeluar dari mulutCarlos. Carlosterpelanting jauh. Is bingkas menyambarpisau yang jatuh dari pergelangan tanganCarloslalu mengacu ketengah-tengah kerongkong sambil menindih dadaCarlosdengan lututkanannya. Melihat kepada peristiwa tersebut, memang wajar kumpulaan gangstertersebut mendapat nama sedemikian. Mahu ditusuk pisau tersebut terus kekerongkongCarlos, namun Saipukilaa memberikan isyarat dari jauh agarmelepaskanCarlos.

            Pada malam bersejarah itu, Is merampas gelaran dan ditabalkan sebagai Carlos. Ex-Carlosataupun "Carlospencen", Rashdan iaitu nama sebenarnya,secara automatiknya dibuang daripada geng tersebut. Kegiatan Rashdan yangsentiasa menggelapkan wang milik Keranda Berdarah sebenarnya telah diketahuiumum tetapi tiada siapa yaang berani bertindak. Pada malam itu juga, semua ahlitelah bersepakat untuk menerima Saipukila kembali menyertai kumpulangengstermereka dengan gelaranUseng.

******************************************************************************

   Lokasi    : Universiti

            Is kelihatan amat sugul dan bimbangapabila baru sahaja menerima sepucuk sampulsuratkuning. Semester baru dah pun bermula.Dia dikehendaki berjumpa Naib Canselor pagi esok hari. Is sudah dapatmembayangkan yang dia akan dibuang universiti. Sebelum ini, sudah 2 kali diabertentang mata dengan Naib Canselor. Untung sebab tak ramai pelajar lainyang bertuah dan berpeluang masuk ke bilik beliau sepertinya. Tapi, disebabkanIs sudah 2 kali memperolehi kedudukan bersyarat dan rekod kehadiran yang teruk."Sekali lagi awak masuk ke bilik nie, get ready.....get ready kemaskanbarang, belajar........ tapi bukan kat sini. Saya tak mau tengok muka awaklagi....".

******************************************************************************

lokasi   :   Pekan

       Adnin kelihatan berjalan.... keseorangan. Tersenyum......apabila teringatkankata-kata Puan Salma yang dia bakal dianugerahkan AnugerahRektor lagi untuk semester lepas. Setiap semester, Adnin tak pernahketinggalan naik ke atas pentas untuk menerima Anugerah tersebut. PuanSalma merupakan Penasihat Akademik kesayangan Adnin"Siapa tak kenalAdnin, Timbalan Yang Di-Pertua MPP tue",usik rakan-rakannya. MasakanAdnin tak menang pilihanraya kampus, dengan pointer 4.00, seorang yang bolehdikategorikan warak, alim serta kuat pegangan agamanya. Ahli surau la katakan.Penuh sopan-santun, lemah-lembut dan penuh dengan ciri-ciri wanita timur. Gadiscantik molek daripada Ketereh dan bertudung labuh ini memang agak pemalumenambahkan lagi ciri-ciri kewanitaannya. Keluarganya agak sederhana. Bibirnyatidak lekang daripada memuji kebesaran Allah. Menjadi anak emas para lecturer.Disegani rakan taulan. Namun, tak kurang juga, ada kumbang-kumbang yangcubamenyuntingtapi......... tak dilayan beeeb!!! Housemate dia cakap, Adnin nie jenis taklayan lelaki. Mau takde kumbang yang jatuh hati. Rupa parasnya, putih melepaksemulajadi tanpa make-up (tak macam pompuan sekarang nie, make-up je lebih,tapi tak lawa-lawa gak..Hiiisssk!!!)dengan kening yang lebat. Ala-ala kacukanorang Arab. Bulu kening melentik. Sempurna rohani dan jasmani. Cukup diseganioleh sesiapa sahaja.Kebanyakansecret admirerdankumbang-kumbangterpaksapendamkan hasrat di hati.......sebab......tak padanbeb...cam langitdengan bumi. Nak dekat pun takut.

        Gadis ayu tersebut baru je keluar bank di pekan...keluar duit..nak bayar yuranpengajian. Adalah dalam RM2000, tersimpan dalam beg yang digalasnya. Ketika cuba melintas  jalan......tiba-tiba begnya disentap. Begnya dilarikan oleh dua orang penunggang dan pembonceng motosikal."SUBHANAALLAH"Terkejut,panik, marah, blank, tak tau ape nak buat,pitam......"Tolong...tolong",......"Adeorang ragut beg saya!!!!!!".Namun, sia-sia usahanya. Orang ramai buatbodo je cam takde ape berlaku.Yang nampak pun, buat-buat tak nampak.Kalau kejadian tersebut berlaku pada berlaku kepada mak bapak,isteri, kakak atau adik mereka sendiri, baru mereka tau !!!

       "GEDEGAAAAANGGGG".....tiba-tiba motosikal yang dinaiki dua orang peragut tersebut terbabas dan terjatuh ke tengah jalan. Rupa-rupanya motosikaltersebut telah diterajang pada bahagian tepi oleh seorang pemuda, yangmengakibatkan motosikal tersebutlost control.Seorang peragut tersepitditindih motosikal tersebut manakala seorang peragut lagi yang cedera,cubauntukmelarikan diri bersama beg tersebut tetapi pemuda tersebut menghadiahkanflyingkickjarak jauh tepat di belakang peragut tersebut. Mengelupur jatuh.Pemuda tersebut dengan pantas mengilas tangan peragut tersebut yang menyembahbumi. Orang ramai membantu membawa kedua-dua peragut tersebut ke balai polis.

******************************************************************************

 Sebaik  sahaja selesai membuat laporan polis.

 (Pemuda tersebut menyerahkan beg kepada Adnin).

Pemuda            : Ini beg awak.

Adnin               : Terima kasih banyak-banyak. Tak tau macam mana saya nak balas budi baik

 awak.

Pemuda            : Takde ape. Benda kecik je.Lain kali,bemore careful.Menurut polis, peragut

 tuetelah perhatikan awak masa awak dalam bank lagi. Lain kali bawa kawan.

Adnin               : Alhamddulillah,kat dalam nie adeRM2000.00. Nasib baik awak tolong  

                          selamatkan. Kalautak, tak tau ape nak jadi.

Pemuda            : Banyaknya duit. Apsal keluar duitbanyak sangat?

Adnin               : Cadangnya hari nie nak bayar yuran pengajian.

Pemuda            : Awak student univesiti?

Adnin               : A..aa. Nama saya Adnin.

Pemuda            : Saya Iskandar. Panggil je Is.

******************************************************************************

"Apsal la mata nie tak nak lelap?".Malam tueAdnin tak lena tidur. Dia terbayangkan pemuda tadi. Bila agaknya merekaakan bertemu lagi. Iiissshh...lupe lak nak mintak phone no.ke, alamat ke.Seakan baru je terlepas seketul permata bernilai. Nyesal yang amat sangat.

Farzleaton   : Aii... jauh termenungg?! Ingat pakwe ke?!! He..he..

Adnin           :Dak eeehh. Aku sebenarnya tengah pening kepala pikir peristiwa petang tadi.

Farzleaton   :Kan dah settle. Wat per ko pening-pening. Peragut dua orang tue pun dah

                    selamat......selamat dikebumikan...eeehhsilap...selamat masuk wad ICU. ha..ha..

Adnin           :Astaghfirullah....engko nieEton..Tak baikcakap cam tue. Aku teringatkan pemuda

                    yang tolong aku tadi. Aku tak sempatucap terima kasih dan balas jasa baik dia.

                    Bilala agaknya aku dapat jumpe dia?!!Nyesalnye.. nyesal tak mintak no phone dia.

 Farzleaton   :Hensome tak? Kalau hensome ko bagi aku je la. Aku pun dah lamamenjandanie.

                     Apename dia?

Adnin           :Name dia aku lupe la......eem...ha..baru ingat...IS.........ISKANDAR.

Farzleaton    :Name penuh dia ape? Berlambak-lambak orang name Iskandar kat atas planet nie.

                    Camnernak cari? Camner rupe dia? Entah-entah,Iskandar Keranda Berdarahtue

                    kot?!

Adnin           :Mustahil lah. Dia tue gengster. Mane reti tolong orang.

Farzleaton    :Camner orangnya?

Adnin           :Tinggi lampai. Kulit sawo matang. Rambut ikal. Kacak gak.

Farzleaton    :Ade 3 tahi lalat kat pipi kanan. Satu kat telinga kiri.

Adnin           :Haaa.aaa. Mane ko tau?

Farzleaton    :Kalau ko nak tau, tu lah dia Iskandar Keranda Berdarah.

Adnin           :Haaa......? Tak mungkin lah.


******************************************************************************

Lokasi: Dewan Kuliah

Keadaanpagi ini hingar-bingar. Farzleaton dan Adnin duduk bersebelahan, study........Tiba-tiba keadaan senyap cam ada malaikat lalu.

Pn.Salma      : Assalamualaikum dan selamat pagi.Hari nie saya akan mulakan tajuk baru.

Sebelum tue, kita ada pertambahan pelajar untukmatapelajaran nie. Saya ingin       

                       memperkenalkan pelajar baru kelas nie. Please come in.

Parapelajarkembali bising, bersembang, tak beri perhatiaan. Tetapi, sebaik sahaja pelajartersebut masuk, kelas yang seramai 150 orang senyap secara tiba-tiba.Camtengok hantu... Tak percaya.

Pn.Salma       : Please introduce yourself.

Is                   : Nama saya Iskandar.....Iskandar Zulkarnain. 

Adnin             : Eeh...Eton.... Dia la yang aku jumpe semalam( dengan nada terkejut).

Farzleeaton    : Ko nak mati?!! Kalau ko nak tau, tue la diaIs, Ketua Gengster yang aku cakap. ..

Semua pelajar tergamam apabila Is memasukilecture halldan melabuhkanpunggungnya. Kelas seakan-akan baru sahaja diserang garuda.Adayang takut, seram sejuk dan meremang bulutengkuk. Pelbagai cerita menggerunkan yang mereka selalu dengar mengenaipelajar baru tersebut.

****************************************************************************** Dua kumpulan pelajar dan remaja kampungbermotosikal berkumpul.."Baik adik beredar dari sini. Sekejap lagimungkin ada pergaduhan besar", seorang penduduk memberi nasihat kepadaseorang pemuda yang .melintasi kawasan tersebut. Pemuda tersebut hanyatersenyum."Hei, tu Ketua Gengster kat sini la.LARI!!!!", mereka bertempiaran lari bagai tikus dikejar kucing apabila nampak kelibat Is.Kebanyakan remaja di kawasan tersebut memang menggeruni Is. Is tak sengajauntuk melintasi kawasan tersebut. Tapi, ada baiknya juga. Sekurang- kurangnyadia dapat mencegah daripada perkara lebih buruk berlaku.

******************************************************************************



Lokasi   : Bangunan pentadbiran.

Ismelangkah keluar dari bilik Naib Canselor. Bengang , marah dan kecewa. Digumpal kertas kuning di tangannnya....dicampak ke dalam tong sampah. Lalu, ditendang tong sampah tersebut sehingga terhembur isinya keluar. Terpelanting tongsampah tersebut.

Adnin        : Eh...eh..Eton, tengok........tuekanIskandar.

Farzleaton : Haaa...aa... Tuela dia Iskandar ketua gengster tue.

Sampaije di tepi tong sampah tersebut, mereka memungut sampah tersebut dan membuangkembali ke dalam tong setelah ternampak sampah tersebut bertaburan diatas lantai.

Adnin        : Eh...kertas ape nie?

Dibukanya gumpalan kertas kuning tersebut. Pada kertas tersebut tertera namaIskandarb. Dato' Zulkarnain. Is akan dibuang universiti berkuatkuasa pada esok hari.

******************************************************************************

Adnin               :Ini laporan program yang prof mahukan. MPP baru je bermesyuarat baru-

baru nie dan kami sebulat suara bersetuju untukmengadakan program

Mahasiswa BersamaMasyarakat Gelang Patahselama 6 hari. Ini pula paper

work yang baru siap.

NaibCanselor   : Bagus. Cepatnya kamu semua siapkan paper work nie.

Adnin                : Ini pun disebabkan prof banyak meembantu kami.

NaibCanselor   : Haaaa..... sebelum tue, congratulation Adnin cozstill kekal sebagai penyandang

                           Anugerah Rektor tahun nie kerana dapat pointer 4.00 lagi. Second, coz

                           kemenangan Adnin sebagai Juara Debat IPTA baru-baru nie.

Adnin                : Terima kasih, prof.

NaibCanselor   : Awak merupakan pelajar yang paling disanjung olehpara pelajar dan

                           pensyarah kat sini. Awak berbakat besar. Saya harap supaya awak terus

                           kekalkan prestasi awak ini.   

Adnin                 :Prof, sebenarnya saya ada perkara penting yang saya ingin bincangkan.

NaibCanselor    : Go on...

Adnin                 :Berkenaan Is, Iskandar Zulkarnain. Betul ke yang dia akan diberhentikan

                          dari universiti?

NaibCanselor    : Benar, lagipun dia berbeza dengan awak.Iskandar merupakan barah kepada

                           universiti ini dan wajar dibuang.

Adnin                 :Tapi, kenapa?

NaibCanselor    : Sape kat sini yang tak kenal dengan ketuagengster tue?!!. Awak pun takkanlah

                           tak pernah dengarkisah pasal dia?! Perbagai cara pihak universiticubadan

   usahakan untuk menyingkirkannya, tetapi Iskandar sangat liciksehinggakan kita 

   tidakmempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya. Ibu bapa Iskandar juga

   amatberpengaruh. Jalan yaang terakhir yang mampu kita lakukan, kita guna

   pointer untuk menyingkirkannya dari universitini.      

Adnin                 :Prof, saya merayu bagi pihak Iskandar, tolonglah berikan diapeluang terakhir

                            kepada dia.

NaibCanselor    : Ini adalah keputusan muktamad. Dia tetap akandibuang.

Adnin                 : Tolongla prof. Saya percaya yang dia akan berubah.

NaibCanselor    : Awak jangan nak menyebelahi dia. Sila keluardarri bilik nie, KELUAR!!!

Adnin                 :Baikla, jika Prof masih bertegas, saya akan meletakkan kesemuajawatan saya

               dalam universiti nie dan saya takkan bertanding atau terlibatdengan sebarang 

               aktiviti universiti lagi.

NaibCanselor    :Jadi, awak ugut saya la?

Adnin                 :Bukan ugut. Sedangkan sekeras-keras batu pun akan lekuk juga di titis air,

                            inikanpula hati manusia. 

NaibCanselor    : Macammana kalau dia masih lakukan jenayahlagi?

Adnin                 :Saya akan bertanggungjawab ke atas semua kegiatan jenayahnya.

NaibCanselor    : Baiklah, ini peluang terakhir. Jika dia masihterlibat dengan jenayah dan tidak

                            memperolehipointer 3.50 teratas pada semester hadapan, saya tidak akan

                            teragak-agak untuk menyingkirkan Iskandar.    

Adnin                 :Saya bersetuju dengan syarat tersebut.

 ******************************************************************************

Farzleaton         : Engkau dah gila ke? Mampu ke Is penuhisyarat tue? Syarat tue melampau

                          sangat lebih-lebih lagi ko kenabertanggungjawab ke atas jenayah yang

                          dilakukannya..         

Adnin                : Kali pertama aku renungi matanya, akupercaya yang dia ingin berubah, jauh

                          di dalam hatinya, cuma ada sesuatu yyang menghalang.

Farzleaton         :Be careful and beware.Dia tue bukan calaang-calang orangnya. Konie

                           seperti bermain dengan........ LEKTRIK, lagi bahaya dari API!!!

Adnin                 :I know what I'm doing! Trust me. I promise.

 ******************************************************************************

Lokasi   : highway

            Motosikal berkuasa tinggi dipecutlaju. Deruman ekzos memecah keheningan. “Terasa bagaikan jaguh di jalanancam highway nie bapak aku yang punye”. Setelah tiba di rumah dan menukarkereta, dia terus keluar walaupun kerap dileteri ibunya kerana kerap merayau.Alasan yaang selalu diberi.."Pegi rumah member, siapkanassignment". ALIM KUCING. Segala kegiatan liciknya disorok tanpa dapat dikesan.

            Malam ni, satu pertemuan sulit akandiadakan dengan sebuah geng lumba haram. Is merupakan pengantara perlumbaantersebut dan"ayam tambatan"Keranda Berdarah turutdipertaruhkan.

            Tiba-tiba.....sebuah kereta meluncur laju ke hadapan dan terus menghimpit keretanya ke tepi. Dengan kelajuan yangtinggi dengan meter km/h mencecah 170, kereta Islost controldanterbabas ke tepi melanggar divider jalan. Kenderaannya terbalik berkali-kalidan remuk. Cermin kereta bersepai, berterbangan ke langit sebelum bertaburan diatas tanah. Terasa dunia ini gelap gelita.

 ******************************************************************************

Keadaan di wad ICU riuh-rendah. Ibunya menangis teresak-esak, risau melihatkan keadaanIs yang agak kritikal. Dato' Zulkarnain turut ditenteramkan oleh saudara mara.Rakan taulan Is memenuhi ruang di luar bilik pembedahan. Masalah besartimbul apabilaa doktor menyatakan, keadaan Is amat kritikal kerana kehilangan banyak darah. Bekalan darah A+ sudah hampir kehabisan dan Is mungkin kehilangannyawanya. Saudara mara,rakan dan hadirincubamenderrmakan darah, namuntiada seorang pun yang mempunyai darah yang sesuai lebih-lebih lagi darah A+amat sukar didapati. Masing-masing agak bimbang dan berdoa semoga Allahmemberikan pertolongan. Kemalangan tersebut amat ngeri. Kereta yang dipandu Isremuk sehingga sukar dikenalpasti. Menurut saksi dan rakan-rakan, plat nokereta yang melanggarnya telah berjaya dikesan.

            Kesemua rakan Is dihubungi. Ramaiyangcubamenghulurkaan bantuan, tapi kebanyakannya gagal. Nyawa Is bagaikan telur dihujung tanduk. tiba-tiba......

Keajaibanmenjelma. Seorang gadis misteri muncul dan doktor mengesahkan bahawa, darahgadis tersebut amat bersesuaian dengan jenis darah Is. Banyak pine(beg) darahyang didermakan wanita misteri tersebut sehingga doktor terpaksa mengarahkanbeliau berhenti untuk menderma kerana bimbang akan membahayakan kesihatanbeliau. Setelah puas dipujuk, barulah gadis tersebut bersetuju untuk berhenti.Darah yang diderma gadis tersebut dengan pantas dipindahkan ke dalam tubuh Isselepas pemeriksaan dilakukan. Keajaiban sekali lagi muncul dengan izin Allah.Walaupun doktor menyatakan, mereka masih memerlukan beberapa pine darah lagi,keadaan Is mulai stabil dan melepasi keadaan kritikal.

            Dato' Zulkarnain dan ibunya mengucapkanribuan terima kasih yang tak terhingga kepada gadis misteri tersebut. Dato'Zulkarnain menyerahkan sekeping cek tetapi ditolak gadis misteri tersebut.Kesian, tubuh gadis tersebut lemah longlai, pucat dan terpaksa dipapah sertadibawa dengan kerusi roda. Katanya"Saya bersetuju menderma denganikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan apa-apa balasan". Keduaibu bapa Is amat terhutang budi dengan beliau.

        Kisah tersebut diceritakan kepada setelah dia sedar dan dibenarkan keluar darihospital. Sahabatnya mendapat bukti kukuh bahawa kereta yang menghimpit keretaIs tempoh hari dimiliki geng Lock Cheng, musuh tradisinya yang mahu membalasdendam dan membunuhnya jika mampu."Aku akan balas dendam suatu harinanti",nekad Is.

       Namun, dia masih tercari-cari gadis misteri yang telah menyelamatkan nyawanya. Tanpa bantuan gadis misteri tersebut, mungkin dia sudah tidak bernyawa. Tiadasebarang maklumat diperolehi."Terasa darah gadis misteri tersebut hangatmengalir dengan deras di dalam tubuh ini seakan telah lama sebati dan serasidengan tubuh ini",bisik hati Is."Darah beliau terasa segar,suci dan murrni,berbanding dengan darah ku yang dipenuhi noda-noda hitam. Akanku jejaki gadis tersebut"........

******************************************************************************

lokasi   : Lecture Hall

       Pn. Noraini menyelak daun pintu. Semua pelajar diam kecuali Iskandar sambilmencebik bibirnya. “Inilah lecturer yang paling aku benci kat atas dunia”.Kisahnya bermula apabila dia menyedari yang pensyarah tersebut sangat antikepadanya, entah apakah sebabnya. Pelbagai cara dilakukan perempuan yang agak 'pendekcam budak form 3' untuk mengenakan Is lebih-lebih lagi di hadapanpelajar-pelajar wanita. Begitu bencinya Is pada wanita tersebut. Antaranya,bukunya pernah dibaling di hadapan kelas kerana tidak menyiapkan latihanwalaupun kalau nak diikutkan, ramai lagi pelajar lain yang tak siap. Tak cukupdengan tu, dia dikehendaki berdiri di hadapan kelas bersebelahan white boardseperti 'Pak Guard' hampir 3 jam, sepanjang kelas tersebut. Merahmenyala dan berapi badannya. Keadaan yang tak dapat dilupakan, dia hampirmenghadiahkan 'side kick' ke muka pompuan tua tue, namun sempatdikawal.

            Selesai sahaja 1 topik, dia menulis beberapa soalan di hadapan kelas. Is langsung tak paham ape yangdiajarnya, cam belajar bahasa Tamil. Bengang. Ketika Is baru sahaja hendakkeluar,"Iiiiiiiiisssss!!!."Pn Noraini tanpa berfiikirpanjang memanggil namanya keluar ke hadapan. Dia seakan memahami yang Islangsung tak paham ape yang diajarnya,"Is, ke hadapan, find the anwer untuk soalan tersebut". Dalam hatinya, dendamnyapasti berbalas. Dendamnya meluap-luap lebih-lebih lagi apabila kereta kancilnyadua minggu lalu baru sahaja dicuri ketika dia meninggalkan keretanya untukmemberi kuliah. Pasti ini kerja Is dengan mengupah konco-konconya. Pn Norainisedar Is pun turut menyimpan rasa ketidakpuasan hati kepadanya. Sekarang diaterpaksa naik Tiara buruk kepunyaan adiknya.

            Kecut perut Is seperti seekor tikus."Orangtua nie nampaknya nak malukan aku lagi. Entah ape lagi yang akan dilakukannyakalau aku tak dapat jawab soalan nie",keluh Is."Jatuhimej aku, bukan disebabkan bergelar Ketua gengster, tapi Adnin turut beradadalam kelas nie. Mampus la aku kali nie!!!".

Is               : Matilah.............. ape aku nak tulis nie. Kalau lukis muke perempuan tuanie best gak.

        (Dengan perasaan malu + bengang+ geram).

Lama dia menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Maybe, a big miracle will happen.

Farzleaton   :Hey Adnin. Tunggu ape lagi. Tolong la dia. Dengar khabar Pn. Noraini sangatanti

                    pada Is. Habisla kalau dia tak dapat jawab.

Is.......Is.......( terdengar suara daripada belakang dengan nada berbisik,dekat dengan tempat duduk di bahagian hadapan).
 
Perlahan-lahan Is mengundur ke belakang, ke arah suara tersebut.

Pn. Noraini       : Haa, nak ke mana tu? Kalau tak dapat jawab,awak berdiri kat depan sampai 

                          kelas tamat.

Is                     : Takde la....... saya taknampak jelas soalan tue.

Apabilasampai berdekatan suara tersebut, alangkah terkejutnya Is. Adnin rupanya yangmemanggil namanya.

Adnin               : Is, nie jawapannya (sambil menghulurkankertas A4).

Is                     : Pn. Noraini, boleh saya cuba kirasoalan tue dulu?

Pn.Noraini        : Lantakawakla, janji dapat jawapannya.

Isberlakon seolah-olah meminta kertas A4 daripada Adnin dan berpura-pura mengira.Kemudian, dia ke depan menulis kembali jawapan Adnin tersebut.

Is                     : Ha.... dah siap.

Pn.Noraini seakan tidak percaya. Mustahil Is dapat menyiapkan soalan tersebut.Semalaman dia memerah otak dan mencari jawapan untuk soalan tersebut. Malah,dia sendiri tak dapat menyelesaikan soalan tersebut. TAK PUASHATI.

Pn.Noraini        : Jawapannyabetul ( cam tersekat-sekat, taknak cakap).
Dia kemudiannya menulis soalan yang ke-2."Ha, Is. Jawab soalan yangberikutnya".

Dewanriuh rendah dan membingitkan, terkejut dengan kejadian tersebut.“Biar betulIs ni.Takkanlah Is sebegitu hebat?!!”Parapelajar yang lain semuanya tidak percaya dengan ape yang berlaku.  

Is                     : Mampusla........... camne nak jawabnie???? Orang tua nie betul-betul tak puas

                          hati nie.

Namundalam keriuhan yang masih tak reda lagi, jelas kedengaran suara Adnin berbisik memberikan jawapan dari jauh. Nasib baik Pn. Noraini tak perasan. apelagi, dia menulis setiap jawapan yang diberikan dengan merujuk jawapan soalanpertama tadi. ............... ........... ......SIAP........... LEGA......SEOLAH SETTLEHUTANGRM1000.00..  

Pn.Noraini berkali-kali memeriksa jawapan tersebut."Eeeemm...betul jawapannya...."Bertambah bingit keadaan kelas. Bertepuk sorai satu dewan....... Pelajar lelaki semuaanyagive fivepada Is, mengucapkan tahniahkepadanya. Giliran Pn. Noraini plak mencebik. Dendam kesumatnya tidak berbalas."Ko takkan terlepas lagi lain kali".

******************************************************************************

   Adnin, tunggu!!!

KelihatanAdnin sedang berjalan seiringan dengan Farzleaton. Lantas dia berpaling kepadasuara tersebut.

Is         : Adnin, thank you very much coz help me.Cakap la awak nak ape, cakap je. Saya

                nak balas jasa awak nie sebab tolong saye tadi.

Adnin   : Takpe la. Pertolongan kecil je.

Is         : Kecil?!! Tolong la.... Saya ikhlas ni.Saya taknak terhutang budi dengan awak.

Adnin   : Baiklah. Kita jumpa kat Cafe Melati petangni, pukul 5, boleh?

Is         : Ok. See U there.

******************************************************************************


               Dewan Konvokesyen bergema dan para hadirin bertepuk tangan apabila diumumkan"DipersilakanNurul Adnin naik ke atas pentas untuk menerima Anugerah daripada CanselorUniversiti".Semua memberikan tepukan gemuruh, namun, kelibat Adnintetap tak kelihatan. Sejak pada hari terakhir peperiksaan, Is langsung taknampak Adnin. Alangkah hampanya Is apabila Adnin tak juga kunjung tiba."Maybe something happened to her".

Semuapensyarah dan pelajar mengucapkan tahniah kepada Is di atas kejayaannya. Diabukan sahaja melepasi ponter 3.50 seperti yang dijanjikan kepada Adnin malah,lebih daripada tu iaitu 3.90, second place after Adnin. Kejayaan yangdimilikinya turut dimiliki Adnin yang bertanggungjawab merubah hidupnya. Tapi, DIMANAKAH ADNIN?. Ya Allah, selamatkanlah Adnin jika sesuatu terjadi kepadanya.

KelibatFarzleaton kelihatan. Namun, Adnin tidak bersamanya. Farzleaton memberikanisyarat supaya mengikutnya.

 *****************************************************************************

Lokasi       : Rumah Adnin.

Kelihatanbeberapa orang sedang berkumpul. Bacaan Yassin jelas kedengaran. Seperti sedangberkabung. Hati ku berdebar-debar. Kelihatan sekujur tubuh berada di ataspembaringan di katil. Dikelilingi ibu bapa dan keluarganya yang sedang menangisteresak-esak. Gementar apabila ku cuba melihat wajah di pembaringan tersebut.Ku hampiri perlahan-lahan. Wajah milik tubuh yang terbaring ituadalah..........................................................ADNIN!!!.

           Mata ku terasa berkaca. Cecair jernih menitis. Jelas kelihatan Adnin sedangbertarung dengan maut. Dia kini sedang nazak...nyawa-nyawa ikan."ISKANDAR............"Tiba-tiba nama ku dipanggil dengan nada mendayu-dayu, lemah tak terdaya, sebakdan tersekat-sekat. Bapa Adnin memberikan isyarat kepada ku. Cepat-cepat kuhampiri Adnin. Ku pangku kepalanya di atas pangkuanku, agar dapat ku dengardengan jelas apa yang ingin diluahkannya.

Adnin           : Is..Iskandar.... mana?

Is                  :Adnin, saya di sini (sambil memegang kedua-dua belah tangannya, dirapatkan

                        telinga hampir dengan bibir Adnin).

Adnin            :(Dengan nada tenggelam timbul). Is...bagaimana..... janji ....Is?

Is                  :Alhamddulillah... Is berjaya dapat 3.90. Adnin dapat 4.00. 

Adnin            :Is, berjanjilah.........dengan..Adnin...yang ...Is .....akan keluar .....dari....

                       Keranda .. Berdarah. Jangan terlibat dengan jenayah lagi....... berjanjilah...

                        DEMIADNIN.

Is                  :(Dengan berat hati) Is bersumpah mulai saat ini, Is akan tinggalkan Keranda

                        Berdarah buat selamanya.  

Adnin            :Perkukuhkanlah dirimu dengan agama, jadi seorang yang beriman.

Is                  :Insyaallah, Is berjanji. Is juga berjanji berubah untuk menjadi seorang"insan".

Nafas Adnin kian tersekat-sekat.Keadaannya semakinnazak. Keadaaan di dalam kamar semakin cemas... sang bayu bertiup kencang....ribut...berkabus tebal..

Is                  : Adnin....mengucap ADNIN.....LAILAHAILLAHLAH.......MUHAMMAD....

                        RASULLULLAH..

BibirAdnin bergerak perlahan-lahan. Alhamdulillah, Allah telah menunjukkankebesaran-Nya Yang Maha Agung di hadapan Is, kelihatan tidak terlampau sukaruntuk bibir Adnin menuturkaan kalimah syahadah walaupun amat perit. Mungkin,inilahapa yang dijanjikan Allah, barang sesiapa yang taat beribadat kepada Allah, akan dipermudahkan-Nya untuk menghadapi sakaratul maut mahupun mengucap dua kalimahshahadah. Sepanjang hidup Adnin, memang bibirnya tak lepas memujikebesaran Allah apabila kelapangan. 

LAILAHA....ILLAHLAH.....MUHAMMAD............RASULUL..LAH

MataAdnin tertutup perlahan-lahan. Genggaman tangan Adnin mulai longgar. Airmatanya hampir bercucuran namun disekat."Ini akan menambahkan azab kepadajenazah", memberikan semangat kepada dirinya.Ibu Adnin pasrah dengan takdir yang ditentukan ilahi.Bapanya cuba menenangkan perasaan sebak di dada. Kamar menjadi bertambah heningdan pilu. Adnin menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Is. Wajahnyakelihatan berseri dan tersenyum. Alhamdulillah, 2 kalimah syahadah berjayadilafazkan."Ya Allah, semoga seorang yang kuat agamanya dan hamba yangsetia sepertinya diringankan siksaan azab kubur dan tempatkanlah arwah ditempat golongan yang beriman kepada-Mu, Amin".

"YaAllah, aku sedar Ya Allah, berbanding Adnin, diri ini teramat jahil.Sukar untuk sujud kepada-Mu. Pelbagai perkara yang mendatangkan kemurkaanMu telah ku lakukan di atas muka bumi-Mu. Aku perlu berubah. Berikanlahaku pedoman dan tabahkanlah hatiku ini Ya Allah, sesunggunya Engkau MahaPengampun Lagi Maha Mengasihani".

 *****************************************************************************

Selepas Adnin selamat disemadikan......

Farzleaton menemui Is.

Maafkan Eton. Sebenarnya, Adnin mahu saya rahsiakan penyakit yang dideritainya daripadaIs. Jika diikutkan jangkaan doktor pakar, Adnin sepatutnya telah pun meninggal dunia 3 bulan lepas. Dia menghidap ketumbuhan otak dan pelbagai cara sudah diikhtiar namun tidak membuahkan hasil. Ketumbuhan tersebut terletak padakawasan yang tidak boleh dibedah. Jika dibedah, peluang untuk berjaya adalah kurang daripada 5%.

Adninseorang yang tabah. Dia kekal hidup sampai sekarang adalah kerana Is. Dia inginmembentuk Is menjadi seorang beriman. Dia bertarung dengan ajal mautnyasemata-mata untuk menunaikan impiannya iaitu, untuk melihat Is menjadi seorang"INSAN"dan mengotakan janji Is kepadanya. Kataarwah,Ispaling banyak memberikan kata-kata perangsanguntuk dia terus hidup. Adnin pasrah dengan takdir-Nya. Katanya,"hidupdan ajal kita dah pun ditetapkan Ilahi dan kita tak mapu menghalangnya. Apayang perlu ialah ikhtiar, tawakkal dan banyakkan berdoa".Beberapahari sebelum dia meningggal, dia kerap ulangi"jika ditakdirkan Adninpergi, jangan tangisi pemergian ini. Adnin dah pun bersedia......". 

   Surat yang Is tulis sehari sebelum peperiksaan final lepas sebenarnya telahterselit di dalam buku notanya. Tanpa Is sedari, sebenarnya Adnin telahlama menaruh danmemendamperasaan cintanya kepadaIssejak kali pertama Ismenolongnya semasa kejadian ragut suatu ketika dulu. Berkali-kali Adnin cubaluahkan perasaannya kepada Is namun tak terdaya. Dia bimbang jika Is akankecewa jika hayatnya agak singkat.Sehinggalah detik-detik terakhir arwah nazak.Arwah bagaikan mengetahui bahawa masa untuk kembali kepada Ilahi kian hampirapabila arwah berkeras agar tidak membawanya ke hospital. Adnin telahmewasiatkan kepada saya agar menyerahkan bungkusan ini.

Tertera.......HADIAH Terakhir Buat Is.

*****************************************************************************

      Is seperti tidak dapat menerima hakikat. Dia banyak termenung keseoranganseakan tidak percaya dengan apa yang telah terjadi, seakan hilang akal. Airmatanya kerap mengalir lesu.

      Ketika selesai sahaja menunaikan solat Isyak, tiba-tiba aku teringatkanbungkusan yang diberikan Eton.Hati ku kian sebak apabilabungkusan hadiah tersebut adalahSEBUAH DIARI, SEPUCUKSURATDAN SENASKAH KITAB TAFSIR AL-QURAN.Air mataku mula mengalir apabila helaian diari mula dibuka.Aku teringatkan, 3 hari lepas, Shafiq ada terserempak seorang wanita menemuiAdnin. Sebaik sahaja wanita tersebut beredar, Adnin kelihatan menangisteresak-esak.

Dihelaian diari tersebut tertulis...

.........Malamini aku tak dapat melelapkan mata. Kejadian petang tadi amat mengejutkanku. Begaku diragut. Nasib baik seorang pemuda telah menyelamatkan beg tersebut. Akutelah jatuh cinta apabila kali pertama bertentangan mata dengannya. menyesalyang teramat sangat. Aku terpukau dengan keikhlasan hatinya menolong kusehingga tertangkapya 2 orang peragut walaupun membahayakan nyawanya.Adakah aku akan bertemu dengannya lagi? Tak sempat kami hendak mengenali denganlebih dekat. Mustahil kami akan bertemu lagi. Bagaikan kehilangan sebuahpermata bernilai. Tepat satu per tiga malam, aku sembahyang tahajud sebagaitanda syukurkepada-Nya,serta mohon agar aku dipertemukan dengan pemuda tersebut walau seketika..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jika ditakdirkan bertemu pemuda tersebut, akan ku luahkanisi hati ku ini. Paling tidak, kalaubukan sebagai kekasih, akan ku balas budinya yang tak ternilai tu…. Perasaan kupada malam yang dingin ini ….bergelora, rindu yang mencengkam dan gelisah.

(Aku semakin sebak. Sungguh tak ku duga, Adnin turutmencintai diri ini. Jika ku tahu lebih awal……… Pada malam aku berkenalan denganAdnin, perasaan ku sama seperti Adnin, rindunya meluap-luap. Inikah dia ciri-ciriputeri impian yang ku cari-cari selamaini. Ketika berjalan di persisiran Pantai Bisikan Bayu, menikmatikeindahan ciptaan Ilahi, dengan pasir memutih berseri bak mutiara serta anginyang adakalanya bertiup kencang tambahan pula dengan langit yang redup. Akupernah terfikir"Ya Allah, adakah wujud wanita yang mempunyai 4 cirisempurna. Sempurna dari segi agama, rupa, keturunan dan harta?".Seakan mustahil, mane ada wanita sebegitu. Namun, Allah Maha Agung.Dipertemukan ku dengan Adnin yang bukan sahaja sempurna 4 perkara, tapisempurna dengan 7 perkara. Tetapi, seperti mimpi, perkenalan itu cuma untukseketika. Mungkin Yang Maha Esa ingin menduga diri ini agar jangan mudahberputus asa)...................



…………………………………………………………………………………………………...



Aku mula mengenali Iskandar dengan lebih mendalamwalaupun baru sebulan perkenalan kami. Walaupun dia seorang ketua gengster,namun, masih wujud keikhlasan, keperikemanusiaan, baik hati, bertimbangrasa,bertanggungjawab dan harga diri yang tinggi jauh di sudut hatinya. Cuma adasesuatu yang menghalangnya untuk berubah. Dia perlu dibimbing. Insyaallah, aku berjanji dengan izin Allah, dan dengansepenuh daya upaya ku ini untuk membentuk diri Is ke jalan yang diredhai Mu, YaAllah serta menjadi insan yang beriman serta hamba yang setia kepada-Mu. YaAllah, bantulah hamba-Mu yang hinaini……………



…………………………………………………………………………………………………...



Perasaan cinta ini semakin membara kepada Is. Akucuba meluahkan isi hati ini, namun tak terdaya. Farzleaton banyak menasihatiku, fikir masak-masak, bimbang aku akan menyesal kelak. Bimbang aku akanditinggalkan. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada hamba-Mu ini.

 …………………………………………………………………………………………………...



Penyakit ku kian kronik. Hampir 10 tahun aku berjuangdengan maut, antara hidup dan mati. Jika diikutkan jangkaan doktor pakar, hariini telah pun genap 3 bulan di mana merupakan hari aku dijangka akanmenghembuskan nafas terakhir. Ya Allah, jika Engkau ingin mencabut nyawa ini,izinkanlah sehingga aku berjaya membentuk Is menjadi seorang insan yang berimandan mentaati-Mu dengan sepenuh hatinya.



…………………………………………………………………………………………………...



Semenjak mengenali Is, derita penyakit ini kian berkurangan. Aku pasrah jika ditakdirkan nyawa ini dicabut oleh-Mu YaAllah kerana aku beruntung dapat mendekati Is. Serba sedikit, aku berjayamembentuk sedikit-sebanyak diri serta cara hidupnya dengan izin-Mu Ya Allah. Isyang pandai berjenaka menyebabkan keperitan dan penderitaan yang dideritai inidapat dilupakan seketika setiap kali bersamanya. Walaupun “samseng”, adakala Isseorang yang romantik dan pandai mengambil hati. Kerap kali aku merajuk, tapitelatahnya menyebabkan rajuk ku hilang. Namun, adakah esok masih ada untuk kubersama Is? Aku perlu mempersiapkan diri ini, apabila ditakdirkan diriku yanghina ini kembali kepada-Mu, Ya Allah.

…………………………………………………………………………………………………...

Aku dapat rasakan, masa untukku bersama Is kianberakhir. Aku kian hampir dipanggil oleh-Nya. Aku cuba meluahkan isi hati ini, namun aku langsung tak terdaya samaseekali. Aku redha jika Is menolak cintaku. Sekurang-kurang, Is akan sedaryang masih ada insan yang menghargai danmencintainya dengan tulus ikhlas. Tapi, mungkin Is hanya menganggap selama iniaku hanyalah teman biasa.

(Air mata ini kembali menitis, apabila dia baca helaianberikutnya).

…………………………………………………………………………………………………...

 Hari inimungkin merupakan hari terakhir aku bersama dengan Is. Aku berjanji danbertekad dengan diri ini yang aku akan meluahkan isi hati ini biar apa risikoyang bakal ku terima kelak. Sebuah surattelah ku coret jika lidah ini tak mampu berkata-kata. Esok Final Exam bermula(Padatarikh tersebut, Is juga turut menulis surat kepada Adnin tetapi gagal).Akuberpeluang berjalan bersamanya. Ketika aku ingin meluahkan perasaan ini,pangggilan kecemasan Farzleaton menyebabkan aku lupa hasratku itu. Semalamanaku tak lena, terasa menyesal. Aku mungkin takkan berjumpa dengannya lagiselepas ini……

…………………………………………………………………………………………………...



Lokasi              :Public Phone

Final exam dah lama berlalu. Keputusan GPA akan keluar pada esok hari. Namun, kejayaan dan nikmat sebenar yang Allah kurniakan ialah, aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini dan masih berkesempatan menunaikankewajipan kepada-Mu. Aku nekad, jika aku tak dapat luahkan isi hatiku hari ini,akan ku lupakan Is buat selamanya. Tak ku sangka, ketika sedang asyik ku kemas buku-buku untuk ku simpan, terselit sepucuk surat daripada Is dicelah buku notaku. Mungkin aku terambil ketika sibuk mengemaskan meja untuk pulang pada hariterakhir study grroup kami. Aku rasakan akulah insan yang paling bertuah.Rupa-rupanya, surat tersebut mewakili isi hati Is. Is turut menyimpan perasaan cintanya kepadaku sejak sekian lama. Aku ku dail no telefon seketika nanti.

Puas ku cari public phone, hampir kesemuanyarosak. Akhirnya, ketemui..lega.. Ketika nombor telefon Is sedang didail, akutelah disapa oleh seorang wanita. Aku terpaksa letakkan gagang telefon. E-jenamanya. Dia beri amaran,” jangan ganggu Is. Kalau tak, ko akan rasaakibatnya”. Aku bertanya siapa dirinya “Aku E-je, teman wanitanya”. Sebaiksahaja dia beredar, aku menangis semahu-mahunya. Kenapa nasib aku sentiasadilanda malang, tidak seperti insan lain. Farzleaton yang menemani ku tak kuendahkan. Namun, aku juga punya hati seperti orang lain. Pelbagai dugaan danujian tak henti melanda diri ini… Kenapa?..Kenapa?…..

(Tarikh catatan tersebut merupakan sehari sebelumAdnin menghembuskaan nafas terakhirnya iaitu hari di mana kami menerimaAnugerah dari Universiti. Tak ku sangka, E-Je adalah wanita yang dimaksudkanShafiq. Dendam dan amarah ini kepada E-Je kian membara)

Dibelek surat yang disertakanbersama diari tersebut. Surat tersebut merupakan surat yang ingin diserahkankepada Is pada hari mereka dijangka menerima anugerah daripada Universiti,beberapa ketika sebelum dia meninggal. Diakhir surat tersebut…

…………………………………………………………………………………………………...



Adnin dapat rasakan , ‘masa’ untuk ku kembalikepada-Nya sudah semakin hampir. Terus terang Adnin katakan, Adnin tetap tak dapat melupakan Is.Nama ISKANDAR ZULKARNAIN telahpunterpateri di lubuk hati ini. Impian Adnin ialah, mahu melihat Is jadilahhamba-Nya yang taat, tinggalkanlah dosa dan elakkan diri dari bergelumangdengan maksiat. Dah cukup lama Yang Maha Berkuasa memberikan Adnin peluanguntuk bernafas sehingga sekarang walaupun, 3 bulan lalu Adnin dijangka sudahtiada di muka bumi ini. Adnin sentiasa berdoa agar Ilahi memberikan peluangAdnin membentuk diri Is. Jika Adnin sudah tiada, tunaikanlah setiap impianAdnin, seperti yang dijanjikan Is suatu ketika dulu. Usahlah ditangisipemergian ini ……..



Is terlihat bayangan Adnin menghampiri dirinya.Pakaiannya putih berseri, bau harum semerbak, wajahnya tenang dan tersenyum,sama seperti ketika detik terakhir arwah menghembuskan nafas terakhir. Diamengelilingi Is beberapa kali dan cubamenghampiri. Adnin membelai dan mengusap-ngusap rambut Is, bagai memujuk hatiIs supaya pasrah.



Is tersedar. Astaghfirullahalazim, diaterlena di atas sejadah rupanya. Tapi, bajunya maih berbau harum sepertiharuman yang dialami sebentar tadi. Mungkin ini adalah kebesaran Allah S.W.T.Dia terlihat naskah kitab tafsir Al-Quran yang dihadiahkan Adnin. Kalbunyatersentuh apabila kali pertama membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kitabtersebut serta apabila diteliti terjemahannya. Diri ini terasa tenang. Setiap ayat mengandungi seribu satu isi tersiratdan tersusun indah.Ini merupakan kali pertama dia menghayati Al-Quran. Bajunya dibasahi air mata yang semakin derasmengalir. Indahnya Islam.“Mengapa diri ini teramat jahil?”. Diamenangis sepuas-puasnya hinggakan bengkak matanya. Bajunya kian basah.“YaAllah, ampunilah hamba-Mu yang hina ini. Tunjukkanlah cahaya pedoman agar takku terus sesat dalam kegelapan. Bimbinglah diri yang amat hina di sisi-Mu ini,Ya Allah. ………”.

Is memandang kedua belah tangannya, memanjatkan doakepada-Nya. Kelihatan tangan ini, darah merah mengalir pantas di dalamkapilarri. Darah tersebut turut dipunyai Adnin bermula sejak pulang darihospital suatu ketika dulu, ketika kemalangan. Terasa Adnin turut bersemadi didalam tubuh ini. Adnin bagaikan abadi dalam jasad yang hina-dina ini.Mungkinkah ini pengorbanan terakhir Adnin semata-mata untuk mencapai impiannya.



ALLAHUAKBARRULLAHUAKBAR!!!!

Azan Subuh tiba-tiba berkumandang, mendayu-dayu. Sang bayubertiup kencang membawa bersama embun pagi. Sayu menyelubungi diri. Hatibatu ini terasa ditarik-tarik. Segera dibersihkan diri dan bergegas keMasjid,tempat yang belum pernah dijejakinya. Terasa kekok. Tapi, dikerah diri inisedaya-upaya kerana jemaah tak ramai. Hati ini terpaut buat pertama kalinyaapabila kaki ini melangkah memasuki rumah Allah ini. Rasa janggal, tak tau ‘protokol’atau ‘adab’ dalam Masjid.”Ya Allah, bimbinglah aku, berikanlah pedoman dantunjukkanlah aku jalan yang lurus.” Di tabahkan diri ini, terasa seolahsemua orang memerhatinya.”Takpelah, buat je ape orang lain buat”.

*****************************************************************************

Selesai sahaja menunaikan Solat Subuh secaraberjemaah di Masjid, Is menangis dan sebak .“Assalamualaikum” . Dia disapa. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinyasebagai Azmaan. Perkenalan dengan Azman merubah segalanya. Di situ bermulanyatitik noktah Is mula tertarik untuk mengenali agama Islam dengan lebihmendalam. Mereka banyak berdiskusi tentang agama, tapi Is banyak mendengar..Terasa kalbu ini masih keras. Setiap hujah Azman yang bernas disertakanpenerangan yang detail. Kini Is mula yakin akan kewujudan Allah.Kemudian, Azman mengajak Is “keluar” untuk berdakwah bersamanya. Azman cakapdia “kerja agama”. Dia merupakan seorang tabligh dan pendakwah. Pujuk Azmansehari je.“Kalau tak mampu, setengah hari. Abang tabligh lain akan bantu,jangan takut”.

*****************************************************************************

Keesokan harinya, Is “keluar” mengikut jemaah tablighkeluar “melakukan kerja agama” berdakwah jauh di sudut desa, di bulan Ramadhan.Mereka diperkenalkan dengan Imam Besar Masjid tersebut yang mengalu-alukankedatangan mereka. Katanya, sekarang makin sukar untuk menemui anak-anak mudayang rajin ke 'Rumah Allah'. Banyak yang dipelajari. Jadual mereka padat denganaktiviti-aktiviti di dalam masjid termasuklah bertadarus Al-Quran,mendengar tazkirah dan ceramah. 80% masa mereka adalah berikhtikaf di dalammasjid. Is pula dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan adat-adat dalam Islam.”Abihla…ape aku nak cakap nanti. Tentu teruk aku kena brainswash pasni..”.“Camner Is, boleh?”,tanya Abang Tabligh.“Jangan bimbang, awak bolehtengok buku”.“Insyaallah, ana cuba”.

            “Bila keluar, kita sebenarnya nak dakwah diri kitasendiri, bukannya orang lain. Misalnya, apabila kita nasihati orang, sebenarnyakita nasihati diri kita sendiri”nasihat Azman yang setahun lebih tuadaripadanya itu masih kekal ku ingati sampai sekarang. Berasa sangat kekok danjahil.“Malu sebab banyak sangat yang tak tahu. Kalau ku tau lebih awal,confirm dah tak datang sini”.Alhamdulillah, Abang-abang tabligh banyakmemberi tunjuk ajar serta kata-kata perangsang kepadaku. Mereka pun sedar akutak biasa. Walaupun hanya sehari, banyak ilmu agama yangdipelajari…tapi..makin banyak belajar, makin banyak tak tau. Kosong dada ini.Pada sebelah petang selepas Asar, jemaah akan mengadakan “GHAS” iaitumenyampaikan seruan dakwah, pergi dari rumah ke rumah secara berdua-dua dan juga secaraberkumpulan.

Pada sebelah malamnya, kami mengendalikansembahyang terawih bersama penduduk kampung. Kami dikhabarkan bahawa seorangpenduduk kampung telah meningggal dunia. Jadi mereka ingin meminta kami tolongkhatamkan senaskah Al-Quran pada malam itu. Itu bermaksud, setiap orang perlu mengkhatamkan1 atau 2 juzuk dalam masa semalaman. Pada satu pertiga malam, masing-masingmula mengkhatamkan Al-Quran. Walaupun agak berat, alhamdulillah, pada malamtersebut, 1 juzuk berjaya ku khatamkan tetapi agak lambat jika dibandingkandengan jemaah lain. Pada pagi keesokannya, jadual kami diisi dengan tadarusdalam kumpulan kecil. Ia bertujuan supaya jemaah dapat memperbetulkan bacaanjemaah lain. Cadangnya, setengah hari je, tapi alhamdulillah, tanpaku sedari,dah pun sehari ku berada di sini. Walaupunsehari, aku dapat rasakan perubahaan yang agak mendadak. Minda ku bagaikan telah diformaat dan diprogramkankembali. Banyak yang telah ku pelajari. Setiap masa amat berharga. Memangbenar, kini baru ku rasai “BETAPA MANISNYA IMAN”.

*****************************************************************************

            Is bertemu dengan Geng Keranda Berdarah. Semua gangsterterkejut dengan perubahan dan tingkahlakunya. Is berwajah baru?!!“Mulaihari ini, aku takkan terlibat lagi dengan Keranda Berdarah”. Ramai yang membantah. Mereka sekarangsedang berada dalam era kegemilangan Keranda Berdarah dan kemewahan yangmelimpah-ruah, berbeza berbanding sebelum ini. 'Empayar' jajahan takluk merekaakian luas. Puas Saipukila dan MT lain memujuk Is.“Aku dah NEKAD, biarapapun yang terjadi, aku takkan terlibat dengan Keranda Berdarah lagi. Akutakkan berpatah balik”.

E-Je tiba-tiba muncul.

E-Je                 : Hai Darling. Lame tak nampakU. U cari I ke? I pun MISS U so much. Perempuan jalang tu pun dah 'padam'.Boleh la U spend masa sepenuhnya dengan I, takde orang kacau. I sanggup lakukanapa saja demi U, Darling.

Penampar tiba-tiba menghingapi pipi E-Je. Iskembali teringatkan apa yang telah dilakukan E-Je kepada Adnin suatu ketikadulu. Gangster yang lain tergamam, terkejut…

Is                     : Mulai saat ini, akulantik Saipukila kembali sebagaiCarlos? Kamu semua taatlah kepadanya sebagaimana taatnya kamu kepada aku.

Saipukila          : Walaupun kamu keluar, geng kita masih lagi menjalinkan hubungan dengan kamu. Kami bimbang jika musuh-musuh ketatkita kembali membalas dendam kepada Is.

Is                     : Tak perlu, biarkan aku.

Saipukila          : Kalau begitu, anggaplah kami sebagaisahabat. Kami takkan mempengaruhi kamu untuk terlibat dengan kegiatan kami.

Is                     : Baiklah….

Mereka berpelukansebagai tanda ucap selamat tinggal. Jika diikutkan undang-undang mereka,

sesiapa yangkeluar dari geng ini akan diancam nyawanya. Tapi, Is dikecualikan.

Husnun             : Carlos, kami rayu untuk mengikutIs.

Husnun merupakansalah seorang pengikut setia Is.

Saipukila          : Baiklah, aku izinkan.



Husnun dan beberapagangster lain mengikut jejak Is. Mereka diasuh oleh Is sehinggalah

mereka menjadi insan yang berguna dan beriman.

*****************************************************************************

            Kini, banyak yang dipelajari Is mengenai agama dan menjadianak murid dengan ramai ilmuan Islam. Daripada seorang pendengar, Is berubahkepada seorang pendakwah dan penceramah yang terkenal walaupun masih lagi muda.Ramai yang tertarik untuk mendengar syarahan agama yang disampaikannya. Ramaiyang didakwah beliau. Ini termasuklah geng-geng Husnun yang diasuh dan menjadianak murid setia kepada Is. Ramai yang menawar diri untuk berguru dengannya.Malah, ada golongan bukan Islam yang musykil dengan agama Islam menemuinya bertanyakan mengenai kemusykilan,mungkin sebagai pengetahuan am mereka. Is akan menjawab dengan bijaksana danberhikmah,dan dalam masa yang sama hormat kepada agama serta kepercayaanmereka. Oleh yang demikian, maka tak mustahillah dia dihormati oleh sesiapasahaja.

        

Kelihatanjemaahbersalaman dengan Is sebaik sahaja syarahan agama selesai termasuklah

geng-geng Husnun. Is sedang sujud di hamparansejadah. Dia berzikir dan bermunajat kepada Yang Maha Esa. Tafsir Al-Quran yangdihadiahkan Adnin dibuka dan dihayati maksudnya sepintas lalu.    ( Baca petikan daripada hadis tersebut).Kedengaran alunan ayat suci Al-Quran dibaca dengan begitu mendayu-dayu. Lunakmemecahkan kesunyian. Sesiapa yang terdengarkan alunan ayat suci yang dialunkanIs itu, pasti terpukau seketika.

Setelah selesai, Is menutup kitabsuci sebelum mengucupnya beberapa kali. “Betapa indahnya Islam. Walau apa punyang berlaku, takkan goyah pengabdianku kepada-Mu, Ya Allah”. Diri ini tenangseluas langit malam yang terbentang luas dan lautan yang saujana mata memandangwalaupun hidup penuh kesederhanaan. Berbeza ketika bergelaar gengster, diri inisentiasaa dicengkam ketakutan dan jiwa yang tak pernah tenteram walaupundilimpahi harta melimpah-ruah. Kini, bagiku, ketenangan bersama-Nya melebihidari segala-galanya mahupun kemewahan duniawi.”

Terasa sebak. Is mula rindukan Adnin.“Jika tanpa Adnin,aku takkan berada di tingkat seperti ini. Adnin banyak membimbing walaupun diasedar yang aku amat degil dan jahil. Dia sabar ketika membentuk diri ini,walaupun kerap kali hatinya dilukai kerana perbuatanku”.                  

          Kelihatan bayangan Adninberlegar-legar, merenung Is seolah-olahgembira

impiannya selamaini tercapai jua. Di skrin di dada langit, terpancar kembali kenangan lalu Is ketika

bersama Adnin,di saat suka dan duka, saat Is menyelamaatkan Adnin ketika diragut, saat Adnin

menemui NaibCanselor, saat Adnin mendermakan darah kepadanya, saat Adnin menghulurkan

kertas jawapanketika disoal Pn Noraini, saat Is menyepak meja ketika menemui Adnin di café,

saat Is ditahansemasa memasuki library, saat Is diragging Adnin habiskan 10 buah buku, saat Is

hendak meluahkanperasaannya dan sehinggalah Adnin dipanggil mengadap Ilahi.



Air mata kembalimenitis tetapi berjayaa dikawal. Keadan hening dan sebak.



Tiba-tiba, suasana dikejutkan dengaan suara Husnunyang berlari daripada belakang pentas.“Is…..Is….. Saipukila ….. Saipukila….. kena……belasah……… Cepat Is. Mereka…dalaam BAHAYA…sambilmenarik Is.

            Is bergegaske tempat kejadian dengan berpakaian baju melayu dan sampin sambil menyangkutsehelai kain pelikat di leher. Is terus memecut superbikenya, mengaum..…

*****************************************************************************

Di lokasi kejadian.

            Ketika Saipukila dan gengster lain sedang lepak,tiba-tiba mereka diserbu oleh geng 408. Ramai yang kena belasah. Saipukila juga teruk kena balun akibat diseranghendap dan diserang dengan jumlah yang ramai. Ketika Lock Cheng cuba menikam perutSaipukila yang dipegang Rashdan, Is muncul dengan superbikenya dan hanyaditemani Husnun. Is dengan pantas melompat dan menendang pisau Lock Cheng.Sebuah penendang dihadiahkan ke mukaLock Cheng. Lock Cheng tersungkur. Husnun menendang belakang Rashdan. Saipukilajatuh terkulai. Husnun bertarung denganRashdan.

Iskembali membelasah teruk konco-konco Geng 408 dengan hanya bersenjatakan kainpelikat. Macam lalang dan batang pisangdilanggar gajah lagaknya mereka dibelasah. Ada yang dicampak dan dilambungtinggi-tinggi sebelum dihempas ke atas bumi. Tulang rusuk dan tulang belakangyang patah riuk kedengaran. Meja bersepai. Ada Geng 408 yang bersenjatakansenjata berbahaya seperti parang dan kayu termasuklah kayu hoki, kayu besball, helmet dan spannar. Tak cukup dengan itu, pelbagai senjata berjadualdikeluarkan seperti buku lima, lawi ayam dan kerambit. Mereka semua dapatditewaskan.

Kinitiba pula giliran Lock Cheng. Pertarungan sengit berlaku tetapi Lock Chengtewas jua akhirnya. Ketika Saipukila bangun untuk mencantas kepala Lock Chengdengan parang, kedengaran bunyi pembesarsuara “LETAKKAN SENJATA ANDA!!!”. Squad polis meenyerbu dan menangkapkonco-konco Geng 408. Rashdan cuba melarikan diri tetapi Husnun terbang dan“mendarat” bagaikan helang di atas belakang Rashdan menyebabkan Rashdanmenyondol tanah mengakibatkan muka dan dagunya luka parah. Rashdan dan LockCheng diberkas.



Ketua Polis       : Kamu semua dikehendaki ke balai, Buatketeerangan.

Is                     : Tapi, mereka tak bersalah.

Ketua Polis       : Itu sayatau. E-Je dah bagitau kami. Kamu semua patut berterima kasih kepada 

                          E-Je. Dia yang menghubungi pihak kami. Diatelah insaf. E-Je sebenarnya adalah mata-mata kami. Banyaak kegiatan kamu yangkami ketahui. Tapi, kami takkan mendakwa kamu jika kamu membantu kamimembanteras kegiatan kumpulan gengster dan jenayah lain.

Saipukila          :Kami bersetuju. Dan kami juga tidak akan terlibat dengan jenayah lagi. Kamisedia bekerjasama dengan pihak polis.

E-Je                 : Kamisemua telah insaf. Kami meminta maaf. Kamu jadilah ketua kami kembali. Bimbingkami jadi manusia yang sempurna, seorang “Insan”.

Is                     :Saya setuju. Tapi nama kumpulaan gengster ni kena tukarlah, coz kita bukangengster lagi. Kita letak nama G.A.B. Setuju?

Husnun             : Haaa,G.A.B. Natang gapo tuh?

Mereka ketawa….

Saipukila          : Haaa…Tok (gelaran untuk polis)……Kutipla semua senjata dan barang-barang ni semua.Nanti senangla nak dakwa diorang. Haa…. tu…. “Basikal Buruk” tu pun ,….. angkutsekali!!!(sambil menunding jari ke arah superbike Is).

Is                     :Wooiiitt ….tue motor aku la….ko ingat aku pakai daun beli menatang tu?  

Mereka pun ketawa beramai-ramai termasuklah Ketua Polis….

*****************************************************************************

Lokasi              : CaféUniversiti.

Is                     :Begitulah sejarah hitam hidup Abang suatu ketika dulu. Abang tak pernah ceritakepada sesiapa pun tentang hal nie. Abang cerita nie pun disebabkan Din rapatdengan Abang. Jangan sesekali libatkan diri dengan jenayah walau jenayah kecilsekalipun. SEKALI TERJEBAK, TIADA LAGI JALAN KELUAR.. Alhamdulillah, tanpaAdnin, Abang takkan berjaya seperti sekarang. Masih terasa hingga kini, kehangatan darah Adnin yang telah sebatidengan darah di dalam tubuh ini(sambil melihat telapak tangan).

Zainuddin         : Daripada kisahhidup Abang tu, saya berjanji akan menjadikannya sebagai pengajaran.



Tiba-tiba, seorang gadis melintas di hadapan Is. 

Is                     : Eh, ituAdnin la. Cuba tengok perempuan tu. (sambil menunjukkan ke arah Adnin).

Zainuddin         : Bukanla….Orang lain tu.

Is                     : Akuyakin dia adalah Adnin.

Zainuddin         : Bukan…takkan saya nak tipu.

Is                     : Akutak peduli, aku nak jumpe dia.



Is mengejar gadis misteri itu.

Is                     :Adnin…… Adnin..

Adnina             :Yeaa…abangpanggil sape?

Sambil menghampiri gadis tersebut dengan lebih dekat.

Is                     :Awak Adnin ke?

Adnina             : Namasaya Adnina, pelajar baru kat sini.

Is                     :Oooo…maafkan saya..Saya ingatkan awak ni Adnin, sahabat saya. Tapi (dengansedih), dia telah tiada.

Adnina             :Ooo..begitu kisahnya..maafkan saya. Kalau macam tu, abang boleh anggap saya nimacam sahabat abang tu. Saya Adnina, pelajar tahun 1 Kedoktoran.

Is                     :Saya Is, Iskandar b. Zulkarnain, pelajar tahun 3 Engineering.

Adnina             :Nice to meet U. Aa..bang…library kat ner?

Is                     :LIBRARY?!! ( dalam hati “Kat mane yek,aku lupa la, dah lama tak pegi”)..Library kat belakang sana. Ooo.. nak gi library la ni?!! Saya pun memang on theway nak gi sane gak. Bolehla saya tunjukkan…

Adnina             : Habistu, kawan abang tu macammana?( sambil tunjuk ke arah Zainuddin).

Is                     :Eh..dia tu bukan kawan abang la.. Entah, makhluk asing sesat dari Planet maneentah…

(Mereka gelak sebelum berjalan berirringan ke library).

Zainudddin       : Woooiii….Is…Nie semua sapa nak bayar. Aku tak bawak duit 

 ni…Is…woi…Is…jangan wat aku camnie!

Mamak            : Bayarsekarang juga. Semua sekali RM25 sahaja.

Zainudddin       :Woi..Is..Is (sambil melambai-lambai memanggil Is)… Mamak ini hari banyak   hensome cam Syah Rukh Khan jugak. Tolonglamamak.. saya takde duit. Kawan saya tadi cakap nak belanje.

Mamak            :Ooo..naklari la ni.. Aaaah.. tak kira..bayar sekarang jugaaaa!

Zainudddin       :Wooii…Is…Is…Sape nak bayar nie…Is…Is..Kesianla kat aku, Is…(merayu-rayu).

Mamak            : Aaah..naklari yea. Sorryla kicik, nie suma lama punya modal, dah expired, orang tarakpakai lagi. Mari ikut saya, pigi belakang, pinggan ada basuh juga…..

Zainudddin       : Haa..kenabasuh pinggan?!!Tolong la mamak. Is..Is…aku jumpe ko lain kali....siap la ko, tolong la aku, Iiiiiiiiiiiisssssssss!!!. (sambil ditarik ke dapuroleh mamak).

*****************************************************************************

10 tahun kemudian..


Is keluar dari kereta mewahnya dengan membawa briefcase dangulungan kertas projek.

Iskandar kini sudahpun bergelar seorang jurutera terkemuka.Memiliki sebuah firma kejuruteraan

dan mempunyai beberapa cawangan di Semenanjung Malaysia.Sudah pun

bergelar Tan…….bukannya Tan Cheng Lock tetapi sudahpun bergelar

Tan Sri Mohd Iskandar bin Dato’ Zulkarnain.






Kedengaran kanak-kanak menangis (ingatkan toyol mane entah).

Is                     :Eeh….anak sape ni? Sape lak buang anakkat sini? Tak sayang anak betul la. Lain kali jangan beranak kalau tak retijaga anak. Kalau aku tau anak sape nie, aku terajang BAPAK dia (sambil memujukkanak-kanak tersebut, Along).

 Tiba-tiba…

Adnan( 5 tahun) : Abah…abah….dah balik (sambil berlari ke arahIs. Is kemudiannya menimang Adnan).

Is                     :Laa… 2 orang ni anak aku rupanya. Tue la, kuat sangat kerja, anak sendiri punboleh lupe..Apa punyer bapak daaa.. Along, ibu kat mane?

Along( 7 tahun) : Ade kat dalam. Abah, kata nak gi makan seafood. Cepatla..(merengek-rengek)

                        

Is                     : Nakpegi la ni. Tengah tunggu mak kamu. Mak kamu ni, kalau make-up, 3 hari 3 malamtak siap-siap lagi.

                        (Dengan melaung-laung)“Darling…..ooo…Darling.. cepatla sayaang oooi.. Make-up sikit-sikit dah la. Awaktu dah cantik dah, dah lawa.         Kulitawak pun, lagi putih daripada make-up tu. Tak make-up pun takpe… Abang tetapsayang..

Seorang wanita menjengah dari pintu.

Adnina             :Alaaa…Abang ni.. Orang sarat-sarat camni pun nak suruh cepat-cepat (sambil berjalan keluar dengan perut yangsarat). Nie semua awak punyer pasal la.

Iskandar selamat melangssungkan perkahwinan dengan Adnina 8 tahunlepas. Dah pun dikurniakan

2 orang putera, Along 7 tahun dan Adnan 5 tahun). Soranglagi coming soon, dah 9 bulan dah).

Rumah tangga mereka bahagia.

Tiba-tiba….

Adnina             : Bang…bang….SAKIT…. Bang….SAKIT.

Is                     :Haa..nampak gaya ibu kamu ni dah nak bersalin. Cepat Darling kita pergihospital sekarang. Sabar Sayaangg…..

Adnan              : AlaAbah…kata nak gi makan seafood. Kita gi makan seafood dulu la, pastu baru gihospital.

Is                     : Alaa Adnan ni.. Kita nak gi makan seafood la nie…kita makan seafood kathospital…..ok……

Adnina selamat melahirkan seorang lagi cahayamata……perempuan….bernama........... ADNIN.





------------------------------------tHeEnD-----------------------------------


No comments:

Post a Comment