MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, January 31, 2012

Pemeriksaan Mata Untuk Pakai Cermin Mata

  
Dah berminggu blog ni terabai, follower pn bertambah tapi sayang ada yang tak letak address URL dorang, so tak dapat la nak follow dorang balik (Hopefully dorang akan inform URL dorang kpd saya lepas nie).
http://www.f-buzz.com/wp-content/uploads/2008/07/eye_iris.jpg
Biasala, lepas balik bercuti selama seminggu lebih ni, terasa lebih bersemangat, terasa diri lebih kuat untuk mengatasi segala dugaan/rintangan kemudian terasa dikala kita berseorang melawan segala badai, teringat bahawa Allah sentiasa bersama kita tak kira semasa kita susah atau senang cuma kadangkala kita sering alpa melupakan-Nya ketika senang. 

Selepas mendapat suntikan semangat, terasa diri lebih kuat, 
Biar Patah Sayap Bertongkat Dagu, 
Mengalah Tak Bererti Kalah, 
Biarlah Kita Jatuh Tertiarap Berulang-Ulang Kali 
Asalkan Kita Tidak Terus Berhenti Bangkit 
kerana kita perlu sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita. Makin banyak ujian & rintangan yang kita rempuh, makin kuat diri kita.semoga segala dugaan atau ujian lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya dan ditambah keimanan. (Sama prinsipnya juga semasa bertempur semasa dalam Seni Martial Art suatu ketika dulu, banyak mengajar erti kehidupan, biarlah kita sering jatuh tersembab teruk dibelasah asalkan kita terus bangkit berkali-kali hingga loceng kemenangan dibunyikan).
http://utusan.com.my/pix/2011/1120/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_01.1.jpg
Balik je kampung, bonda dah tanya "Bila nak sambung PhD? Masa muda-muda nie la masa yang paling sesuai...". Aku cakap la insyaAllah jika dapat tukar ke tempat kerja yang lebih dekat dengan universiti, nanti takde la terlalu penat sangat nak ulang-alik naik bas/flight.hahaha. Klu setakat ulang-alik 3 jam naik keta tu mampu la lagi...

Entry kali ni aku cuma nak share semasa aku lakukan pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata di Machang minggu lepas. Saja try sambil tunggu cermin mata adik ipar siap. Aku nie memang tak pernah pakai cermin mata. Sedikit terkejut bila pemeriksaan mendapati aku berkemungkinan rabun dekat pada usia 40-an nanti. Terkejut bukan apa, aku ingin kalau la aku kena pakai cermin mata pun maybe disebabkan rabun jauh shj, al maklumlah dalam keluarga aku belum pernah lagi ada yang kena pakai cermin mata (then aku assume la hasil pemerhatian aku, jika ibu bapa pakai cermin mata, ada kebarangkalian besar minimum salah seorang anak mereka kena pakai cermin mata, Bagaimanapun, tu cuma andaian aku je, belum pernah lagi kot orang buat kajian tentang isu nie).
Hasil ujian mata yang telah dilakukan kepada aku. Kalau result negatif maksudnya mata ok & sebaliknya klu positif. Dalam result tu, mata aku ade sedikit silau. Mata adik ipar aku pula klu tak silap +100 lebih, memang kena pakai cermin mata...
Doktor yang periksa siap cakap, jika dah sampai tahap kena pakai cermin mata tetapi kita tak pakai, lambat laun tahap rabun dekat@jauh tu akan meningkat.


Dulu aku ada juga senaman mata, tapi biasenya aku buat senaman mata untuk jarak jauh, untuk jarak dekat aku tak buat plk. Nampak gayanya lepas nie kena perbanyakkan senaman mata & jaga pemakanan serta penglihatan.

So, ape lagi, rajin-rajin la check mata korang ye...

Wednesday, January 18, 2012

HARI KELUARGA KOLEJ KOMUNITI TAWAU 2011/2012 DI TAMAN BUKIT TAWAU


(ENTRI NIE AKU NAK PROMO TEMPAT AKU KERJA PULA....)

Pada 14 Januari 2012 yang lalu, akhirnya berjaya juga Kelab Staf KKTS menganjurkan Hari Keluarga KKTS 2011/2012 selepas planning nak adakan di tepi pantai di Lahad Datu terpaksa ditunda. Jadi, saya senaraikan sebahagian aktiviti yang diadakan.

7.00pagi
: Bertolak daripada perkarangan
7.30pagi
: Tiba di lokasi Hari Keluarga

: Pendaftaran peserta dan sarapan pagi
8.00 pagi
: Bacaan doa
: Ucapan perasmian daripada Pengarah Kolej Komuniti Tawau
8.15 pagi      
: Acara sukaneka dan cabutan bertuah bermula
: Senamrobik
Pecahkan Belon (Kanak-kanak - Lelaki & Perempuan)
8.30 pagi
Boling Botol (Kanak-kanak – (Lelaki & Perempuan)
8.45 pagi
Kail Botol (Kanak-kanak - Lelaki & Perempuan)
9.00 pagi
Isi Air Dalam Botol (Kanak-kanak - Lelaki & Perempuan)
Cari Barang Dalam Tepung (Kanak-Kanak - Lelaki & Perempuan)
9.15 pagi
Sambut 3 Belon Air - Lelaki Dewasa Berkumpulan
9.30 pagi
Baling Span - Lelaki Dewasa Berkumpulan
9.45 pagi
Pancing Botol & Cari Barang Dalam Tepung –– Lelaki Dewasa Berkumpulan
10.00 pagi
Sambut 3 Belon Air - Wanita Dewasa Berkumpulan
10.15 pagi
Baling Span - Wanita Dewasa Berkumpulan
10.30 pagi
Pancing Botol - Wanita Dewasa Berkumpulan
10.45 pagi
Lari Kaki Tiga & Cari Barang Dalam Tepung – Wanita Dewasa Berkumpulan
11.00 pagi
Acara Tarik Tali - Lelaki Dewasa Berkumpulan
11.15 pagi
Acara Tarik Tali - Wanita Dewasa Berkumpulan
11.30 pagi
Futsal Bola Ragbi Berkaki Tiga - Lelaki Dewasa Berkumpulan
11.15 pagi
Musical Chair (Kanak-kanak Lelaki)

Musical Chair (Kanak-kanak Perempuan)
11.30 pagi
Musical Chair - Lelaki Dewasa

Musical Chair - Wanita Dewasa
12.00 tghr
: Penyampaian hadiah dan sesi bergambar
12.30 tghr
: Makan tengahari
1.00 ptg       
: Solat Zohor
2.00 ptg       
: Aktiviti bersantai bersama keluarga
4.30 ptg        
: Bertolak pulang      
 

Hari Keluarga Kolej Komuniti Tawau merupakan salah satu aktiviti rasmi Kolej Komuniti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua warga kolej bersama ahli keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan, golongan Akademik dan kakitangan sokongan.

Antara tujuan penganjuran Hari Keluarga ini ialah dapat menjadi platform untuk mengukuhkan jalinan ukhwah antara keluarga-keluarga staf Kolej Komuniti dan saling mengenali antara satu sama lain di dalam keluarga yang besar ini. Jumlah hadirin yang hadir pada hari ini dijangka melebihi 150 orang.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga Kolej Komuniti. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga Kolej Komuniti agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.













Di bawah sebahagian gambar aktiviti sepanjang program ini maybe sebagai rujukan kepada untuk anda adakan Hari Keluarga. Paling seronok jika Hari Keluarga ini diadakan di kawasan pantai kerana lebih banyak aktiviti yang lebih menarik bole dilakukan spt Bola Tampar Pantai, Boling Kelapa, Barbique & mcm2 lagi...
HAK CIPTA TERPELIHARA. DILARANG UNTUK COPY PASTE GAMBAR DI DALAM ENTRY INI!!! DALAM ENTRY LAIN BOLE LA, jgn marah......
(Jika dalam gambar di bawah yang mana pemiliknya perlu dibayar royalti, boleh la maklumkan kpd saya.he3x)..
Biasenye dorang semua nie serius bila kerja, tapi skarang bole la tengok dorang simpan kuku jap.(^_^)



Tuesday, January 17, 2012

Balung River Eco Resort , Tawau - My Travel Photos

Tengahari tadi, tetiba je rasa mcm nak pitam, rasa dunia mcm bergoyang-goyang, entah la maybe cuaca panas kot.

Baru-baru nie sambil pening-pening fikirkan lokasi yang paling sesuai untuk adakan Hari Keluarga KKTS 2011/2012, sempat la aku bawa isteri jenjalan cari lokasi yang sesuai selepas planning untuk adakan di Felda Sahabat dibatalkan ditambah pula dengan layanan kerani Resort yang macam hampeh....
Antara lokasi yang kitorang dah gi survey ialah :-

i) Balung River Eco Resort , Tawau
ii) Shan Shui Golf and Country Resort , Tawau
iii) Dunlop Recreation Club, Tawau
iv) Bukit TV, Tawau
v) Taman Bukit Tawau


Di Balung River Eco Resort , Tawau nie, keadaannya agak menarik dengan suasana alam semula jadi. So, aku sertakan bersama sebahagian gambar yang berjaya kitorang rakam. Harga & layanan PA dia pun terbaik, senang nak berurusan . Siap dia bawa kitorang jenjalan kat sini lagi. Kat sini korang boleh lawat kawasan ladang & tempat ternakan sambil melakukan jungle trekking tu pun dengan kebenaran Pengurus Ladang ..(^_^)...