MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, July 08, 2011

KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA

BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR DAN PADA USIA MUDA.

"Banyak artikel blogger dalam internet yang saya jumpa menyokong tindakan mereka berkahwin ketika usia muda sedangkan masih lagi belajar seolah-olah berkahwin ini hanya untuk keseronokan semata-mata. 
Rata-ratanya memberikan alasan UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT. Yang korang pergi GATAI buat maksiat tu sapa suruh??? DALAM ISLAM pun ada diajarkan kaedah ber"cinta/bercouple" cara ISLAM tanpa melakukan maksiat, cuba baca entry ini >>>Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM.
Seorang Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Mahkamah Syariah pernah memberitahu saya  
"Cuba pergi ke mana-mana mahkamah syariah, fakta menggerunkan apabila statistik kini menunjukkan ramai MUDA MUDI yang muda belia bercerai sedangkan perkahwinan mereka tak sampai pun 2 tahun, kekadang si isteri sedang sarat mengandung membawa perut yang semakin membesar tetapi dok turun naik mahkamah urus penceraian. Jumlah yang bercerai hampir sama banyak dengan jumlah yang baru berkahwin". Cukuplah, tak sanggup saya melihat fakta dan statistik penceraian ini terus meningkat. Mencegah lebih baik daripada mengubati... Cuba fikir apakah faktornya??? Faktor masalah kewangan mencatatkan statistik paling tertinggi berbanding faktor-faktor lain.





Cuma apa yang bermain dengan fikiran saya, adakah mereka sudah mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa dalam masa terdekat, masih muda belia malah masih lagi belajar??? Alasan yang selalu diberikan, "SELEPAS KAHWIN NANTI ALLAH AKAN CUKUPKAN SEGALANYA". Confident je bila mereka bercakap sedemikian kerana insyaAllah Allah akan berikan rezeki semasa kahwin tetapi belum tentu dalam bentuk harta benda, mungkin juga dalam bentuk kebahagiaan walaupun hidup dalam kedaifan lantaran usaha suami isteri muda yang cuma sekelumit tetapi mengharapkan kemewahan duniawi sebesar gunung. Mereka dalam golongan ini dilabelkan sebagai manusia yang "Sombong dengan Allah", kerana mereka cuma bergantung harap kepada Allah sedangkan usaha mereka tidak setimpal dengan kemahuan. Jika sebelum kahwin, mereka cakap mereka yakin yang rezeki akan dikurniakan Allah tetapi selepas berkahwin, bila ditanya mengapa mereka belum ada cahaya mata, mereka akan jawab mereka masih merancang keluarga kerana belum bersedia menerima cahaya mata lagi lantaran masalah kewangan dan masih belajar (Aiii, orang macam ni pun ada, tadi cakap Allah akan kurniakan rezeki selepas kahwin???). Kahwin ni bukan perkara main-main la Adik!!!....



Kali ini, jika blog orang lain bagi kelebihan, saya senaraikan keburukan/risikonya supaya dapat membantu anda membuat pertimbangan & pilihan yang terbaik untuk mengetahui sama ada anda telah bersedia atau tidak. 

Jangan disebabkan "MABUK CINTA", ANDA "BUTA" SEGALA-GALANYA...Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/s720x720/10857749_672047116246069_6719447730877839716_n.jpg?oh=3834335fa28c4ba1947e6dba9ae80e52&oe=553DC452&__gda__=1425915404_9257fc5ea0260c5c8aeaadd61df16bb7
Usia yang mentah kadangkala menyebabkan tiada kematangan dalam berfikir dan bertindak.
"Kejar dulu DIK Cita-Cita sebelum kejar Cinta"

Bagi pendapat saya, kejar dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajar 4 tahun, compress jadikan 3 tahun, kalau masih mampu compress jadikan 2 tahun), Dapatkan Kerja Cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana.hehehehe.Tetapi jika ditakdirkan anda berpisah, ingatlah bahawa dia mungkin bukan jodoh anda dan Allah sudah tetapkan jodoh anda dengan orang lain yang lebih baik daripada pasangan anda sekarang...
Ada juga yang berkahwin semasa belajar yang saya temui, majlis akad nikah pun nak sembunyi dan Majlis Perkahwinan pun buat ala kadar/cincai-cincai sahaja kononnya si lelaki nak buat yang wajib sahaja, yang adat semua tak nak buat sebab alasannya membazir (sebenarnya ini alasan si suami sahaja yang memang kedekut nak keluar duit kerana masih belajar serta takde keja), akhirnya selepas 2 tahun berkahwin barulah pasangan suami isteri ni timbul kekesalan lantaran Majlis Perkahwinan mereka (yang ringkas tak ubah seperti kenduri tahlil atau kenduri doa selamat sahaja, bagai melepas batuk ditangga, tak banyak kenangan manis sepanjang majlis tersebut) selepas melihat Majlis Perkahwinan adik-beradik dan sahabat yang meriah kerana majlis perkahwinan inilah yang paling akan dikenang oleh pasangan suami isteri disepanjang hayat mereka hinggakan ramai suami isteri yang melupakan hasrat untuk bercerai akibat sesuatu krisis rumahtangga selepas teringatkan kenangan majlis perkahwinan mereka yang meriah ditambah pula kunjungan tetamu dan sanak saudara melebih 700 orang  yang semuanya datang mendoakan kebahagaian rumahtangga mereka hingga ada yang berpendapat mereka perlu memohon maaf kepada semua tetamu yang mendoakan mereka ini jika ingin bercerai. Kalau nak berkahwin pun senang, nak bercerai pun senang kerana senang sangat nak kawin. Kalau nak berkahwin pun susah, maka masing-masing akan lebih menghargai perkahwinan tersebut. 


Baru-baru nie saya dapat request untuk tulis tajuk "BERKAHWIN PADA USIA MUDA & MASIH BELAJAR"... Ibu saya mengatakan bahawa beliau mempunyai SEORANG BEKAS PELAJAR lelaki yang sedang menuntut di luar negara tetapi mahu melangsungkan perkahwinan walaupun masih lagi belajar (mungkin, konon-konon alasannya ingin mengelakkan maksiat & alasan itu juga yang diberikan ex-housemate saya semasa saya melanjutkan Sarjana dulu). Ibu saya minta pendapat/nasihat saya ...(^_^)...

Jawapannya :
Jadi, hari ni saya cuba ulas tajuk nie...
BANYAK ARTIKEL YANG MENYOKONG ATAU MEMBANTAH TETAPI SAYA CREATE ARTIKEL SAYA INI SUPAYA DAPAT MEMBANTU ADIK-ADIK MEMBUAT PERTIMBANGAN MEMIKIRKAN SEGALA RISIKO YANG AKAN ADIK-ADIK HADAPI 
(SAYA JUGA TIDAK BERKATA YANG BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR ADALAH HARAM), TETAPI KERANA MEMANDANGKAN STATISTIK  MENGGERUNKAN KINI YANG MENCATATKAN KADAR JUMLAH KES PENCERAIAN SEMAKIN MENINGKAT MENDADAK, ADALAH HAMPIR SAMA DENGAN KADAR JUMLAH PENGANTIN YANG BERKAHWIN, JADI FIKIR-FIKIRKANLAH SEDALAM-DALAMNYA SEGALA BAIK BURUK YANG AKAN DIHADAPI. 
ORANG YANG BIASA HANYA BELAJAR MELALUI PENGALAMAN SENDIRI TETAPI ORANG YANG BIJAK AKAN BELAJAR MELALUI PENGALAMAN-PENGALAMAN ORANG LAIN. 
Jadi, renung-renungkanlah, semoga dapat membantu memberikan sedikit panduan kepada anda...

 >>> Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!

Sewaktu Segmen SEMANIS KURMA TV9 pada minggu lepas, tajuk ini hangat dibincangkan. Saya menyokong nasihat panel jemputan, katanya,
 "UNTUK BERKAHWIN, SEORANG SUAMI PERLU MEMPUNYAI KEMAMPUAN ANTARANYA UNTUK BERKAHWIN, SEORANG SUAMI PERLU ADA 3 KUNCI IAITU"
1) KUNCI RUMAH (suami wajib menyediakan rumah tempat selesa untuk isteri berlindung. Jangan pula biar isteri tinggal dengan kawan-kawan perempuan, bila nak BERSAMA baru nak sewa hotel seolah isteri hanya tempat untuk melempias nafsu semata-mata).
2) KUNCI KERETA (suami wajib menyediakan kenderaan yang selesa untuk isteri, takkan nak biar isteri berjalan di tengah hujan panas, lebih-lebih lagi ketika sakit demam, atau takkan nak biar isteri hanya terperap di rumah. Kalau tak dapat sedia kehidupan dan kemudahan yang lebih selesa, apa peranan suami untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik selepas berumahtangga). Bayangkan juga jika ditakdirkan isteri mengandung (walaupun mereka masih tak mahukan cahayamata, tapi jika Allah takdirkan isteri mengandung, tidak akan dapat mereka mengelakkannya), takkan nak biar isteri yang sedang sarat mengandung naik motor atau bas je ke hospital (tu belum kira jika isteri selalu muntah-muntah dan alahan sakit sehingga terpaksa dimasukkan wad).
3) KUNCI PEJABAT (suami wajib mempunyai punca pendapatan dan kewangan yang kukuh. Jika nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, berhutang sana sini, hidup suami pun serba kekurangan, perlu dipendamkan hasrat tersebut. Segalanya di dunia ini memerlukan wang termasuk dalam menyediakan makan minum, pakaian selesa, pengangkutan yang baik dan rumah tidak termasuk segala keperluan yang lain serta ketika suami isteri ditimpa musibah). Jangan bergantung kepada keluarga atau ibu bapa untuk menyediakan segala kemudahan ini, jatuhla martabat dan maruah suami nanti. Elok-elok anda mendirikan rumahtangga kononnya untuk menjauhi Maksiat dan Hawa Nafsu, akhirnya tindakan anda itu mengundang fitnah akibat menjadi perbualan negatif masyarakat sekeliling.

Jika tak dapat KAWAL HAWA NAFSU dan TIDAK BERKEMAMPUAN, Islam menyarankan umatnya agar berpuasa. Semasa bercinta, jauhi segala maksiat dan segala yang dilarang Allah....


sumber :
sumber :


Ingatlah adik, bahawa perkahwinan itu bukan semudah itu, berkahwin semata-mata untuk mengelakkan maksiat (habis tu, yang tak kawin tu semuanya melakukan maksiat ke???). Tanggungjawab sebagai suami juga terlalu besar bukan sekadar menyediakan pakaian minum yang cukup, nafkah, kenderaan yang elok, tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Maksiat itu boleh dielak, cuma senaraikan segala perkara yang ditegah dalam Islam semasa ber"couple" dan elakkan semua perkara tersebut, bukannya susah, betul tak? Dalam Islam tu, ade cara bagaimana untuk "bercinta" cara Islam & saya sendiri telah mempraktikkannya dgn cuba menjauhi segala maksiat.

Ada juga yang menjadikan alasan untuk berkahwin walaupun masih lagi belajar dan usia pun mentah sangat dalam awal 20-an (biasanya kalau umur sudah mencecah 24 tahun baru dikira  masuk umur yang sesuai/matang untuk kahwin kerana pada umur ini kebanyakkannya dah boleh berfikiran matang) untuk mengelakkan maksiat sedangkan sebenarnya TUJUAN SEBENAR mereka ialah disebabkan mereka takut jika pasangan mereka dijodohkan dengan orang lain. Jika ditakdirkan anda berpisah, ingatlah mungkin Allah sudah tetapkan jodoh anda dengan orang lain yang lebih baik daripada pasangan anda terdahulu.  

Banyak artikel di dalam internet yang saya baca menyokong tentang berkahwin semasa belajar (saya rasa yang menyokong tu belum pernah berkahwin, kurang pengalaman ataupun telah berkahwin semasa belajar tetapi mungkin sengaja nak tutup masalah/cabaran yang dihadapi semasa masih belajar, "kononnya masalah rumahtangga dorang tak boleh cerita kat orang, tak elok"). Saya pun tidak mengatakan berkahwin semasa belajar walaupun tidak bekerja adalah haram (Ada juga yang berkahwin semasa belajar contohnya pelajar yang melanjutkan pengajian ke PhD tetapi mereka dibayar gaji penuh atau separuh sehingga RM4000 - RM6000 kerana mereka merupakan bekas kakitangan kerajaan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan).
Masalah yang wujud ialah golongan pelajar ini(peringkat ijazah hingga sijil) ingin berkahwin semasa masih belajar tetapi hanya bergantung kepada sumber kewangan daripada pinjaman atau biasiswa pendidikan yang tidak seberapa tu, yang kebiasaannya nak tanggung diri sendiri pun tak cukup) dan kebiasaannya mereka turut bergantung kepada gaji mak bapak yang kadangkala ibu bapa nak tanggung keluarga pun tak cukup.

Ada juga kisah yang saya baca menyatakan semasa golongan ini (suami isteri yang berkahwin semasa masih belajar) mengadakan kenduri majlis perkahwinan, ramai jemputan, keluarga & orang kampung yang datang, dok bercerita perkara buruk mengenai perkahwinan suami isteri ini  (ini juga akan menggalakkan fitnah) dan meramalkan kehidupan suami isteri ini selepas berkahwin nanti walaupun belajar pun tak habis, kerja pun belum ada, mulalah suami isteri ini melenting. Bukan apa, mungkin para jemputan yang datang (berpengalaman berbelas-belas tahun berkahwin) telah puas merasai asam garam dalam perkahwinan, telah dapat menduga apakah MASALAH-MASALAH yang akan mereka hadapi terutamanya bila si isteri ditakdirkan mengandung & melahirkan anak (walaupun si isteri nie cakap mereka boleh merancang, pakai kondom la, ape la tetapi itu bukan jaminan yang mereka tidak akan mengandung kerana banyak kes yang isteri masih mengandung walaupun dah bermacam "perlindungan" dorang pakai kerana rezeki semuanya ditentukan Allah). Kalau ditanya kepada golongan yang berkahwin semasa belajar, mereka sudah tentu tidak akan bercerita segala masalah yang mereka hadapi, kalau tidak sudah pasti mereka akan menjadi sindiran, kutukan dan dimalukan rakan-rakan melainkan jika mereka adalah anak-anak jutawan yang ditanggung ibu bapa ataupun mereka mempunyai pendapatan/gaji melebih RM3+++.

Ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak perempuan mereka berkahwin semasa belajar kerana risau anak mereka pregnant semasa belajar, kerana ibu bapa mahukan anak perempuan mereka TAMATKAN BELAJAR DAHULU. (Bagi suami, tiada masalah jika isteri mereka pregnant sebab bukan sang suami yang kena membawa perot yang sarat membesar selama 9 bulan, muntah-muntah dan sakit demam sehingga jika isteri bersalin di hospital, mereka cuma menunggu di luar bilik pembedahan sambil menghisap berbatang-batang rokok berkepul-kepul menghembuskan nafas akibat bosan menunggu. Jika anak dilahirkan, sang suami masih bersabar tido lena malam membiarkan si isteri menguruskan bayi yang menangis malam tidak dapat tido). Bila dah pregnant, ibu bapa risau jika pelajaran anak perempuan mereka nie terjejas, akhirnya yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. Kalau dah bersalin, kena berpantang di kampung cuti sampai 3 bulan menunggu segala "kecederaan dalaman" umpama putus 1000 urat sembuh kembali, jadi terpaksalah tangguhkan pengajian. Masuk semester baru, rakan-rakan semuanya junior-junior. Yang tu belum kira ramai juga yang terpaksa banyak kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom-simptom sebelum kelahiran. Dah lahirkan anak, jika anak mula diserang pellbagai penyakit seperti demam kuning dan sebagainya (sebab sekarang nie pun pelbagai penyakit moden yang muncul), sehinggakan anak terpaksa dimasukkan ke dalam wad, nak tak nak ibu bapa kena jaga anak mereka di hospital. Waktu tu assignment entah ke mana, exam pun tak tau macammana, tu belum kira markah-markah PB(CARRY MARK) yang belum lengkap, kalau dah akhir semester tesis/projek yang tak siap-siap tu pun pihak universiti minta sambung semester lain. Lantaran keputusan yang tidak matang mereka berkahwin di usia mentah, ditambah pula dengan pelbagai masalah konflik rumahtangga, akhirnya SANG ISTERI KONVO sebelum masanya kerana tidak dapat tamatkan pengajian maksimum 6 tahun di universiti akibat subjek yang digugurkan melebihi had. NATIJAHNYA, ISTERI CUMA DAPAT SIJIL NIKAH SAHAJA, bukannya SIJIL IJAZAH yang diidamkan. Jika ditakdirkan suatu hari nanti suami terlantar lumpuh dan sakit kerana ditimpa kecelakaan, suami ditakdirkan meninggal,  mahupun jika mereka bercerai (MOHON DIJAUHI ALLAH), sebagai langkah persediaan sebenarnya IJAZAH yang digenggam itu yang akan menjamin NASIB sang isteri SEKELUARGA untuk untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik dengan pendapatan yang lumayan. 


MASALAHNYA, SESETENGAH GOLONGAN MUDA (bukan semua kerana terdapat juga SEGELINTIR yang DAH CUKUP MATANG, BERILMU TINGGI DAN BERAGAMA) PADA MASA KINI TERUTAMANYA LELAKI (kerana lelaki paling memainkan peranan yang paling utama dalam rumatangga) BERKAHWIN DISEBABKAN OLEH FAKTOR NAFSU, BUKANNYA DISEBABKAN INGIN MENYAHUT SYARIAT ILAHI.  
Apa yang ingin saya kongsikan ini juga kerana dahulu saya juga mempunyai seorang housemate yang kelam-kabut BERKAHWIN sedangkan belajar pun tak habis lagi. Biarlah saya namakannya Baqir (bukan nama sebenar). Alasannya yang diberikan Baqir dan bapanya ialah "NAK MENGELAKKAN MAKSIAT". Mengarutlah bagi saya, perkahwinan tu bukan semudah itu semata-mata nak elak maksiat, kalau tak berkahwin pun masih mampu elak maksiat, tanyalah diri sendiri. Selepas berkahwin, dia dan isterinya tinggal berasingan walaupun satu pangsapuri (yela, mana mampu dorang nak tanggung semua perbelanjaan dalam rumah, sewa sahaja dah berapa ratus tak termasuk kena beli perabot-perabot dan kelengkapan rumah yang lain). Kelengkapan dalam rumah kami pun, kebanyakan saya yang sediakan hasil duit saya bekerja sebelum ini.


Bapa perempuan awal-awal lagi dah pesan supaya mereka nie tidak tinggal serumah kerana risau isteri Baqir nie akan pregnant (nanti kalau dah pregnant dan ada anak, lagi susah kehidupan mereka. Beribut-ribu RM perlu disediakan untuk menyambut kelahiran bayi mereka tak termasuk belanja rawatan perubatan sebelum bersalin. Kalau dah bersalin, lagi tinggi kos yang perlu mereka tanggung lebih-lebih lagi jika isteri Baqir nie tidak dapat bersalin secara normal. Jangan la berfikirkan BODOH SOMBONG menyatakan bahawa selepas berkahwin akan ada rezeki untuk mereka dan dicukupkan segalanya kerana ALLAH sendiri menyatakan bahawa DIA hanya akan memberikan rezeki jika berusaha untuk mendapatkannya. Kalau kerja pun tidak, takkkanlah duit BERIBU-RIBU dengan senang-senangnya akan masuk dalam bank. Penyakit jangan dicari....
Hasilnya, disebabkan kekurangan kewangan, Baqir ini akan curi-curi bawa isterinya masuk ke rumah saya semasa saya tiada. Yelah, orang tiada duit, kalau ade duit bolehla sewa hotel. Dah la bilik Baqir nie kipas pun tiada, tilam pun cuma mampu beli tilam. Hutang semasa kawin dulu pun masih bertimbun-timbun
(nak kawin sekarang nie pun, paling kurang kena sediakan RM10 ribu untuk majlis di sebelah lelaki, tu belum kira wang hantaran untuk diberikan kepada isteri yang paling kurang pun RM8 ribu ke atas. Yang tu belum kira belanja-belanja sampingan yang lain. Bila pihak wanita letakkan wang hantaran tinggi, bising pula pengantin Lelaki, ape korang pihak pengantin lelaki ingat senang-senang je ke mak ayah pengantin perempuan nie besarkan anak perempuan dorang sehingga berhabis berpuluh-puluh atau beratus ribu RM. Bila anak perempuan dorang dah besar, senang-senang jer korang nak bawa camtu jer. So, kalau tak mampu, kena la berfikir dahulu, tunggu dan cukupkan dahulu segala syarat yang diminta oleh pihal bakal isteri).
Bagi Bagir pula, dia merancang selepas setahun bekerja, baru la dia akan mengadakan majlis perkahwinan, kerana mereka nie nikah gantung disebabkan menghadapi masalah kewangan sebab masih belajar. Cuba fikir, takkanlah 2-3 tahun selepas berkahwin baru nak adakan kenduri perkahwinan??? Masa belajar pun dia & isterinya pun naik motosikal je ke mana-mana, bayangkan jika isterinya pregnant takkan nak naik motor je yang sudah pasti akan membahayakan kandungan isterinya...
Selepas banyak kali "mencuri-curi" masuk ke rumah saya kerana nikah gantung, akhirnya kami dapat tahu yang isteri Baqir nie pregnant (walaupun sebenarnya dia merancang tak mahu anak lagi risaukan mengganggu pelajaran mereka disamping kewangan untuk diri sendiri pun tak cukup, tetapi Allah berikan rezeki anak kepada mereka lebih awal). Masa tu la baru Baqir nie kelam kabut mencari ceti-ceti untuk berhutang supaya dapat mengadakan Majlis Perkahwinan lebih awal semasa mereka masih belajar (yela, takkan lah selepas isterinya dah melahirkan anak baru dorang nak adakan Majlis Perkahwinan. Bayangkkan Baqir dan Isterinya sedang bersanding di atas pelamin sambil mengendong anak kecil mereka, sure KECOH satu kampung.hahahahaha).
Kesimpulannya, saya nasihatkan adik perlulah tumpukan kepada pelajaran terlebih dahulu kerana belum tentu anda akan lulus on-time (manalah tau jika ade subjek yang fail).  Lepas tamat pengajian, untuk dapat kerja pun ramai yang menganggur sampai bertahun-tahun (masa tu, anda sebagai suami  nak bagi makan apa untuk isteri anda???...).


Lebih baik adik nekadkan dalam diri adik untuk belajar bersungguh-sungguh dengan keputusan yang cemerlang kemudian anda akan berusaha sedaya upaya mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang besar dalam masa terdekat selepas tamat pengajian. Cukup je duit & selepas ilmu perkahwinan penuh di dada, adik bole terus meminang bakal isteri anda secepat mungkin, tak susah bukan (^_^). Ingatlah juga bahawa REZEKI hanya akan datang jika DICARI bukannya TERUS MENANTI.... Ingatlah juga bahawa TERPIKUL SATU TANGGUNGJAWAB/AMANAH yang besar apabila seseorang Hamba-Nya berkahwin yang perlu dilaksana dan akan dipersoal selepas mereka meninggal nanti. 
Bila sudah mempunyai anak, tergalas lagi suatu komitmen yang tinggi (mana nak jaga anak malam-malam yang menangis-nangis, tu belum kira bila anak sakit dan perlu dimasukkan dalam hospital. Mungkin anda boleh merancang untuk tidak mahukan anak lagi, tetapi rezeki anak akan dikurniakan Allah juga jika tiba masanya walaupun anda berfikir bahawa anda belum lagi bersedia pada ketika itu....

Anda juga perlu ingat bahawa antara punca penceraian rumahtangga adalah disebabkan oleh ekonomi keluarga kerana segala perkara di dalam rumahtangga banyak melibatkan kewangan. Kalau setakat masih belajar, manalah cukup nak tanggung diri sendiri, inikan nak tanggung isteri. Jangan ingat bahawa perkahwinan itu suatu yang mudah, tanggungjawabnya cukup besar dan tak semua orang mampu menggalasnya dan ramai juga rumahtangganya bercerai berai disebabkan faktor kewangan. Kalau anda dah bekerja dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh, silalah tunaikan hajat anda untuk berkahwin tersebut. Untuk berkahwin pun, bukan suatu yang senang kerana anda perlu dalami sedalam-dalamnya Ilmu agama dan perkahwinan. 
Mungkin anda berpandapat ada rakan-rakan anda yang berumahtangga semasa melanjutkan pengajian, tetapi anda kena sedar bahawa ramai juga yang bercerai-berai selepas itu dan saya pasti anda tidak mahu menjadi salah satu statistik tersebut. 
Kajian yang pernah saya baca juga menyatakan usia yang paling sesuai untuk seseorang berkahwin ialah selepas berumur 24 tahun, kerana ketika pada usia ini mereka boleh dianggap lebih berfikiran matang dan lebih stabil daripada segi ekonomi serta mereka lebih bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

Walaupun bukan semua, tetapi terdapat juga beberapa golongan muda yang berkahwin muda yang pernah saya jumpa, sanggup berkahwin pada usia muda(awal-awal perkahwinan ketika tu mereka tidak mempunyai byk tanggungjawab, jadi semua yang difikirkan hanyalah keseronokan sahaja) tetapi bila beberapa lama berkahwin mulalah  JIWA MEREKA MEMBERONTAK kerana tidak puas berseronok bersama rakan-rakan (suami @ isteri) kerana pada peringkat "awal dewasa" mereka kena pikul tanggungjawab besar terutamanya selepas mempunyai anak. Jika suami isteri masing-masing masih belajar, mungkin mereka berasa sedikit dipulau oleh rakan-rakan kerana rakan-rakan mereka akan berfikir 2-3kali sebelum mengajak mereka keluar (yelah, orang dah kawin, banyak komitmen). Semasa kawan-kawan sibuk nak pergi shopping atau berjalan ke mana-mana hingga kena balik tengah malam, mulalah mereka (sama ada suami atau isteri) ni nak ikut sedangkan anak mereka pada siapa dorang nak tinggalkan kalau dorang nak keluar terlalu lama sampai ke malam. Kalau bawa anak mereka yang masih kecil pun, malam dah kena bawa pulang awal(baby nie sensitif, kena jaga dengan teliti) ... 
Kehidupan selepas jadi isteri orang pun tak boleh la nak terlalu berseronok-seronok sangat macam sebelum kawin bersama kawan-kawan. AKIBATNYA, suami atau isteri yang tidak "kuat" pasti akan cepat memberontak (banyak tanggungjawab kena pikul, mana nak jaga suami, anak, rumahtangga dan segala tanggungjawab sebagai pelajar). Pada usia 24 tahun, insyaAllah, segala "keseronokan dunia" ni masing-masing suami isteri dah puas rasai, jadi tiada apa yang hendak dikejar lagi.... 



Saya tertarik dengan artikel berikut (kahwin-ketika-belajar):-
1. Berumahtangga, bermakna kita sudah nekad dan bersedia untuk hidup bersama lelaki atau wanita lain sehingga akhir hayat. Ianya SEJARAH besar dan akan merubah banyak perkara dalam kehidupan seseorang.
2. Orang yang hebat dan yang sentiasa merancang kehidupan akan membuat sebarang keputusan ketika emosi tenang, matang dan yakin dengan keputusannya itu
3. Usia, ilmu dan pengalaman adalah sebagai asas kayu ukur kematangan seseorang.
4. Orang yang sejak kecil hidupnya penuh dengan kesukaran dan halangan, proses kematangannya lebih cepat. Sukar dari segi kehidupan atau sukar kerana tiada kemudahan, seperti ketika era tiada letrik, bekalan air serta kemudahan teknologi komunikasi.
5. Di era serba mudah dan canggih sekarang ini telah memberi kesan MELEWATkan kematangan untuk seseorang berdikari dan membuat keputusan yang tepat serta kurang pengalaman menyelesaikan masalah hidup yang rumit.
6. Ramai ibu-ibu tua sekarang, mereka berkahwin pada usia belasan tahun dan anak-anak mereka ramai yang berjaya. Mengapa? Mereka cepat matang dalam banyak perkara. Manakala anak-anak remaja sekarang, ada yang usia awal 20an, masih kebudakan lagi emosi dan tindakannya.
7. Sekitar tahun 80an, saya mempunyai ramai kenalan yang belajar di luar Negara dan berkahwin di sana pada usia 20-23 tahun ( belum tamat pengajian), dan kebanyakan mereka baru berkenalan dengan gerakan Islam dan baru belajar memahami Islam yang sebenar. Manakala pelajar yang tidak cenderung kepada agama, ramai berkahwin bila sudah tamat pengajian dan setelah balik ke Malaysia.
8. Alasan utama berkahwin ialah kerana menutup fitnah dan kerana ‘dakwah’ . Mentah dalam dakwah dan membuat keputusan.
9. YANG MENARIKNYA, ada di antara mereka ini yang sekarang ini sudah pun mempunyai anak remaja dan mereka member AMARAN kepada anak mereka, “ Jangan kawin semasa belajar”. Malah ada kenalan saya yang sengaja meletakan gambar anaknya yang sudahpun graduan pada kad jemputan kahwin.
10. Ada di antara mereka memberitahu dan melihat perbezaan yang agak ketara pada emosi dan perangai anak sulung atau anak kedua mereka berbanding dengan anak-anak yang lain. Anak-anak ini lahir dan di didik ketika mereka menjadi ibubapa pada usia sangat muda, cetek pengalaman, terburu-buru, pembengis, mudah melenting dan sibuk pula dengan peperiksaan.
11. Jika dahulu memberi alasan dakwah, tetapi apabila ada di antara anak-anak mereka yang sudah dewasa dan gugur lebih awal dari jalan dakwah, malah ada yang terus ke bawah. Mereka yang ketika itu masih singkat akal dan tidak matang, sekadar memberi alasan, dan menyembunyikan naluri seksual ketika muda sebagai ‘helah’ berkahwin awal.
12. Kenalan saya seorang usahawan ( tidak belajar tinggi), yang berkahwin pada usia 22 tahun, juga mengaku menyesal kahwin muda, kerana serba kekurangan ilmu dan psikologi perkahwinan serta tidak matang lagi menjadi nakhoda rumahtangga.
13. Sebaliknya ada kenalan saya, yang berkahwin awal ketika di luar negara, dan anaknya pula mahu mengikut jejak langkahnya berkahwin sebelum graduat. Dalam satu tulisan yng beliau tulis seolah-olah 'mengalakkan' pula berkahwin pada usia mentah/ semasa belajar!. Namun begitu, jika diamati secara terperinchi, artikel itu sekadar alasan mahu membenarkan anaknya berkahwin awal dan membenarkan tindakannya dahulu berumahtangga pada usia awal 20an. Sedangkan beliau lupa akan kematangan beliau jauh berbeza kerana pernah hidup serba kekurangan.
14. Kesimpulannya, “ Wahai anak-anak muda yang masih belajar, khasnya di luar negara ( di Negara Arab, USA, Eropah, UK, Australia dan seumpamanya) pelajarilah pengalaman orang yang lebih dahulu dari anda. Usah cemaskan dan risaukan hati ibuayah anda di sini. Kejar matlamat utama anda untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, bukan pulang bawa anak dan anda pula bakal menjadi penggangur. Anda mendidik anak pada usia mentah dan masih terserlah emosi kebudak-budakan. Ingat ! Allah mengajar secara langsung khasnya lelaki ,dimana Rasulullah berkahwin selepas beliau sudah mencari rezeki sendiri dan pada usia lelaki matang, iaitu usia 25 tahun- berkahwin sekitar usia ini juga merupakan sunnah dan orang yang matang merancang kehidupan”.




RISIKO BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR/BELUM DAPAT KERJA
1.Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?
2.Kebayakan pasangan yg kahwin muda byk yg cepat bercerai.
3.Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester
4.Belum cukup matang
5.Tanggungjawab bertambah dari student yg tak kahwin.
6.Biasanya timbul masalah  kewangan
7.Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar? 
8. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..). 
9. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).


RISIKO Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam  
Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami kerana perlu menanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteri pula kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi, 1994: 386/2). Kepada kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Dalam masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i terlibat terkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal ini merupakan perkara pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin dan ibu bapa pula keberatan untuk mengizinkan mereka berkahwin.  
Perlu dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu bapa dan mahasiswa/i perlulah berbalik kepada situasi hukum perkahwinan. Terdapat beberapa hukum dan perkara yang perlu ibu bapa perincikan, iaitu hukum berkahwin bagi mahasiswa/i yang mempunyai keinginan untuk itu, definisi mampu mengawal nafsu dan mampu dalam nafkah. Seorang mahasiswa/i yang ada keinginan untuk berkahwin, maka hukumnya ada tiga. 

i) Sunat hukumnya jika mempunyai kemampuan dan mampu mengawal nafsunya. 
ii) Wajib hukumnya jika mempunyai kemampuan dan tidak mampu mengawal nafsunya. 
iii) Akhir sekali, makruh hukumnya jika tidak mempunyai kemampuan tetapi tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis, 2001: 19).
Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialah pengertian mampu nafkah untuk berkahwin yang menjadi persoalan utama ibu bapa menghalang anak mereka berkahwin. Nafkah wajib seorang suami terhadap isteri ialah sekurang-kurangnya 530 gram beras dengan lauknya. Nafkah pakaian pula ialah suami menyediakan untuk isterinya pakaian mengikut kebiasaan pakaian wanita dalam sesebuah masyarakat. 


-------------------------------------------------------------------------------




HARDY BOY : KEPADA MAHASISWA LELAKI YANG INGIN BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR, SAYA NASIHATKAN:-
i) PENDAMKANLAH SEKETIKA HASRAT ANDA ITU, HABISKAN DULU BELAJAR, DAPATKAN PEKERJAAN DENGAN GAJI LUMAYAN, KUMPUL DUIT YANG SECUKUPNYA KEMUDIAN CEPAT-CEPATLAH LELAKI PINANG BAKAL ISTERI ANDA. 
BAYANGKAN AKAN AKAN JADI KEPADA KELUARGA ANDA APABILA TAMAT SAHAJA PENGAJIAN NANTI, ANDA MENJADI PENGANGGUR TERHORMAT BERTAHUN-TAHUN SEBELUM DAPAT KERJA BERSAING BERSAMA GRADUAN-GRADUAN LAIN. MASA TERSEBUT, MACAM MANA ANDA INGIN SARA KELUARGA ANDA. 
JANGAN JADIKAN ALASAN ORANG YANG BERKAHWIN NI AKAN DIKURNIAKAN REZEKI DAN DICUKUPKAN SEGALANYA OLEH ALLAH (KERANA ALLAH HANYA AKAN MEMBERIKAN SEGALA NIKMAT TERSEBUT SETELAH KITA GIGIH BERUSAHA & BUKAN DENGAN SENANG-LENANG BEGITU SAHAJA MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA KERANA YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG. PENYAKIT JANGAN DICARI...).
MACAMMANA SUAMI INGIN SARA KELUARGA KERANA PINJAMAN PTPTN PUN BARAPE SEN LA SANGAT, LEPAS DPT PINJAMAN CUKUP JE 2 BULAN TERUS MINTA DENGAN MAK BAPAK, TU PUN ADE HATI NAK SARA ANAK ORANG.... 


ii) INGATLAH JANJI ALLAH BAHAWA SETIAP HAMBA-NYA INSYAALLAH TELAH PUN DITENTUKAN JODOH MASING-MASING. JIKA DITAKDIRKAN PASANGAN ANDA JODOH ANDA, INSYAALLAH DIA AKAN MENJADI PASANGAN SEUMUR HIDUP ANDA, JADI APA YANG INGIN DIKEJARKAN.... (cuma ada sesetengah manusia ni sebenarnya terlalu takut akan ditinggalkan pasangannya, maka ia menjadikan berkahwin untuk mengelakkan maksiat ini sebagai alasannya. Ingatlah juga, walaupun anda sudah berkahwin pada usia yang terlalu muda, belum tentu si suami tidak akan melafazkan lafaz cerai ataupun dia akan setia bersama anda...).


iii) BAGI SAYA, ORANG YANG INGIN BERKAHWIN KETIKA MASIH BELAJAR NIE & MASIH DI USIA MUDA MERUPAKAN SEORANG YANG TIDAK BERFIKIRAN CUKUP MATANG. JANGAN JADIKAN "INGIN MENJAUHI MAKSIAT" (habis tu, orang-orang lain yang tidak berkahwin tu semuanya melakukan maksiat ke??? Anda akan melakukan maksiat jika anda sendiri yg inginkannya)SEBAGAI ALASAN UTAMA ANDA INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA SEDANGKAN HAKIKATNYA JAUH DI DALAM HATI ANDA, ANDA HANYA MELIHAT KEPADA TUNTUTAN HAWA NAFSU SEMATA-MATA DAN HANYA INGIN MENJADIKANNYA LESEN UNTUK ANDA BERSERONOK). MEMANG ORANG2 DAHULU RAMAI YANG BERKAHWIN MUDA TETAPI MEREKA BERFIKIRAN MATANG DAN PENUH BERTANGGUNGJAWAB WALAUPUN DI USIA MUDA, TIDAK SEPERTI KEBANYAKKAN MUDA-MUDI PADA MASA SEKARANG YANG BEBAS PERGAULANNYA... 

iv) Ingatlah bahawa fakta menyatakan penceraian yang begitu mendadak meningkat (satu pasangan bercerai setiap 15min) antaranya adalah disebabkan oleh pasangan muda belia yang berkahwin awal (hanya fikir keseronokan & nafsu di awal berkahwin semata-mata tetapi tidak kuat untuk memikul tanggungjawab dan tidak berfikiran matang serta keanak-anakkan). Apabila pelbagai krisis dan tanggungjawab yang timbul, mereka gagal menghadapinya...
v) MINTALAH PANDANGAN AHLI PAKAR/ARIF TENTANG PERKAHWINAN INI, SELAIN UNTUK MENYAHUT SYARIAT ISLAM, AMANAH YANG TERPIKUL DIBAHU SEORANG SUAMI AMATLAH BERAT BERBEZA DENGAN ISTERI(YANG CUMA MENJADI SEORANG PEMBANTU DAN PENGIKUT SAHAJA). DALAMILAH ILMU AGAMA SEDALAM-DALAMNYA SERTA ILMU PERKAHWINAN. BANDINGKANLAH PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERKAHWIN SEMASA BELAJAR DENGAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERKAHWIN SELEPAS TAMAT BELAJAR, PASANGAN YANG MANAKAH YANG LEBIH BAHAGIA. APABILA SUAMI MENJADI KETUA KELUARGA, FAKTOR KEWANGAN MEMAINKAN PERANAN YANG CUKUP PENTING DALAM MEMBAHAGIAKAN RUMAH TANGGA BERSAMA PASANGAN. FAKTOR MENGGERUNKAN MENUNJUKKAN BAHAWA ANTARA PUNCA UTAMA PENCERAIAN DI KALANGAN PASANGAN SUAMI ISTERI MUDA IALAH FAKTOR KEWANGAN. SAYA PASTI ANDA TIDAK MAHU MENJADI SEBAGAI SEBAHAGIAN STATISTI TERSEBUT....

vi) APABILA PASANGAN SUAMI ISTERI BERKAHWIN SELEPAS MASING-MASING MENDAPAT PEKERJAAN, DENGAN KEWANGAN YANG CUKUP, BOHONGLAH JIKA TIADA PASANGAN YANG MENGIMPIKAN MAJLIS PERKAHWINAN YANG MERIAH(BUKAN MEWAH) DAN LENGKAP SEGALANYA... BERBEZA DENGAN PASANGAN YANG BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR, MAJLIS PERKAHWINAN YANG DIADAKAN SEOLAH MAJLIS SOLAT HAJAT SEMATA-MATA(HADIRIN PULA CUMA 30-50 SAHAJA) DISEBABKAN SUAMI TERPAKSA BERHUTANG DUIT DENGAN MAK BAPAK GARA-GARA "GATAL" NAK KAWIN... 
AWAL...
KESIMPULANNYA, 
HABISKAN PENGAJIAN ANDA YANG 3- 4 TAHUN TU TERLEBIH DAHULU DAN DAPATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG, KEMUDIAN CEPAT-CEPAT DAPATKAN PEKERJAAN SETERUSNYA CEPAT-CEPAT PINANG BAKAL ISTERIA ANDA, TAK SUSAH BUKAN..(^_^)...
ELAKKAN DIRI ANDA DARIPADA TERJERUMUS DENGAN PELBAGAI MASALAH PERIBADI KELUARGA YANG AKHIRNYA PELAJARAN PUN AKAN TERABAI. BILA ISTERI DITAKDIRKAN MENGANDUNG DAN BERSALIN, ISTERI ANDA PULA TERPAKSA EXTEND SEMESTER UNTUK BEREHAT. TU BELUM LAGI KIRA BILA ANAK ANDA SAKIT DAN ANDA MEMERLUKAN SUMBER KEWANGAN YANG BANYAK UNTUK MERAWAT DAN MEMBESARKANNYA (JANGAN KATA ANDA TIDAK MAHUKAN ANAK KERANA ADAKALANYA RAMAI PASANGAN SUAMI YANG DIKURNIAKAN ANAK WALAUPUN MEREKA MERANCANG UNTUK MAHUKAN ANAK LAGI....). 
AKHIRNYA, SILAP HARIBULAN, PELAJARAN ANDA PUN ENTAH KE MANA, MENARA GADING PUN TAK SEMPAT ANDA DAKI SEPENUHNYA SEBELUM TERGELINCIR JATUH BERGULING-GULING. SEGULUNG IJAZAH YANG DIIMPIKAN ANDA DAN IBU BAPA AKHIRNYA HANYA DIGANTI DENGAN SEGULUNG SIJIL KAWIN.


Mungkin anda berpendapat bahawa cukup la anda membuat majlis perkahwinan ala kadar sahaja (Majlis itu anda akan ingat seumur hidup anda), panggil 30-40 jemputan cukup la, tetapi alangkah INDAHNYA JIKA ANDA MEMBUAT KENDURI PERKAHWINAN YANG DIHADIRI OLEH RAMAI JEMPUTAN (BUKAN UNTUK RIAK) DENGAN HARAPAN TETAMU YANG DATANG MENDOAKAN PASANGAN PENGANTIN TERSEBUT HINGGAKAN JIKA SUAMI ISTERI INGIN BERCERAI, SEWAJARNYA MEREKA PERLU MEMINTA MAAF KEPADA SETIAP TETAMU SEMASA MAJLIS WALIMATUL URUS MEREKA....




INI HANYALAH PENDAPAT SAYA SAHAJA, JIKA ANDA RASA MAMPU UNTUK MENGHARUNGI SEGALA OMBAK, BADAI DAN TAUFAN DI ATAS SEMASA MASIH LAGI MENUNTUT, ITU ADALAH KEPUTUSAN ANDA KERANA HANYA ANDA YANG MENGETAHUI KEMAMPUAN DIRI ANDA....

"JIKA DITAKDIRKAN JODOH, DIA TAK KE MANA...
YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG, YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK.
REZEKI HANYA AKAN DIKURNIAKAN-NYA SETELAH PUAS KITA BERUSAHA


REZEKI JANGAN DITOLAK, TAPI PENYAKIT JANGAN DICARI..hehehe...."






(SEBENARNYA, ENTRY INI SAYA tujukan kepada bekas pelajar ibu saya yang bercadang ingin melangsungkan pengajian di usia muda dan masih menuntut supaya bersama dapat kita fikir-fikirkan (^_^)


-------------------------------------------------------------------------------



update:
Tips-Tips lain berkahwin di usia muda
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

    kredit to : kursusperkahwinan.com

     CABARAN BERKAHWIN DI USIA MUDA
    • Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
    • Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
    • Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.

    1. Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin."
    2. Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita.
    3. Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan. 
    HARDY BOY :Mungkin anda akan kata ramai orang yang anda pernah jumpa berjaya dalam perkahwinan mereka walaupun mereka berkahwin semasa sedang belajar, tetapi anda juga perlu ingat bahawa ramai juga di kalangan golongan ini yang kecundang dalam perkahwinan mereka kerana tidak dapat mengharung badai dalam perkahwinan serta tidak mampu memikul AMANAH yang dipertanggungjawabkan kepada suami isteri (kerana perkahwinan juga bukanlah semuanya indah-indah belaka semasa waktu bercinta kerana semasa bercinta anda hanya dapat mengenali semaksimum 30% sahaja diri pasangan anda).  Saya tidak menyatakan perkahwinan anda tidak akan berjaya cuma anda berada dalam golongan yang berisiko tinggi jika ANDA TERLETAK DALAM KATEGORI TIDAK BERKEMAMPUAN. 

    http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/403476_362881390438739_914749650_n.jpg

    KEPADA YANG INGIN JADI SUAMI ATAU ISTERI, SILA BACE ENTRY BERIKUT motivasi-cukupkah-gaji-rm3000 
    >>> Berhati-Hati Dalam Memilih Jodoh



    ARTIKEL renungan (Bukan niat untuk memalukan tetapi sebagai ikhtibar)
    Sumber :
    sumber :
    sumber :


    "Perkahwinan Usia Muda" Banyak iktibar/pengajaran yang diperolehi dalam kisah ini sama ada kesilapan mereka, ibu bapa atau keluarga sekeliling.
    "Cerai didakwa dirogol suami 4 bulan sebelum berkahwin" >>> kisah lanjut http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/cerai-dakwa-dirogol-bekas-suami-4-bulan-sebelum-kahwin.html
    >>> kebenaran-terbongkar-punca-sebenar
    >>> bekas-suami-nur-fazira-saad-janda-muda


    --------------------------------------------------------------------------

    --------------------------------------------------------------------------

    Dalam membuat keputusan itu carilah redha Ibubapa kerana redha Ibubapa juga merupakan redha Allah, jangan diikut ego "darah muda".

    kisah lanjut : >>>sinarharian.com.my/pengantin-seminggu berkahwin-dibakar




    Kisah lanjut >>> suami-tendang-perut-isteri-hamil-lapan.html


    sumber :

    -----------------------------------------------------------------------------------------------


    PASANGAN MUDA BERCERAI SELEPAS SETAHUN BERKAHWIN
    sumber :


    -----------------------------------------------------------------------------------------------


    Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com.my/kes-cerai-di-malaysia-meningkat

    -----------------------------------------------------------------------------------------------
    Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com



    -----------------------------------------------------------------------------------------------

     
    Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com
    truestory.my
    sumber :


    sumber :
    https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/s720x720/1186118_10151784708439883_1276483981_n.jpg
    sumber:
    http://3.bp.blogspot.com/-ljI09NJ0D54/Uo9Huz54hLI/AAAAAAAAFTA/Zv6zTZ2ILtw/s640/binipemalassuamibodo.jpg
    sumber : kebodohan suami isteri???


    Sedih, wajarkah beliau dipenjarakan???




    Kahwin Muda : Jangan Ingat Mudah!

    sumber : I Luv Islam.com

    Kahwin Muda : Jangan Ingat Mudah!

    sumber : I Luv Islam.com



    sumber & video >> penmerah.com






    Artikel saya berkenaan tajuk "CINTA & PERKAHWINAN INI"-
    >>> Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM
     >>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
    >>> RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR  

      84 comments:

      1. lelaki kahwin lambat takpe..makin lama saham naik..ye dak? ^o^

        perempuan makin lama, kena bersaing dgn adik2 yg lagi muda lagi comel2..huuu

        ReplyDelete
      2. xpe, dont worry ye Cik Zuyyin sbb saya lihat Zuyyin nie seorang yg berpewatakan lemah-lembut, sopan-santun dan cantik (saya yakin Zuyyin sedang menjadi idalam ramai kumbang2 diluar sana(^_^).hehehe.
        Zuyyin senarai je ciri2 yang Zuyyin mahukan tu,banyakkan berdoa & insyaAllah akan datang ciri-ciri yang Zuyyin mahukan tu, btl x?hehehe...

        tentang ciri2 prempuan nie kena bersaing dgn adik2 yang lagi muda, silap tu sbb xsemua lelaki cari yang muda, ada yang cari bakal isteri yang matang, pandai urus rumah tangga dan bsifat keibuan(untuk bakal anak2 dia).hehehehe. ade sesetengah lelaki ni dorang tak pandang luaran sangat, yang penting dalaman kena cantik, same jgk dgn prempuan, btl x???.hehehe

        ReplyDelete
      3. sy shasha, pljar di sebuah ipta,,tahun pertama...sy ade bf n skrg umur dy 27 n sy 19, bf sy ni bekerja di syarikat swasta, pendapatan pon lumayan, ad rumah n kereta,snang citer xde mslh kewngn r,dy ckp dy xkn larang sy smbg blaja even kami sudah berkahwin..hbngn kami serius,,tp skrg mslh kami dsbbkan family,..bf sy n family dia bercadang nk merisik sy tahun dpn,then tunang n ikat 2 tahun,,then kawen..tp sy mst still blaja mse tu... parents sy pulak melarang sbb dyowg nk sy abeskn blaja,,kalo nk kawen pon tggu sy abes ijazah..sy ade jugak ckp ngn bf sy boleh x dy tggu sy smpai abes degree..kirenye mse tu umo sy 24, umo dy 32..dy ckp, sy still muda, kirenye sy mst boleh dpt yg lg bgos dr dy,,tp sy ckp la yg sy janji akn tunggu dy n kawen dgn dy..tp dy mcm xleh terime jwpn sy...sy sbnarnya xde la excited sgt pon nk kahwin awl, sy pon mude agy, tp semua ni disebabkn bf sy ni penah putus tunang, so dy jd trauma, dy tkot la lau dy tggu sy bertahun2, tupp2 sy ade org laen..oc la dy kecewa...tp sy ckp la sy ni setia huhu~ dats why parents dy nk dy kawen cepat n xnk tgk bf sy ni terluka lg....so mcm mana ea,papepon sy nk ckp bukan sng nk carik bf cm die, sbb dy seorang yg sgt hormat family n sgt sygkan kanak2..selama sy bercinta dgn dy, dy xpena marah or berkasar ngn sy..kirenye sy dah teliti r dy ni sifat nye mcm mane..so xde lah sy teragak2 nk kawen ngn dy..sy ni mmg suke suami penyayang hehehe...

        ReplyDelete
      4. Merujuk kpd isu cik sha tu, bagi pendapat saya, lebih baik sha berbincang dgn ibubapa & dia elok2, tapi apa-ape pun semua perkara mestilah mendpat keizinan ibu bapa. dia juga perlu menghormati ibu bapa anda & dia tak bole buat sebarang keputusan terutamanya dengan memaksa ibu bapa anda menerima anda berkahwin dengan dia secepat mungkin. tapi, dia perlu ingat, jika jodoh tidak ke mana, insyaAllah jika masing-masing berusaha, hubungan itu pastu akan berkekalan ke jinjang pelamin.
        saudari juga bole meminta pendapat para pensyarah serta kaunselor di universiti anda...

        Yang kedua, bf sha juga perlu ingat bahawa apabila anda berdua sudah bertunang, sebahagian besar 70% peluang anda untuk berkahwin adalah tinggi tetapi seelok-eloknya tempoh perkahwinannya paling lama pun cuma setahun (yang menurut kursus perkahwinan yang saya ikuti). Maksudnya, kebarangkalian untuk anda mendirikan rumahtangga adalah tinggi kerana jarang org yg putus tunang tanpa alasan munasabah.


        Yang ketiga, apabila dia mula memikat hati anda semasa masing-masing mengikat janji sebagai kekasih sebelum anda menjejakkan kaki ke universiti dahulu, dia sepatutnya telahpun sedia maklum bahawa dia perlu menunggu anda menghabiskan pengajian anda terlebih dahulu. Bukan saya menentang anda berkahwin semasa sedang menuntut cuma berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya yang berkahwin semasa sedang menuntut, dugaannya lebih besar lebih-lebih lagi apabila anda tinggal berjauhan daripada suami anda serta anda ditakkdirkan pregnant (ramai juga yang pregnant walaupun mereka merancang untuk tidak mempunyai anak lagi) kerana kehidupan wanita semasa sedang pregnant amat mencabar terutamanya kerana senang sakit serta jauh drp suami. Jika ada yang mampu menghadapinya, ia terpulang kepada diri stp indvidu . Ibu bapa anda juga mungkin lebih mengetahui dan telah memikirkan masak-masak dengan bertanyakan saudara mara serta sahabat mereka tentang hal ini kerana risaukan anda tidak dapat fokus atau pelajaran anda akan terjejas kerana menghadapi krisis-krisis di dalam perkahwinan. Apabila anda berjaya berpegang kepada ijazah anda, hidup anda insyaAllah akan lebih terjamin kerana sebagai isteri kita tidak mengetahui perjalanan hidup selepas berkahwin seperti diuji dengan kematian suami secara mengejut dan sebagainya. Dengan mempunyai ijazah, hidup anda akan lebih terjamin walaupun selepas ketiadaan suami.

        Usia yang paling sesuai untuk berkahwin ialah selepas 24thn (mengikut kursus kahwin yg saya ikuti) kerana pada masa tersebut pemikiran kita lebih matang & kewangan sedikit stabil brbanding semsa belajar....


        Kesimpulannya, saudari perlu berbincang dgn keluarga & minta pndapat pelbagai pihak berpengalaman seperti saudara mara & menyenaraikan segala kebaikan serta keburukan selepas berkahwin... Cuma saya cadangkan seeloknya, anda tamatkan pengajian terlebih dahulu (bukannya lama pun) disamping itu keluarga anda juga dapat mengumpulkan kewangan serta membuat persiapan untuk knduri kahwin anda nanti)... Apa sahaja pilihan anda, anda perlu yakinkan bf & keluarga anda...

        Akhirnya, adakan sembahyang ishtikarah supaya diberikan Allah petunjuk untuk anda membuat pilihan yang terbaik... Yang penting, jangan perjudikan hidup anda kerana hal perkahwinan perlulah difikirkan semasak-masaknya... Umpama menarik rambut dlm tepung "Rambut jangan putus, tepung jgn bersepah". Berbincanglah seelok-eloknya...

        ReplyDelete
        Replies
        1. mgikut prncgn bf cik sha,,cik sha akn bkhwin ngn bf pd umo 22 thn,,bf prlu mnunggu 3 thn sblm bkhwin,,jika cik sha dpt buktikn yg cik sha setia slame 3 thn ini knape tdak untk lg 2 thn shga tmt pgjian??jika dy bnr2 syg dan mmg bniat untuk mjadikan c.sha sbgai suri hdop nya,,dy xkn teragak2 untk trus mnugu,,kalau dah jdoh xkn ke mane,,(^^,)

          Delete
        2. saya pn setuju dgn pdpt tsebut... ;-)

          Delete
      5. salam..
        tgk dlm blog ni sume berkait dgn rezeki..byk kali org dlm blog ni kate..rezeki dr Allah..rezeki dr Allah..tp duk risau lg ps rezeki knape..jnji manusia kte leh pgg..jnji Allah kte x yakin??nauzubillah..allah ade berfirman dlm ayat 1000dinar..kte duk hapal2 1000dinar..tp mksd die tau ke?ni die ' sape yg bertakwa kpd allah..allah akn bg jln keluar dr segala mslh..dan allah akn bg rezeki dr lubuk yg tidak disangka2..' 2 die..allah da jnji..same2 la kte pk..pk berlandaskn agame..jgn pk ikut peredaran semasa..

        ReplyDelete
        Replies
        1. kita kena ingat, Allah sendri bukan semudah-mudah itu hendak berikan kpd rezeki kepada kita. Kalau banyak yg kita berusaha, sebanyak itu jugalah rezeki yg Allah kurniakan, insyaAllah. Kita kena ingat, Allah mahu kita BERUSAHA dan berDOA bersungguh-sungguh kemudiannya barulah berTAWAKKAL, bukannya hanya bertawakkal KEMUDIANNYA hanya menunggu bulan jatuh ke riba..

          Delete
      6. Anonymous : Saya tersenyum sendirian apabila baca komen saudari (kalau ikut gaya ayat tu mcm perempuan). Jika saudari berpengalaman dan dah pun berkahwin semasa masih belajar, teringin saya mndengar pengalaman saudari. Seperti yang saya maklumkan, tanggungjawab dan bebanan/amanah besar lebih dirasai oleh suami(tu pun jika dia menjalankan tanggungjawabnya. Jika dia mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, takdelah dia rase amanah tersebut). Macam saudari, walaupun saudari ditakdirkan menjadi suri rumah sepenuh masa sekalipun ataupun jadi isteri ketika masih belajar, adakah saudari dapat rasakan bebanan melebihi bebanan suami saudari kerana tak banyak yang perlu saudari fikirkan...

        Berbanding suami saudari, mahu atau tidak mahu, dia wajib mencari rezeki & sumber kewangan serta mencukupkan segala keperluan untuk menampung keluarga dan bukan setakat memenuhi tuntutan batin semata-mata. Jika tidak mampu menyediakan semua itu, maka tak perlulah lelaki itu berkahwin kerana mengahwini seorang isteri itu tidak semudah membeli anak ayam dan hanya memberikan makan semata-mata tunggu ayam itu membesar.

        bagi saya, saudari masih mentah dalam membincangkan tentang isu perkahwinan ini, banyak lagi yang perlu saudari perlu pelajari. Berkahwin ini bukan hanya untuk menurut tuntutan nafsu semata-mata sebagai punca utamanya.

        Berkenaan dengan isu rezeki Tuhan yang tentukan, rezeki itu Allah itu takkan datang semudah itu sahaja dengan hanya pasrah selepas berkahwin tanpa usaha bersungguh-sungguh, menurut pendapat alim ulama jugak, itu juga menunjukkan orang yang berpendapat sedemikian seolah-olah "sombong dengan takdir" (contohnya saudari anggapkan berkahwin je trus Allah berikan rezeki dengan semudah-mudahnya sedangkan Allah akan berikan rezeki sebanyak mana usaha yang saudari usahakan, jangan main pasrah begitu sahaja).

        saya juga ingin bertanyakan kepada saudari, apakah maksud bertawakkal?
        Seorang hamba-Nya perlu bertawakkal kepada Allah selepas dia habis berusaha, berdoa dan disusuli dengan bertawakkal (pasrah dengan segala ketentuan Ilahi).

        Terdapat juga kisah mengenai seorang Arab menemui Rasulullah mengadu mengenai untanya yang hilang. Rasulullah bertanya "Adakah kamu mengikat unta tersebut?". Arab tersebut menjawab "Tidak kerana saya bertawakkal kepada Allah".
        Rasulullah menjwab, ikat dahulu untamu itu dahulu sebelum kamu berusaha (maksudnya, berusaha sepenuhnya dulu sebelum kita berserah kepada Allah).

        Sama juga kesnya jika saudari sakit, adakah saudari hanya bertawakkal tanpa berusaha untuk mengubatinya??? Saudari perlu berusaha mengubatinya terlebih dahulu seblum bertawakkal kepada-Nya.

        Saya langsung tidak mengatakan yang kita perlu risau dengan rezeki yang akan dikurniakan Allah tetapi adakah anda yakin usaha anda yang tidak seberapa untuk berkahwin semasa usia muda itu melayakkan anda untuk anda mendapatkan mendapatkan apa yang anda mahukan??? Seolah anda hanya berusaha sedikit tetapi mahu Allah berikan anda keputusan exam yang paling cemerlang berbanding orang lain....

        Begitu juga seolah saudari mengharapkan Allah memberikan rezeki serta kekayaan/kewangan kepada saudari senang-senag begitu sahaja ketika masing-masing masih lagi "sekolah pun tak habis" sedangkan kerja pun tidak, hanya mengharap PTPTN mahupun biasiswa mak bapak. Rezeki yang Allah berikan pun tidak hanya dalam bentuk kewangan semata-mata & mungkin juga dalam bentuk2 yang lain. Macam pendapat orang skrang, KEWANGAN BUKAN SEGALANYA TETAPI SEGALANYA MEMERLUKAN KEWANGAN.... MAKA, CUKUPKAH USAHA YANG SAUDARI/SAUDARI LAKUKAN SETIMPAL APA YANG SAUDARI/SAUDARA MAHUKAN???

        ReplyDelete
      7. ok...saye da bace artikel nie...saye nk tnye mcmane plak kalo sorg belajar n sorg lg keje? sebb sefaham saye la kan...cik ckp kt cnie bg yg kedua-dua nye belajar kn?

        ReplyDelete
      8. bagi saya, jika suami kerja & sumber kewangan yg kukuh (sebab sekarang nie byk perkara memerlukan wang), (rujuk artikel ini http://princehardy.blogspot.com/2011/08/motivasi-cukupkah-gaji-rm3000.html ), berfikiran matang, elok agamanya serta bertanggungjawab, insyaAllah tiada masalah. Tetapi jika hanya isteri yg bekerja,suami pula masih belajar, susah la sedikit kerana isteri akan dibebani oleh bebanan menguruskan rumahtangga disamping perlu menggantikan tugas suami mencari nafkah sedangkan nafkah keluarga adalah wajib ditanggung oleh suami...

        ReplyDelete
      9. terima kasih utk penulisan ni. membantu saya sangat2. saya pun sebenarnya ada merancang nak kahwin awal. masih belajar id sebuah IPTA dlm bidang pendidikan. sama jugak mcm bf sy cuma bf sy lagi 2 thn utk tamatkan pengajian. sy pulak bru semester 2 jadi ada lagi 3 thn utk tmtkan pengajian sy. bf sy ni dah berbincang dgn family dy pasal hasrat kami nak kahwin awal. tp, family dy pun mintk kalau blh biar kami dua habis bljr dulu. saya tertanya2 apa slhnya kalau kami kahwin dlm masa belajar ni kan. tapi, melalui penulisan blog ni, skrg sy fhm kenapa. terima kasih sgt. insyallah, saya sendiri b'hrp Allah memudahkan perjalanan sy dan pasangan sy utk tmtkan pengajian, dptkn kerja kemudian baru lah berkahwin. Skrg baru sy fhm, nk bina sebuah masji ikut syariat Allah tu x semudah yg saya fikirkan selama ni. terima kasih sgt2. :)

        ReplyDelete
        Replies
        1. bagi saya, biarlah bf saudari tamatkan pengajian dan seterusnya dapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang terjamin, stabil dan kukuh. Apabila pendapatan suami dah stabil dan mencukupi, barulah lebih kukuh untuk bina sebuah keluarga, betul tak???
          Allah yang menentukan siapa jodoh kita. Tapi kita perlu BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL terlebih dahulu, jika sudah jodoh kita, insyaAllah tak ke mana tetapi kalau bukan jodoh kita sekuat mana sekalipun kita berusaha, si dia tak akan menjadi pasangan hidup kita jika telah tAllah takdirkan dia adalah jodoh kita.
          Kita tak mahu dok terkejar-kejar kawin tapi akhirnya perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian disebabkan pelbagai faktor akibat krisis daripada pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tidak cukup kematangan fikiran dan kawalan emosi serta masalah kekurangan komunikasi berkesan antara suami isteri.

          Delete
        2. saya pun ada 1 cerita bos, sweet tp agak sedih la...skrg pun terasa lg. Last year i hv this crush on a girl la, cantik orgnya, bijak serta berdedikasi dlm pelajaran, UIA kitorg ni, amik Bachelor English.Minah ni mmg bijak arr, dpt Dean list every sem. Ok2, awal thn ni dlm bln 2, saya confess yg saya minat kat dia, ok dia diam jer, plus dia kata dia single, tkpalah, then 1 week later she admits that she's planning to be engaged with sum1, saya pown of course patah hati, seminggu kot tmbh lagi mamat tu sy tahu junior kot cuma tua arr pd dia, budak kelantan kan, maahad lewat 1thn saya senior tp minah ni muda cuz dia budak PTS. Dia kata islam ni agama mudah, dah org nak i amik jela, u xda nafsu ke? dia tanya saya. Saya dlm hati, kata wah tu je ke tujuan dia. Saya geram bkn apa, sbb cepat sgt, diorg kenal x smpi 1tahun pun,mamat tu dah cekup dia bawak parent jumpa lar, in fact diorg ni kontra la bos, mamat ni style agama2 skit ntah lah kan tp birthday party minah ni dia g jer, saya pun x gi walau bkn lepasan sekolah agama, mniah ni budak PJ budak bandar, mmg hip arr, style suka tgk bola la Lumba keta la,boleh kata interest dia sama mcm saya, dia pun ada keta, laki tu tkda pu, plus rumah dia banglo arr. Tu yg saya pelik..kecewa pun ada. Ada la tnya kawan baik dia, dia kata kalau you kahwin dia x abis blaja korg nak dok mana? minah ni jawab, dok umah i la..saya pun macam,hish tkan nak duk umah family pompuan, saya sendiri pun yg dah ada rumah pun xda berani nk janji kahwin lg, at least kenal2 dulu, Tp beberapa mggu pastu dia adalah dating ngan saya, jgn salah faham,x curang tp selagi dia x bertunang, saya try sedaya yg boleh, sbb kawan2 dia kata dia ada soft spot kt saya, so kitorg kluar la date 2 kali, bawak adik saya 1st date 2nd dua org jer, sy pun call2 dia hjg mggu , dia pun kata x kisah la apa la i ok jer,tetibe 5mmgu pastu, dia suh hentikan cara mengejut, even nk text pun x sudi dah, ajak juma nk bercakap pun xnak sampai saya kena kejar dia br dia berhenti. Sehari sblm exam, yes dia pun dah brtunang, agak ganggu la emosi saya, tp sy sabar, ingt nk jumpa tp dia secara professional kata kena bawa tunang dia sama, cuz he knows that i like her, last2 xjumpa pown, in fact dia kata dia x dibenarkan untk reply or jawab call saya, sy dh kata nk berbaik2 tp dia buat x endah pown,dia ada la reply janji jumpa saya tp x jumpa pown, saya agak sabr tp agak kecewa sbb dia x tunaikan janji dia, tp myb dia dipaksa oleh mamat tue. Lama sy tggu bos, smpi abis exam 5hb baru2 ni. last2 saya hantar text serta email pdnya luah kan apa yg saya nk cakap selama ni sblm dia bertunang tp tkda rezeki, amat kecewa seketika. Ni saya nk tnya? kukuh x alasan wanita ini dan ada x harapan untk saya untk mungkin memenangi hati nya sbb saya rasa i desrve a 2nd chance, bkn nak rmpas yer, yes i love her bos, but if sy sayag da, saya mesti biarkan ini berlaku dulu

          Delete
        3. thanks kerana berkongsi sebuah pengalaman yang menarik dan panjang lebar, saya tumpang bersimpati. Saya sendiri mempunyai seorang adik perempuan di mana bfnya kelam kabut nak ajak bertunang sedangkan belajar pun belum habis, akhirnya saya membantah keras niat bfnya itu kerana bertunang tidak menjamin yang dia telah menjadi milik lelaki tersebut, bertunang juga tidak bermakna apa-apa cuma jika seseorang itu telah bertunang orang lain diharamkan untuk bertunang dengan wanita tersebut.

          Saya tumpang simpati dengan saudara dan saya nasihatkan saudara supaya banyakkan bersabar, wait & see tunggu keadaan seterusnya kerana saya yakin tempoh mereka terlalu lama untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian dan berkahwin, dan semasa bertunang apa sahaja boleh terjadi dan tempoh paling elok untuk bertunang ialah selama setahun (tidak terlalu lama atau singkat).

          Tetapi, jika sepanjang saudara menunggu wanita tersebut, saya nasihatkan untuk saudara berkawan sebagai kawan biasa sahaja (bergantung kpd penerimaan wanita tersebut). Dan jika suatu hari nanti saudara bertemu dengan wanita lain yang paling sesuai, lupakanlah wanita tersebut kerana saudara perlu ingat bahawa Allah menjodohkan seseorang dengan jodoh yang paling sesuai dgn dirinya. Cuma saudara kena perbanyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Adakan ciri-ciri yang saudara mahukan ke dalam diri saudara terlebih dahulu.

          Amat TIDAK kukuh alasan wanita tersebut, ingin BERKAHWIN di atas faktor nafsu semata-mata lebih-lebih lagi apabila keadaan masa depan dan ekonomi selepas mereka berkahwin belum tentu stabil dan tetap. Suami perlu kukuhkan dahulu sumber pendapatan supaya dapat menyara anak dan isteri kerana hukum memberikan nafkah oleh suami adalah wajib.

          Saudara boleh sharekan entry saya ini untuk membantu wanita tersebut membuat pertimbangan yang sewajarnya krn kita tak mahu rumahtangga yang dibina nanti terhuyung hayang menanti roboh, nauzubillah.....

          Peluang saudara untuk memenangi hati wanita tersebut saya jangkakan mungkin 30% kerana dia telah bertunang tetapi saudara masih lagi boleh cuba berkawan dgn wanita tersebut. Jika ditakdirkan Allah dia bukan jodoh saudara, insyaAllah saudara akan dijodohkan dengan wanita yang lebih baik dan terbaik serta paling sesuai dgn saudara, insyaAllah dan percayalah kpd Janji Allah....

          Delete
      10. Dia baru grad boss, saya next sem bln 12ni, insyallah, mamat tue 1thn lg. Ye as i said, i'm sad cuz mereka or at least mamat tu ikat dan janji cepat sgt, cukup2 1thn dah engaged.Mamat tu adalah, amik upah jual aiskrim, myb nk pinang kot, we'll that has already happened eventually, Arghh, sabar je la. Tp apa2 pun saya sentiasa berdoa agar allah bukakan hatinya serta mindanya untk berkomunikasi dgn saya at least,tp ada batas2nya la, insyallah. Saya hairan boss, mengapa wanita sebijaknya tergesa nk kahwin when she's very smart and intelligent, rasa mcm dia ni insecure takut org xnak la, b4 she met this guy, dia cita2 nak grad awal ckit sbb nk smbg masters di UK or US, tp skrg ni jd menunggu pulak, saya rasa mcm sayangnya umur baru 22thn boss, amat cerah peluangnya hndk pergi jauh.Dulu b4 dia ada mamat ni, dia wanita melayu yg berani, outspoken serta independent dlm hidup, x gentar memberi pendapat myb itu ciri2 wanita dibesarkan di Kota raya kan. Skrg mcm menurut saja, hmm. Jika boss tnya, do i love her, yes i do boss, with all my heart, tp jgn salah faham bkn nk kacau dia, in fact b4 dia btunang dulu pown, saya nk call pun saya minta izin pd dia, syukur sy xpernah ada physical contact ngan dia,i can still curb my sexual desires, syukur ke hadrat ilahi. Saya idea myb berlainan ngan mamat ni tp itu x beerti sy x matang jika sy target berkahwin pd usia 27 keatas kerana sy dipengaruhi oleh ayah saya yg berkahwin pd umur 29thn semasa menjadi pegawai krjaan yg financially stable dan sehingga skrg syukur bapa saya telah mencapai segala cita-citanya , insyallah sy juga ingin jd sepertinya, pegawai krjaan, dan jika ada jodoh dgn wanita ini, sy akan terus ambilnya tnpa buang masa, kerana duit dh ada, myb wanita ini serta tunangnya blum lihat realiti kehidupan sebenar.Apa2pun boss, saya hanya mampu berdoa dgn harapan wanita ini dilembutkan hatinya, insyallah. Jika dia berkahwin juga, tkpalah saya doakan yg terbaik untknya dan tidak mahu dendam dgn mamat tue. Tp saya x tolak possibilty bahawa dia xjumpa saya mungkin dipaksa oleh tunangnya atau dia x sanggup melihat sy kecewa, dia pun pernah berkata sblm ni, u ok ke? saya kata insyallah, i'll b fine, sy serahkan pd takdir ilahi. Insyallah boss, saya teruskan berdoa untk wanita ini

        ReplyDelete
        Replies
        1. bagi pendapat saya, tentu ada sesuatu yg menyebabkan wanita tersebut mengambil keputusan sedemikian, maybe disebabkan oleh faktor agama yang dilihat pada lelaki tersebut, jadi wanita ini bimbang yg dia tidak akan temui lelaki seperti lelaki itu lagi.

          Faktor kedua ialah saya rasakan ialah disebabkan lelaki itu berjaya menyakinkan/memujuk wanita tersebut untuk menerima utk bertunang/berkahwin dgn dirinya dgn pujukan yg berkesan.

          Faktor perubahan dirinya itu juga mungkin juga disebabkan oleh faktor tunangnya yg mempengaruhinya/menasihatinya...

          Keputusan saudara utk berkahwin pada usia 27 tahun juga mungkin merupakan tempoh yg terlalu lama utk wanita tersebut menunggu, seelok-eloknya berkahwinlah selepas 1 hingga 2 tahun selepas mendapat pekerjaan yg stabil dan berpendapatan kukuh. Saya nasihatkan supaya utk langkah permulaaan, saudara pikatlah hati mana2 wanita yg ingin saudara ingin jadikan teman hidup. Apabila cinta dia pada saudara diterima, mendalam dan hubungan saudara berdua sudah serius, barulah bawa berbincang tentang hal ini dan dapatkan kata sepakat bersama semoga masing2 sedia faham keadaan pasangan masing2. Cuba yakinkan pasangan anda tetapi jgn terlalu mendesak kerana tiada wanita yg suka didesak lelaki.

          Saudara juga boleh mengkaji apakah perkara yang menyebabkan wanita tersebut tidak menerima saudara.

          Apa yg mampu saudara lakukan sekarang ialah cuma berkawan seperti kawan biasa terlebih dahulu dgn wanita tersebut dan cuba campak jauh2 perasaan cinta pada wanita tersebut selagi wanita tersebut menjadi tunangan orang lain, insyaAllah saudara lambat laun akan dapat menerima keadaan dirinya. Mungkin suatu hari nanti wanita tersebut teringat kembali kelebihan saudara berbanding pasangannya kerana dia mengenali saudara lebih lama berbanding lelaki tersebut.

          Jika saudara menemui/berhubung dgn wanita tersebut, mungkin saudara boleh sampaikan/meyakinkan bahawa saudara hanya ingin berkawan sebagai kawan biasa dan telah dapat menerima hakikat yg dia telah jadi tunangan orang (walaupun sebenarnya dlm hati saudara masih tersimpan sedikit perasaan tersebut), saya yakin perasaan kecewa, marah, sedih dan hampa saudara akan sedikit terubat, berikan wanita tersebut sedikit masa ok. just wait & see kerana kita tidak tahu sama ada saudara akan dijodohkan dengan wanita tersebut atau dgn wanita lain yg lebih baik. Cuma banykkan BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL, bangun malam jika mampu sembahyang istikarah utk memohon petunjuk yg terbaik utk saudara pilih...

          Delete
        2. Jika keputusan wanita tersebut utk berkahwin dgn lelaki yg lebih muda daripada umurnya bagi saya mungkin perlu dipertimbangkan kerana sudah lumrah wanita walaupun sama umur dgn lelaki, tahap kematangan kebanyakan wanita adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan lelaki dlm berfikir dan berbuat keputusan, jadi jika lelaki tersebut lebih muda sndri kena maklum akan keadaaan tersbut yg mungkin akan terjadi di kemudiaan hari..

          Delete
        3. oh tidak, tunangya sama umur seperti saya, sbb maahad tua setahun tp bila masuk ipta diorg lewat 1thn ;-)

          Delete
      11. Oh, kitorg kenal dlm class sama boss cuma diorg di set up date oleh rakan2 mereka bulan mei thn lepas , so lekat terus. Yeah betul. insyallah moga hati saya tabah, saya akan cuba ucapkan selamat hari lahirnya melalui sms yg jatuh pd 22jun ini, tgk responsnya, insyallah

        ReplyDelete
      12. Bagus juga cadangan boss, kalau dialah wanita itu, i'll take her terus, tp apa2 pun, saya dah ada 2 kunci cuma tiada kerja lg, insyallah coming soon.

        ReplyDelete
        Replies
        1. saudara boleh juga menghntar msg melalui sms atau email memaklumkan hasrat saudara hanya untuk berkawan dgnnya, saya yakin walaupun tel tidak diangkat tapi insyaAllah dia akan baca juga msg saudara walaupun tidak direplynya. All the best, semoga sntiasa tabah dan saya doakan saudara berjaya di dalam kehidupan di dunia & di akhirat...
          WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK, LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK!!!
          Allah menduga hamba-Nya untuk menguji sejauh mana kuatnya seseorang hamba-Nya beriman kpd-Nya dan Allah juga mengurniakan seseorang itu dgn apa yg diperlukan hamba-Nya bukannya yg dikehendaki hamba-Nya....

          Delete
      13. Thanx boss, insyallah Allah tidak akan menguji hambanya jika ia x mmpu untk menghadpinya, jika boleh saya tidak mahu putus hubungan dengannya kerana dia adalah wanita yg baik.Insyallah batas2 itu saya mampu jaga.
        Diharapkan boss dpt bantu saya doakan supaya melembutkan hatinya semula wanita ini,sedap namanya, bijk orgnya untung sesiapa yg dpt menyuntingnya

        ReplyDelete
      14. Syukur, dia menjawab juga mesej birthdaynya yg saya hantar

        ReplyDelete
        Replies
        1. tahniah & syukur, semoga saudara dapat membuat pilihan yang terbaik. Saya nasihatkan saudara untuk berkawan terlebih dahulu kerana kawan adalah kekal abadi & wanita adakalanya lebih mementingkan kawan mereka berbanding boyfriend mereka ...(^_^) ..

          Delete
        2. Thank you boss, hopefully hatinya terbuka suatu hari nanti, cinta sy padanya masih ada tp i'll keep it to myself. Apa2 pun skrg saya sabar,relax serta cool sahaja, insyallah i'll remain steady

          Delete
      15. Assalamualaikum En. Hardy Boy

        Pertama sekali saya ucapkan tahniah & syabas di atas entry yg sgt b'guna ini. Saya teruskan shj mengutarakan permasalahan saya.
        Saya mempunyai seorang adik perempuan (masuk 22 thn) yg baru shj menamatkan Degree nya di US dan skrg sedang menjadi penanam anggur terhormat di rumah. Baru2 ini sewaktu masih menuntut di US, beliau b'kenalan dgn bf dia skrg (26 thn) di mana bfnya pula menuntut di Ausralia. Dipendekkan cerita, mereka berdua baru bersua pertama kali a/bila adik saya sudah pulang ke tanahair dan si lelaki pd ms ini tgh postpone Degree nya atas alasan nak berehat sekejap. So skrg usia perkenalan mereka sejak kepulangan adik saya baru sahaja mencecah kurang sebulan.
        Semalam ibu saya menanyakan pndpt dan mengkhabarkan bahawa adik saya ini menyuarakan keinginan utk berkahwin dgn bfnya atas alasan si bf nak sambung Master di England thn hdpn, so nak bawa adik perempuan saya. Oleh krn tiada ikatan mrk mngambil kptsn tsbt utk berkahwin thn ni. Tiada halangan dr ibubapa kedua2 pihak malah kesemua perbelanjaan nikah, study & sara hidup mrk selama si lelaki study akan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga si lelaki memandangkan mrk ialah drp keluarga berada dan berkedudukan. Selain itu tidak dinafikan 'bakal ibu mertua' adik saya sgt sayangkan dan menyukai adik saya.
        Permasalahannya skrg bagaimana saya hdk memberikan pemahaman kpd kedua org tua saya dan adik saya tanpa mengakibatkan ada hati yg terluka. Ini krn:
        Pertama: Pd pndpt saya si lelaki belum ckup matang wlaupun sudah 26 thn krn di umur sebegitu beliau sepertinya tdk serius hendak memantapkan dirinya dahulu dr segi pengetahuan dan kemampuan kewangan. Semua masih ditanggung ibubapa malahan berasa selesa a/bila masih ditanggung ibubapa w/pun berkahwin nanti.
        Kedua: Ibu bapa saya hanya melihat kesempurnaan keluarga si lelaki sbb berpangkat, kaya dan keluarga baik2. Akan tetapi yg akan melayari bahtera rumahtangga itu kelak ialah adik saya. Bagi saya kedua2 org tua saya spt tdk melihat 'long-term'nya sekiranya dgn mudah menyerahkan anak mrk kpd seseorang yg belum diketahui masa depannya (Degree belum habis di Australia dah nak fikir kahwin & sambung Master & apa kes kalau 26 thn belum habis Degree? Bukan ambil Medic pun. Dan saya dh tanya dgn saudara ipar yg belajar kursus yg sama di Australia standard Degree tsbt ialah 3 thn shj) Maksud saya smpai bila nk bergantung dgn kemewahan keluarga shj.
        Maka diharap En. Hardy Boy boleh membantu dlm memberikan pndgn dan saranan yg boleh saya buat. Bukan tak suka adik kahwin tp saya sayang adik saya dan takut beliau tersilap langkah. Kerana cinta, yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran. Terima kasih

        ReplyDelete
        Replies
        1. salam. terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini. cuma saya nasihatkan jika saudara ingin menegur pasangan yg sedang bercinta, kena berhemah & lemah lembut kerana ketika sedang "mabuk bercinta", mereka mungkin memandang semuanya adalah indah-indah tanpa berfikir panjang.

          Saya menyokong keputusan saudara untuk membiarkan terlebih dahulu bf adik saudara untuk mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yg boleh dibuat main-main & kita tidak mahu masjid yg dibina retak dilanda ribut. Sejujurnya, memberikan nafkah oleh suami adalah satu kewajiban (bukan setakat nafkah batin sahaja, tetapi seperti yang dinyatakan di dalam blog saya ini, seorang suami wajib menyediakan nafkah zahir seperti perlu mempunyai kunci rumah, kunci kereta(kenderaan) dan kunci pejabat (sumber pendapatan yang tetap).

          Tidak perlu sebenarnya untuk tergopoh-gopoh hendak mendirikan rumahtangga jika asas tiangnya tidak kukuh. Sebagai umat Islam, kita kena mempercayai bahawa jodoh juga telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana InsyaAllah Dia akan menjodohkan kita dengan jodoh yang terbaik bergantung kepada usaha kita. Saya nasihatkan supaya saudara cuba berbincang secara elok dengan keluarga saudara terutamanya dengan kedua ibu bapa & cuba mengambil hati mereka dengan menyenaraikan kebaikan & risiko/keburukan jika mereka berkahwin sedangkan suami tidak mempunyai sumber pendapatan dan masih ditanggung keluarga.
          Ini kerana terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:-
          i) Sehingga bila suami akan bergantung kepada wang hasil pemberian / ihsan keluarga si suami? Jika suaminya adalah daripada keluarga yg kaya sekalipun, adakah cukup wang tersebut untuk menampung segala kemudahan yang wajib diberikan oleh si suami (sekarang ni pendapatan RM3000 pun belum tentu cukup>>> rujuk -
          Link CUKUPKAH GAJI RM3000???

          ii) Walaupun telah tamat pengajian sekalipun, tiada siapa yang dapat tentukan berapa lamakah bf dan adik saudara akan mendapatkan pekerjaan dengan pendpatan yang cukup & stabil bagi menampung keluarga lebih-lebih jika Allah telah takdirkan menerima kehadiran cahayamata walaupun kedua isteri merancang untuk tidak mahu hamil kerana walaupun merancang tidak menjamin 100% tidak akan hamil (mahupun berdasarkan kajian klinikal. Berdasarkan keadaan semasa, masih menjadi perkara kebiasaan pada masa kini para graduan mengganggur lebih daripada 1 hingga 2 tahun kerana sukar mencari pekerjaan. Selama tempoh tersebut (termasuklah di sepanjang tempoh pengajian, jika bfnya gagal mana-mana subjek, terpaksa la tambah masa pengajian, mampukah adik saudara & bfnya hanya bergantung kepada sumber pendpatan keluarga sahaja (sedikit sebanyak ini akan menimbulkan fitnah dariapada saudara mara & masyarakat setempat)lebih-lebih lagi kehidupan di luar negara berkos sara hidup tinggi???. Jika bf masih tidak yakin perhubungan tersebut akan bertahan lama, mereka boleh mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pastu "TAMATKAN PENGAJIAN SECEPAT MUNGKIN, DAPATKAN PEKERJAAN TERBAIK SECEPAT MUNGKIN KEMUDIAN KAHWIN LA SECEPAT MUNGKIN!!!' TAK susah pun, betul tal??? (^_^)

          Delete
        2. iii) Kehadiran selepas berkahwin amat berbeza kerana segala-galanya perlu ditanggung oleh suami, tak seperti sebelum kahwin yang masih boleh menumpang/berkongsi rumah sekalipun dengan rakan-rakan.

          iv) Kemudian senaraikan apakah rasional/sebab berkahwin ketika masih belajar (tempoh belajar merupakan tempoh yang paling sibuk hinggakan kekadang hendak uruskan diri sendiri pun tak sempat). Jika mereka risau jika kehilangan pasangan masing-masing ingatlah bahawa JODOH TELAH PUN DITENTUKAN ALLAH, JIKA DIA BUKAN JODOH KITA INGATLAH BAHAWA ALLAH MENJODOHKAN KITA DENGAN JODOH YANG LEBIH BAIK kerana perancangan Allah adalah yang paling sempurna walaupun kita merancang. BANYAKKAN BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL INSYAALLAH LELAKI TERSEBUT AKAN MENJADI MILIK/SUAMI kepada adik saudara.

          Saudara juga bole sharekan entry blog ini kepada adik saudara untuk bersama-sama fikirkan segala kebaikan dan risiko yang bakal dihadapi kerana KEPUTUSAN adalah di tangan saudara sekeluarga kerana tanggungjawab dalam membina rumahtangga adalah amat BESAR & BERAT, bukan semudah yang disangka. Jika dugaan sebelum berkahwin pun berat,lagilah berat dugaan setelah berkahwin nanti.

          Jika kedua-dua belah pihak masih tak dpt bersabar, boleh juga dicadangkan bertunang terlebih dahulu supaya masing-masing berkenalan supaya dapat membuat keputusan yang tepat (fakta menyatakan sebelum kahwin seseorang hanya mengenali semaksimum 30% sahaja diri pasangan masing2, selebihnya 70% dikenali selepas berkahwin).

          Delete
        3. Saya sarankan juga supaya adik saudara terlebih dahulu sebelum berkahwin, cuba dapatkan pekerjaan yang terbaik dgn pendpatan yang perpatutan sebagai persediaan pada masa hadapan jika apa apa-apa terjadi kepada suami (seperti terlantar sakit beberapa bulan dsbginya), mampulah isteri menanggung keluarga dan diri sendiri memandangkan adik saudara telah pun memiliki Degree. Selepas bfnya berkahwin, mereka sendiri tidak pasti berapa lamakah bf adik saudara akan menganggur (spt kesukaran yang sama dialami oleh adik saudara walaupun grad daripada US sekalipun).

          Saya juga bersetuju dengan saudara iaitu bakal suami perlu memantapkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengahwini bakal isteri termasuklah menyediakan segala keperluan keluarga (di mana semuanya banyak bergantung kepada punca pendapatan pekerjaan suami).
          Sebagai suami, isteri juga akan lebih menghormati suami jika segala-galanya diusaha sendiri oleh suami seperti berusaha mencari pekerjaan demi mencari sesuap nasi dengan titik peluh sendiri tanpa mengharapkan kepada keluarga. Ini kerana, antara faktor utama punca krisis rumahtangga pada masa kini adalah faktor kewangan keluarga dan masalah komunikasi antara suami isteri.

          Saya nasihatkan suadara supaya banyakkan berbincang dengan keluarga dan cuba mempengaruhi mereka dengan pandangan saudara. saudara juga boleh memohon kepada ahli keluarga yang lebih berpengalaman untuk berkongsi pandangan dgn kedua ibu bapa dan adik saudara. Kahwinilah seseorang itu kerana AGAMAnya selain hanya melihat kepada faktor RUPA PARAS, KEKAYAAN DAN KETURUNANNYA kerana faktor agama merupakan punca kebahagian suatu rumahtangga....

          Delete
        4. Bagi pendapat saya, saya juga mempunyai MASTER dan sepanjang saya berkhidmat dalam sektor swasta, belum pernah saya temui dlm sektor swasta, pendapatan/gaji pekerja yang mempunyai MASTER tidak banyak bezanya kerana gaji yang diberikan majikan kebanyakkan lebih bergantung kepada kepada kepakaran dan kemampuan yang mampu dihasilkan oleh pekerjannya, memadai dengan mempunyai DEGREE. Melainkan jika menjadi seorang pensyarah seperti saya sekarang ini, memerlukan seseorang untuk mempunyai MASTER dan PhD. Pendapatan graduan daripada luar negara juga adakalanya tidak banyak bezanya berbanding graduan tempatan kerana saya juga mempunyai beberapa kawan lulusan daripada luar negara.

          Jadi, pilihan lain yang bole diambil ialah, adik dan bf adik saudara ialah, tanpa perlu sambung ke MASTER, adik saudara & bfnya boleh terus berkahwin dengan memberikan cabaran kepada bfnya untuk cepat-cepat tamatkan pengajian dan dapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan dan terjamin secepat mungkin dan seterusnya masuk meminang adik saudara.

          Jika kehidupan selepas mereka kahwin nanti sudah stabil serta mengizinkan, dan jika menyambung pengajian ke peringkat MASTER menjadi keperluan untuk suami adik saudara melanjutkan pengajian MASTER, teruskanla mahupun ke ENGLAND sekalipun (itupun jika menyambung MASTER di luar negara lebih baik berbanding di Malaysia).

          Mintalah ibu bapa saudara bertanyakan juga pendapat ramai sahabat-sahabat mereka yang berpengalaman dalam hal ini. seterusnya SOLAH ISHTIKARAh DI 1/3 MALAM mohon petunjuk terbaik daripada ALLAH... INSYAALLAH...

          Delete
        5. Terima kasih En. Hardy Boy atas saranan yg sgt membantu. InsyaAllah slps ini saya akan suroh ibubapa dan adik saya membaca entry ini. Smoga mrk faham dan terbuka hati utk mempertimbangkan tindakan masing2.

          Delete
        6. INSYAALLAH saudara.. saya sekadar membantu memberikan pandangan, mungkin setiap tindakan kita ada baik & buruknya serta risiko yg bakal dihadapi. cuma apa yang penting ialah kita senaraikan segala kesan positif & negatif yang bakal dihadapi supaya keputusan yg diambil nanti merupakan keputusan yg terbaik..

          KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, TETAPI INGATLAH BAHAWA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG PALING SEMPURNA...

          Delete
      16. Blog boss agak berjaya memberi sokongan moral kpd saya, diharapkan boss sentiasa tidak jemu2 memberi nasihat kpd saya yg berusia 23thn ini. Dan diharapkan juga wanita terbabit dibukakan mindanya, insyallah. I still felt that there's a way between us, aminn. Buat masa skrg sy stay cool saja. Thanks boss

        ReplyDelete
        Replies
        1. tq juga kpd saudara krn sudi baca tajuk saya ini. betul tu, stay cool baru macho.hehehehe

          Delete
        2. Suka-suka juga boss, perasaan terhadapnya still ada,sy xkn buang sepenuhnya, now saya lupakan seketika dgn menonton Euro 2012,bola sepak jugalah penawar duka bagi kaum adam selain doa dan usaha,,,,aminn

          Delete
        3. bos, sumtimes sy rindukn dia tp bgmaina hendak jadi positif like xmau fikir2 sgt ttg gadis itu? thinking a lot jd sakit hati so apa doa or selawat diperlukan untk stay strong

          Delete
        4. Boleh juga amalkan doa berikut

          Ya Allah…
          Ya Tuhanku…
          Seandainya telah kau tetapkan
          Dia milikku dan tercipta buatku..
          Dekatkanlah dia kepadaku
          Satukanlah hatinya dengan hatiku
          Titipkanlah kemesraan antara kami
          Agar kebahgiaan abadi
          Seiring kami melayari hidup
          Ke tepian sejahtera
          Tetapi tuhanku,
          Seandainya kau takdirkan Dia bukan milikku
          Bawalah dia jauh dari pandanganku
          Luput dalam ingatanku
          Ya Tuhanku Maha Pengerti
          Berikan aku kekuatan agar ku bahagia
          Walau tanpa dirinya
          Jika benar cinta itu cinta sejati
          Maka bebaskanlah ia
          Jika benar cinta itu suci
          Ia akan datang sendirinya
          Jika ia benar dan tak kunjungi lagi
          Maka anggaplah cinta itu memang tidak pernah
          Wujud dari awal lagi....


          Saudara juga saya nasihatkan berkawan dengan lebih ramai rakan perempuan, insyaAllah ianya akan hilang...

          Delete
        5. Wah, that is the most beautiful and touching doa i've ever seen. Ini seperti doa solat istikharah yang saya dengar disampaikan oleh Dr. Asri Bekas Mufti Perlis. Insyallah, saya telah pun berasa sedikit terubat, saya mungkin telah menjumpai seseorang dari kuliah Law,apa2 saya update...Thanx boss

          Delete
        6. Salam Ramadhan Al-mubarak boss, moga ramadhan ini kita panjatkan kesyukuran serta ibadat kehadrat Allah S.W.T

          Delete
        7. terima kasih saudara. semoga Ramdhan ini membawa 1001 pengertian & ibadat kita lebih sempurna. semoga hajat & doa saudara juga dimakbulkan. aminnn..

          Delete
        8. Good news boss, sy telah pun bertemu seorang gadis bijak,law graduate uia kacukan jerman-melayu, dia telah pun bersetuju untuk keluar makan mlm bersama saya.Sy smpikn niat saya untk merisik dan berkenalan dgnnya sblm pulang ke kg untuk raya..syukur dan aminn.Tp dia mmg bnyk sembang dlm english....hehe

          Delete
        9. Alhamdulillah, semoga saudara mempunyai jodoh dgn gadis tersebut. Untuk permulaan ini, jgn terlalu mendesak. mengongkong atau menunjukkan saudara terlalu beria-ria mahukan gadis tersebut, biarlah gadis tersebut mengenali saudara terlebih dahulu, jika mampu jadi teman rapat dahulu kerana wanita amat berhati-hati dlm memilih pasangan hidup mereka(kerana mereka akan mengkaji dgn mendalam calon kekasih mereka sebelum memilih mereka menjadi kekasih).

          selitkan sifat understanding, sporting, caring dan loving...

          Memikat perempuan umpama bermain layang-layang, adakalanya tali ditarik atau dilepaskan mengikut keadaan layang-layang, jika tidak putus tali tersebut sebelum layang-layang dapat terbang tinggi dan kekal lama di langit....

          kemudian, yg paling penting, dekatkanlah diri sedekat-dekatnya dengan Allah, semoga Allah membantu saudara...

          Delete
        10. Salam Aidilfitri Boss, maaf zahir batin

          Delete
        11. Salam Aidilfitri utk saudara juga, maaf zahir batin (^_^)

          Delete
      17. Assalamualaikum..

        Apa kbr saudara? :) Selamat menjalani ibadah puasa.. Saya sekadar nak minta pendapat.. :) Saya seorang gadis berumur 27 tahun dan telah mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yg alhamdulillah boleh dikategorikan lumayan.. Saya mempunyai teman lelaki dan kami telah bersama hampir 10 tahun.. Kami merancang untuk berkahwen tahun hadapan (semoga dipanjangkan umur dan ditunaikan hajat)..Teman lelaki saya juga berumur seperti saya serta memiliki pekerjaan yg tetap dengan pendapatan yang baik.. Masalahnya sekarang, pekerjaan saya memastikan saya utk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi lagi dan ini memestikan saya utk menyambung pelajaran ke luar negera.. Jika ditanya adakan saya telah bersedia utk berumahtangga, saya akan menjawap "Ya" tetapi dengan syarat saya belum bersedia utk memperoleh cahaya mata selagi saya masih belum tamat course pengajian saya.. (Dan saya berhasrat ingin memiliki cahaya mata apabila saya sudah dalam tempoh menulis desertasi).. Teman lelaki saya bersetuju dan tiada halangan.. Tapi saya ragu, adakah patut saya meneruskan rancangan saya utk berkahwen ini memandangkan setelah berkahwen nanti kami tidak akan tinggal sebumbung malah akan tinggal berlainan negara dalam tempoh 2-4 tahun.. Saya dan teman lelaki saya memang sudah terlalu rapat (tapi masih dalam batasan Islam) dan keluarga kami memang sudah cukup mengenali dan merestui perhubungan kami.. Saya masih rasa teragak2 utk berkahwen atau tidak.. Umur dan kewangan alhamdulillah bukan penghalang cuma jarak tempat dan masa kebersamaan setelah berkahwen nanti yg membimbangkan saya.. Saya terpaksa menyambung pelajaran saya dan teman lelaki saya terpaksa menjalankan tugasannya di dua buah negara yg berbeza..Saya memang berniat dan berkeinginan utk mendirikan rummahtangga.. Cuma saja saya masih belum pasti dan masih memerlukan nasihat dan pendapat mereka yang lebih berpengalaman :) Mungkin saudara ada nasihat atau pendapat utk dikongsi dan disuarakan bolehlah saudara kongsikan bersama :) Sekian terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.. Assalamualaikum..

        ReplyDelete
        Replies
        1. Waalaikumussalam saudari,
          terima kasih juga kerana sudi berkongsi,

          jika menurut kisah saudari tersebut, bagi saya tiada masalah untuk saudari berkahwin lebih-lebih lagi saudari telah berusia 27 thn (secara purata pada selepas umur 24 tahun merupakan masa yg paling sesuai untuk berkahwin) dan bakal suami mempunyai pendapatan/pekerjaan yang kukuh.

          Saya juga mempunyai sahabat yg isterinya melanjutkan pengajian di Mesir sedangkan dia bekerja sebagai engineer Petronas di Malaysia. Tiada banyak masalah untuk mereka berkahwin cuma apabila tinggal berasingan, masing-masing perlu saling memahami & mengambil berat antara satu sama lain. Bila ada masa & kewangan yg mencukupi, sahabat saya ini akan terbang melawat isterinya di Mesir. Hampir 4 tahun mereka berjauhan dan sekarang telah tinggal bersama di Malaysia.

          Sama ada untuk mendapatkan cahaya mata, saudari & bakal suami boleh fikirkan kemudian merujuk kepada keadaan semasa.

          Bagi saya, jika suami saudari bekerja dan mempunyai pendapatan yg stabil, insyaAllah saudari tiada byk masalah apabila berkahwin nanti. Yang menjadi masalah ialah jika suami tidak bekerja/tiada punca pendapatan dan masih bergelar pelajar tetapi kelam kabut nak berkahwin kononnya nak mengelakkan maksiat sedangkan suami wajib memerlukan sumber pendapatan dan wajib menyediakan rumah tinggal, pakaian, kenderaan, makan minum dan segala kemudahan untuk isteri di mana semuanya memerlukan wang.

          Masalah saudara ini juga sebenarnya hampir sama dengan beberapa sahabat-sahabat saya yg lain dimana suami isteri tinggal berjauhan, seorang bekerja di sabah sarawak sebagai guru dan seorang lagi di semenanjung. Cuma gaji mereka banyak dihabiskan untuk tiket flight dan faktor keselamatan apabila isteri tinggal berjauhan. Adakalanya rindu mencengkam jiwa mereka lantaran tinggal berjauhan..

          waalaikumussalam... semoga saudari dpt membuat keputusan terbaik. insyaAllah...




          Delete
        2. Assalamualaikum..

          Terima kasih saudara atas pendapat saudara.. :) Sedikit sebanyak pendapat saudara membuka hati, minda dan perasaan saya untuk meneruskan niat tersebut.. Semoga Allah sentiasa merahmati saudara.. Amin..

          Delete
        3. waalaikumussalam..

          InsyaAllah, semoga Allah membantu saudari membuat keputusan dan majlis nanti berjalan lancar seterusnya membina keluarga yg bahagia.hehehehe

          Delete
      18. salam,

        saya tertarik dgn artikel ni..sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan dlm ilmu perkahwinan..Namun saya mempunyai pandangan yang agak berbeza daripada tuan blog..Bagi saya apa yang di tuliskan di dalam blog nie, ada kebenarannya..namun ada juga kesilapan nya..perkahwinan adalah satu benda yang amat suci dan mulia.Bergantung kepada seseorg untuk menghargai dan menjaganya..Btl apa yg tuan maklumkan pada kenyataan tuan..terdapat pelbagai masalah sekiranya berkahwin ketika belajar..Namun pandangan tuan terlalu negatif..sehingga tiada ruang langsung pandangan positif untuk topik berkahwin ketika belajar..Disini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai topik berkenaan..Di dlam kehidupan saya, saya melihat terlalu ramai insan yang berjaya walaupun berkahwin ketika belajar..kejayaan mereka bukanlah sekadar biasa2 tetapi mereka telah mendapat anugerah pelajar terbaik dan menerima anugerah EMAS dari pihak universiti..bukan seorang tetapi terdapat tujuh pasangan yang telah berkahwin dan berjaya menjadi PELAJAR TERBAIK..bidang yang mereka ambil,bknlah ijazah biasa..mereka adalah pelajar perubatan dan kini sudah bergelar DOKTOR..Tip2 mereka adalah lebih sng belajar bersama2, bersaing sesama sendiri dan mereka lebih bersemangat untuk belajar..Kawan sekuliah saya dulu juga berkahwin ketika belajar dan beliau mengandung dan melahirkan anak..dengan mempnyai anak yang masih kecil..beliau masih mendapat gelaran PELAJAR TERBAIK tuk batch saya ketika dulu..sdgkan kami yang masih bujang dan xmempunyai anak pn tidak dapat mencapai tahap seperti beliau..Beliau juga dapat tajaan dari JPA kerana keputusan yang sangat cemerlang..saya sangat kagum dgn dirinya..Sebenarnya untuk berjaya dalam kehidupan, ia bergantung kepada diri sendiri..semangat, berusaha dan rajin itu yang penting..Untuk berjaya tak semestinya berkahwin atau tidak..tapi bergantung pada diri sendiri..Terdapat ramai yang di luar sana yang terkandas pelajaran walaupun belum berkahwin..lebih ramai lagi yang terpaksa berhenti belajar kerana hamil luar nikah dan menanggung malu..mengapa kita menghalang untuk seseorang berbuat baik..Pada saya kita kena yakin dgn kuasa Allah..kalau niat kita baik, segalanya akan di permudahkan..Kejayaan terletak di tangan sendiri dengan izin Allah..bknnya bergantung kpd sudah BERKAHWIN atau tidak...

        saya harap, tuan tidak kecil hati dengan pandangan saya ini..saya sangat kagum dengan insan yang boleh berjaya dengan memikul dua tanggungjawab..berkahwin ketika belajar..insan yang benar2 kuat semangat dapat melakukan semua itu..Kita spptnya mendoakan yg terbaik untuk mereka bkn mengutuk, menghina dan memandang rendah dengan niat baik mereka..Saya meminta maaf kalu segala penulisan saya nie ada menguris hati sesiapa..ini hanya pandangan saya..sekian terima kasih..

        ReplyDelete
        Replies
        1. terima kasih, saya juga bersetuju dgn pandangan tuan/puan, cuma seperti yang saya katakan di atas, Majoriti blog di alam siber kebanyakkannya banyak ditulis oleh kaum hawa yang menyenaraikan segala kelebihan atau perkara positif untuk mereka berkahwin awal semasa belajar. Jika mereka menyenaraikan perkara positif/kelebihan apa salahnya jika saya menyenaraikan perkara negatif/cabaran yang akan dihadapi jika "pelajar berkahwin pada usia muda" supaya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik dan tidak hanya memandang kepada keseronokan semata-mata. Jika mereka merasakan mereka mampu, dipersilakan.

          Sebenarnya, seperti yang diterangkan oleh saya di atas, JIKA SUAMI BEKERJA tetapi ISTERI masih lagi belajar, IANYA tidak menjadi masalah besar kerana suami yang akan menanggung isteri dan anak-anak mereka. Begitu juga jika suami masih belajar tetapi mempunyai punca pendapatan tetap, itu pun tiada masalah. Masalah/cabaran di atas akan dihadapi jika suami masih belajar tetapi tidak bekerja/tiada punca pendapatan mencukupi dan keadaan lebih buruk jika si suami menganggur bertahun-tahun menunggu kerja selepas habis belajar.

          Apa yang saya ingin tekankan kepada para pelajar supaya tidak memandang mudah kepada perkahwinan kerana tanggungjawab besar ditanggung oleh si suami, jika suami merasakan mereka mampu memikulnya, dipersilakan.

          Cuma tujuan saya menulis blog ini juga kerana terdapat kebanyakan blog yang menyatakan PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR begitu mudah, kahwin sahaja dan rezeki akan dikurniakan oleh Allah sebegitu mudah. Sedangkan mereka perlu ingat bahawa rezeki yang diberikan setimpal dengan usaha yang kita lakukan.

          Jika tindakan perhubungan antara mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini yang tidak berkahwin memungkin mereka melakukan maksiat atau melahirkan anak luar nikah, berkahwinlah tetapi jika mereka tidak mampu, tinggalkanlah segala perkara yang boleh menjurus kepada maksiat daripada permulaan lagi....

          Saya juga mengakui ramai juga yang berjaya walaupun telah berkahwin termasuklah bapa saudara saya dan dalam masa yang sama ramai juga yang bercerai lantaran ketidakmatangan akibat berkahwin pada usia muda.

          Betul cakap tuan/puan, kita perlu niat kerana Allah, tetapi niat tersebut perlu disertakan dengan usaha, doa dan tawakkal....

          Terima kasih di atas pandangan tuan/puan tersebut, yang penting setiap bakal pasangan suami isteri perlu memikirkan semasak-masaknya tindakan mereka dan pilihlah yang terbaik then USAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KPD ALLAH (^_^)

          Delete
      19. salam admin . saya nak mintak pandangan . saya dan bf saya masih lagi belajar . degree islamic banking di jordan . saya baru 19 tahun dan bf saya 21 tahun . tetapi kami sama sama tahun satu kerana bf sy transfer dr syria kerana masalah pergolakan negara tersebut . kami baru kenal 2 bulan tetapi mama bf sy dah gesa kami untuk berkahwin . admin boleh bg pndangan ap y patut kami buat ? dilema =_=^

        ReplyDelete
        Replies
        1. salam saudari.

          bagi pandangan saya, TIDAK kena perlu kelam kabut untuk berkahwin awal & tergesa-gesa, jika sudah jodoh insyaAllah tidak ke mana kerana segalanya telah ditentukan oleh Allah...

          Saudari kena bertanyakan atas alasan apakah ibunya ingin adik berkahwin awal? Adik boleh ikat tali pertunangan terlebih dahulu & cuba kena sedalam-dalamnya bakal suami adik kerana untuk mengenali seorang lelaki memerlukan masa yang lama bukan main tangkap muat.

          Jika selepas adik berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal, lakukan solat istikarah memohon Allah memberikan adik petunjuk yang terbaik...

          Untuk mendirikan rumahtangga, ia merupakan amanah yang besar, jangan sampai kapal rumahtangga tersebut karam di tengah lautan. MAKSUDNYA, LENGKAPKAN SEGALA PERSEDIAAN YANG CUKUP seperti SEMPURNAKAN ILMU AGAMA, ILMU RUMAHTANGGA, ILMU AL-QURAN, HADIS, FARDHU AIN (MAKSIAT ITU BOLEH DIELAK JIKA MASING-MASING BERUSAHA DAN MENJAUHINYA, INSYAALLAH)...

          UNTUK BAKAL SUAMI, JIKA DIRI SENDIRI PUN MASIH DITANGGUNG OLEH DUIT MAK BAPAK SERTA PTPTN/PINJAMAN, TIADA SUMBER PENDAPATAN YANG TETAP, MACAMMANA SI SUAMI NAK BERI NAFKAH KEPADA SI ISTERI NANTI (MAKAN, MINUM, PAKAIAN, KENDERAAN, RUMAH UNTUK TEMPAT TINGGAL, WANG JIKA ISTERI SAKIT LEBIH-LEBIH LAGI JIKA PREGNANT)....

          BAGI pandangan saya, serahnya kepada Allah dengan syarat tamatkan belajar cepat-cepat, cari kerja yang terbaik cepat-cepat dan kahwin cepat-cepat (dalam masa yg sama lengkap dengan diri dengan segala ilmu di atas kerana pada masa kini segala-galanya memerlukan wang)...

          JIKA BF ADIK YAKIN KEPADA ALLAH, SABARLAH DAN FOKUS KEPADA PELAJARAN DAPATKAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK SUPAYA NANTI DAPAT PEKERJAAN TERBAIK DENGAN GAJI LUMAYAN (TAK SUSAH PUN, BETUL TAK?) JIKA DAH JODOH TAK KE MANA,JIKA SEKADAR DUDUK GOYANG KAKI SAHAJA DI RUMAH LEPAS KAWIN TUNGGU DUIT TURUN DARI LANGIT, ALLAH TIDAK AKAN MEMBERI REZEKI ITU SEMUDAH ITU TANPA USAHA YANG SETIMPAL...

          ADIK KENA TUNJUKKAN DIRI ADIK ADALAH MAHAL UNTUK DIMILIKI, MINTALAH PENDAPAT AHLI-AHLI KELUARGA (YANG BERPENGALAMAN LUAS DALAM RUMAHTANGGA)YANG LAIN SEBANYAK MUNGKIN DAN PERTIMBANGKANLAH PANDANGAN MEREKA SEGALA BAIK BURUK KEPUTUSAN ADIK ..

          AKHIRNYA, ADIK (DAN JANGAN LUPA JUGA AJAK IBU BAPA ADIK)SOLAT ISTIKARAH MOHON PETUNJUK TERBAIK DARI ALLAH...

          Delete
      20. ape yang saya nampak..penulisan ni semacam satu bussiness man yang hasilkan..hujah encik sangat rapuh..relevan,tapi kurang sesuatu.. TQ :)

        ReplyDelete
        Replies
        1. ini ada mnurut pndangan sy, ilmu yg sy ada, pngalaman hsil pmerhatian sy & pndangan org yg lebih arif, supaya dpt mmbantu yg ingin bkahwin utk mbuat kputusan, itu hak anda utk bkahwin masa masih bljar @ slps tamat pngajian.

          sy berbesar hati/XSABAR jika saudara/saudari bole sampaikan disini Hujah saudara/saudari itu yg BERNAS, XRAPUH, CUKUP SESUATU DAN HUJAH BUKAN BUSINESSMAN utk kita sama2 fikirkn ...

          Delete
      21. assalammualaikum..saya sudah berkawin pada usia muda pada umur 19 tahun dan suami saya pd masa itu 23 tahun..tahun ni genap 2 tahun kami berkawin.saya baru saja abes diploma..saya nak tnyekan pendapat,,saya teringin kan cahaya mata tetapi suami kata kerja dahulu,nanti baru fikirkan pasal ank,sbb nanti da ada anak bnyak kene pakai duit.....saya pun ikot saja kemahuan suami..betul kah apa yang suami saya katakan?? org kata kalau ade cahaya mata lagi tambah rezeki..bantu saya jawapannya....

        ReplyDelete
        Replies
        1. waalaikumussalam puan...

          saya akui memang utk memiliki cahaya mata memerlukan sumber ekonomi serta persediaan utk menerima cahaya mata dan ilmu menguruskan rumahtangga..

          yang penting puan perlu berbincang dgn suami dan cuba dapatkan kata persetujuan bersama. Mungkin jika puan dan suami bersetuju utk menerima cahaya mata, dlm tempoh 9 bln puan dan suami boleh cuba dapatkan kerja dan kumpul simpanan kewangan utk bersama, untuk menyambut cahaya mata nanti. tetapi perlu juga diingatkan bahawa sumber kewangan juga diperlukan utk kos perubatan apabila puan disahkan hamil belum termasuk jika kandungan puan atau puan mengalami masalah kesihatan yang lain implikasi daripada mengandung...

          memang Allah akan memberikan rezeki apabila dikurniakan cahaya mata mahupun semasa puan hamil, rezeki tersebut tak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi mungkin juga dalam bentuk nikmat-nikmat lain selain daripada kewangan seperti kebahagiaan dan sebagainya walaupun mungkin waktu tersebut puan dan suami puan mengalami masalah kewangan..

          kesimpulannya, puan dan suami puan perlu duduk berbincang bersama dan cuba senaraikan positif serta negatif keputusan puan dan suami tersebut, daripada senarai tersebut saya yakin puan dan suami dapat membuat keputusan terbaik. puan dan suami boleh juga dapatkan pandangan orang yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa...

          Delete
      22. salam, sy cuma nak tnya...sy seorang pelajar IPT, sy hbis bljar thn hdpan, techer to be n alhamdulillah keputusn peperiksaan sy mmg cemerlang..shingga skrg CGPA sy msih 3.8..niat sy tuk bercerita semua ni bkn untuk menunjuk2, tp sy cuma nak tnya pendapat..perlukah sy berkahwin?? ibu n ayah lelaki, ibu n ayah sy semua setuju..nak satukan kami smsa blajar...sy buntu, sbb sy hbis bljar 2014 dan bkal suami hbis 2015...lgpun honestly, mmg kmi x ada duit...cuma fmily ckp, lps khwin mak n ayah msing2 tnggung hdup msing2 n bergantung pd duit biasiswa....bakal suami sy hafiz al-quran, sbb tu fmily laki nk awalkan, nk jga anak lelki diorang dr maksiat....pada pendapat tuan blog, perlukah sy kahwin??

        ReplyDelete
        Replies
        1. salam,
          terima kasih kerana sudi berkongsi.
          bagi pendapat saya, ada eloknya jika masing2 mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu terutamanya suami sebelum memutuskan untuk berkahwin kerana untuk mendirikan rumahtangga yang utuh, asas tiangnya perlulah kukuh termasuklah ilmu agama, pengalaman, pelajari ilmu rumahtangga kerana ilmu tersebut amatlah penting.

          Saudari kena bertanyakan atas alasan apakah ibunya ingin adik berkahwin awal? Adik boleh ikat tali pertunangan terlebih dahulu & cuba kena sedalam-dalamnya bakal suami adik kerana untuk mengenali seorang lelaki memerlukan masa yang lama bukan main tangkap muat.

          Jika selepas adik berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal, lakukan solat istikarah memohon Allah memberikan adik petunjuk yang terbaik...

          Untuk mendirikan rumahtangga, ia merupakan amanah yang besar, jangan sampai kapal rumahtangga tersebut karam di tengah lautan. MAKSUDNYA, LENGKAPKAN SEGALA PERSEDIAAN YANG CUKUP seperti SEMPURNAKAN ILMU AGAMA, ILMU RUMAHTANGGA, ILMU AL-QURAN, HADIS, FARDHU AIN (MAKSIAT ITU BOLEH DIELAK JIKA MASING-MASING BERUSAHA DAN MENJAUHINYA, INSYAALLAH)...

          UNTUK BAKAL SUAMI, JIKA DIRI SENDIRI PUN MASIH DITANGGUNG OLEH DUIT MAK BAPAK SERTA PTPTN/PINJAMAN, TIADA SUMBER PENDAPATAN YANG TETAP, MACAMMANA SI SUAMI NAK BERI NAFKAH KEPADA SI ISTERI NANTI (MAKAN, MINUM, PAKAIAN, KENDERAAN, RUMAH UNTUK TEMPAT TINGGAL, WANG JIKA ISTERI SAKIT LEBIH-LEBIH LAGI JIKA PREGNANT). Banyak perkara di dalam perkahwinan yg memerlukan sumber kewangan hingga beribu-ribu RM terutama apabila isteri mula hamil & melahirkan cahaya mata mahupun jatuh sakit...

          BAGI pandangan saya, serahnya kepada Allah dengan syarat tamatkan belajar cepat-cepat, cari kerja yang terbaik cepat-cepat dan kahwin cepat-cepat (dalam masa yg sama lengkap dengan diri dengan segala ilmu di atas kerana pada masa kini segala-galanya memerlukan wang)...

          Jika bakal suami saudari yakin kepada Allah, sabarlah dan fokus kepada pelajaran dapatkan keputusan yang terbaik supaya nanti dapat pekerjaan terbaik dengan gaji lumayan (tak susah pun, betul tak?) Jika dah jodoh tak ke mana, Allah tidak akan memberi rezeki itu semudah itu tanpa usaha yang setimpal, maka apa yg penting adalah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa kemudian bertawakkal...

          Delete
      23. assalamualaikum, bolehkah saya bertanya?
        bagaimanakah cara mengelakkan daripada berkahwin muda?
        saya pelajar sedang membuat kajian

        ReplyDelete
        Replies
        1. Waalaikumussalam,

          Persoalan pertama, tanyakan pada diri
          "Atas Tujuan Apakah Untuk Anda Berkahwin Muda???"...
          "Cukup matangkah untuk anda mendirikan rumahtangga???"
          "Bersediakah untuk memikul tanggungjawab???"
          "Cukupkah segala persediaan"
          “ Cukupkah Ilmu Rumahtangga, Ilmu Agama, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Hadis???”
          “Adakan terlebih dahulu KUNCI PEJABAT, KUNCI RUMAH dan KUNCI KERETA, kerana CINTA SEMATA-MATA tidak dapat membuatkan anda kenyang (^_^) ”...

          kerana untuk mendirikan sebuah rumahtangga bahagia, bukan semudah untuk mengelakkan maksiat semata-mata, ianya lebih daripada itu, umpama ingin menerbangkan sebuah pesawat, jika tidak lulus lagi tempoh pengajian

          i) Cukup kenalkah dengan bakal pasangan tersebut??? Boleh senaraikan 20 ciri-ciri negatif??? (Banyak ujian yang boleh dilakukan untuk mengenali bakal pasangan anda tanpa perlu dating berdua-duaan). Jaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan walaupun anda cuma berkawan biasa...
          Jika alasan untuk elak maksiat, seorang ustaz pernah memberitahu saya jika dugaan sekecil maksiat pun tak dapat nak elak, inikan pula dugaan yang lagi besar semasa berkahwin.
          Kalau setakat nak elak maksiat, kehidupan kini banyak maksiat berlaku di depan mata, kena la belajar bagaimana cara untuk elakkan maksiat tu kerana BERKAHWIN JUGA BUKAN UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU SYAHWAT semata-mata. Berahwin juga bukan setakat nk elak maksiat semata-mata. Contohnya jika kehidupan semasa bekerja terpaksa berhadapan dengan pelbagai golongan yang suka buka aurat, dedah sana sini, officemate pula suka pakai skirt pendek, takkan semua orang sebegitu kita nak ajak kahwin, tak cukup kuota isteri 10 sekali pun. Yang PENTING, KUATKAN IMAN MENGHADAPI DUGAAN DI DUNIA YANG FANA INI.
          Maksudnya, maksiat tu kena la fikir MACAMMANA nak elak kalau cuma tu sahaja alasan untuk berkahwin muda mentah-mentah lagi, tak cukup matang...

          Delete
        2. Kahwin juga tidak boleh main redah tawakkal begitu sahaja. Untuk kenal seseorang memang kena banyak bersabar, kekadang makan masa bertahun-tahun berkawan biasa untuk mengenali baik buruk seseorang itu. Apabila sudah kenal baik buruknya, terpulang kepada diri sendiri nak teruskan untuk berkahwin atau memutuskan perhubungan tetapi masih boleh berkawan biasa.
          Walaupun bukan semua, tetapi saya paling tidak membenci lelaki yang suka menggunakan alasan agama untuk mengaburi kelemahan diri dan mengambil kesempatan dengan memanipulasi AGAMA.
          Ada juga segelintir lelaki yang terlalu mentah untuk berkahwin dengan gaji cukup-cukup makan untuk diri sendiri (bukan tidak boleh, kena la usaha lebih lagi lihat kemampuan mampu tak untuk menanggung Anak Dara orang). Pada masa kini, memang banyak jumlah simpanan kewangan yang diperlukan untuk mendirikan perkahwinan, takkan berkahwin pun masih nak bergantung kepada duit mak bapa, semua belanja kahwin minta mak bapa sponser, apabila mudah sangat nak berkahwin kekadang ada segelintir lelaki tidak terlalu menghargai hasil rumahtangga yang baru didirikan, mulalah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami & mula pasang kayu tiga.

          Delete
        3. CUKUP MATANGKAH DIRI UNTUK BERKAHWIN DI USIA YANG MENTAH???...
          Apa salahnya jika seorang bakal suami cuba dapatkan pekerjaan yang elok, stabil dan terjamin sebelum mendirikan rumahtangga??? Stabilkan dulu pekerjaan (cukup untuk tanggung isteri dan anak-anak) & diri sendiri, beli kereta & sewa rumah, lengkapkan semua dalam rumah dengan duit sendiri, jangan nak berhutang dgn duit mak bapak, baru la bakal suami akan lebih menghargai isteri dan rumahtagga yang dibina apabila sudah berkahwin nanti.
          Dah stabilkan diri, penuhkan dada dengan ilmu rumahtangga, Ilmu Agama, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Hadis baru la berjumpa mak ayah perempuan nyatakan hajat untuk berkawin. Nasihat ini bukan berunsurkan materialistik semata-mata tetapi dalam dunia ni & alam perkahwinan banyak perkara yang memerlukan wang ringgitdan perbelanjaan.

          “CUBA STABILKAN DIRI, PENUHKAN DADA DENGAN ILMU RUMAHTANGGA, ILMU AGAMA, ILMU FARDHU AIN, ILMU HADIS BARU LA BERJUMPA MAK AYAH PEREMPUAN NYATAKAN HAJAT UNTUK BERKAWIN”.

          mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, tetapi yang penting anda senaraikan dan pertimbangkanlah segala baik-buruk tindakan tersebut, kemudian TEPUK DADA TANYA IMAN.... JANGAN HANYA BERTAWAKKAL SEDANGKAN USAHA HANYA ALA KADAR SAHAJA.... wallahualam....
          http://princehardy.blogspot.com/2011/07/berkahwin-ketika-masih-belajar-pada.html

          Delete
        4. Bismillah.
          Saya amat tertarik dengan post tuan. Ye, kahwin bukan hanya untuk sehari dua.. Tapi seumur hidup kita akan bersama. Dan cabaran pernikahan itu lebih besar ujiannya daripada cabaran mengelakkan maksiat. Sebab perkahwinan lebih drp semata-mata atas asbab mengelakkan maksiat. Orang yang melihat pasangan muda yg baru bernikah, mereka akan menganggap, 'wah,, sweetnye kahwin muda.' sedangkan hanya mereka yg sudah melalui sendiri pengalaman berkahwin awal yang tahu betapa besar tanggungjawab yg mereka harus pikul sekarang and they r not kids anymore. Tolonglah..... fikir baik2 sebelum nak kahwin tu. Bukan semata2 untuk MENGELAKKAN MAKSIAT tetapi untuk melengkapkan agama, untuk menyebarkan dakwah, untuk membina baitul muslim yg sebenar2nya agar dapat kita menegakkankan kembali khilafah islamiyah di bumi ini. Besar bukan???

          Delete
        5. Bidadari Al Fateh : terima kasih saudari di atas pandangan saudari...

          Dalam Islam sendiri ada dinyatakan,
          dalam perkahwinan terdapat 4 HUKUM

          Hukum hukum perkahwinan dalam Islam:

          WAJIB kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

          SUNAT kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

          HARUS kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

          MAKRUH kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

          HARAM kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

          Jika seorang bimbang akan terjebak dengan berzina tetapi beliau TIDAK MAMPU memberikan nafkah zahir dan batin, maka seharusnya lelaki tersebut memperbanyakkan puasa...

          Delete
      24. This comment has been removed by the author.

        ReplyDelete
      25. Assalamualaikum..
        Saya slh sorg yg berkahwin muda..sy kahwin masa sy semester 6,tahun lepas..semasa umur say 23..manakala suami umur 25,dan bekerja sebagai jurutera mekanikal..bg saya alhamdulillah..rumah tangga kami takde masalah..samada dari segi kewangan atau menyesuaikan diri..sy jalankan tanggungjawab sy,dan dia jalankan tanggungjawab dia..lpas balik kelas,kami akn masak sama2..mlm sy study..n sekarang sy dah pregnant dan dalam semester akhir pengajian..bagi saya takde masalah kawin masa belajar..asalkan kita kena pandai uruskan masa,jangan abaikan tanggungjawab sebagai isteri dan juga pelajar.. :)

        ReplyDelete
        Replies
        1. Terima kasih di atas perkongsian saudari. Semoga berbahagia.
          Persoalan yang ingin ditimbulkan di dalam entry blog ini ialah mengenai Seorang Lelaki yang masih lagi sedang belajar (tanpa ada pekerjaan) untuk berkahwin dengan seorang Wanita yang juga masih belajar serta tidak bekerja.

          Menjadi kewajiban untuk suami untuk bekerja supaya dapat mencari nafkah bagi menampung sekeluarga serta memberikan nafkah zahir serta batin kepada keluarga. Jika si suami sudah mempunyai sumber pendapat walaupun isteri masih belajar, ianya tidak menjadi masalah besar....

          Delete
      26. Assalamualaikum. Saya ingin brrkongsi kisah ibu dan ayah saya. Mereka nikah pada tahun 1 degree di england. Ayah mmg org susah, ibu saya pun. Mereka hidup dengan wang biasiswa, ayah juga pandai pomen so bole partime mekanik di sana. Sepulangnya mereka dari england. Kedua dua ibu ayah saya menganggur selama 2 tahun. Wang biasiswa mereka hampir.habis untuk bayar sewa rumah dan makan. Setiap hari mereka tidak berputus asa pergi mencari kerja dgn menggunakn degree mereka sekitar tahun 1990 sekitar shah alam /KL. Alhamdulillah. Ibu berjaya menjadi lecturer di Uitm. Manakala.ayah masih menganggur lebih setahun. Sebaik kelahiran saya. Ayah mengangur 7bulan. Ibu yang menanggung kami semua. Setelah saya berumur genap setahun. ALHAMDULILLAH, ayah berjaya temuduga sebagai.engineer di.TM. Di situ bermula kehidupan walaupun tidak setabil seperti encik hardi katakan. Kemudian lahir lah adik.adik.saya. Tidak semudah di sangka. Alhamdulillah kini mereka.keduanya adalah somebody di UM dan Tm.

        ReplyDelete
        Replies
        1. Waalaikumussalam Saudara Firdaus. Terima kasih di atas perkongsian saudara.
          Adakah mereka bersetuju jika saudara mengikuti tindakan mereka berkahwin semasa masih lagi sedang belajar seperti saudara ingin berkahwin ketika saudara baru berada di tahun 1 pengajian? Jika mereka bersetuju, adakah mereka bersetuju jika saudara mahu menimang cahaya mata ketika saudara mencecah Tahun ke-2 pengajian?
          Jika mereka bersetuju saudara berkahwin di awal pengajian, mereka juga perlu bersetuju juga untuk saudara menimang cahaya mata pada tahun seterusnya...

          Terdapat segelintir kecil siswa berpandangan pendek bahawa mereka ingin mendirikan rumahtangga ketika masih sedang menuntut kononya untuk mengelakkan maksiat kerana mereka percaya Allah akan mencukupkan segala-galanya (sedangkan mereka lupa bahawa Allah pernah berfirman bahawa "Aku tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri merubahnya", rezeki yang ringan tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang secukupnya.) tetapi apabila selepas berkahwin mereka merancang kehamilan kerana sangsi dengan Allah mereka tidak dapat menanggung anak-anak mereka, bila nak berkahwinyakin dengan Allah bila soal anak sangsi pula dengan Allah...)...

          Tidak salah untuk berkahwin semasa belajar asalkan si suami turut bekerja sambilan pendapat pula cukup untuk menampung keluarga seperti yang dilakukan oleh sahabat saya melakukan pelbagai kerja sambilan semasa sedang belajar di United Kingdom tanpa mengharap duit mak ayah...

          Delete
      27. saya x bersetuju dengan blog ni.. serius saya cakap..

        ReplyDelete
        Replies
        1. entry ini adalah berdasarkan kepada ilmu yang saya pelajari, pengalaman serta pandangan saya. Jika saudari/saudara tidak bersetuju ianya tidak mengapa, ia adalah pilihan saudari/saudara sendiri.
          Maka, jika saudari/saudara tidak bersetuju, saudara/saudara bolehlah berkahwin ketika saudara/saudari masing-masing sedang belajar, kemudian jangan lupa kongsikan segala kelebihan serta keburukan yang anda hadapi untuk dipertimbangkan oleh pembaca yang lain supaya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik (jangan hanya ceritakan keseronokan semata-mata kerana berkahwin bukan hanya untuk berseronok semata-mata mahupun hanya untuk melampias hawa nafsu semata-mata, ianya terpikul amanah yang besar di bahu suami/isteri)...

          Kahwin adalah satu wasilah untuk memperbaiki diri dan menjaga perhubungan serta mengelakkan zina. Apabila berada dalam dunia penuh tanggungjawab, mereka akan mula berubah ke arah yang lebih baik, dan dalam masa yang sama tuntutan nafsu mereka juga terjaga.

          Tetapi terkecuali di sini manusia yang mahu berkahwin semata2 kerana nafsu dan seks!!!
          Kalau kita menyuruh mereka untuk segera berkahwin semata2, maka kita sebenarnya meletakkan mereka dalam mudharat yang lebih besar. Apa yang mereka fikir hanyalah tentang seks, maka apa jaminan kita bahawa selepas berkahwin mereka akan tenteram dan berhenti dari mengamalkan seks bebas? Tidak mustahil, tabiat tersebut menjadi lebih teruk dan tekanan dalam alam rumahtangga akan membawa kepada perceraian.

          Berkahwin atas dasar nafsu semata2 bermakna perkahwinan tersebut akan runtuh bila2 masa sahaja.

          Ubat kepada maksiat tersebut adalah taubat. Tujuan perkahwinan perlu disedarkan kepada mereka terlebih dahulu. Ada step dan peringkatnya. Bukan sembrono kita galakkan supaya berkahwin muda. Jauh sekali untuk membiarkan mereka berseronok semata-mata.

          Dalam Islam sendiri ada dinyatakan,
          dalam perkahwinan terdapat 5 HUKUM

          Hukum hukum perkahwinan dalam Islam:

          WAJIB kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

          SUNAT kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

          HARUS kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

          MAKRUH kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

          HARAM kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

          Jika seorang bimbang akan terjebak dengan berzina tetapi beliau TIDAK MAMPU memberikan nafkah zahir dan batin, maka seharusnya lelaki tersebut memperbanyakkan puasa

          (contohnya kes jika seorang lelaki baru Tingkatan 1 mahu berkahwin kerana dia berkemungkinan besar akan melakukan berzina. Sedangkan ketika ini dia tidak berkemampuan..)...

          Delete
      28. Nice entry. Sangat berguna golongan muda yg desperate sgt nak kawin

        ReplyDelete
        Replies
        1. Anonymous : Thanks for your comment, that's right, itu yang ingin saya nyatakan di entry ini, jangan desperate untuk berkahwin dengan mengaburi memberikan pelbagai alasan yang tidak rasional serta menjadikan alasan "agama" sebagai permainan...

          Delete
      29. Golongan akhir zaman..
        Memperlekehkan sunnah nabi..
        Lebihkan duniawi..
        post ni sgt mmperlekehkan org yg kawin awal..
        kalau dah jodoh xkemane..
        dari tgk statistik penceraian kawin awal baik tgk statistik buang bayi?..

        Which shall we fear more?..
        You have mind, use it?..
        The sunnah had been made years ago before you even born..
        Don't simply take it lightly..
        Islam is not only for the past but also the present and future..

        Hati2 dgn tulisan anda..
        Takut2 kat akhirat nanti kne jwb..
        jgn suke2 pertikaikan sunnah nabi..
        he's much better than you..

        :)

        ReplyDelete
        Replies
        1. terima kasih diatas komen tersebut.
          Tiada mana-mana dinyatakan di dalam entry ini yang memperlekehkan sunnah nabi untuk berkahwin, jika saudara/saudari masih "berhingus" tetapi nak berkahwin, dipersilakan kerana tiada sesiapa yang menghalang. Tetapi andai jika saudara/saudari ditakdirkan bercerai maka saya berbesar hati jika saudara/saudari boleh kongsikan di sini untuk panduan kepada remaja yang lain yang ingin berkahwin ketika muda, supaya mereka dapat pertimbangkan sama ada mereka bersedia atau tidak.

          FAKTA dan FAKTOR yang saya nyatakan diatas juga turut merujuk kepada ceramah yang diberikan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk yang saya hadiri betapa fakta menggerunkan peningkatan KES - KES PENCERAIAN REMAJA MUDA BELIA YANG BARU SAHAJA BERKAHWIN TAK SAMPAI SETAHUN, MALAH ADA YANG ISTERI TENGAH SARAT MENGANDUNG dok TURUN NAIK MAHKAMAH UNTUK URUSKAN KES PENCERAIAN. Antaranya disebabkan KURANGNYA ILMU AGAMA, KEMAMPUAN DIRI, ILMU RUMAHTANGGA dan KEMATANGAN.
          JADI, melalui entry ini dapat membantu bakal suami isteri untuk pertimbangkan sama ada anda telah cukup persediaan atau tidak.

          ISLAM JUGA TIDAK SEMUDAH ITU MEMUDAHKAN PERKAHWINAN, CUKUP SAHAJA LELAKI AKHIL BALIGH TERUS DINIKAHKAH. ADA SYARAT-SYARAT YANG PERLU DILIHAT, BESAR DAN BANYAK TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANAKAN. Berbeza dengan wanita, tanggungjawab suami lebih besar berbanding isteri tetapi isteri juga masih mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, bakal isteri juga perlu fikirkan adalakah diri mereka cukup persiapan dan adakah mereka bersedia memikul tanggungjawab besar???. Ingatlah bahawa ALLAH juga bersabda:
          “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” (surat Ar-Ra'd ayat 11).

          Mengenai statistik penceraian kahwin awal baik dan statistik buang bayi, tidak dinyatakan di sini bahawa entry ini menggalakkan pembuangan bayi, keduanya perlu dijauhi, tetapi perlu juga diingatkan juga bahawa tidak mustahil akan ada kes lantaran hidup selepas kahwin yang melarat dan daif, ada insan yang tidak waras membuang bayi dan menggugurkan bayi kerana fikirkan tidak mampu membesarkan bayi tersebut.

          Maka perlu difikirkan, jika dengan tidak berkahwin akan menyebabkan anda berzina, maka berkahwinlah jika itu satu-satunya jalan penyelesaiannya.

          SUNAT kepada orang yang bermampuan tetapi dapat mengawal nafsunya.

          HARUS kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

          MAKRUH kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

          HARAM kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

          Jika seorang bimbang akan terjebak dengan berzina tetapi beliau TIDAK MAMPU memberikan nafkah zahir dan batin, maka seharusnya lelaki tersebut memperbanyakkan puasa


          Persoalan pertama, tanyakan pada diri khasnya untuk bakal suami
          "Atas Tujuan Apakah Untuk Anda Berkahwin???"...
          "Cukup matangkah untuk anda mendirikan rumahtangga???"
          "Bersediakah untuk memikul tanggungjawab???"
          "Cukupkah segala persediaan"
          “ Cukupkah Ilmu Rumahtangga, Ilmu Agama, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Hadis, Ilmu Duniawi???”
          “Bagaimana sumber kewangan anda??? Adakan terlebih dahulu KUNCI PEJABAT, KUNCI RUMAH dan KUNCI KERETA, kerana CINTA SEMATA-MATA tidak dapat membuatkan anda kenyang”...

          Semoga entry ini dapat membantu bakal-bakal suami isteri memperlengkapkan diri dengan segala keperluan utama yang diperlukan, supaya keluarga yang dibina diberkati Allah, bahagia hingga ke syuarga, bahagia dunia akhirat.
          Jika benih asalnya adalah elok, maka insyaAllah pokok yang akan bercambah nanti adalah lebih kuat dan kukuh walaupun badai datang melanda, supaya kapal yang berlayar tidak karam di tengah lautan. JIKA CUKUP SYARAT DAN PERSEDIAAN, maka berkahwinlah...

          Delete
      30. Assalamualaikum tuan....
        Alhmdulillah Allah swt telah mntqdirkan saya membaca artikel tuan......sangat membuka minda...pujian pada Allah yg memberi ilham pd tuan untuk menulis artikel ni.....
        ●kebanyakkan kalau para pemuda sebut pasal nikah awal memang yg keluar...positifffff je...negatif tak de....alhmdulillah...dapat juga tahu ape yg kurang sekiranya kwin awal....
        ●bukan nak perlekeh sunah.....cuma nabi kan telah beritahu..sekiranya kamu tidak mampu untuk berkahwin awal...maka berpuasa lah...hah! Kenapa ramai tidak menggunakan cara ini untuk mengelak maksiat?......hihi..bukan tak setuju pada kwin awal...cume...yupp..bagus..boleh elak maksiat....cuma...cuma die bergantung pada individu juga.....bak kate penulis.......tgk situasi keadaan masing2..ade yg sesuai dan ade yg tidak sesuai...bukan semua orang boleh kawin awal kn...takut rosak rumah tngge kerana tidak ada persediaan di dalan perkhwinan....jadi alhndulillah..para2 ust para motivasi...pon dah sedar tentang isu kawin awal ni di ipt2..universiti2...mereke memberikan penerangan keburukn dan kebaikan dalam isu nikah awal....alhmdulillah.....ikut cara yg trsedia...and nikahla kn....semoga Allah merhmti kite smue..amin..

        #thanx sekali lagi pada penulism.teruskan lagi ushe..^_^....semoga Allah merahmti kite smue..amin

        ReplyDelete
        Replies
        1. Bukan tak dibenarkan kahwin awal cuma jika ingin berkahwin berfikirla semasak-masaknya dan penuh diri sekurang-kurangnya dengan perkara asas dalam perkahwinan seperti ilmu agama, rumahtangga, sumber kewangan untuk menampung keluarga nanti dan tambahkan kematangan... Niatkan juga berkahwin kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah, jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup yang utama, insyaAllah bahagia serta berkat rumahtangga yang dibina nanti.

          Jika benihnya baik, insyaAllah baiklah pokok yang akan tumbuh dan membesar nanti, seterusnya membuahkan lebih banyak lagi buah yang berkualiti....

          Delete
      31. manusia ta lepas dari sebarang perkara samada kebaikan atau keburukan,,Allah penentu segalanya,,

        ReplyDelete
      32. Terima kasih. Lepas baca ni kitoramg dh bnyk fikir semula and x jadi nk khwin. Klw ad jodoh 10 ke 20 thn lg pn akan khwin jgk.so ap nk rsw right?jzkk atas nasihat brguna.

        ReplyDelete
        Replies
        1. Bukan tak dibenarkan kahwin awal cuma jika ingin berkahwin berfikirla semasak-masaknya dan penuh diri sekurang-kurangnya dengan perkara asas dalam perkahwinan seperti ilmu agama, rumahtangga, sumber kewangan untuk menampung keluarga nanti dan tambahkan kematangan... Niatkan juga berkahwin kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah, jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup yang utama, insyaAllah bahagia serta berkat rumahtangga yang dibina nanti.

          Jika benihnya baik, insyaAllah baiklah pokok yang akan tumbuh dan membesar nanti, seterusnya membuahkan lebih banyak lagi buah yang berkualiti....

          Delete
      33. Alhamdulillah. Terina kasih ats prkongsian dan respond para pembaca. Apa pun, bg saya jodoh itu ditgan Allah. Ade yg cepat dan ade yg lmbt. Sgala yg brlaku ada hikmahnye. Allah adalah sebaik2 perancang. Saya tidak mnyebelahi mana2 pihak. Namun, segalanya bergantung pada diri sndri daei segi agama, mental, fizikal. Dalam kehidpan sntsa ada ujian yg Allah beri dan dlam plbagai bentuk ujian. Cume kite je yg perlu mncari jawapan dan jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Segala yg kita lakukan adlah berdasarkan niat masing2. Klo niat untuk duniawi, maka dunia la kite dpt. Jika niat kerna Allah, insyaallah sglanya kite dpt. Kedua2 pihak ade baik dan ade buruk . Jadi rancang kehidupan sebaiknya dan jgan lupa untuk istikharah, usaha dan tawakal. Insyaallah segalanya akan mendatangkn hasil yg diinginkan dengan baik.

        ReplyDelete
      34. Assalamualaikum.. tibe2 tergerak hati terbaca pasal post ni.. emm.. sy rase semua bergantung pada diri masing2.. sy salah seorang yg berkahwin usia muda dan masing2 masih belajar..

        Ye dulu dari sekolah mmg plan x lngsg nk kahwin awal.. konon nk belajar sungguh2 nak dpt kerja bagus2 nk tolong keluarga.. sbb sy bukan dari keluarga senang..

        Ditakdirkan.. sy berjumpe dgn seorg lelaki yg dh buka pintu hati sy.. dan x lame lepas tu kami berkahwin mase umur 20.. dua2 masih belajar..

        Lepas kahwin keputusan periksa sy mendadak naik sbb rase bersemangat sgt.. lagi2 bile ade org yg sentiasa support kite.. mcm bestfriend kite la..

        Dari segi kewangan.. bg sy la.. ptptn tu cukup kalau kau jenis jimat n beli bende yg penting.. enjoy tu sekali sekala boleh la.. tp klw yg jenis asek nk enjoy je mmg tak cukup lah.. maklum la.. muda lgi.. nak ikut trend zaman skrg..

        Tp bg sy tak.. baik beli mknn dari beli bende mengarut.. then, sy belajar betul2.. ikhlas nk tuntut ilmu + kalau ade rezeki kerja bagus nk tolong keluarga dan suami.. aminn...

        Now, dh 2 tahun kahwin.. so far alhamdulillah.. bende ni depends mcm mane kau manage.. kalau kau tahu tanggungjawab kau.. kau akan usaha.. kalau tak mampu or tak ready nk hadapi jangan!

        Kahwin mase belajar ni bkn lah negatif sgt.. Ade kebaikan jugak.. Contoh.. kau dah tak payah nak fikir dgn sape nk coulpe.. tak perlu rase couple pastu putus cinte.. pastu boleh effect kt study.. sedih tau putus cinte! Apepon sentiasa doakan yg terbaik utk pasangan.. kalau sayangkn hubungan yg dibina teruskn usaha..

        Kahwin cepat atau lambat tu dah jodoh..
        Aku yg plan nk kahwin lambat ni pon x mampu nk tolak jodoh.. :)

        ReplyDelete