Baru-baru nie pergi ke pasar, terjumpa la orang jual udang galah. Dulu teringin juga nak beli, sebab harga lobster ni kalau yang sudah siap masak ialah 100gm= RM25.00. So, aku saje je gatal pergi tanya harga, dia cakap RM50 sekilo (Ada satu pasar lagi dorang jual RM25 sekilo tapi aku tak biasa pergi pasar tu). Bukan setiap musim "makhluk" ni ade, so aku beli la sekilo, dapat la RM50 sekilo sebanyak 4 ekor. (Kalau yang dah siap masak, sekilo harganya RM250.00, mak aiiii memang cukup mahal, tak mampu aku nak makan kat kedai. Kepala udang galah ni pun dah berapa besar daaa tapi masih ada isi.....
Tauke tu cakap yang saing lebih besar harganya RM70 sekilo.
So, aku attach la gambar lobster yang siap aku beli nie kat bawah. Dah lama aku nak beli sebab aku kagum tengok ciptaan Ilahi ni, ciri-ciri mewarisi makhluk purba dahulu masih ada dengan bercengkerang keras dan berduri. Memang cukup hebat Ilahi ciptaan makhluk purba ini.... Untuk dapatkan lobster (dek kerana rasanya yang sedap) nelayan terpaksa bertarung dengan bdai yang cukup kuat sebab kat situ la favourite lobster nie suka tinggal. Aku memang suka memasak, aku masak 3 rasa, memang rasanya cukup manis....