MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, October 16, 2022

OUR LIFE IS TOO SHORT

OUR LIFE IS TOO SHORT - 

Betul tu, pejam celik umur dah 40 dh (tanpa sedar 😅), kalau Allah takdirkan umur 60 thn dh meninggal (ikut umur Rasullullah), 20 tahun lagi yang tinggal tu sebenarnya tak banyak yang mampu dilakukan. JADI, JANGAN DISIA-SIAKAN SETIAP BAKI HIDUP YANG TINGGAL, JADI TINGGALKAN SESUATU "HIGH IMPACT" SEBAGAI MANA RASULULLAH TINGGALKAN KETIKA BAGINDA HIDUP...

Friday, October 14, 2022

Selesai restore moto

Alhamdulillah, baru siap restore selepas setahun lebih tersadai pkp punye hal 😅. Awek pertama yg banyak jasa sebelum jumpa awek skrang (wife). Zaman nakal2 dlu, join lumbe2 haram pn pernah, accident kena langgar dgn cha ya nun alif bawak avanza pn pernah (sbb dia xtgk side mirror main belok je ke kiri sampai sebulan aku bertongkat, mintak maaf pn x). Org tanye ape best main moto? Sebenarnya moto tu rahsia yg org luar xtau, medium paling mudah utk menyatukan org Melayu (lps tu otai2 kena bimbing ke jalan yg lurus la jgn sampai bgadai nyawa), bila join je ko auto jd adik beradik dia punya brotherhood tu lain mcm yg ko xkan jumpa kt tmpt lain 😅.

Monday, October 03, 2022

KENAPA AKU BERIA-RIA CARIKAN KERJA UNTUK PELAJAR ???

"KENAPA BERIA-RIA CARIKAN KERJA UNTUK PELAJAR?"

Puncanya, penulis teringat pengalaman pahit suatu ketika dahulu peritnya mencari rezeki demi mencari sesuap nasi (lebih kepada survival hidup bukannya untuk kemewahan).

Maaf, gambar pakcik masa muda-muda dulu.haha 

Ketika di zaman universiti di selatan tanah air, pernah penulis bekerja sebagai pelayan restoran makan (Mak Jah empunya kedai makannya). Time ni kerja pertama kali dalam hidup, gaji RM10 je sehari sebab niat nak tolong Mak Jah yang kekurangan pekerja tetapi pelanggan dalam kalangan pelajar universiti bukan main ramai, 2-3 jam buka kedai dah habis dah semua makanan (bukan sebab taknak masak banyak, kudrat Mak Jah yang tak mampu. Mana taknya masakan kedai Mak Jah habis diserbu ramai, murah, sedap, air balang percuma je siap dia bagi berjug-jug atas meja untuk student tambah, nasi pulak jangan citer la, tambah la puas-puas, semua free je sebab niat Mak Jah nak tolong student, student cuma bayar harga nasi dan lauk pinggan pertama je, air campur nasi  dalam RM5 (tahun 2006).  Tak lama kemudian, kedai Mak Jah tutup penangan sihir sampai Mak Jah nak berdiri untuk masak pun tak boleh).