Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani  seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang  menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika  penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi  tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah  berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang  terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh  kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih 
menunjukkan yang taman itu  telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang  digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan  isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis,  anak kepada Raja dari kerajaan Medes,  telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan  kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah  sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya  dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia  (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih.  Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya  di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti  terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu  pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi  empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat  plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas  yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu  berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk  ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang  dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang  menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang  lain di sekelilingnya yang tandus.
- "Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.
 - sumber - wikipedia
 




















cantiknyer.....tapi yang sekarang ni dah musnah ker?...refer dekat pic ketiga yang mcm bukit tu
ReplyDeleteAssalamulaikum,,,memang cantik
ReplyDeleteart with azrasophie : rasenye yg tu hanya sebahagian tinggalan babylon... trima kasih krn sudi komen (^_^)
ReplyDeleteaku budak klang : mmg cantik. terima kasih krn sudi komen entry saya nie ye.. (^_^)
ReplyDelete