MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, February 19, 2013

Hantu - Genting Highlands

HARDY BOY : TUKAR MOOD ENTRY KALI NI, NAK SHARE CITER HANTU BOLE??? hehehe... (betul tak betul, wallahualam walaupun jin itu memang wujud (^_^)

Plan nak gi Genting Highlands daripada dulu lagi tapi tak sempat walaupun dulu pernah jejak sekali tapi pukul 1 pagi la dgn kawan-kawan, gi jenjalan (bukan berjudi.hehehe)... 
(Entry sebelum ni saya pernah sharekan beberapa pengalaman saya berjumpa dengan "menda alah ni" depan mata (hantu, jumpa beberapa hantu penanggal dan pocong serta mengikut merawat pesakit yang dirasuk jin tak termasuk mendengar jin/bunian tiba-tiba menjerit marah kerana rumah/hutan mereka ditarah di tengah-tengah malam semasa saya berehat melatih pelajar silat berdekatan dengan sebuah gaung di sebuah kawasan perumahan), seram sejuk juga la tapi kita kena ingat bahawa "mereka" pun hamba Allah juga, InsyaAllah tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita jika sekadar penampakan sahaja melainkan seperti kes jika kita disihir dsbagainya. Tapi kalau kes dalam bilik hotel, pernah juga beberapa kali saya dok sensorang dalam bilik yang besar semasa berkursus sebab roomate tido ditempat lain tapi belum pernah la pulak jumpe "menda" ni walaupun member saya di bilik yang berhampiran saya nampak menda alah ni selalu bertengkek di penjuru hujung bilik masa dia sedang tido sepanjang satu minggu kitorang berkursus di hotel di Melaka, hampeh tol tapi member saya ni buat taktau je, malas nak layan.hehehe..)



Boleh baca sini >>>HAKIKAT ALAM JIN
>>> KOLEKSI GAMBAR HANTU 


Kekadang menjadi tanda tanya kepada saya mengapa menda alah ini suke kacau manusia al maklumlah saya ni waktu muda-muda dulu memang suka travel & kekadang terpaksa kerja melalui tempat-tempat kawasan pembinaan atau memandu di tempat yang mungkin dihuni makhluk jin ini. Cuma kita anggap sahaja mereka hanyalah makhluk Allah
Arwah nenek angkat saya pernah tinggalkan bekalan ilmu untuk saya amalkan iaitu " BERIKAN SALAM KEMUDIAN BACALAH BEBERAPA POTONG AYAT SUCI AL-QURAN termasuklah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Ayat 3 Qul dan yakin dengan ayat tersebut serta kekuasaan Allah. CUBA BERKOMUNIKASI DENGAN MAKHLUK TERSEBUT UCAPLAH "AKU TAK KACAU ENGKAU ENGKAU JANGAN KACAU AKU KERANA NIAT AKU BAIK (UMPAMA KITA MASUK RUMAH ORANG MAKA HORMATLAH PENGHUNI RUMAH TERSEBUT) jangan main terjah je kerana kekadang tu JIN ini suka juga melihat sapa yang datang ke tempat Mereka, insyaAllah mereka tidak akan ganggu kalau dah kenal kita.hehehe... 

Boleh juga amal ayat di bawah:

Ayat Pembatal Sihir 
Yunus ayat 81-142 
Thoha ayat 39 baqarah 1-6 

Ayat Pendinding 
An Nisa 84 yusof 64 

Penunduk Sihir (elak daripada disihir) 
Al A'raf 118-122 
Toha 69 

Membatal Sihir 
Yunus 81-82

Kalau masuk rumah baru atau hotel, jangan lupe SELALU SOLAT KALAU BOLEH BERJEMAAH, AZAN DAN SELALU RAJIN BACA AL-QURAN INSYAALLAH JIN TIDAK AKAN MENGGANGGU WALAUPUN DORANG MUNGKIN BERKUMPUL BERTENGGEK DI ATAS LOTENG DI BAWAH BUMBUNG MEMERHATIKAN KITA.hehehe...

 


Kisah Ustaz Azhar Idrus pun pernah DIGANGGU MAKHLUK HALUS... (seram tapi kelakar.hehehe)

Ayat Ruqyah (Penawar Sihir)
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
----------------------------------------------------------------------------------- 

 Kisah Seram Di Genting Highlands


SUMBER :
Mesti ramai yang pernah menjejakkan kaki di Genting Highland ni, memang sebuah tempat bercuti yang menarik, pelbagai aktivi dan permainan indoor dan outdoor ada di sini, tapi di sebalik kemeriahan ini ramai yang tidak mengetahui kisah seram yang pernah terjadi di Genting Highlands.





Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting Highlands ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting Highlands untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.

1. Amber Court




 
Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:



 
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”


“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”


2. Apartment Ria




 
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:


“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “

Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen


Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”

3. First World Hotel


Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:

-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran

Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm


4. Cradle Rock



 
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.
P/s: Walaupun kisah ini dah lama, tapi mungkin masih diingati oleh mereka yang pernah mengalaminya, kalau korang ada pengalaman menyeramkan di Genting Highland ni, bolehlah kongsikan bersama kami..



Antara komen pelawat lain yang pernah mengalami keadaan yang sama.hehehe...

Nordindin 
Aku dah kene dah skali duk kat 1 world tu…mase tu aku gi lawatan ngan kekawan la…. Duk dalam satu bilik tu kongsi 6 org…malam malam slalu kene kacau macam ade org ketuk pintu and tingkap…pastu kekadang ade rase cam sesuatu naik atas katil la…and kekadang ade member yg kene tarik(bagun2 dah ade kat lantai tepi tingkap……tobat tak nak stay sane dah!!!


prince shah 
Aku stuju tang amber court tu..patutlah murah n xde org..brhantu upanya..aku byk kali prasan ada bnda jatuh dr atas.. wrna putih..aku anggap burung je..huhu

aini aloevera 
Mmg btol sume tu .. aq tinggal d apartment ria lme da , setiap malm aq dengar bunyi orang tarik kusi macam nak pindah rumah n kadang2 ade jgk orang ketuk lesung batu … setiap malm aq mengalami nye , skang da bese .. emmm

Tmpt tu sume mmg ad ‘penghuninya’…dlu sy pnah kje sbg technician kt casino..
Amber court,apartment ria,n mcm2 lg mmg agk karas..so jgn la wt mksiat..org bnuh diri mmg bnyk..tp x didedahkn kt media ats sbb trtentu..blum cter lg hostel staff yg d beri name SRC..mmg seram n xnk la cter lbh2…kang korg tkut lak…huhuhuhuhu

Iskandar Aziz 
dulu gua kna au lgi teruk,’benda’ tu berjalan ats katil,mmg scary ahhhh.sib baik ayh gua ni kira brani la kan,die jerit “woi,kami nk tidor ni,jgn kcau”…hilang jap,pastu ayh aku azan 2-3 kali

M Ali 
As-Salam
Sy dah tinggal di dua appartment , HOTEL first world 2-3hali, holet resort dan genting kot sejak 10tahun lepas, dan juga di Phuket, hatnyai, dan lain2 lagi tempat di Malaysia, Sy akan Iqamah dan solat dlm bilik2 tu, atau berjemaah dgn isteri(petua org tua2 lah)
Alhamdilillah sampai skg belum kena kacau lagi, Yg paling penting kena takut dgn Allah S.W.T,
Kalau kita takut hantu lebih rari Allah S.W.T nanti jatuh “SIRIK”
KALAU LA JUMPA HANYU ATAU BINATANG BUAS, USTAZ2 AKAN NASIHAT SUPAYAN KITA AZAN KUAT2

Ali Zain 
waalaikumsalam. saya dan isteri serta 3 orang anak kami yg masih kecil pernah menginap 2 mlm di 1st world hotel pada tahun 2008, alhamdulillah tidak ada gangguan. saya setuju dgn saudara M Ali. sebelum masuk mana2 bilik hotel, kena bagi salam “assalamualaina waala ibadilahhissolihin”, jgn tinggal solat 5 waktu, InsyaAllah tidak ada gangguan makhluk halus kerana kita sentiasa dekat kpd Allah.

Zie 
Sy pernah stay ngn kengkawan kat Amber Court..Mule2 gi sgt excited coz…seriously x pnh dgr name kondo tu..mungkin kondo mewah la..kami agak2 la …Tu pun kami dpt stay free coz ade member sponsor..Tup2 sampai..rupe Kondo tu..sgt la misteri…dgn bangunan yg catnye luntur…tempat parking yg lampunye kelip2..mcm dlm cite hantu plak..kami sume pandang pandang antr satu same lain (mcm confuse)…Pastu dh smpai kat receptionist..ade meja receptionist jer la..org nye x der…Then, kami call la person in charge tu..baru la die dtg..tp bukan murah pun stay kat ctu…kami stay stay 2 hari nk dekat 200 ratus jugak la(member kami yg sponsor kondo tu la yg bgtau)…kami dpt 2 bilik…Tp mlm tu jer…member kami plak..seram semacam kat bilik die..then…6 org sume berimpit tdo satu kondo…seram la..suasana kat dlm blk tu..Tak tau la khayalan kami jer ker…Tp yg best nyer…masing2 sume lari bertempiaran bile kondo tu nye lampu mcm main2 jer ngn kami..kejap tutup ..kejap bukak lampu..Pergh..tu saat paling seram n plg x bley lupe stay kat Amber Court…

pokcik toya 
salam, aku nk cerita sikit ttg pengalaman aku kena kacau kat hotel 1st world’ ,dlm setahun kat 10kali aku g genting menginap sana,maklumla aku dulu keja ngn travel, tp selama 10 kali tu pengalaman aku paling seram masa mlm menginap hotel 1st world, aku check in 3h2MLM,tower 2, tgkat 21,pintu bilik aku x ingat dah.. Mlm tu mmg x leh tido,bilik sebelah asyik dok dengar org dok seret kerusi mlm2,then bunyi org Flust jamban, tp aku buat derkk jer.. Tp mkin lama mkin kuat bunyi seret kerusi tu,sampai ke bilik air ada bunyi seretan kerusi, aku x pikir hantu lagi,masih still cool,aku pikir ape la bilik sebelah aku ni buat mlm2 buta ni beromen ke sampai kebilik air x abis2 lg dok bunyi sot..srett..sot..sreett.. terdengar bunyi dikatil dn di bilik air serentak,dh abis pulak tu pukul 2pg kena lg,aku dgr org tgh mandi mlm2.. Hadoi kena lagi.. Bunyi air yg buka tu mcm bergilir2 org mandi.. Den apa lg aku buka la TV kuat2 sampai tertido.. Kebesokan arynya aku tanya room service bilik sebelah ada org ke? Berapa ramai? Dia ckp bilik sebelah mmg kosong x der lagi org dh 5hari dh..ape lg mengeletar jugak la aku.. Dan2 aku pek barang p counter reception tukar tower1 alhamdulillah x der gangguan mlm tu lg.

  
aja 
bnda gnie pernh jd kt my sis n fmliy,,,but aq xsure hotel ape,but kt gnting laaa…..mlm dia chek in,,dia terdgr ada bunyi tapak kaki kt luar blik,,when dia bka pntu xdde orng,,pn dia,hsbnd n ank dia dk lepak2 kt luar tgk tv,then dia g dapur dia nmpk husbnd dia ikt dia,dk borak2 kt dapur,,when kuar dia bertnye kt hsbnd sal ape y d bual kn d dapur n hsbnd dia ckp,husbnd dia xikt pn dia g dapur just dk dpn tv jga anak,,,,,,my sis trus diam,,,n bler msk tdr my sis dgr tv terbuka,,my sis bka pntu tgk mmber hsbnd ada tgk tv,dia pn trus mak tdr.. ..pg sok my sis bertnye kt mmber hsbnd dia n diorg ckp diorg xkuar pn smlm tdr awl…….berdiri blu roma aq dgr….

Arsyad 
mase tu aku dekat First World Hotel , aku tidor dekat hotel tu dengan kawan2 aku, lepastu mcm katil tu mcm ade org pijak lepastu mcm ade dengar suara org tapi bile keluar x de pun lepastu bile dh tidor kan kawan aku dia terjaga lepastu dia mcm nampak ade org perhatikan dia tapi bile open the door x de sape2 pun tetibe dia ternampak darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap lepastu dia tidur dengan serubung , esoknye pulak balik, bile dh sampai kan, dia demam 5 hari , aku tanye dekat dia kenape ko mcm pucat dan demam x baik2 dia kate dia nampak yg aku cerita dekat atas ni la.

2 comments:

  1. aku mang dikacau di 1st world hotel tingkat 18 tower 2... brdekatan dengan amber court... seriusly ms mle2 sblm aku g, mcm2 cite aku tgk n dgr kt byk blog tntang pngalam kne kaco, mle2 rs cm xcye, skali kene btg idung sndri xmenahan aku... aku ptut ikotkn tdo cna 2 mlm... tp pas kne kaco aku stay semalam jew, coz xtahan aku... ms kne kacau 2, time 2 aku tdo, tv aku tutup, tibe2 trbukak sndri, tp siaran xd... so aku pn rs tkut sbb dlm blog pn dieorg kene kaco mcm 2... so aku pn cube beranikn diri, aku ttup tv 2 blik... yg pliknye, tv 2 channel 3, stahu aku tv 3 skng mang xd ttup siaran... pas aku ttup aku try bkak aku tgk ade siaran balik kt tv 3... aku pn nk sdapkn aty aku pk mybe die pnye coverage xbp clear kot, tp aku biakn on tv 2, n then ttup bnyi tv 2... skali, tv 2 xd siaran ag... aku pn mang mngucap pnjang r dgn bulu roma meremang, aku ttup ngan selimut pkse dri nk tdo... dlm beberapa mnit lpas 2 aku pn dgr org cm tgah drill dinding, plik.... xkn malam2 bute cm nie dieowg nk repair2... seram gak jdnye... pastu dgr bnyi tapak kaki brjalan, tgk kt pintu yg de cermin tgk lua 2 xd org... so aku pn tahan je la, aku pk nie jew la last aku tdo cna... aku sanggup rugi dr aku dikacau kt cna... seram smpai meremang bulu roma... ini mmg kejadian yg serius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak-banyak saudara kerana sudi berkongsi, kisah & pengalaman saudara cukup menarik untuk dikongsikan dgn pembaca yang lain...

      Delete