TIPS MENDIDIK UNTUK PARA PENDIDIK & GURU...
Dalam mendidik anak bangsa, biasa la kekadang kita kena menggunakan pelbagai pendekatan. Macam aku, bila mendidik anak bangsa (majoriti student aku adalah pelajar lelaki dewasa), kekadang lebih mencabar & pelbagai pendekatan berbeza perlu digunakan dalam mendidik kerana dorang bukan bebudak kecil senang nak rotan-rotan.hahahaha.... Tu belum kira lagi bagaimana nak berdakwah suruh dorang rajin-rajin sembahyang yang ada sesetengahnya susah nak lakukan...
 |
Gambor semasa Bengkel Motivasi & Kerjaya yang lalu (^_^) |
Aku biasanya guna 2 prinsip:-
i) Kaedah pertama gunakan pendekatan KELEMBUTAN (guna psikologi dan motivasi) kerana kaedah ini biasanya lebih berkesan.
ii) Kaedah Kedua gunakan kaedah KASAR (kekadang kaedah ni juga paling berkesan hanya apabila kaedah yang pertama tak berjaya.hahahahaha) ...
i) First time aku mengajar, aku terasa sedikit kepuasan mendidik apabila berjaya membentuk sebuah kelas yang bermasalah yang majoriti terdiri daripada para MAT-MAT REMPIT, GENGSTER, Kaki Tido Dengan Perempuan, Jenis Tak Sembahyang dan mempunyai masalah moral (kekadang disebabkan faktor keluarga dan persekitaran). Selepas aku gunakan pelbagai pendekatan, aku TERKEJUT apabila ada para pelajar yang dulunya rendah moral akhirnya berubah dan first time TANGAN AKU DICIUM oleh mereka (maybe nak ambil berkat dan tanda berterima kasih). Sekarang dorang dah tamat belajar dah.hehehe... Kalau mengajar pelajar perempuan senang sikit berbanding lelaki, biasanya cuma guna psikologi & motivasi kekadang dah cukup....