MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, July 20, 2010

Temuduga SPP - Aku Sepatutnya Posting di Politeknik?!!

TIPS TEMUDUGA SPP

{Sambungan daripada entry terdahulu panduan-mencari-kerja-untuk-fresh}.

14 hb lepas, akhirnya kitorang dipanggil untuk diinterview SPP. Alhamdulillah, selepas berbulan-bulan menunggu…

Airport Kota Kinabalu
Lokasi : Wisma BSN, Kota Kinabalu.

Bagi saya, nie pengalaman interview saya yang ke-10 (termasuklah interview- interview masa mintak keja dulu. Selepas interview yang ke-6, baru la saya mula bekerja)
tetapi rase berdebar tu tetap ade sbb aku nie mmg lemah sikit bab-bab isu semasa.hahaha. Kalau interview kerja dulu, kita cakap je ape-ape tentang hal teknikal sampai orang tu berkenan nak amik kita kerja. (^_^).


Biasenya soalan setiap temuduga kerja dulu, selepas beberapa kali diinterview, saya dapati semua soalan lebih kurang sama jer (kebanyakannya soalan perangkap sebab nak uji diri kita + kena speaking in English walaupun syarikat tu syarikat melayu) spt..

Soalan sesi 1:
  1. Kenapa memilih untuk bekerja dgn syarikat mereka?
  2. Terangkan serba sedikit mengenai syarikat mereka?
  3. Kenapa memilih jawatan yang mereka tawarkan.
  4. Terangkan tentang skop kerja jawatan yang kamu pohon ini.
  5. Kenapa memilih untuk berkhidmat dengan syarikat mereka.
  6. Kenapa kamu ingin berhenti kerja daripada syarikat sekarang?
  7. Apakah cita-cita kamu? (walaupun dia tau kita nak apply post engineer, tapi sure dorang nak kita bagi jawapan lain).
  8. Apakah kemahiran-kemahiran kamu berbanding orang lain?
  9. Senaraikan sebab-sebab mengapa saya perlu mengambil kamu bekerja berbanding orang lain?
  10. Berapakah gaji yang kita inginkan? (Soalan tu susah, klu minta terlebih tinggi nnti dorang taknak amik bekerja plk).
  11. Aku pernah kena soal, “Adakah kamu minum sebab dalam kerja ni adakalanya kamu kena entertain klien ke pusat hiburan & minum bersama mereka? Klien kami kebanyakkannya non-muslim” (Gulp…aku menelan air liur. Kalau tolak mentah-mentah sure xdpt kerja tu...).
Dulu, masuk je sesi ke-2, dorang akan soal soalan teori & soalan yang hanya boleh dijawab jika mempunyai pengalaman (dorang nak uji kita secara in-direct) seperti
“Berapa besarkah diameter kabel power yang kamu pernah lihat?”.

Saya jawab
“880mm persegi” iaitu sebesar 2 kali ganda kepala manusia"
.



Power cable cross-section


Tapi penemuduga (MD) tu cakap, "Ada lagi kabel yang lagi besar"

Hardy Boy "Berapa besar berapa saiznya?".

Penemuduga : "Saya takkan bagitau".
(Bagi
saya mengarutla, mana ada kabel yang lagi besar daripada kabel hidroelektrik, bila difikirkan balik, geramnyer....).





Power cable Drums

Tak berapa lama kemudian, Managing Director(MD) dia sendiri call offer saya kerja tapi saya tolak.

Kekadang g interview tu saje je nak test market. Akhir sesi interview klu
saya tak suka, (terutamanya bila dorang tanye aku minum(alkohol) tak, clubbing, perempuan, rasuah, kena bersalam dgn perempuan supaya mengeratkan lagi kemesraan dgn klien, kena cukur janggut la, mcm-mcm lagi menda-menda bukan-bukan), bila rase saham dah tinggi, saya pun akan minta menda bukan-bukan mcm adakah saya akan diberikan kereta, adakah sewa rumah saya akan dibayar syarikat termasuk astro, bil air & lektrik, gaji melampau-lampau tinggi & mcm-macam lagi, alasan yang saya bagi ialah "majikan sy skrang provide semua menda tu kpd saya...".. saje je nak cabar, padan muka korang. hahahaha... Seronok jugak.. (^_^)

Airport Tawau
Masa di Kota Kinabalu tu, sempatla jenjalan sekeling KK yang mane sempat. Nasib baik ade adik saya, Syafiq kat UMS sudi bawa kitorang jenjalan pusing ngan keta kat KK..(kalau jalan kaki penat jgk r) hahaha.. Ni second time aku kt KK.

Airport Tawau
Masuk je bilik menunggu Pejabat SPP Kota Kinabalu pukul 8.20pg, tau-tau member saya Aziz dah kena interview dah pukul 7.50 tadi(sepatutnya interview tu start pkl 8.30pg), Amirul no.2, saya plk kena no-3, dup-dap-dup-dap rasenye sbb mcam awal sangat….

Masuk je bilik temuduga, saya pun memberikan salam kepada penemuduga, seorang Dato’ & seorang lagi pernah berkhidmat di politeknik Kota Kinabalu. Saya pun serahkan serahkan fail saya yang tebal (berisi sijil-sijil, resume & dokumen-dokumen interview. Orang cakap,hanya letak sijil-sijil penting je, tapi malas la aku nak pilih-pilih, so aku letak je semua, yang terkini diletakkan paling depan..hahaha.). Dalam hati, nak kena cakap BM or BI nie?!!


Penemuduga : Terangkan mengenai diri kamu
Hardy Boy : Nama saya _________. Berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej
Komuniti Tawau, Sabah. Dulu saya melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada UTHM, konvo pada 2006, kemudian bekerja sebagai Jurutera di Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pengajian di peringkat
Master 2008.


Status saya…. Sudah berkahwin, baru sahaja sebulan…..(saya tersenyum sendiri..)..

Penemuduga : Isteri awak pensyarah di Kolej Komuniti Tawau ke?
Hardy Boy : Istri saya seorang guru di semenanjung.

Penemuduga : Orang mane?
Hardy Boy : Orang Kelantan juga...
(Actually,
saya kenal isteri aku nie semasa di Sekolah Rendah lagi, satu kelas, sebelah je meja. Dia kata aku dulu comot, tak hensem..hahaha. Then, bila dah dewasa, dia jadi akauntan kt Kota Bharu, saya plak dok travel setiap minggu
KL-Cameron Highlands. Tau-tau dia dapat offer KPLI kat Batu Pahat,
saya plak dapat offer futher master kat UTHM, saya register seminggu awal sebelum dia, tu pun sebab saya masuk second-intake).

Penemuduga : Saya ingatkan orang Tawau.
Masing-masing tergelak, silap teka kot…

Penemuduga : Isteri kerja di mana?
Hardy Boy : Isteri saya seorang guru di Sekolah Convent, Klang, Selangor.

Penemuduga : Jadi, sekarang nie, siapa yang berulang-alik?
Hardy Boy : Buat masa nie, saya yang berulang-alik.

Penemuduga : Awak selalu check air-asia la nie?!!
Hardy Boy : Ye… (Sambil tersipu-sipu malu)…
Masing-masing : Hahahaha (Keadaan terus bertukar jadi tak serius, aku baru je nak serius..hahaha).
Airport Kota Kinabalu- Thanks Mirul kerana beratur check-in tiket kitorang.hahaha

Penemuduga : Dulu awak ambik course ape?
Hardy Boy : Kejuruteraan Elektrik dalam bidang robotik dan automasi.

Penemuduga : Mengenai mekatronik ke?
Hardy boy : Ade jugak berkaitan.

Penemuduga : Mengenai control ke?
Hardy boy : Ade jugak berkaitan.
(Apehal la aku nie bengap sangat, actually beliau nak aku terangkan tentang course yang aku amik, ape daaa….).

Penemuduga : Degree awak nie course lain, tapi kat resume nie awak bekerja dalam bahagian Sistem Kuasa
(memang cukup berbeza antara kedua bidang tu, macam itik & ayam..hahaha).


Hardy Boy : Memang ijazah saya berbeza tapi bagi saya, seseorang individu tersebut perlulah berusaha bagaimana untuk mengembangkan potensi diri mereka dengan asas ilmu pengetahuan mereka.

Saya bekerja dalam bidang Power System, sekarang pun saya masih mengajar dalam bidang Power System, sedikit sahaja ape yang saya apply pelajaran semasa degree dulu (dalam bidang elektronik).


Penemuduga : Sepatutnya awak di masukkan di Politeknik nie?
Hardy Boy : (Saya hanya tersenyum + tak tau kenapa beliau cakap camtu)...

Masing-masing kepenatan selepas interview...
Penemuduga : Dulu awak bekerja di mana?
Hardy Boy : Dulu saya bekerja di Main Contractor TNB.

Penemuduga : Ape jawatan awak?
Hardy Boy : Jurutera Projek.

Penemuduga : Jaga tapak projek ke?
Hardy Boy : Saya manage contruction works.
(Pendek je aku jawab. Apehal la aku nie bengap lagi, actually beliau nak aku terangkan tentang bidang kerja aku tu, ape daaa….)..

Penemuduga : Dah habis terangkan tentang diri awak?
Hardy Boy : Sudah…

Penemuduga : Sepatutnya awak posting di Politeknik nie (sambil mengeleng-gelengkan kepala).
Penemuduga: Kenapa awk berkhidmat di Kolej Komuniti? (Beliau ingat aku sengaja memilih Kolej Komuniti).

Hardy Boy : Saya ditempatkan mengajar oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Penemuduga : Sepatutnya awak di tempatkan mengajar di Politeknik nie. Rugi jika awak tidak gunakan pengalaman dan ilmu pengetahuan semasa kerja sebagai jurutera projek nie….

Hardy Boy : (Aku cuma tersenyum)…
Penemuduga : Bagaimanakah perasaan awak apabila mendapat tawaran berkhidmat di Kolej Komuniti?

Hardy Boy : Bagi saya, kita perlu berkhidmat di mana sahaja kita ditempatkan. Saya seronok berkhidmat di Kolej Komuniti kerana saya berpeluang …bla..bla…bla.. (malas aku nak taip ape aku ckap..hahaha).

Tapi saya seorang yang sukakan cabaran. Jika saya dikehendaki berkhidmat di mana-mana sahaja, saya berpeluang untuk mengembangkan potensi diri saya. Dulu saya pernah menjalani latihan mengajar di Politeknik Kota Bharu. Memang cukup berbeza antara Politeknik dan Kolej Komuniti.

Airport Kota Kinabalu (teringat citer driver teksi yang hantar kitorang g airport hari tu, lain kali la aku citer ;-)
Penemuduga : Jangan marah ye. Saya dengar bahawa graduan daripada UTHM tidak berkualiti. Apekah pendapat awak?

Hardy Boy : Course tertentu ke atau semua course?
Penemuduga : Semua course…

Hardy Boy : Saya tidak bersetuju dgn kenyataan tersebut kerana bagi saya kualiti seorang pelajar di nilai berdasarkan individu. Ia bagaimana seseorang itu mengembangkan potensi diri mereka. Sepanjang saya bekerja dahulu, saya belum pernah lagi mendengar mengenai kenyataan tersebut daripada para majikan.

Dato’ : Saya dengar bahawa terdapat course di UTHM yang dihentikan pengambilan pelajarnya. Apakah pendapat awak?
Hardy Boy : Sehingga kini saya belum pernah dengar mengenai course tersebut.

Dato’ : Course tersebut ialah Teknik dan Vokasional.
Hardy Boy : (sambil tertelan air liur, course aku la tu). Actually, course tersebut tak dihentikan pengambilan pelajarnya cuma pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah hentikan penawaran biasiswa kepada course tersebut kerana pihak Politeknik dan Kolej Komuniti ingin melatih tenaga pengajar mereka sendiri.

Maksudnya, mereka akan ambil pelajar daripada ijazah sarjana muda terus mengajar kemudiannya mereka akan dilatih mengajar semasa kursus dalam cuti. Bagi pendapat saya, ikhtisas pendidikan ini penting kerana mengajar ini bukan sesuatu yang senang kerana kita perlu perlu gunakan ilmu ikhtisas pendidikan seperti pendekatan pedagogi, psikologi dan sebagainya.


Airport Kota Kinabalu- Menghabiskan masa terluang sambil mengambil gambar...
Hardy Boy : Saya bukan nak mempertikaikan, tetapi saya dapati bahawa terdapat juga pensyarah tertentu yang terus diambil mengajar tanpa mempunyai ilmu ikhtisas pendidikan, hasil mengajar mereka tidak begitu memuaskan termasuklah daripada segi pendekatan, psikologi, pedagogi, andragogi, methodology method dan sebgainya. Kaedah mereka mengajar juga seperti bagaimana pensyarah mengajar mereka semasa di universiti dulu sedangkan pendekatan untuk pelajar peringkat kolej atau politeknik ini jauh berbeza. Mengajar merupakan suatu seni, kita juga dikehendaki mendidik bukan sekadar mengajar.


Penemuduga : Betul-betul, saya setuju.

Hardy Boy : Walau bagamanapun, perkara tersebut tidak menjadi masalah selagi pensyarah tersebut mengambil inisiatif berterusan menguasai ikhtisas pendidikan.

"(Sebenarnya, soalan tersebut ditanya kepada member aku sebelum tu, Amirul yang tiada ikhtisas pendidikan. Soalannya "Bagaimana awak hendak mengajar sedangkan awak tiada ikhtisas pendidikan? Entah-entah awak tak masuk kelas nie?!!hahaha (sambil beliau berjenaka). "

Happy + Penat + ngantok (^_^)

Antara soalan-soalan lain yang disoal kpd aku;
Dato’ : Apakah pendapat awak dasar kerajaan mengenai dasar berbudi bahasa? Teruk sangat ke budi bahasa masyarakat kita nie?

Dato’ : Bagaimanakah kita nak tau sama ada seseorang itu berbudi bahasa atau tidak?

Penemuduga : Apakah perbezaan motor dgn penjana?

Penemuduga : Apakah tujuan transformer?

Penemuduga : Apakah tujuan transformer voltan dengan transformer arus?

(Jawapannya, korang cari la sendiri, penat r taip..hahahahaha).
Ruangan menunggu

Secara keseluruhannya, semua soalan yang ditanya kepada aku smuanya soalan yang bagi saya “bole digoreng”, pelik jugak sbb member-member lain yang satu sesi ngn aku tu semua soalan susah mcm NKRA, plan transformasi, nape Sabah digelar negeri di bawah bayu, falsafah pendidikan, event yang akan berlangsung pada hari tersebut la, rukun Negara, wawasan 2020 & mcm-mcm lagi…. Ape yang saya bace, satu pun tak disoal… Nasib baik..hehehe…Yang penting penemuduga hendak lihat keperibadian, keyakinan, keberanian, pengetahuan dan kebolehan kita bercakap. Penemuduga pun sporting jer, tak de la garang mcm guru disiplin yang maybe anda bayangkan sebelum masuk ke bilik temuduga (^_^). Yang penting, wat homework(persediaan), bersedia dan datang awal ke tempat temuduga, sebelum hari temuduga datang la tinjau ke tempat tersebut terlebih dahulu supaya esoknya lebih yakin & tak kelam-kabut).
Menghabiskan memori kamera lagi...
15 minit je, penemuduga dah habis interview. Keluar je bilik, member-member lain cakap “Sekejapnya….” (Yang lain kena 30 minit). Aku cuma tersenyum… Duduk je terus kena serbu, mcm artis plak, biasela masing-masing nak tau ape soalan aku kena soal. Tapi, penemuduga hari tu memang baik hati, untung kitorang tak seteruk nasib sesetengah member-member kitorang yang kena soal kat semenanjung… (^_^) ….






Aku ingatkan dorang akan soal macam present projek sarjana dulu.hahaha…


Sedang menghabiskan memori kamera (^_^)
Sebelum on the way balik, boarding ke Tawau, saya tanya la member-member yang lain, ade yang sesi 8.00pg mcm aku & ade yang sesi 10.30pg mcm roomate saya yang lain(nasib baik aku tak terlajak bangun.hehehe). Bila tanye member-member, walaupun tempat dan penemuduga orang yang sama, tapi soalan mereka berbeza, yela, penemuga-penemuduga bukannya orang calang-calang, berbagai-bagai isu yang mereka tahu. Cuma jawab je dengan penuh yakin dan berhemah, jangan memandai-mandai plak cipta fakta-fakta yang bukan-bukan, yang kelentong yang bukan-bukan. Banyakkanlah membaca dan tahu isu-isu semasa dalam bidang/jabatan Tuan/Puan.. (^_^)



update :
Disebabkan ramai yang visit post blog saya nie, so saya berikan sedikit tips soalan-soalan yang selalu ditanya, kekdang tu setiap calon temuduga disoal dgn set soalan yang berbeza:

1 -plan stategik pengajian tinggi negara.
2 -dasar pendidikan
3 -pelan induk
4 -nama menteri kolej komuniti dan sebagainya
5 -rukun negara
6 -plan transformasi
7 -rmk 10

8 -isu semasa (termasuklah hari tu ade member siap kena soalan event yg terjadi pada hari tu...).

9. tonggak pemerintahan negara (seperti menteri-menteri di kabinet, sapa bekas menteri pelajaran or menteri pengajian tinggi)

10. kuasai major anda..(seperti klu engineering, akan ade soalan berkenaan dgn teori engineering).

11. tahu pasal falsafah pendidikan dan teori2 pembelajaran

12. Pelan induk pembangunan pendidikan

13. Pelan Strategik Pengajian Tinggi

14. tau nama2 sultan, menteri besar dan yg sewaktu dengannya..
15. Rukun Negara..

16. Rancangan Malaysia terkini seperti RMK10.

17. tahu mengenai perkara di dalam negara seperti yang jadi pada member aku (kena tanye klcc merupakan perkara yang ke berapakah tertinggi di dunia?)

18. bawa sijil2 kokurikulum termasuk dari zaman sekolah..(macam yang terjadi pada aku, dorang tanye takde ke sijil sukan sebab semuanya tentang ko-kurikulum. Member aku plk kena tnye "takde ke sijil ko-kurikulum sebab semuanya sijil sukan..hahaha). .

19. berpakaian kemas....

20. Jawab je seperti masa SPM dulu, ade isi, huraian & contoh. Yang penting cuba menjawab, kekadang dorang bukannya nak tengok sangat betul or tidak, tapi nak lihat kepetahan kita berkata-kata, lancar, fasih, kekadang interview separuh dlm BI separuh dalam BM, kalau salah jawab je tak tahu tapi mesti diselitkan dengan ayat seperti "saya tidak pasti tapi saya cuba menjawab soalan tersebut...".. Then dorang nak tengok, kelayakan kita termasuklah keperibadian sama ada kita sesuai untuk menjawat jawatan yang kita pohon tersebut...


21. Dokumen-dokumen jgn lupa bawa sebab dulu aku pernah dengar ade yang kena temuduga fail sebab dokumen tak dibawa seperti surat beranak(original) dan sebagainya...

Tapi, klu yang lain lengkap, belum pernah lagi dengar ade yang fail...

So, gudluck for your interview (^_^) ...


20 comments:

  1. thanks for sharing. saya dapat interview SPP next week. takut sangat. interview kat putrajaya pulak tuh..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Esoneniey.. Dalam post nie saya ade letakkan sedikit update/tips terbaru, semoga dapat membantu...
    So, gudluck & all the best (^_^)

    ReplyDelete
  3. salam...nak tnya mcm mana nk apply spp..??? saya dah register, tp bile nk isi borang permohonan dye mintak alamat tempat bertugas sedangkan saya fresh graduate. kalo xisi part tu xleh klik seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. bagi pendpat saya, babykristal sepatutnya apply www.spa.gov.my untuk apply kerja kerajaan, then jika dipilih SPP akan panggil babykristal untuk sesi temuduga.
      biasanya kakitangan kerajaan yg baru sahaja bertugas akan dipanggil temuduga oleh SPP.

      Delete
  4. salam bro..tanya cikit, my wife berjaya dalam interview spp under khusus kuasa, then la ni kami dok carik info pasal gaji, skop kerja, n penempatan.so..boleh bagi info x?coz la ni my wife keje ngn tnb lagi...if spp lagi ok, my wife akan quit tnb la..if not..my wife akan stay tnb.

    tq

    -naim

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. yg penting korang kena cek jika diterima kerja, berapa gred(spt DH,DJ, DS dsbginya) & tangga gaji yang akan dibayar contohnya klu komputer T3, klu engineer T8 & klu akauntan T10. daripada situ, tengok berapa jadual gaji yg akan dibayar..

      bila sampai surat tawaran nanti, akan dimaklumkan juga berapa gaji yg akan diberi & pada masa tu boleh pilih hendak menerimamnya atau tak. klu nak apply sedikit penangguhan masa untuk lapor diri di tempat baru, bole buat permohonan di kementerian tersebut atau refer surat tawaran tersebut.

      Delete
  5. Salam.

    Saya baru terima tawaran sebagai Pensyarah K.Komuniti. Saya ada beberapa soalan:

    1) PPPT DH41 ada elaun x?
    2) Jadi PPPT DH41 satu dengar cerita susah mohon cuti,betul ke? Cuti semester kita cuti x?
    3) Skim Gaji, setiap tahun naik automatik ke?

    Maaf banyak soalan, saya fresh graduate..^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleyh tnya awak dapat mengajar apa?apply melalui jobsmalaysia ja ka?sy sgt berminatt utk menjadi pensyarah.tq

      Delete
    2. salam. saya cuba menjawab soalan di atas.

      1)PPPT DH 41 memang akan diberikan beberapa elaun. elaun yang boleh dituntut boleh dirujuk berpandukan pekeliling..
      2) Cuti PPPT DH41 ialah sebanyak 25 hari setahun
      3) gaji dinaikkan setiap tahun secara automatik...

      Delete
    3. boleh cuba lihat di dalam website Kementerian Pengajian Tinggi dan website IPTA/IPTS lain jika ada ditawarkan iklan untuk menjadi pensyarah..

      Delete
    4. Terima Kasih Tuan Blog.

      Delete
  6. Saya bidang Rangkaian. Saya apply kat job Malaysia,bila ada kekosongan SPP akan panggil temuduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..tq..so mcm mana temuduganya? :)

      Delete
    2. Ditemuduga 5 orang serentak. Sorang demi sorang diberi peluang bercakap. Markah dilihat pada pakaian,sikap,kelayakan, dan pengatahuan am. markah paling tinggi kat pengatahuan am. X perlu rsau tentang soalan yang berkaitan bidang kita. selalunya dia tanya soalan yang mudah-mudah je. Better pakai blazer dan name tag.

      Delete
    3. terima kasih ya awak share experience awak... :) hopefully ada rezeki sy nnti :)

      Delete
  7. Assalam. tq for the tips. just nak tanya, sy pun dapat interview ni setelah sy mendapat master. kalau dapat pppt dh41 ni, gaji nye akan dibayar mengikut skema yg memiliki master ke? lg satu.. surat beranak mmg kena bawa yg ori ke? siapakah yg menemuduga awak ye? Tq..

    ReplyDelete
  8. oh lupa pulak. berapa lama menunggu keputusan temuduga tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      Masa menunggu adalah 1-3 bulan..
      Jika awak sudah memiliki Master, anda akan diberikan kelebihan kenaikan 3 tangga gaji berbanding yang hanya memiliki Ijazah sahaja...
      Seeloknya, semua dokumen penting yang original dibawa. surat beranak tidak perlu yang original kerana anda telah memiliki Kad Pengenalan

      Delete
    2. salam,
      kalau tggu result IV dah 3 bulan baru tahu result lulus ke tidak tu, nak tggu surat setuju terima tawaran dan penempatan tu berapa lame lg ye??

      Delete