MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, June 25, 2011

BERDENGKUR???

HARDY BOY : BARU-BARU NI SAYA TERTARIK DENGAN ARTIKEL MENGENAI BERDENGKUR KERANA MASALAH TIDUR INI BERLAKU BUKAN SAHAJA KEPADA KAUM ADAM TETAPI JUGA KEPADA KAUM HAWA. BERDENGKUR INI JUGA TURUT BERPUNCA DARIPADA POSTUR TIDUR YANG TIDAK BETUL DAN JUGA AKIBAT TERLALU PENAT..... 
Kalau anda berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.
 TETAPI, MASALAH TIDUR INI JUGA BOLEH MENYEBABKAN PENCERAIAN, BETUL KE???


Kuat berdengkur & badan berbau antara punca perceraian

Reasons couple cite for getting a divorce
Other news & views
Compiled by Ng Cheng Yee

Loud snoring, body odour, language barrier and unwillingness to have sex are some of the reasons Singa*porean couples ask for a divorce, reported Sin Chew Daily.
_______________________________________


 MASALAH PERNAFASAN PUNCA BERDENGKUR

artikel : Utusan Malaysia
Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAIFUDDIN MOHD. NOOR



TIDUR berdengkur kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki lebih-lebih lagi jika seseorang itu memiliki tubuh yang gemuk. Penyebab lain yang dikatakan mengenai seseorang yang berdengkur ialah terlalu penat, terlalu kenyang atau mengalami masalah pernafasan.



Bagaimanapun ini tidak seratus peratus benar kerana terdapat juga orang yang tidak gemuk yang tidur berdengkur.
Bagi Zahrullail Rohsely, 25, yang memiliki susuk tubuh biasa bagi lelaki Melayu, iaitu tidak gemuk dan tidak kurus tetap mengalami tidur berdengkur.

Jika penat, kadang-kadang Zahrullail Rohsely terlelap di atas sofa dan berdengkur.



Bagaimanapun, dia tidak menganggap dengkur itu sebagai satu masalah kerana dia tahu punca kepada dengkur yang dialaminya dan bagaimana hendak mengatasinya.

Kata Zahrullail, dia sudah terbiasa dengan bunyi dengkur kerana bapa dan abangnya juga tidur berdengkur.

''Saya sendiri pun tidak menyedari bahawa saya juga tidur berdengkur sehinggalah kawan sebilik semasa saya menuntut dahulu memberitahu bahawa saya tidur berdengkur.

''Kata kawan saya, saya selalu tidur berdengkur bagaimanapun tidaklah kuat sangat dan mengganggu tidurnya,'' kata Zahrullail yang berkelulusan Diploma Pengurusan Pejabat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Tambahnya, kemudian baru dia menyedari bahawa jika dia balik kelas lewat malam dan kemudiannya tertidur, pasti dia akan berdengkur. Ini kemungkinan kerana terlalu letih sehingga tertidur nyenyak lalu menyebabkan berdengkur. Jika tidak penat, dia tidak akan berdengkur.

Menurut Pegawai Perhubungan Korporat Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak ini lagi, selain terlalu letih, dia juga akan berdengkur jika posisi tidurnya tidak betul dan mengganggu pernafasan.

''Kadang-kadang semasa waktu rehat di tempat kerja, saya akan terlelap seketika di atas sofa. Tidak disedari saya berdengkur. Bila kawan mencuit, saya sedar bahawa saya berdengkur. Jadi saya akan membetulkan duduk bagi membetulkan saluran pernafasan yang tertekan dan menyebabkan dengkur.

''Tetapi adakalanya terasa segan juga bila tidur di rumah orang, menghadiri seminar atau pergi berkhemah. Kalau tidur berdengkur nanti orang akan marah pula. Biasanya saya akan berpesan kepada kawan supaya menggerakkan saya jika saya berdengkur,'' ujar Zahrullail yang masih bujang ini.
Sementara itu, seorang teman menceritakan kisah kawan baiknya yang mengalami masalah dengkur yang boleh dikatakan serius.

Kawannya yang bernama Jamilah merupakan rakan sekuliah semasa menuntut di sebuah universiti tempatan.

''Selepas tamat pengajian dan mengikuti latihan praktikal, kami serta beberapa orang kawan lain menyewa rumah. Semasa tinggal bersama inilah saya menyedari bahawa Jamilah mengalami dengkur yang teruk.

''Setiap hari bila balik sahaja kerja, dia akan terus merebahkan diri di atas sofa di ruang tamu. Sekejap sahaja dia akan berdengkur. Dengkurnya pula bukan sikit-sikit tetapi kuat sangat sehingga boleh didengar oleh rumah orang bujang di sebelah.

''Malu juga bila orang bujang tu jalan di tepi tingkap di luar rumah. Mereka akan ketawa dan menyindir siapa yang berdengkur kuat tu,'' cerita teman itu lagi.

Tambahnya, kawan-kawan serumah yang lain tidak berani memberitahunya kerana bimbang Jamilah akan berkecil hati.

Bagaimanapun lambat-laun Jamilah harus diberitahu kerana dengkurnya menyebabkan seisi rumah tidak boleh tidur walaupun mereka 'lari' ke bilik lain dengan telinga bersumbat kapas.

Kalau dia penat atau demam, dengkurnya makin kuat dan menakutkan. Tutup pintu masih boleh mendengar dengkurnya yang boleh diibaratkan seperti kerbau kena sembelih.

Suatu hari, Jamilah memberitahu dia akan bertunang dengan lelaki yang dikenalinya melalui Internet. Teman ini memberitahu Jamilah agar berterus-terang dengan bakal tunangnnya mengenai masalah dengkurnya.

Teman ini juga menyuruh Jamilah berjumpa doktor pakar mengenai masalah dengkurnya kerana mungkin ia disebabkan oleh penyakit namun Jamilah enggan.

Bagaimanapun Jamilah berkata, dengkurnya itu adalah anugerah Tuhan dan bakal tunangnya harus menerima dirinya seadanya.
Setahun berkahwin, teman ini bertemu semula dengan Jamilah. Dia menangis menceritakan walaupun sudah setahun mendirikan rumahtangga namun suaminya tidak pernah menyentuhnya.

''Jamilah benar-benar sedih. Saya tanya dia jika dia ada apa-apa masalah dengan suaminya. Namun katanya, suaminya tidak pernah berkata apa-apa. Saya fikir mungkin kerana masalah dengkur Jamilah.

''Akhirnya Jamilah bercerai juga. Kini Jamilah telah pun berkahwin kali kedua.

"Kata Jamilah, suaminya kini tidak pernah merungut mengenai masalah dengkurnya dan boleh menerima dirinya seadanya. Atau mungkin juga kedua-duanya sama berdengkur bila tidur,'' jelas teman ini lagi.





MASALAH PERNAFASAN PUNCA DENGKUR

Berdengkur dan Kesihatan

Jantung dan paru-paru yang sihat akan memastikan saluran pernafasan berfungsi dengan baik. Tetapi jangguan pada rentak jantung akan mengakibatkan sistem pernafaan terganggu dan tidk berlaku isyarat timbal balik oleh saraf yang mengawal diafragma (saluran di bawah paru-paru) yang mengawal pernafasan. Akibatnya paru-paru seperti tidak bernafas. Tetapi masalah ini boleh diatasi ketika sedang sedar iaitu menarik dan menghembuskan nafas dengan sendiri. Tetapi ketika sedang tidur, saluran tersebut tidak dapat dikawal. Maka berlakulah dengkuran.
Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung NW11. Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.
Perhatikan bayi anda, sekiranya dia berdengkur ketika tidur, bermakna dia sedang mengalami masalah rentak jantung.
Antara karektor yang dapat kita kenal pasti terhadap bayi atau kanak-kanak yang mengalami masalah jantung ialah dia suka meragam, tidak suka dengan orang lain (misalnya apabila orang lain minta dukung, dia tidak mahu). Ketika berumur 5 tahun, dia kerap menangis (selama berhari-hari) setiap kali ditinggalkan di Nurseri atau tadika. Dia mudah rasa bosan dan takut jika ditinggalkan keseorangan.
Semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin kronik tahap kesihatan jantung.


Langkah mengatasi masalah tidur berdengkur

1. Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur.
2. Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.
3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jatung berbabas dari sesuatu tekanan.
4. Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.
5. Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.
6. Tidur dalam keadaan duduk menegak pada waktu siang atau selepas makan amat digalakkan supaya makanan dapat dihadam dengan sempurna dan tidak membebankan jantung.
Sebenarnya masalah tidur berdengkur masih boleh dirawat. Rawatan akan ditumpukan lebih kepada bahagian Jantung NW11. Tetapi pemeriksaan perlu untuk mengenalpasti punca sebenar.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat masalah tidur berdengkur atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak

Punca-punca Berdengkur
Walaupun berdengkur boleh disebabkan masalah sentral, iaitu otak, tidak kurang juga jumlahnya mereka yang menghadapi masalah ini terutamanya dalam kalangan kank-kanak berpunca daripada masalah halangan atau penyempitan saluran pernafasan. Antara punca boleh ubah yang dikenal pasti menjadi sebab berdengkur ialah obesiti atau masalah kegemukan, saluran tekak yang sempit akibat kelenjar tonsil dan adenoid (sengau) yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Sesetengah mangsa gejala ini akan mengalami kesakitan seperti sakit dan lemas kerana terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.

          Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Tanda-tanda Berdengkur
Selain gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, pesakit yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda lain yang merupakan manisfestasi kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya termasuklah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan productiviti kerja seharian. Pesakit akan mudah berasa marah dan tekanan darah yang tinggi atau hipertensi yang sering kali dikaitkan dengan keadaan ini. Mereka yang mengalami dengkur yang kronik boleh mendapat masalah penyakit jantung atau kompilasi kepada sistem pernafasan (sleep apnea iaitu berhenti bernafas kira-kira 10 saat sewaktu tidur).
          Mengantuk yang melampau pada waktu puncak siang hari amat berbahaya kepada mereka yang bekerja yang memerlukan tumpuan seratus peratus seperti pengendali jentera dan mesin di kilang, pemandu kenderaan awam dan sebagainya. Bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah, gelaja ini akan membawa terganggunya konsentrasi pembelajaran dalam kelas. 
           Mereka yang mengalami masalah ini biasanya akan diperiksa oleh doktor di klinik pakar telinga, hidung dan tekak. Ujian untuk mengesahkan keadaan dan tahap keterukan dengkur ini dipanggil ujian tidur. Dalam ujian ini, pesakit akan diminta untuk tidur seperti biasa tetapi pada masa yang sama, keadaan pernafasan, dengkur atau apnea akan direkodkan. Selain itu, pesakit yang mengalami masalah pernafasan sewaktu tidur akan memberikan bacaan kekurangan bekalan dan ketepuan oksigen yang rendah dalam sistem peredaran darah. Kesan ini dalam jangka masa yang panjang amatlah tidak baik terutama jika bekalan oksigen yang rendah ini dikaitkan dengan organ vital seperti otak yang berkeperluan tinggi.

Bagaimana Nak Atasi Masalah Tidur Berdengkur!
Bila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Tapi boleh ke nak tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tak tahu, entah entah selama ni bunyi dengkur kita yang macam enjin turbo tu yang mengganggu tidur orang.
Punca dengkur ni bukanlah sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan tu. Dengkur terjadi sebab ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang  tak boleh tidur.
Cara atasi masalah berdengkur:
Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.
Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

Guna ‘Breathe Right’
3488412904 632f14510b o Bagaimana Nak Atasi Masalah Tidur 
Berdengkur!
Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.




5 comments:

  1. brdengkur,..nice topic!,.sian jamilah tu,.slalunye org yg brbdn gempal kn,tp bnyk fktor lain boley trjadinye brdgkur ni,.hehe,.

    ReplyDelete
  2. thanks cik nurul for your comment (^_^)...
    tiada ubat tanpa penyakit tetapi berdengkur ni bahaya kalau boleh menyebabkan kegagalan nafas semasa tido...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. majoriti mereka yang mengalami masalah tidur berdengkur berpunca dari dalaman....jemput baca Tips atasi dengkur

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. kesian sebenarnya pada yang berdengkur. Dah lah badan tak dapat tidur lena. Penat tau dan haus sangat tekak kalau berdengkur. Kita yang mendengar pon rasa penat. Haha. Tapi sama-samalah kita tolong kawan-kawan kita yang dengkur ni. Kalau boleh biarkan diorg tidur mengiring.

    ReplyDelete