MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, May 24, 2012

Misteri Video Kemunculan Lelaki Berjubah Mengangkat Lelaki Syahid

kesinambungan drp >>>WAJAH PARA SYUHADA YANG SYAHID

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid 

source -  harian-metro

Kemunculan lelaki berjubah misteri dengan tenang mengangkat lelaki syahid walaupun askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan.

Wednesday, May 23, 2012

Ikan Pelik - DRAGON FISH

Sambil-sambil mencari material menarik untuk post dlm blog, terlintas dalam fikiran aku nak masukkan salah sekor ikan eksotik/pelik yang aku pelihara dalam aquarium iaitu DRAGON FISH, masa beli dulu kecil je sebesar jari kelingking sekarang dah membesar mcm ular. (Aku bela ikan bukan ape, disebabkan selalu outstation, kalau aku bela haiwan spt kucing sure mati kelaparan kucing tu sbb takde orang bagi makan.hahaha..).
Rupa ikan Dragon Fish ni taklah hensem sangat tapi entahla kenapa mahal sangat, yang kecil sahaja besar jari kelingking harga dah RM16 (tapi aku beli kt kedai lain dengan harga lebih murah). Bila aku tanya tauke kedai ikan tu, dorang (Cina) anggap ikan tu berbentuk seperti NAGA di dalam air, cukup liar/ganaz & kuat. Sampai sekrang dah beberapa udang galah kesayangan aku kena makan dengan ikan ni, hampeh betul sampai aku terfikir nak bagi balik kat tauke kedai ikan tu, kalau campak dalam sungai takut mati pulak...
My Dragon Fish - Ada juga yang panggil ikan Albino Poly atau Poly Senegaluls

Wednesday, May 16, 2012

GAMBAR KEHIDUPAN SEHARIAN YANG SADIS

Hardy Boy -  Sempena Hari Guru, saya cuma nak ucapkan Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik termasuklah to my beloved wife & my mum (biasanya dorang selalu bawa balik hadiah yang banyak pemberian anak didik dorang.hehehe)..

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Ilahi krn ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita, sesungguhnya Dia telah menetapkan apa yang terbaik untuk hamba-NYA (tetapi kita mesti berjuang habis-habis DEMI kehidupan yang lebih baik).


In INDIA

 DAILY LIFE from Boston.com

kredit to : boston.com

 

Saturday, May 12, 2012

BENGKEL BLOG BERSAMA PARA PENDIDIK SMK TAWAU II

Lanjutan daripada entry >>> Asas Membina Blog
Gambar ini gambar hari terakhir selepas 4 hari para pelajar IPT Zon Sabah & Sarawak berkursus di Kota Kinabalu, masa ni masing-masing dah kepenatan, gembira & sedih (sebab nak kena berpisah dgn rakan yang lain yg dah seperti adik beradik). Respond - masing-masing seronok, alhamdulillah...


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/575221_3556067293243_1308422587_n.jpg
Semasa berkursus di AKEPT baru-baru ini bersama para pensyarah wakil setiap IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Semasa kursus ini, aku cukup respek apabila berpeluang berkursus satu meja dengan para professor-professor daripada beberapa universiti terkemuka di seluruh Malaysia kerana mereka ini cukup low-profile dan cukup berdisiplin di sepanjang kursus walaupun umur dah berusia.  

BENGKEL PEMBINAAN BLOG 
Hari ini dah sampai masa yang saya nanti selepas hampir 2 minggu, menjadi penceramah Bengkel Pembinaan Blog bersama Para Pendidik SMK Tawau II seramai 25 orang (jumlah pendidik di sekolah ini saya dapat tahu melebihi 50 orang dengan jumlah pelajar menghampir angka 1000 orang). Sebelum nie saya dah tolak beberapa kali request daripada sekolah lain sbb tak confident nak mengajar cikgu-cikgu sekolah ni al-maklum la sure guru-guru confirm lagi hebat dalam disilpin & mendidik anak bangsa terutamanya dalam ilmu pedagogi berbanding aku yg cuma 2-3 tahun jagung nie.hehehe... Saya lebih sanggup beri ceramah motivasi

Friday, May 11, 2012

Asas Membina Blog

Baru-baru ni dapat request untuk mengajar Kursus Blog pada 12 Mei 2012 (Sabtu). Kali ni melibatkan guru-guru sekolah. Sebelum ni saya pernah mengajar blog juga tapi cuma melibatkan pelajar remaja je. Sempena Hari Ibu & Hari Guru, saya plan nak buat tayangan beberapa video motivasi supaya kita bersama-sama menghargai Ibu kita kerena belum tentu hari ini, esok atau lusa Ibu kita masih akan bernafas, menjadi kebiasaan adakalanya kita hanya akan menghargai sesuatu setelah kita kehilangannya... (Nasihat ini utk diri aku sendiri yang selalu sakiti hati ibu.hehehe)... 

Dalam penulisan blog, ramai rakan yang sengaja memberikan soalan panas, "APA BESTNYER MENULIS BLOG??? BOSAN LA MENULIS BLOG, BLOG BUKAN ADA APA PUN...".
Aku senyum jer, cuma kalau dorang dok depan laptop aku bole la aku tunjukkan puncanya... 
Jawapan yang aku beri ialah "KEPUASAN, KEPUASAN BERKONGSI ILMU dan ada ramai yang baca tulisan kita tu..".

Orang tanya "Ape yang seronoknya menulis Blog???". Jawapannya ialah kepuasan apabila melihat statistik pageview blog saya di atas meningkat setiap hari, terasa seolah-olah setiap hari saya berkongsi ilmu purata hampir 400-500 orang setiap hari.

Thursday, May 10, 2012

Gambar Hantu Hutan Balung - seram

HARDY BOY - Tahun lepas, dalam bulan Disember, saya telah ke Balung River sebab bercadang hendak adakan Program di sana. Biasalah, saya drive mane sambil ambil gambar di persekitaran manala tau kalau ada permandangan yang boleh dikongsikan di dalam blog ini, sebab mana-mana tempat aku pergi memang aku suka ambil gambar buat modal blog.

Gambar ini saya rakam secara tidak sengaja konon-kononya nak ambil gambar permandangan...

Tuesday, May 08, 2012

WAJAH PARA SYUHADA YANG SYAHID

ISLAM
HARDY BOY - APABILA SAYA MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERIKUT, TIBA-TIBA TERSENTUH HATI SAYA & TIMBUL PERSOALAN DALAM DIRI 
"MAMPUKAH KITA BERKORBAN SEPERTI MEREKA DEMI SYAHID KERANA ALLAH???"...
"BAGAIMANAKAH KEADAANNYA APABILA KITA MENINGGAL NANTI, HINA ATAU MULIA???"...
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/574896_298236836928426_100002263375970_677587_47672392_n.jpg
Wajah para syuhada mati syahid - jelas terpapar wajah mereka tersenyum mungkin roh mereka telah melihat  pintu syurga yang telah sedia terbuka untuk mereka. Terdapat jenazah mereka yang seolah-olah mereka masih lagi bernafas dan sedang tidur.
Gambar Syuhada Yang Mati Syahid - Keajaiban Allah >>> 
SESUNGGUNYA MEREKA DIJANJIKAN GANJARAN SYURGA DI SISI ALLAH...
MEREKA AKAN DIKEBUMIKAN TANPA DIMANDIKAN KERANA DARAH YANG MEMBASAHI TUBUH MEREKA MENJADI SAKSI JIHAD FISABILILLAH MEREKA DI HADAPAN ALLAH NANTI....
Jenazah mereka tidak perlu dimandikan, dikafankan,  disholatkan, hanya dikebumikan dengan pakaian lengkap tatkala ia terbunuh syahid.

Friday, May 04, 2012

Kontroversi - FOTO-FOTO PERHIMPUNAN BERSIH 3.0

HARDY BOY - 28 April 2012 (Sabtu) yang lepas, aku berkursus di Negeri Sembilan, pada hari yang sama BERSIH 3.0 sedang diadakan di Kuala Lumpur. Kursus pula habis lewat, jadi aku sampai di KL SENTRAL pada pukul 7.30 petang. Sampai jer sana, terkejut aku, memang penuh KL SENTRAL dengan orang-orang yang pakai BAJU KUNING sana sini. Tapi keadaan biasa jer, takde la huru-hara macam dalam TV tu, cuma SI BAJU KUNING ni tak kira lelaki atau perempuan baru je balik daripada DATARAN MERDEKA lepas PERHIMPUNAN tu... Aku biasela, buat-buat busy body pasang telinga dengar ape yang dorang sembangkan/discuss hasil post-mortem hari tu.
http://media4.mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/Secara-Rasionalnya-Bersih-3.0-Gagal-565x375.jpgMasuk je KOMUTER on the way aku ke KLANG, dalam KOMUTER penuh lagi dengan SI BAJU-BAJU KUNING, so sejam perjalanan aku ke sana, sejam juga la aku pasang telinga dorang berceritakan pengalaman dorang dalam PERHIMPUNAN tersebut walaupun ade juga 1-2 orang yang pandang dorang dengan sinis (maybe takut kot mcm tengok TALIBAN.hahahaha)... Antara yang aku pelik, ada kalangan dorang yang bace newpaper CINA, dalam paper tu dah siap dimasukkan gambar-gambar BERSIH 3.0 dalam beberapa page terutamanya cover depan (TERKEJUT , cepat betul kerja ORANG SURAT KHABAR CINA NIE sambil aku terdengar komen sinis si BAJU KUNING "KALAU PAPER MELAYU DORANG KENA BALIK DULU UNTUK GORENG & PUTAR BELIT SUPAYA MAKIN TAMBAH UMPPPHH BARU ORANG SUKA BACA". Aku masa tu cuma mampu tersenyum jer sbb badan dah penat berkursus).

APA PUN, KOMEN AKU PASAL ISU PANAS & KONTROVERSI BERSIH 3.0 NIE, senang jer, SESUATU YANG NEGATIF JANGAN LA IKUT, IKUT APA YANG POSITIF SAHAJA, DAH BESAR SO MASING-MASING DAH BOLE FIKIR SENDIRI...

Thursday, May 03, 2012

Kontroversi Skandal Seks Azmin dalam Akhbar UTUSAN, AZMIN ambil tindakan SAMAN

Hardy Boy - Semalam kecoh lagi mengenai kontroversi Akhbar UTUSAN MALAYSIA menyiarkan skandal seks AZMIN, menyebabkan AZMIN dalam proses untuk mengambil tindakan menyaman UTUSAN MALAYSIA RM100 million (Banyak tu duit tu, memang makan tak habis). 
Bagi aku, apa sahaja tindakan, mestilah disertakan bukti yang lengkap, jika tak cukup bukti dan tiada kebenaran, tak pasal-pasal jadi fitnah dan menambah berLORI-LORI DOSA. Antara 2 pihak ni, siapa sebenarnya yang berada di pihak yang benar, WALLAHUALAM.... Just wait & see.... 

Artikel dan GAMBAR_GAMBAR yang cukup besar memenuhi akhbar tersebut, turut mendapat pelbagai reaksi masyarakat Malaysia. Apa agak-agaknya reaksi mak bapak jika anak mereka yang masih kanak-kanak melihat muka depan akhbar ni???? Bagi aku, jika nak masukkan dalam paper pun, just masukkan tajuk udah ler, klu nak tgk gambar pepandaila dorang cari dlm internet....

Wednesday, May 02, 2012

FOTO TREN FESYEN MUSLIMAH TERKINI - JubahSouq


HARDY BOY -Sekarang ni ada pelbagai tren fesyen muslimah. Bagi saya, yang mana menutup aurat tu amat saya sokong. Yang menakjubkan, dengan kemunculan pelbagai fesyen muslimah ini & fesyen yang cukup gorgeous ini, secara tidak langsung menjadi medium dakwah yang telah membuka hati ramai umat ISLAM dan wanita khususnya untuk menutup aurat, daripada yang FREE HAIR dan suka dedah aurat sana-sini kepada WANITA yang BERTUDUNG LITUP. Sampai aku pun teringin nak beli beberapa pasang suruh isteri pakai.hehehehehe...
Dalam entry ni, jom kita lihat FESYEN MUSLIMAH TERKINI iaitu JubahSouq yang semakin popular, simple tetapi cantik (^_^)
kredit to - http://ohartis.com
--------------------------------------------------------------------
JubahSouq dimiliki oleh dua orang sahabat yang mempunyai latar pekerjaan dalam kejuruteraan tetapi mengambil langkah untuk menubuhkan JubahSouq bagi memudahkan wanita muslim untuk mencari jubah kegemaran mereka. Perniagaan ini telah bermula dan semakin berkembang hanya dalam tempoh 1 tahun sahaja.
ohmedia-jubahsouq