SEBELUM NAFASKU DIHENTIKAN MU, YA ALLAH....
Hari ni, 8 OGOS 2012 genap usiaku ulangtahun diakhirnya usia 20-an.
Bermakna 6 tahun selepas tragedi yang hampir meragut nyawaku pada 2006....
Bermakna, lebih 6 tahun ALLAH memberikan beberapa detik masa tambahan/kecemasan sebelum aku dijemput-Nya entah bila-bila daripada detik ini.... Jika Engkau menjemputku di saat tragedi tersebut, mungkin hanya neraka yang paling layak lantaran dosaku yang menggunung tinggi...
 |
Gambar beberapa bulan selepas tragedi 2006
yang mengubah hidupku 360 darjah... |
Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana terus memberikan beberapa detik kecemasan untuk jantung ku terus berdegup seakan sentiasa berzikir memuji kebesaran ku,
Darah dalam tubuh ini terus mengalir tanpa diarahkan,
Masih mampu untuk aku terus bernafas untuk kali-kali terakhir sebelum anugerah dan nikmat ini diambil kembali kepada mu, bila-bila masa sahaja.
Segala anugerah yang dikurniakan ini hanya diberikan percuma sahaja oleh Mu ALLAH tanpa sebarang balasan
Cuma SEBAGAI HAMBA-MU KAMI PERLU SENTIASA MENJALANKAN KEWAJIPAN KEPADA MU UNTUK TERUS SUJUD KEPADA MU sedangkan KEWAJIPAN tersebut sering aku abaikan.... ALHAMDULILLAH YA ALLAH, ketika nyawaku berada dihujung tanduk seakan hampir dicabut oleh Mu pada 2006, ENGKAU menunjukkan keajaiban dengan menyelamatakan Nyawa ku ini.