MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, March 24, 2015

Keputusan Pilihanraya Dun Chempaka Kelantan

KEPUTUSAN PENUH PRK DUN CHEMPAKA KELANTAN 

 http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/calon_prk_dun_cempaka.jpg 

 

Monday, March 23, 2015

Kanser

ANDA YAKIN KANSER TIDAK MENYERANG ANDA?


 
Sel kanser

Statistik menunjukkan bilangan pesakit KANSER kini sedang meningkat saban hari dan bakal menjadi penyakit NO 1 di Malaysia (skrg no 2). Hal ini terjadi kerana kebanyakkan bahan makanan dipasaran telah tercemar dengan kandungan terlarang terutama di kedai runcit, hypermarket, restoran dan warung. Antara bahan bahaya yang biasa mereka guna ialah:
.
1. GMO (Genetically Modified Organisms)
Hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO.
.
2.Tepung Putih Halus
Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan tepung halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita.
.
3.Gula Halus
Gula halus juga menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.
.



Thursday, March 19, 2015

Rawatan Denggi

Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam

 kredit : www.mstar.com.my

Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman.


PETALING JAYA: Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.
Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah.
Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platelet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.
"Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung.
"Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah," katanya kepada mStar Online.

Strategi Multi Level Marketing

Strategi Multi Level Marketing, USAH MUDAH TERPEDAYA....

 Sumber : ohmy-gummy
 
JUTAWAN TAYANG KERETA MEWAH??? Sebut saja MLM, pelbagai tanggapan yang diberikan oleh masyarakat terhadap perniagaan yang ber#asaskan Multi Level Marketing. Ada juga yang mengelar MLM itu sebagai Meeting Larut Malam kerana sudah menjadi kebiasaan agen MLM akan mengajak 'orang baru' untuk bermesyuarat di restoran 24 jam.

Terbaru, beberapa gambar dimuat naik ke laman Facebook yang menunjukkan ahli-ahli PhytoScience berkumpulan di tempat letak kereta Royal Chulan Hotel.

"Last night Dinner at Royal Chulan Hotel. Orang luar ingat ini pertunjukan sport cara. Tetapi ru#panya ini jentera-jentera yang telah terhasil oleh jutawan-jutawan PhytoSciene yang baru dua tahun yang hadir ke dinner semalam. Allahuakbar.

"Company baru dua tahun tapi dah bersepah sport car terhasil. Macam mana lagi (untuk) lima tahun (yang akan datang)? Inshallah ada lagi slot untuk saya dan kalian yang harini bangun bertindak," katanya.