MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, January 28, 2023

Buli & gangsterisme di asrama

#ProjekHighCouncil

Hampeh tol citer Projek High Council Astro ni, tetiba rasa mcm director drama ni satu sekolah dgn kitorang pulak 😪 (asrama penuh tp bkn sbp, kt belah utara). Plot citer mcm same je mcm alam sekolah dlu & yg realitinya lagi teruk. Masa form 4, setahun ko kena sepak terajang, dibuli & lagi teruk drp citer dlm tu oleh form 5 (masuk je menengah atas, semua senior dok bawa perangai raging teruk2 drp sekolah asrama lama dorang, jd cara buli lebih kurang sama). Student 1 tingkatan je dah 400 orang. Satu je kesilapan terbesar sekolah ni, ialah disebabkan semua warden sekolah hampeh lepas tangan takde kt blok asrama, diserah kpd senior form 5 utk "kawal" form 4 & form lain-lain,
akhirnya disalahgunakan kuasanya. Masuk form 5, citer tak habis lagi bila senior yg 400 org tu berpecah kpd group2 ikut negeri. Ramai sgt yg budget2 samseng. Tiap kali hujung minggu dah tgh malam, belakang asrama jadi port gaduh pulak group2 ni tp one by one by one sampai la tamat sekolah (masing2 standby pisau & senjata lain mmg dlm poket 😪).

Wednesday, January 18, 2023

Motivasi Cinta dan Perkahwinan

Motivasi 
Cinta dan Perkahwinan

Almarhum Tok Guru Nik Aziz
#nikaziz

Monday, January 16, 2023

Tips Harung Banjir Dengan Kereta

Video saya ketika banjir bulan 12 pada tahun lepas :-)

Saturday, January 14, 2023

KISAH AZAM TAHUN BARU

"KISAH AZAM DAN EXTERNAL HARDDISK"
TIPS PERANCANGAN TAHUN BARU


Kepada warga blog hardy boy, sudahkah anda tetapkan azam untuk tahun 2023 atau recycle azam-azam tahun terdahulu yang masih belum tercapai?
Penulis kongsikan sedikit tips perancangan untuk membantu anda.
1) Tetapkan matlamat/misi/azam untuk tahun 2023.
2) Senaraikan dan catat perkara-perkara atau tugasan yang ingin dilakukan pada tahun 2023. (Catatan boleh diletakkan di lokasi yang sentiasa dilihat seperti diari, meja kerja atau di desktop komputer atau muka hadapan paparan skrin telefon bimbit untuk mengelakkan terlupa). Boleh juga setkan 'reminder' di telefon bimbit.
3) Bahagikan tugasan yang ingin dilakukan kepada 4 kategori dan disusun mengikut ranking keutamaan :
a) Urgent tetapi dapat disiapkan dalam masa yang cepat.
b) Urgent tetapi perlukan masa yang lama untuk disiapkan.
c) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang singkat untuk disiapkan.
d) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
Perancangan yang telah tercapai boleh dipotong dan dikeluarkan daripada senarai berkenaan.
4) Tetapkan aktiviti-aktiviti penting di dalam kalendar/planner atau diari (sama ada secara hardcopy atau mobile apps).
Teringat kepada nasihat daripada ex-bos penulis dulu, untuk memudahkan kerja dilakukan, semua dokumen-dokumen hardcopy penting boleh discan' dan ditukarkan ke dalam bentuk softcopy untuk memudahkan dicapai apabila diperlukan  Dengan teknologi terkini, kini dokumen-dokumen yang penuh 1 bilik pejabat boleh disimpan hanya di dalam 1 'external harddisk' atau di dalam 'icloud', google drive dan sebagainya serta diletakkan mengikut kategori. Rakan penulis pernah kehilangan keseluruhan fail di dalam komputer disebabkan hard disk yang terbakar (tu belum kira lagi kalau bilik yang terbakar atau dilanda banjir).
Jadi azam penulis ialah, untuk tidak bertangguh-tangguh keja yang perlu dilakukan pada tahun ini kerana kerja umpama ombak di lautan. Kadangkala ombak yang datang tu sedikit, kadang-kala ombak yang datang tu menggunung tinggi sampai tak terkejar kita nak menyiapkannya 🙂 . Jadi, sementara lautan tu belum bergelora, cepat-cepatlah siapkan apa-apa kerja yang patut, jangan bertangguh-tangguh.
Semoga kita sentiasa memuhasabahkan diri untuk menjadi insan yang terbaik. 
“Barangsiapa yang harinya sekarang lebih baik daripada semalam maka dia termasuk orang yang beruntung. Barangsiapa yang harinya sama dengan semalam maka dia adalah orang yang rugi.” - ucapan Ali bin Abi Thalib.
Kalau berkesempatan, penulis akan kongsikan strategi yang boleh kita lakukan untuk mencapai azam pada posting akan datang.

- Hardy Boy