kredit : CintaSyriaMalaysia
Nama penuhnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin, merupakan pemimpin gerakan HAMAS (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah) yang bermaksud "Gerakan Pembebasan Islam" (The Islamic Resistance Movement in Palestine). Beliau tidak punya daya, duduknya sahaja di atas kerusi roda. Hanya kepalanya sahaja yang mampu menoleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Tetapi, saat menatap wajahnya, biarpun di dalam gambar sahaja, terpancar ketenangan yang luar biasa.
Anaknya, Abdul Ghani pernah menceritakan saat beliau membantu ayahnya, Syeikh Ahmed Yassin yang telah hilang kudrat menggerakkan kedua-dua belah tangannya dengan membantunya menyelak lembaran al-Quran yang dibacanya, tiba-tiba Abdul Ghani tertidur kerana terlalu mengantuk. Lalu ketika anaknya Abdul Ghani tersedar, beliau mendapati ayahnya masih meneruskan bacaan al-Quran dengan menyelak Al-Quran menggunakan gigi dan lidahnya.