MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, February 13, 2015

Kaedah Pembahagian Pusaka Secara Faraid

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/09/harta-yang-membebaskan.jpg 
 
Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan  tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

Bapa:                    1/6 daripada nilai harta si mati
Ibu:                       1/6 daripada nilai harta si mati
Isteri:                     1/8 dariapada nilai harta si mati
Suami:                   1/4 daripada nilai harta si mati
Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
 Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.

http://cdn.pengusahamuslim.com/wp-content/uploads/2014/04/ketika-harta-haram-diwariskan-1114.jpg 

 A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :
     1) Bapa si mati:         1/6
     2) Ibu si mati:            1/6
     3) Isteri:                    1/8  atau  Suami: 1/4.  (Mana-mana yang masih hidup)
     4) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
     5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):
     1) Ibu:    1/6
     2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)

C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak
     1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4  (Mana-mana yang masih hidup)
     2) Ibu:      1/6
     3) Bapa:   mendapat semua baki harta

D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.
      1) Suami:                   1/4 atau isteri: 1/8  (Mana-mana yang masih hidup)
      2) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.
      3) Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa
     1) Adik-beradik Lelaki:          2/3 daripada harta.
     2) Adik-beradik Perempuan:  1/3 daripada harta.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ49WLTRPtI3gju45kHtFB1cJdsDJLxpAP9wGjM-TJmdtLW0m8GtKBF6SwxOuEhiNrVDr48oFyCe9O34ZeFIzNoZsSO4KPjN9afw4kM9TUVW0nYD_yXbJbAt8rBVxhcDNc1J9i-w/s1600/harta-karun-terkutuk.jpg



Perlu diingat kepada semua waris yang bakal menerima bahagian pusaka iaitu sebelum harta pusaka itu diagih mengikut nilai bahagian faraid yang telah ditentukan maka perlu dipastikan bahawa harta pusaka itu telah bersih daripada segala hutang (hutang dengan Allah dan hutang dunia), bersih daripada harta amanah yang dipegang si mati dan bersih daripada tuntutan wasiat.

Sekali pandang kita nampak waris-waris faraid sangat bertuah kerana mendapat harta dengan mudah tanpa perlu memerah keringat. Kerana itulah waris-waris faraid sepatutnya berasa lebih bersyukur dengan penerimaan harta ini dan bukannya ditangani dengan pertelingkahan atau pemboikotan.

Pertelingkahan di sini bermaksud waris-waris bertelingkah untuk mendapatkan bahagian yang lebih manakala pemboikotan pula bermaksud waris-waris buat tak endah atau buat tak tahu dengan harta pusaka tersebut sama ada kerana mereka sudah mempunyai harta sendiri atau kerana hendak mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

Walau apa pun jua tanggapan waris terhadap hak-hak faraid ini, para waris sepatutnya menerima ketentuan ini dengan redho kerana sebenarnya ia merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. Jika kita menolak pemberian orang pun kita sudah dianggap sombong, inikan pula menolak pemberian dari Yang Maha Kaya.

 http://api.ning.com/files/dRltKnSKyrq61VH4JGHJqjmxOH0CT3hbi0nQnng7grf-Fu6*xPW2MCh71gfeRmHaTb2mjsJPJv1QAlwcQa4lT3FT2gbOaKoi/hartakarun.jpg

Salah faham tentang konsep faraidh

Ramai yang salah faham tentang konsep Faraid.
Sebenarnya harus difahamkan bahawa Faraid hanya menetapkan nilai saham atau bahagian yang khusus untuk waris-waris tertentu dan bukannya menentukan bentuk pembahagian.

Pembahagian yang dibuat sewajarnya perlu munasabah mengikut kesesuaian dan mestilah mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi dan mampu meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan ekonomi waris.

Salah tanggapan ini menyebabkan banyak kes yang berlaku yang mana satu harta dikongsi oleh ramai waris yang tentunya mendatangkan kerugian dari segi ekonomi.

 Keadaan ini menyebabkan nilai komersial hilang dan hartanah sukar untuk dimajukan kerana para waris gagal mendapat kata sepakat dalam usaha memajukan tanah tersebut.

Contoh terdekat dapat dilihat di Kg. Baru. Satu lot tanah yang hanya seluas 1.8 kaki persegi dikongsi seramai 90 orang. Walaupun waris berhak ke atas lot tanah tersebut tetapi dari segi nilai tiada harga. Malah untuk memajukannya juga banyak kekangan kerana perlukan persetujuan semua pihak terbabit.


Faraid adalah undang-undang pembahagian harta pusaka Islam. Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid akan dilaksanakan apabila waris-waris yang sah tidak mendapat kata sepakat dalam cara pembahagian harta pusaka.

Ramai orang tahu bahawa sekiranya berlaku kematian maka harta pusaka tersebut akan terus difaraidkan. Malangnya setakat tahu sahaja tetapi tidak memahami bagaimana proses faraid itu berjalan sudah tentu tidak akan menyelesaikan pembahagian pusaka tersebut. Adakah sekadar tahu "aku juga ada bahagian" dalam harta pusaka tersebut akan menyelesaikan masalah pusaka?

Faraid hanya menetapkan nilai harta yang patut diterima oleh waris-waris. Namun bagaimana harta itu patut diagihkan atau dalam bentuk apa harta itu patut diagihkan tidaklah ditentukan.

Dalam proses pengurusan harta pusaka, ada dua perkara penting yang perlu dilakukan, iaitu:

1) Proses mengenal pasti waris-waris yang berhak.
2) Proses pengagihan harta kepada waris-waris yang berhak.

Proses di atas perlu dilakukan menurut urutan. Waris-waris yang berhak perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum pengagihan harta dijalankan. Sekiranya harta diagihkan tanpa mengenal pasti waris-waris yang berhak terlebih dahulu, maka ditakuti penerima harta tersebut telah menerima harta secara batil. Menerima harta secara batil boleh menyebabkan terjadinya perkara yang tidak diingini iaitu memakan harta haram. Banyak implikasi tidak elok akan wujud kepada diri, ahli keluarga dan juga masyarakat akibat memakan harta haram. Salah satu daripadanya adalah doa yang tidak diterima.

 http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRknfUwsY3V-ic8sB57yv27zInZ684ND8u4Jyxl_g0UqrqyvB4yEg

Mengenal pasti waris-waris yang berhak bukanlah sesuatu yang sukar. Kebiasaan yang terfikir oleh kita tentang waris-waris yang terdekat ialah isteri/suami, anak-anak dan ibu-bapa. Secara mudahnya ada lima orang waris utama yang berhak ke atas harta peninggalan kita. Untuk memudahkan lagi proses mengenal pasti waris di sini diterangkan beberapa situasi.

A) Bagi orang yang sudah berkeluarga, 5 orang waris utamanya ialah:
    1. Suami / Isteri
    2. Anak Lelaki
    3. Anak Perempuan
    4. Ibu
    5. Bapa

B) Bagi orang yang masih bujang, 2 orang waris utamanya ialah:
    1. Ibu
    2. Bapa

C) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi tidak mempunyai anak, 3 orang waris utamanya ialah:
    1. Suami / Isteri
    2. Ibu
    3. Bapa

D) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 3 orang waris utamanya ialah:
    1. Suami / Isteri
    2. Anak lelaki
    3. Anak perempuan

E) Bagi orang yang masih bujang tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 2 orang waris utamanya ialah:
    1. Adik beradik lelaki.
    2. Adik beradik perempuan.

Dengan mengetahui waris yang betul-betul berhak akan dapat memudahkan proses tuntutan pusaka di mahkamah, memudahkan proses pembahagian faraid dan dapat mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga.

 http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCGtXaEz6lHQUbvb6uGUZFuEvU7nvVFtp3jMaLmxHObYRI9HhSJg

Harta pusaka adalah aset dan liabiliti (hutang) yang ditinggalkan simati.
Jika hutang simati melebihi semua harta peninggalan, perkara seperti berikut perlu dilakukan;
1. Wajib bayar semua hutang dengan semua harta pusaka yang ada
2. Jika masih terdapat baki hutang, waris tidak dipertanggungjawabkan untuk membayarnya kerana bayaran hutang simati hanyalah setakat harta simati sahaja. Namun begitu, adalah lebih baik jika waris membantu menjelaskan hutang itu. Baki hutang di faraid mengikut bahagian masing-masing.

Untuk kes simati ada meninggalkan hutang berkala (hutang yang dibayar secara berkala), antara cara hutang ini boleh diselesaikan ialah;
1. Mengambil harta simati yang lain bagi menjelaskan hutang ini sekaligus.
2. Mengambil harta simati dan menjelaskan hutang secara berkala. Pembahagian tidak dilakukan sehingga hutang dijelaskan sepenuhnya.
3. Sekiranya ada waris yang mahukan harta ini, boleh diberikan kepadanya dengan harga yang dipersetujui dan hutang dijelaskan oleh waris berkenaan dengan wangnya sendiri.

~ Sekiranya waris tidak mampu menjelaskan hutang simati setiap bulan, mereka boleh membuat keputusan menjual harta itu. Duit hasil jualan perlu digunakan bagi menjelaskan hutang simati. Sekiranya berbaki, lebihan hendaklah dibahagikan kepada waris-waris.
~ Sekiranya hasil jualan tidak dapat menampung hutang simati, perlu dibayar dengan menjual harta simati yang lain sehingga hutang itu selesai sepenuhnya.
~ Sekiranya simati tidak mempunyai harta lain, tidak dipertanggungjawabkan kepada waris-waris menyelesaikan hutang itu dengan harta mereka kecuali mereka sendiri mahu membantu menyelesaikannya.
~ Sekiranya tidak ada waris yang sanggup menyelesaikan hutang simati, simati akan terus berada dalam keadaan berhutang..

Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu, waris si mati hendaklah segera melunaskan hutang piutang simati dengan menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan sebelum difaraidkan. Sekiranya simati tiada meninggalkan harta atau tidak mencukupi maka waris hendaklah berusaha mencari jalan melangsaikan hutang itu seberapa segara.

Ada seorang ustaz dalam salah satu kelas pengajian mingguan di masjid telah membicarakan bab faraid. Dalam kelas ini, ustaz tersebut menerangkan bagaimana menguruskan harta pusaka si mati. Sebelum memfaraidkan harta pusaka oleh waris, perlulah dibereskan daripada harta si mati beberapa urusan seperti belanja mengurus jenazah, kemudian dibayar hutang kepada Allah (seperti fidyah puasa dan badal haji) serta hutang sesama manusia, kemudian diselesaikan harta sepencarian membabitkan isteri/suami dan apabila semua perkara-perkara berkaitan dapat dibereskan, barulah harta si mati dibahagikan mengikut hukum faraid.

  Ustaz itu kemudian memberikan contoh pengiraan pembahagian harta pusaka. Tidak menjadi masalah besar jika harta pusaka si mati mengatasi hutangnya tetapi apa akan terjadi jika hutangnya lebih banyak daripada harta yang ditinggalkan, tentunya pewaris akan 'pucat muka' dan terkebil-kebil biji mata mereka. Katakan si mati meninggalkan harta yang keseluruhannya bernilai RM500,000 tentunya pewaris seperti anak, isteri dan sebagainya menyangkanya banyak dan tertanya-tanya berapa yang akan mereka perolehi daripada bahagian masing-masing tetapi selepas disemak hutang si mati berjumlah RM600,000; pendeknya hutang lebih banyak daripada aset; apa akan terjadi selepas itu? Berputih matalah anak isteri.

  Tentunya waris tidak keruan, mereka sebenarnya bukan dapat harta pusaka, sebaliknya perlu membereskan hutang sebanyak RM100,000. Membereskan hutang itu tanggungjawab waris, tetapi apa akan terjadi jika waris tidak dapat membayarnya? "Menjadi kewajipan pihak berkuasa (seperti Baitulmal) untuk melangsaikannya," kata ustaz.

 http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT8--HK0ykqiOWQDYuWxVhlRbU0wMHjxcuXpDPhjkMvXKgpYj-8
 
  Ustaz itu kemudian memberikan contoh pengiraan pembahagian harta pusaka. Tidak menjadi masalah besar jika harta pusaka si mati mengatasi hutangnya tetapi apa akan terjadi jika hutangnya lebih banyak daripada harta yang ditinggalkan, tentunya pewaris akan 'pucat muka' dan terkebil-kebil biji mata mereka. Katakan si mati meninggalkan harta yang keseluruhannya bernilai RM500,000 tentunya pewaris seperti anak, isteri dan sebagainya menyangkanya banyak dan tertanya-tanya berapa yang akan mereka perolehi daripada bahagian masing-masing tetapi selepas disemak hutang si mati berjumlah RM600,000; pendeknya hutang lebih banyak daripada aset; apa akan terjadi selepas itu? Berputih matalah anak isteri.

  Tentunya waris tidak keruan, mereka sebenarnya bukan dapat harta pusaka, sebaliknya perlu membereskan hutang sebanyak RM100,000. Membereskan hutang itu tanggungjawab waris, tetapi apa akan terjadi jika waris tidak dapat membayarnya? "Menjadi kewajipan pihak berkuasa (seperti Baitulmal) untuk melangsaikannya," kata ustaz.



Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam
Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.


Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.
Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”


 http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQV9TdnVSHl_POoKKYgcMF847V3Itq6KZHMUmP3zHt4WTMIQUdpcw

Walaubagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam.
Anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum  ia menjangkau baligh.  Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan banik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.




 sumber : halaqah.net







1 comment:

  1. slm tn.mcmne pembahian faraid jika simati seorang bujang dan ibubapa dah tiada.si mati meninggalkan 2 orang adik beradik perempuan.tq

    ReplyDelete