Strategi Multi Level Marketing, USAH MUDAH TERPEDAYA....
Sumber : ohmy-gummy
JUTAWAN TAYANG KERETA MEWAH??? Sebut saja MLM, pelbagai tanggapan yang diberikan oleh masyarakat
terhadap perniagaan yang ber#asaskan Multi Level Marketing. Ada juga
yang mengelar MLM itu sebagai Meeting Larut Malam kerana sudah menjadi
kebiasaan agen MLM akan mengajak 'orang baru' untuk bermesyuarat di
restoran 24 jam.
Terbaru,
beberapa gambar dimuat naik ke laman Facebook yang menunjukkan ahli-ahli
PhytoScience berkumpulan di tempat letak kereta Royal Chulan Hotel.
"Last night
Dinner at Royal Chulan Hotel. Orang luar ingat ini pertunjukan sport
cara. Tetapi ru#panya ini jentera-jentera yang telah terhasil oleh
jutawan-jutawan PhytoSciene yang baru dua tahun yang hadir ke dinner
semalam. Allahuakbar.
"Company baru
dua tahun tapi dah bersepah sport car terhasil. Macam mana lagi (untuk)
lima tahun (yang akan datang)? Inshallah ada lagi slot untuk saya dan
kalian yang harini bangun bertindak," katanya.
Wow! Jika benar, kami juga tu#rut tumpang gembira dengan rezeki yang mereka perolehi itu.
Tetapi
rata-rata golongan penggiat MLM ini menjadikan kereta mewah sebagai
pengukur kejayaan. Maka, timbul satu persoalan dari netizen,
"Jika benar
mereka berjaya den#gan cemerlang dalam MLM, kenapa tak beli rumah dan
tunjukkan geran rumah? Paling koman pun, kenapa tak beli emas? Bukankah
kereta ini adalah satu liabiliti?"
Ada benarnya
juga soalan yang dibangkitkan itu. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa
kereta mewah itu hanya disewa bagi menyakin para pelabur baru bahawa
ahli-ahli yang lama telah berjaya dan mendapat pulangan pelaburan wang
yang beribu-ribu ringgit.
Jika benar,
alhamdulillah. Tetapi kami sendiri banyak melihat kegagalan anak-anak
muda terutamanya di kalanga#n penjawat awam yang telah diperangkap
menyertai MLM yang kecundang di tengah jalan.
Akibatnya,
hutang yang berpuluh-puluh ribu itu terpaksa ditanggung bertahun-tahun
lamanya. Inilah bebanan yang tidak sepatutnya ada. Apa gunanya ingin
cepat kaya jika di masa depan menanggung bebanan hutang yang banyak?
"Sorry to say, aku sedih apabila #MLM semakin berleluasa. Sedih kerana 90% yang join MLM ini adalah bangsa Melayu.
"Bagi aku, MLM
hanya menjatuhkan orang melayu. 10 orang join, hanya 2 orang saja yang
berjaya dan kejayaan dua individu itu akan dihebohkan. Baki 8 orang pula
hanya terpaksa mengigit jari dan terpaksa menanggung bebanan hutang
bertahun-tahun lamanya," kata Heiry Ahmad yang kesal dengan sikap ingin
cepat kaya bangsa Melayu khususnya orang muda.
Berhujahlah
bagaimana sekali pun, ar#tikel ini pasti ada yang akan bangkang dan
menafikannya. Tetapi ingatlah para pengiat MLM dan juga yang bakal-bakal
menyertai skim perniagaan seperti ini,
"Kau nak
berjaya macam aku, kau kena buat loan puluh² ribu dan labur pada bisnes
ni. Selepas tu kau kena cari orang lain dan pujuk mereka join dan buat
loan untuk melabur dalam bisnes ni juga, dan kau akan dapat komisen,"
Maksudnya apa?
Fahamilah send#iri. MLM ini banyak negatif dari positif dan belum pernah
ada seorang pun ahli MLM dimasukkan dalam senarai jutawan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment