MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, March 23, 2015

Kanser

ANDA YAKIN KANSER TIDAK MENYERANG ANDA?


 
Sel kanser

Statistik menunjukkan bilangan pesakit KANSER kini sedang meningkat saban hari dan bakal menjadi penyakit NO 1 di Malaysia (skrg no 2). Hal ini terjadi kerana kebanyakkan bahan makanan dipasaran telah tercemar dengan kandungan terlarang terutama di kedai runcit, hypermarket, restoran dan warung. Antara bahan bahaya yang biasa mereka guna ialah:
.
1. GMO (Genetically Modified Organisms)
Hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO.
.
2.Tepung Putih Halus
Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan tepung halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita.
.
3.Gula Halus
Gula halus juga menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.
.




https://wannuraterapi.files.wordpress.com/2013/08/jenis-kanser-umum.jpg 
4.Minyak Hydrogenated
Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membawa kepada penyakit kanser.
.
5- Asap Rokok
Apabila si perokok merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit kanser adalah teramat tinggi.
.
6-Serbuk Pati Ayam Dan Ajinomoto
seringkali kedua bahan ini dimasukkan dalam semua jenis masakkan yang disediakan dikedai makan, restoran dan warung2 kecil, terutama kedai ala thai. kajian menunjukkan bahawa kedua bahan ini mempunyai bahan terlarang yang boleh menyebabkan kanser prostate dan payu dara.
.
dan banyak lagi tanpa kita sedari..




kredit : cegah kanser

 
------------------------------------------------------------------------------------


Kenali kanser pankreas
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
 

sumber : bharian.com

Foto
Teknologi endoscopic ultrasound kesan barah awal 
PENGASAS Apple, Steve Jobs; aktor Patrick Swayze dan Michael Landon termasuk penyanyi tenor, Luciano Pavarotti adalah antara selebriti dan golongan ternama yang menderita dan tewas akibat barah pankreas. Dikenali sebagai pembunuh senyap, barah pankreas bukanlah penyakit yang lazim berlaku berbanding barah jenis lain. 

Foto
Masalah terbesar barah pankreas adalah ia hanya dikesan pada peringkat serius. Ketika pembedahan dilakukan, ia sudah tidak berguna lagi. Akibatnya, pakar perubatan tidak dapat mengeluarkan kanser dari tubuh pesakit. Sehubungan itu, isu utama dalam kebanyakan rawatan barah pankreas ialah untuk mengesan barah berkenaan seawal mungkin.
Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, apabila pesakit mengadu sakit pada bahagian abdomen, ia harus disiasat segera.

“Merujuk kes terbaru saya November lalu, seorang pesakit rakyat Belanda menjalani ujian imbasan CT pada abdomen iaitu antara kaedah terbaik untuk menyiasat dan mengesan barah pankreas.

“Tetapi teknik ini kurang berkesan untuk mengesan barah di peringkat awal, lebih-lebih lagi ketika tumor masih kecil. Hanya selepas tumor membesar lebih dari dua sentimeter, imbasan CT mampu mengesannya. Sayangnya, ketika itu sudah terlambat untuk pembedahan,” katanya ketika ditemui kolum sihat di PCMC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Ryan berkata, pesakit bagaimanapun sangat bernasib baik apabila tumor yang ada pada pankreas dikesan melalui prosedur dikenali sebagai endoscopic ultrasound. Menurutnya, prosedur ini membabitkan rawatan skop seperti biasa di mana pesakit tidak perlu bermalam.
Melalui kaedah ini, pesakit diletakkan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika skop dilakukan. Pada masa sama, sampel tisu diambil untuk tujuan biopsy. Pesakit dibenarkan pulang sebaik prosedur berakhir.

“Prosedur ini memberikan saya banyak maklumat. Ia dapat mengesan sebarang tumor mahupun ketumbuhan yang tidak dapat dikesan imbasan CT kerana ia terlalu kecil. Saya juga dapat mengkelaskan barah mengikut peringkatnya dan terus mendapatkan sampel tisu.

“Tisu sangat penting dan saya sering menggelarkan keadaan ini sebagai tisu adalah isu. Ini kerana kita perlukan sampel daging (tisu) untuk merawat,” kata Dr Ryan lagi.

Beliau berkata, dalam kes pesakitnya, prosedur Whipple yang biasa dilakukan bagi kes barah di kepala pankreas dikendalikan. Melalui prosedur ini, seluruh organ dikeluarkan bersama sebahagian perut, duodenum, nodus limfa dan beberapa tisu lain.

Hasilnya, semua tumor berjaya dikeluarkan dan kanser dikawal dari merebak. Prosedur ini kompleks dan berisiko kerana berdepan risiko komplikasi kebocoran, jangkitan, pendarahan dan masalah dalam perut.

Biarpun Dr Ryan mengajar pakar di Malaysia mengenai penggunaan teknologi endoscopic ultrasound, prosedur ini tidak banyak disediakan di pusat perubatan.

“Pengendalian cukup mudah dan tidak memerlukan sebarang pembedahan. Pesakit tidak perlu menginap di hospital lalu mengurangkan kos. Doktor juga boleh terus melihat tumor, mengelaskannya dan menilai sama ada boleh dibedah atau tidak. Kita juga boleh tahu apakah ia membabitkan pelbagai saluran darah,” katanya.

Dr Ryan berkata, isu barah gagal dikeluarkan kerana pembedahan dilakukan lewat juga dapat dielak melalui penggunaan teknik endoscopic ultrasound.

“Isu seumpama itu dapat dielak. Jika tidak pesakit tambah derita kerana perlu sebulan untuk pulih dari pembedahan yang tidak berjaya. Padahal, kebanyakan mereka cuma ada enam bulan saja untuk hidup,” katanya.

Jelas Dr Ryan, teknologi endoscopic ultrasound diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak ramai yang mahir mengendalikannya. Malah, ada yang tidak tahu kewujudan teknik ini. Prosedur ini mampu mengkelaskan pelbagai jenis barah termasuk barah paru-paru, barah perut dan barah pankreas.

Sehubungan itu, sikap berjaga-jaga dan bimbang melihat orang tersayang hilang berat badan mendadak atau sakit di perut dan abdomen perlu ada. Bawalah mereka berjumpa pakar perubatan untuk dikaji. Ini kerana antara gejala klasik barah pankreas adalah sakit belakang, hilang berat badan dan mendapat penyakit kuning. Lazimnya, apabila rasa sakit-sakit sudah melarat ke belakang, ia sudah melarat ke saraf pesakit.

“Saya fikir di mana-manapun di seluruh dunia, kita tidak tahu apakah kaedah yang lebih kos efektif untuk mengesan barah pankreas secara awal.

“Ini kerana barah pankreas tidak biasa berlaku. Tidak seperti barah kolon, di peringkat antarabangsa, kami tidak menyarankan saringan barah pankreas dijalankan ke atas semua orang.

“Sehubungan itu, nasihat saya, mereka yang mengalami tanda-tanda amaran seperti sakit belakang, hilang berat badan mendadak, hilang selera makan atau menghidap sakit kuning serta mempunyai ahli keluarga yang mengalami barah pankreas, lakukanlah pemeriksaan awal,” katanya.






'Usah lengah jumpa pakar'

BARAH pankreas lazimnya hanya dikesan di peringkat parah. Namun, bagi Frederik Riem Vis, 59, dan isterinya, Annellies Riem Vis, warga Belanda yang sedang mengikuti program Malaysia Rumah Keduaku sejak April lalu, keupayaan mengesan kanser pankreas di peringkat awal disifatkan pengalaman ‘berpantang maut sebelum ajal’.

Awal Ogos lalu, Frederik berjumpa doktor selepas merasa kurang selesa, sakit-sakit, hilang berat badan mendadak serta lesu sepanjang hari. Kemudian pakar perubatan mengarahkan prosedur endoskopi tradisional dan imbasan CT untuk mengesan masalah sebenar. Namun, kedua-dua keputusan berkenaan tidak menunjukkan sebarang keputusan.

“Saya hanya dinasihat untuk mengambil ubat seperti biasa. Bagaimanapun, rasa sakit makin menjadi-jadi dan kerap dirasakan di sekitar perut dan abdomen.

“Akhirnya, pada 4 Oktober lalu, saya dikejarkan ke PCMC dengan bantuan ambulans dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengalami demam denggi.

“Ketika berada di ICU, saya beritahu doktor mengenai rasa kurang selesa dan kesakitan berterusan di bahagian perut. Saya terus dibawa bertemu Dr Ryan. Beliau mencadangkan saya menjalani endoskopik ultrasound, antara teknik terkini mengesan pesakit dengan masalah perut dan biopsy selain imbasan CT,” katanya ketika ditemui kolum Sihat.

Frederik berkata, imbasan CT tidak menunjukkan sebarang keputusan, sebaliknya analisis endoskopik ultrasound mengejutkan dengan penemuan tumor yang masih di peringkat awal pada pankreas.

“Keputusan biopsy dan pandangan kedua pakar lain mengenai keputusan biopsy juga mengesahkan wujudnya barah pada pankreas yang memerlukan pembedahan segera,” jelas Frederik yang kehilangan ibu dan bapa akibat barah payu dara dan ketumbuhan pada otak.

Berikutan dikesan awal, keadaan organ Frederik masih baik dan sesuai untuk prosedur berkenaan. Kebanyakan pesakit barah pankreas di Malaysia, hanya berjaya dikesan pada peringkat serius dan pembedahan pada peringkat ini sudah tidak berguna lagi.

“Kami dalam dilema sama ada untuk menjalani prosedur pembedahan khusus yang dikenali sebagai Prosedur Wipply di Malaysia atau pulang ke Belanda.

“Jika di negara sendiri, kami dikelilingi saudara mara selain diberi sokongan moral sahabat handai. Namun, keyakinan dan kekaguman yang tinggi terhadap kepakaran dan kecekapan pakar di Malaysia mendorong kami untuk melakukan prosedur itu di sini,” katanya.

Frederik berkata, pada 19 November lalu, iaitu seminggu selepas disahkan menghidap kanser pankreas, pembedahan dijalankan tanpa perlu menunggu.

“Bagi kami orang Belanda, tidak perlu menunggu giliran adalah sesuatu yang jarang berlaku di kebanyakan hospital di sana. Prosedur berjalan selama enam jam itu lancar.

“Kami amat bersyukur kerana akibat berjaya mengesan awal, pankreas, saluran penghadaman dan sebahagian besar otot dapat diselamatkan. Ia cukup membantu proses penyembuhan saya. Hanya tuhan yang tahu betapa bertuahnya saya,” katanya.

Bagi Frederik yang mempunyai sejarah ahli keluarga penghidap kanser, beliau cukup sensitif dengan setiap perubahan luar biasa pada tubuh.

“Sejarah keluarga inilah yang membuatkan saya lebih berhati-hati dan cepat bertindak apabila tubuh memberi isyarat yang berlainan. Ini kerana kita sudah berumur tentu kita kenal badan kita.

“Nasihat saya, jika saban hari ada sesuatu yang sentiasa membuat tubuh merasa kurang selesa, jangan berlengah. Dapatkan bantuan pakar perubatan dengan segera.

“Anda pasti tidak akan menyesal kemudian hari,” katanya yang ditempatkan di ICU selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang sebelum meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi pula.

 



INFO

Gejala barah pankreas hanya muncul apabila tumor semakin membesar antaranya:

  • Sakit di bahagian atas abdomen akibat tumor menekan saraf
  • Kulit dan mata menjadi kuning dan serta air kencing menjadi gelap dipanggil jaundice
  • Hilang selera makan, mual dan muntah.
  • Berat badan turun mendadak dan sering lesu.
  • Najis berwarna pucat dan kelabu serta ada lebihan lemak dalam najis.


-------------------------------------------------------------

10 Tanda Awal Penyakit Kanser Yang Perlu Kita Tahu

kredit to : jomsihat.net

Bismillahirahmanirahim.
Dalam entri lepas, Syaza ada kongsikan pengalaman bertemu mata ke mata dengan penghidap barah tahap 4. Dah lama Syaza nak kongsikan hal ini dengan kalian, alhamdulillah hari ni berkesempatan. Rasanya ramai je dah tahu pasal bahaya penyakit barah ni. Barah ni boleh membawa maut. Datangnya memang tidak pernah diundang. Siapa nak sakit kan? Tapi yang paling menyeramkan tu kadang-kala tahu-tahu sahaja dah kronik hingga tahap barah paling kritikal. Tak sempat nak buat apa-apa pun.



tanda awal penyakit kanser steve jobs
Steve Jobs bekas CEO Apple menghidap kanser pankreas. Kredit gambar sini.

 The following timeline details the reports about Apple chief executive officer Steve Jobs’s health since his bout with cancer five years ago. Jobs took a leave of absence today while he undergoes treatment for a nutritional ailment, ceding day-to-day operations to chief operating officer Tim Cook until June. 
October 2003 - Jobs is diagnosed with pancreatic cancer, according to a 2008 article in Fortune magazine. He tries to treat the illness by switching to a special diet in a bid to avoid surgery, Fortune said, citing people familiar with the matter. Apple decides not to tell investors about the cancer after consulting lawyers, the magazine said. 
Aug. 1, 2004: Jobs, then 49, discloses the cancer for the first time, saying he had successful surgery to extract the tumor. The operation removed the cancer in time and he won’t require chemotherapy or radiation, Jobs says. Cook runs the company until Jobs returns to work in September. 
June 12, 2005: Jobs talks about his fight with cancer during a commencement speech at Stanford University. He says he was diagnosed about a year earlier and that doctors told him he wouldn’t live longer than six months. The cancer turned out to be a form that was treatable with surgery, “and I’m fine now,” he says. 
June 9, 2008: Jobs, while introducing the iPhone 3G at Apple’s developers’ conference, appears thinner and frail. The company blames a “common bug.”

July 21, 2008: Responding to concerns about Jobs’s appearance, Apple says he has no plans to leave the company and that his health is a private matter. Investors aren’t reassured, and the shares fall 10 percent. If Jobs were to leave for any reason, the stock would plummet 25 percent, says Gene Munster, an analyst at Piper Jaffray & Co. 

July 23, 2008: The New York Times reports that Jobs has been telling associates and Apple’s board he is cancer-free. Jobs had a surgical procedure earlier in the year to address a problem that contributed to his weight loss, the newspaper reports, citing unnamed people close to the executive. The shares climb 2.6 percent. 

July 26, 2008: New York Times columnist Joe Nocera writes that he spoke two days earlier on the phone with Jobs, who said his health problems weren’t life-threatening. Jobs declines to go on the record about the nature of his ailment. 

Sept. 9, 2008: Jobs, introducing new iPod media players at an event in San Francisco, still looks thin. “Reports of my death are greatly exaggerated,” Jobs jokes. Munster says that while the CEO’s appearance is unchanged since June, “Just the fact that Steve Jobs was up there was a positive.” 

Oct. 3, 2008: A posting on CNN’s citizen journalist Web site, called iReport.com, says Jobs has been rushed to the hospital after a “major heart attack.” The shares fall 5.4pc. The stock rebounds after Apple says the report is false. 

Oct. 14, 2008: At an event to promote notebook computers, Jobs jokes about the heart-attack story, giving the audience his blood pressure. 

Dec. 16, 2008: Apple says that Jobs won’t be giving his usual speech at the Macworld conference, renewing concerns about his health. Jobs had used the forum to introduce new products for 11 straight years. 

Jan. 5, 2009: Jobs says he is suffering from a hormone imbalance, causing him to lose weight. Jobs vows to remain CEO during treatment. “The remedy for this nutritional problem is relatively simple and straightforward,” Jobs says in an open letter. 

Jan. 14, 2009: Jobs gives up day-to-day operations to Cook until June, saying his health problems are more complex than originally thought. Jobs says he will remain involved in major strategic decisions. “I look forward to seeing all of you this summer,”he says in a letter to employees.




Tanda Awal Penyakit Kanser Secara Umum

Ada tak tanda awal atau simptom yang kita boleh tahu jika sel kanser dalam tubuh mula aktif? Ikut daripada apa yang Syaza baca di sini ada 10 tanda awal kanser yang kita boleh kesan.
1. Dalam tempoh masa dua hingga tiga bulan, ada perubahan dalam pattern pembuangan najis samada pembuangan air kecil atau air besar. Pernah seorang kawan yang bekerja sebagai doktor bagi tahu, jika terlalu kerap membuang air besar dalam sehari, kemungkinan insan itu ada kanser berkaitan perut. Jadi jangan terlalu gembira bila anda dapat ke toilet lebih kerap kerana mungkin itu tanda awal penyakit kanser.
2. Berlaku pendarahan yang sukar dijelaskan. Darah atau cecair keluar daripada mana-mana bahagian badan juga boleh menjadi tanda awal penyakit kanser seperti kanser nasofaring. Pesakit kanser ini mungkin mengalami pendarahan di hidung.
3. Tumbuh ketulan yang tidak tahu disebabkan oleh apa. Ketulan tidak hilang dan menyebabkan rasa sakit. Kadang kala ketulan tidak sakit. Simptom ni biasa berlaku di kalangan pesakit kanser payudara.
4. Bahagian dada membawa ke perut rasa tak selesa dan ada rasa sakit yang berterusan.
5. Tahi lalat, kutil, ketuat dan tompok di kulit menampakkan perubahan. Untuk kanser kulit, tanda awal penyakit kanser ini boleh dilihat daripada tompokan kecil yang berubah saiz menjadi besar.
6. Ada terdengar bunyi deringan di dalam telinga, kurang upaya mendengar (pekak), hidung berdarah di luar kebiasaan. Rujuk nombor 2.
7. Susah nak bernafas merupakan tanda awal penyakit kanser paru-paru. Selain itu pesakit kanser mungkin mengalami perut senak.
8.Bisul atau luka menjadi semakin teruk walaupun dah dirawat. Darah mengalir. Luka berubah warna. Luka bertukar menjadi ulser.
9. Mereka yang merokok mendapat batuk yang teruk. Mereka yang tidak merokok batuk berterusan lebih daripada 2 minggu dan perubahan pada suara. Suara menjadi serak.
10. Daripada tenaga, pesakit kanser sentiasa rasa letih dan tidak bertenaga. Berat badan turun dengan banyak sehingga 10% daripada berat asal dalam masa 3-6 bulan.

tanda awal penyakit kanser
Bertenang. Jika anda ada simptom ini ia mungkin bukan kanser. Tetapi jangan lupa dapatkan nasihat yang pakar.

Tanda Awal Penyakit Kanser Berbeza Mengikut Jenis Kanser

Ada pelbagai jenis kanser yang menyerang manusia sekarang ni. Setiap jenis kanser mungkin mempunyai ciri tersendiri yang berbeza dengan kanser yang lain. Bergantung kepada jenis kanser tu sendiri. Macam yang Syaza baca di sini, ada tanda awal penyakit kanser yang kelihatan di mulut. Ada di kulit dan ada yang boleh dilihat melalui perubahan tabiat tubuh.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tanda Awal Penyakit Kanser Ada Pada Kita

Jangan bertangguh untuk buat pemeriksaan. Dan jangan ambil sebarang ubatan alternatif tanpa pengesahan doktor. Risau menyebabkan keadaan bertambah buruk. Tetapi kena juga stay positive. In sha Allah bila positif apa pun pasti dapat diharungi. Kan? :)
tanda awal kanser cegah

No comments:

Post a Comment