MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, October 05, 2010

Adakah perpisahan kita ditangisi atau disyukuri?!!

Aku suka tengok reaksi orang dlm farewell dinner. Setiap orang yang diraikan tu aku sure mesti berdebar-debar bila menghadapi majlis perpisahan yang diraikan utk kita.

KENAPA?
Masa tu kita boleh tengok sama ada perpisahan kita tersebut ditangisi atau disyukuri.....



Sama ada perpisahan kita tu diraikan atau dinanti...


Sama ada perpisahan kita tu orang lain akan terus mengenangkannya atau terus ingin dihapuskan dari memori...


Dah banyak kali aku menghadiri farewell dinner exboss-boss aku, macam-macam reaksi manusia dapat kita tengok. Macam kate-kate orang dulu-dulu, "Raja Agung Raja DiSanjung"...

Aku teringatkan kisah ex-boss Jurutera Jajahan JKR tempat aku pernah berkhidmat dulu. Para pekerja begitu menyanjung ketua mereka nie sampai betapa sedihnya dorang nie sampai dorang mengakui belum pernah ada lagi ketua yang dapat menyaingi ketua mereka tu, Encik Zaim. Dorang nie sampai sanggup tawarkan pindahkan barang-barang tanpa diminta Jurutera Jajahan tu, daripada Kelantan sampai ke Kuala Lumpur naik lori & kenderaan JKR lain. Bulan Puasa plak tu, sampai sana siap ketua dorang tu belanja berbuka puasa lagi...


Sorang lagi ketua dorang, sampai hari terakhir big boss dorang berkhidmat pun (ditukarkan ke daerah lain), dorang wat derk jer. Lepas beberapa hari big boss dorang, dorang siap tumbangkan lembu, buat kenduri (antaranya kenduri tersebut untuk meraikan perpindahan big boss dorang tu).hahaha.. macam berdendam sangat.... Apa taknye, big boss dorang tu habis sampai porak peranda & kacau bilaukan organisasikan dorang lagi, yang elok bertambah buruk jadinya...

Aku pun bukanlah bagus sangat sampai nak komen-komen orang, lagipun bukan semua orang sukekan kita, tapi untuk menasihatkan diri aku sendiri supaya dijadikan pengajaran & tak jadi ketua yang dikeji setiap hari
(teringat kepada Ratnasamy, orang yang paling banyak suka minta rasuah & sabotaj kerja aku dulu, setiap hari berpuluh-puluh orang kutuk & menyumpah, akhirnya meninggal dunia sebab kena serangan jantung dlm meeting..).
Orang kate "Cakap orang boleh la, cuba buat sendiri nak tengok...".
Ye la, susah sangat ke kalau tak nak jadi boss yang:

i) tak pernah marah golongan pekerja tertertentu tapi memburukkan nama dorang depan golongan pekerja yang lain?!!

ii) cakap berapi-api pasal agama tapi makan duit haram, tapi pelik tak kaya-kaya jugak. Habis duit-duit pekerja pun dimakannya & menidakkan hak pekerja yang tidak sepatutnya dengan bodoh sombong dlm membuat keputusan...

iii) meng"anak" emas golongan pekerja yang mempunyai kepentingan untuk dirinya tetapi meng"anak tiri"kan golongan pekerja yang tidak berkepentingan peribadi.. Apa cerita?!!!

Pls refer how-to-be-respected-boss. Tak susah pun nak jadi boss yang dihormati, betul tak?




hardy boy : Maybe tiada kena mengena dengan sesiapa, hanya pengajaran semata-mata...






No comments:

Post a Comment