
ASKUM....
Sorry, skrg nie tgh bz, kena siapkan PSM.....Buat robot... Xsempat nk upgrade website nie..



"SERAAAAANNGGG!!!!!", tiba-tiba terdengar jeritan daripada Ketua Kumpulan Gengster 408, Lock Cheng. Pemuda tersebut diserang hendap oleh sekumpulan gengster seramai 20 orang yang datang dari pelbagai arah. Pertempuran yang sengit berlaku. Ada yang bersenjata. Namun, pemuda tersebut berjaya mengalahkan kumpulan gengster tersebut. Mereka lari lintang pukang. Pemuda tersebut, yang dikenali sebagai Iskandar, mengimbas kembali asal usul bagaimana dia terjebak dengan kegiatan gengster.


Tak cukup lagi, joggging setiap petang atau pagi penting bagi meningkatkan stamina. Antara latihan lain yang paling menyakitkan ialah........aku dikehendaki melatih diri menahan sakit setiap kali Saipukila menyepak abdomen,rusuk dan perut supaya tahan lasak. Adakalanya, beberapa pukulan "tersasar" mengenai bahagian muka. Lebam .... bengkak...berdarah...terseliuh.... dah jadi permainanku, dah lali. Setiap pagi, aku dikehendaki bangun awal pagi untuk mengambil embun pagi dan menyapu pada tulang kering untuk menguatkan tulang kering supaya keras macam besi. Kena ulangi paling kurang 40 pagi berturut-turut. Latihan menyepak punching bag tanpa menggunakan sarung tinju dititikberatkan. Pada awalnya, habuk kayu diletakkan. Kemudian, selepas level meningkat, dicampurkan pasir. Hari berikutnya, dimasukkan pasir sahaja di dalam punching bag tersebut. Pada awalnya, entah beberapa kali tangan ini tergeliat. Apabila sampai higher level, dimasukkan batu kerikil. Kemudian batu yang lebih besar. Sehinggalah sampai punching bag hanya diletakkan batu sahaja. Berkali-kali tangan,siku, lutut dan tulang kering ku luka,, benjol serta terseliuh. Minyak yang dibuat daripada tulang harimau akan disapu. Lama kelamaan, badan ku seakan kebal dari sakit
menyepak dan menumbuk mahupun sakit akibat disepak. Saipukila turut mengajar beberapa ayat pendinding, ayat pelimun(ghaib) dan ayat pengerun bagi menghadapi musuh serta bagaimana menyerang musuh dalam jarak jauh. 
Terasa seolah-olah baru bangkit dari lena yang panjang. Buku lima, siku, lutut, kaki dan tangannya seperti ada cecair merah........eeehh......daraaaah .......cedera?!! Di periksa dirinya, tapi tak cedera pun"Kalu tak silap, tadi aku sedang bertarung?!!. Takkan mimpi kot? Mana 2 ekor malaun tu???"