MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, July 29, 2011

Motivasi : Antara CINTA atau PERKAHWINAN???


Semasa menonton video klip MAHARAJA LAWAK baru nie, lakonan SEPAH membawa maksud yang cukup mendalam. Sila tonton video di bawah ini:-

Maharaja Lawak- Sepah

Thursday, July 28, 2011

PAHLAWAN & TOKOH-TOKOH TERBILANG NEGERI KELANTAN


TOK JANGUT, TOK KENALI & DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ


Tok Kenali

Pada suatu ketika dahulu Kelantan mulai mendapat gelaran negeri serambi Mekah setelah muncul ulama-ulama terbilang serta yang menjadi lokasi tumpuan mendalami ilmu agama Islam. Kelahiran tokoh-tokoh ini juga secara tidak langsung telah menyemarakan semangat dan menjadi idola rakyat negeri Kelantan dan seluruh Malaysia untuk menjadi insan terbilang....



TOK JANGGUT

Gambar Tok Janggut yang mati syahid
Tok Janggut merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf.

Tuesday, July 26, 2011

KEHEBATAN ROBOT ASIMO !!!

KEHEBATAN ROBOT ASIMO!!!!

 
 Hebat betul engineer-engineer Jepun yang cipta robot dan bahasa programming robot Asimo yg "susah giler" nie (susah kerana selain bahasa yang mungkin hanya difahami komputer, mereka kena pastikan masa setiap arahan tepat serta seragam dengan robot-robot yang lain)...

Monday, July 25, 2011

VIDEO DETIK-DETIK TERAKHIR MENUJU KEMATIAN

"SEMUA ANUGERAH YANG KITA NIKMAT DI DUNIA INI HANYA PINJAMAN SEMATA-MATA"

(Blog membolehkan kita berkongsi segala ilmu di alam maya... Kalau dalam Islam, ilmu yang dikongsikan/digunakan oleh orang lain itu umpama saham akhirat walaupun sesudah kita meninggal nanti. Selagi orang lain mengaplikasikan ilmu baik yang dikongsikan/diajar kita itu, semakin bertambah-tambah pahala kita)... 


Berbalik kepada cerita tentang kematian.....
Saya suka membaca kisah tentang kematian, supaya kita sentiasa disedarkan bahawa 


Bila-bila masa kita akan dijemput jika dikehendaki-Nya tetapi bagaimanakah keadaan kita di saat-saat akhir malaikat maut menjemput kita?!!
Adakah dalam keadaan yang baik atau sebaliknya?!!
Semoga hidup kita di dunia di akhiri dgn kesudahan yang baik..




VIDEO DI BAWAH MEMAPARKAN DETIK-DETIK TERAKHIR KETIKA MALAIKATUL MAUT MENJEMPUT HAMBA-NYA




PERSOALANNYA,  
ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA???




Friday, July 22, 2011

ADUS, SPORT RIM KERETA BENGKOK LAGI !!!!

Adus, sport Rim kereta bengkok. Dah la kereta orang/pinjam, kalau keta sendiri takpe la. Kejadian berlaku masa bercuti-cuti Malaysia pusing-pusing sekitar Semporna, Sabah. Masuk je hari terakhir Cuti-Cuti Malaysia sekitar Semporna Jun 2011, baru je plan nak g jenjalan ke Kampung Tampi-Tampi, tetiba masa pergi pam tayar kat Shell, sedar-sedar sport rim tayar bengkok, tayar plk menggelembong semacam je(nasib baik tayar tiubless). Last-last aku terfikir, bila masa plk aku langgar lubang nie??? Kalau nak pikir lubang, dah berpuluh-puluh lubang dah aku terlanggar tapi rasenyer takde la teruk sangat kalau jatuh lubang (yela, kalau dah sejam lebih memandu, tergugat jugak jiwa raga nak memandu bawah 80km/j). 

Disebabkan kejadian di atas, terpakse la kitorang cancel aktiviti melancong hari tu, tak jadi kitorang nak mendaki anak tangga di Bukit Tengkorak (melihat peninggalan Neolitik) dan mandi air laut yang biru kat Kampung Tampi-Tampi (air yang biru sampai nampak dasar laut, memang terasa nak terjun je.huhuhu..). Dah la planning kitorang nak gi Pulau-Pulau di Sipadan, Mabul, Mataking dan Kapalai atau ape-ape pulau pun (kalau bole nak nak jelajah je semua pulau-pulau kat sana) terpakse dicancelkan sebab masa tidak mengizinkan. 

Bila tanye ejen sana, dorang cakap just bayar RM110 sorang je, kalau Pulau Sipadan Rm400 lebih untuk perjalanan 2 hala, nnti dorang akan sedia setiap hari naik bot 7.30 pagi pergi ke Pulau-Pulau, then petang 4.30 petang balik ke Semporna dorang datang amik bawa balik, lantak la nak snorkeling ke, scuba ke, buat je ape-ape aktiviti. Kalau nak menginap, chalet terapung dorang sedia just bermula dari RM80 lebih sahaja. Tapi, sayang, hari kejadian hari Ahad, tak sempat nak gi jenjalan, Isnin dah start keja.....