MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, April 30, 2010

WHAT HIT THE PENTAGON ON 9/11? THE ULTIMATE TRUTH

Tersenyum sorang-sorang bila surf link nie, sebab terfikir betapa senangnya hampir satu dunia ditipu, ingatkan orang putih nie pandai-pandai... Click gambar untuk ke link tersebut ;-) ....

Thursday, April 29, 2010

AN EVENING IN TAWAU part-I



Hari ni kena tegur ngn ofismate, dia jupe aku kat pinggir Pantai/Laut Tawau weekend lps. Aku actually memang sukekan permandangan semulajadi terutamanya kalau boleh jenjalan kat tepi pantai (tapi kat sini ada laut.hehehe)... Kalau nak dibandingkan dengan keseronokan di Kuala Lumpur dulu, of course aku lebih sukakan ketenangan di pantai(teringat kat kampung)....

Tapi dulu orang selalu tanye, kenapa balik KL weekend, mesti seronok kalau dapat jenjalan kat Cameron Highlands tu... Aku jawabla, memang seronok di Cameron tu, tapi bila dok sana mesti aku teringatkan kerja & bila malam-malam sure tak henti telefon aku berdering, client-client & sub-contractor asyik ajak keluar sampai pkl 3 pg baru balik rumah
(bila malam biasenya pergi sekitar Cameron, Ipoh atau KL).
Bila balik KL, dapat la jadikan alasan melarikan diri drp dorang (tapi kekadang client-client& subcontractor kat KL plk sibuk call aku, adusss), penat la asyik nak kena layan dorang jer walaupun entertaiment tu boleh diclaim (selalu mencecah beribu-ribu RM sebulan, alhamdulillah dapat big boss yang memahami, my big boss pun jenis tak berkira asalkan projek-projek aku berjalan lancar, thanks Boss;-) )... hehehe...
Aku bukan ape, siang asyik bz travel dari site ke site, semua site nak kena lawat untuk selesaikan bermacam-macam masalah/urusan yang timbul, kekadang tak sempat lawat semua site. So, malam kalau bole aku nak rest puas-puas takpun plan kja untuk keesokan harinya, siapkan drawing, plan kerja untuk setiap site (kalau silap plan, berbagai masalah akan timbul nanti, kerja setiap sub-con nak sentiasa telly & mengikut jadual) & fikirkan camner nak solve masalah-masalah/cabaran di setiap site yang selalu memerlukan keputusan yang drastik.

Di KL dulu, banyak betul planning housemate aku (Mr. Jay, Dennis, Peter. Housemate aku semua non-muslim tapi aku respek dorang kerana dorang hormatkan agama Islam) camner nak habiskan masa. Pernah dorang plan g Genting Highlands pkl 10 mlm, pkl 5 pagi baru kitorang sampai rumah di Petaling Jaya. Aku layan jer sebab dorang yang drive, klu ngantok aku tido la...hahaha. Dorang lagi bz masa hari kerja, pkl 2 pagi kekadang baru sampai rumah sebab nak tunggu call client dorang kat oversea (biasela dorang, keja ngn international company tak macam aku, tekanan kerja dorang memang aku sendiri pun surrender, memang betul-betul high pressure, so tak pelik la bila weekend dorang habiskan masa dorang dgn betul-betul punyer)... Dalam syarikat dorang. ramai yang kena ada sleeping bag, kalau kena tidur di ofis tu perkara yang biase, mandi makan minum, karaoke, tv semua big boss dorang sediakan asalkan kerja semua siap sebab dorang tak sempat nak keluar ofis (jangan mimpi la nak mengular). Cam aku lain, kereta aku tu la ofis aku, semua ada dalam tu sampai selalu sangat engineer orang putih yang tumpang aku cakap keta aku tu macam mobile-office ..hahaha..



Cameron Highlands (snap masa sedang minum teh & cheese cake)


Cameron Highlands
Bandar Tawau
Bandar Tawau yang berhampiran dengan laut mencantikkan lagi bandar ini

Bot
Bot-bot kecil
Helang sedang terbang mencari makan
Laluan perjalan kaki
Jumpe ade orang sedang mandi
Siap tunjuk Peace lagi (pandai dia berenang, dah la dalam tempat tu)...
Tepi pantai
Bot-bot nelayan
Lihat ada sekawan burung sedang bermain-main di gigi air, maybe sedang makan makanan yang terapung...
Saujana mata memandang
Lokasi bersebelahan dengan masjid mengingatkan jangan terlalu leka dengan nikmat duniawi
Taman & tempat istirehat turut disediakan
Penempatan rumah terapung


hardy boy : Semakin suka stay kat Tawau... One of wonderful city ;-)

_____________________________________________________


Wednesday, April 28, 2010

BAHTERA NABI NUH DITEMUI

Dipetik daripada kosmo online 28 APRIL 2010.


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.
Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.


Friday, April 23, 2010

~BANGSA MUSNAH~

Click gambar untuk ke link.... Antara link yang menarik, semoga dapat dijadikan pedoman kepada kita

Wednesday, April 21, 2010

Terasa Betapa Kerdil...




Tetiba terasa begitu kerdilnya diri ini... Cume hari seronok sebab terjumpa "Gedung Harta Karun" kat Tawau nie, tak sabar nak meneroka pada masa akan datang... Puas dah mencari tapi susah juga nak jumpa gedung camtu. Thanks kepada sahabat yang tolong tunjukan.. Alhamdulillah...


Semalam, discovery channel tgk dokumentary pasal tsunami wlaupun pkl 1 baru tido, terasa bermacam-macam perasaan tentang keagungan Yang Maha Esa...

hardy boy : Sangat suke dengar nasyid lebih-lebih lagi kalau yang boleh mendatangkan keinsafan, sampai penuh hard disc dgn video & music nasyid sama ada tempatan atau luar negara dalam laptop ku. Kalau la terjumpe member yg minat same, bole la share/copy ...huhuhu.. Kekadang sangat suke tengok channel-channel documentary dalam astro & mengkaji pelbagai perkara... Pelik ke minat aku nie?...



23-APR-2010
- THANKS KEPADA CIK RAMA2 BEKU KERANA SUDI SHARE LAGU-LAGU NASYID MAHER ZAIN TU... MENARIK LAGU-LAGU NASYID TERSEBUT, HAPPY SANGAT-SANGAT. LAIN KALI BOLE LA SHARE LAGI ;-)


Tuesday, April 20, 2010

Subhanallah…. Ada Sungai dalam Laut..!

Dipetik daripada Sajadah Sukses.



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu.(QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

(QS Fushshilat : 53) = (Q.S Al Furqan:53)



Subhanallah!


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

( Nb: Menjadi Mualaf atau tidaknya Mr.Costeau …Wallahu a’lam )

Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

NB :

1. Fenomena ini pertama kali ditemukan oleh Mr.Costeau

2.Foto2 diatas diambil oleh seorang penyelam bernama Anatoly Beloshchin



hardy boy : InsyaAllah dalam post akan datang akan saya selit tentang keagungan dan keajaiban Al-Quran yang tidak terjangkau oleh akal manusia merentasi zaman sehingga mengalahkan sains dan teknologi. Baru-baru ni ade terjumpa buku berkenaan tajuk tu di Jusco Klang tapi sayang, tak dapat nak beli sebab beg dah terlebih berat nak bawa masuk flight, tebal jgk buku tu tapi menarik....

: Begitu ramai orang eropah & non-muslim yang memeluk Islam kerana kerana begitu kagum dengan keindahan/keajaiban Islam & Al-Quran, apatah lagi kita yang telah sedia dilahirkan sebagai seorang muslim...



Monday, April 19, 2010

Perlu cerewet ke untuk memilih pasangan hidup?

Entry ini adalah sambungan daripada entry terdahulu. Sila klik ke entry terdahulu "cinta dan perkahwinan" hehehe...(^_^)



Kekadang aku terfikir, perlu ke kita cerewet memilih pasangan hidup... Kekadang perempuan selalu mengadu pada aku, lelaki nie walaupun tak hensem tapi mesti nak isterinya cantik, cun-melecun dsbginya.... (Betul jugak kot tanggapan dorang tu sebab dulu masa study kat UTHM aku ade sorang housemate, hari - hari mengadu takde awek, takde orang nak kat dia la, ape la sampai pening kepala aku dok dengar dia mengeluh... Last, bila aku kesian tgk dia + serabut, aku pn rekmen la beberapa kawan-kawan perempuan aku yang masih mencari siap aku tunjuk gambar lagi.. Keputusannya, hampeh, semua direject... sedangkan kawan-kawan aku tu bagi aku ade byk ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri, rupa dorang pun not bad. Memilih sangat housemate aku ni, last-last aku cakap, pandai-pandai ko la cari sendiri camner ko nak..hahaha... Sampai akhir sem aku masih dok dengar dia mengadu, tahan je la telinga...).

Ade sorang lagi classmate perempuan aku dulu, selalu sangat dok YM aku, ngadu masih lagi membujang. Puas dah member-member tolong rekmenkan, last-last mane-mane lelaki yang dia baru nak berkenalan tu, yang mane dia tak berkenan (termasuklah selepas puas diinterview macam nak minta kerja), ditinggalkan begitu je terkapai-kapai menunggu jawapan daripada classmate aku nie, kesian plk aku dgr..huhuhu).. Macam-macam la ragam... Last-last dia mencari aku plk. Sorry, bukan aku tak nak terima cinta dia tapi aku pun ade prinsip & untuk membentuk seorang bukan sesuatu yang mudah.... (walaupun dia nie memang anak seorang yang berada, mak bapak pakai mercedes, rumah besar & mcm2 lagi..)...

Bila kja dalam bidang construction dulu, aku sempat berkenalan dengan perlbagai ragam perempuan yang bermcam-mcam ragam sampai kekadang aku tak terfikir "orang mcm ni ada juga ka?!!".


Bila sambung masters,kecut perut aku bila masuk je kelas buat pertama kali(aku masuk second intake), aku dapati majoriti classmate aku terdiri daripada perempuan, masa tu 2 orang je lelaki, rase mcam nak keluar je balik daripada kelas tu... Masuk je kelas dah kena buli ngn dorang(biasela, budak baru masuk..hahaha). Sem kedua & ketiga dorang lantik ketua... Makin seram sejuk je rasenya... Tapi, takpe la, satu kepercayaan & penghormatan... Yang bagusnya, aku dapati dorang nie takde ciri-ciri perempuan yang aku tak suka seperti perasan cun, macam la cun, control ayu, jual mahal, berlagak, berbagai-bagai lagi ciri-ciri negatif. Yang bestnye, satu kelas tu umpama satu adik-beradik kandung... Ramai jugak bagi aku yang cun melecun tapi dorang nie low-profile & takde nak jual mahal or perasan cun..hahaha... Memang aku betul-betul respect ngn dorang lebih-lebih lagi bila dorang sambut besday aku yang ke-26(belum pernah member-member aku yang celebrate besday aku..huhuhu)... Brpeluang bersama classmate aku memberikan aku peluang untuk aku mengenali/memahami perempuuan. Terus terang aku nyatakan, memang jelas berbeza antara lelaki & perempuan so, masing-masing perlu saling memahami ...

Sunday, April 18, 2010

THESE ARE THE MUST LEARN OFFICE SKILLS FROM MASTER

Aku pernah dapat email nie dulu, tapi aku tak sempat nak apply skill tersebut.....hahaha.. Bila terbace email nie, kekadang aku tersenyum sorang-sorang... Penilaian seseorang kadang-kadang lebih kepada ciri-ciri luaran berbanding ciri-ciri dalaman ;-)








Saturday, April 17, 2010

...RASA BERSALAH....


2 Minggu lepas tak berapa nak sihat, terasa nak apply cuti je. Hari tu aku masuk kelas cm biase,
tapi a little bit late, mesin fotostat problem, nak bagi kuiz & assignment. Sebelum tu aku terdetik nak tanye seorang student aku, slps aku tgk dia bawa keta mewah, anak orang berada rupenye tapi memang cukup low-profile... (Aku memang suke mengkaji tentang manusia tmasuklah student, dulu niat nak jadi kaunselor tapi tak menjadi..hahaha).


Bila dah tahu latar belakang student,baru la kita bole fikirkan pendekatan psikologi yang sesuai). Dulu masa minggu pertama masuk kelas, aku bagitau yang aku bole baca tandatangan orang, so aku suruh mana-mana student yang mahu aku tafsir tandatangan dorang tunjuk sign kat aku. So bila aku berjaya translate dengan betul terkejut dorang..hahaha. Aku pun bagitau la ilmu translate tandatangan tu ada dalam internet. Pastu, masuk je dalam kelas dorang minggu yang lain, sibuk je dorang nak aku bace tandatangan dorang sampai kepala aku dah pening-pening... Ada satu kisah, ade sorang student tunjukkan aku tandatangan dia & girl friend dia & minta translate.

Aku : "So daripada tandatangan nie, girlfriend awak nie jenis yang cerewet, suka berahsia, complicated, berpendirian tegas sehingga sukar untuk merubah keputusannya, & mcm2 lagi (aku pun dah lupe), tapi dia seorang yang berseni". Aku menambah lagi (macam guru cinta pulak...)

Tuesday, April 13, 2010

Ketumbit jenis kalazion


Seminggu dua nie memang aku terasa nak cuti je, sebab aku rase aku dah kena ketumbit jenis kalazion. puncanya rasa disebab terkena air hujan yang kotor masa balik keja Jumaat seminggu lepas. Dulu memang selalu kena sebab mata aku nie jenis sensitif, tak bole kena menda kotor sangat. Last kena masa aku dipanggil interview keja kat KL(masa tu tengah kerja di sebuah kolej swasta kat Mantin, Negeri Sembilan), rasa serba salah sangat sama ada nak gi atau tak. Masa tu aku pikir nak tolak je tapi bila difikirkan bole tahan juga company tu & maybe aku takkan dapat lagi peluang keemasan tersebut, so aku dengan gamblenye gi je redah Kuala Lumpur sampai hampir 3 jam aku tersesat atas highway(sepatutnya setengah jam dah sampai dah), tak jupe susur nak masuk ke rumah membe aku tue kat Petaling Jaya (yela, nie first time aku gamble masuk KL)...

Masa diinterview, aku dah la segan ngn keadaan aku masa tu, tapi dengan "kesportingan" Kak Lina & Encik Zack interview aku menyebabkan aku dapat lupekan keadaan aku masa tu. Soalan yang ditanya, "Apakah cita-cita awak?" Aku cakap "Saya ingin menyumbangkan sesuatu untuk negara"... (hahaha, aku main cakap jer..). Dalam 2 minggu aku kena ketumbit tu, dah 4 interview aku dah hadiri (masa tu aku terfikir, nape la dorang tak panggil la aku interview masa aku sihat)... Tapi, takpe, ade hikmah rupanya.

Sunday, April 11, 2010

Terkejut+Happy sangat-sangat bila projek-projek di Cameron Highlands dulu masuk Majalah 3 ...


"Terkejut, terharu & Happy sangat". Itulah perasaan ku apabila projek-projek hidroelektrik di Cameron Highlands dulu masuk Majalah 3 semalam...My mum siap msg aku lagi suruh tgk tv3. Cuma aku tersenyum sendiri apabila melihat "engineer-engineer" lain dalam tv tue... Biarpun mybe tak ramai orang yang tahu aku turut terlibat sebagai jurutera projek & bertungkus-lumus dalam pembinaan projek-projek itu, bagi aku, kepuasan diri adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan (untuk menyiapkan projek tue, diri terpaksa dikorbankan, mengenepikan nikmat kehidupan diri, memerah keringat, darah & membanting tulang, mengadai nyawa "bermain" dengan voltan tinggi sehingga 33kV-275kV, nikmat makan & tidur kerap dilupakan (berbulan-bulan aku kerap mengigau dalam mimpi, kawan aku cakap aku kerap bercakap dalam tidur, mcm sedang berbincang, berdebat & memberikan arahan), pernah keja sehingga seminggu, 24 sehari bekerja dalam terowong tu demi memastikan projek dapat disiapkan pada date-line kerana terdapat terdapat bermacam masalah besar yang sering datang tanpa kita duga, so kena sentiasa bersedia & mempunyai daya tahan mental & fizikal yang kuat.

Di stor kabel. Antara kabel-kabel vontan tinggi (275kV) yang berada di dalam pengawasan ku.

Dalam segmen Majalah 3 tu, aku sedari banyak bahagian-bahagian tertentu yang tidak dipaparkan kerana demi keselamatan negara. Apa sahaja maklumat mendalam berkenaan projek tersebut merupakan rahsia kerajaan peringkat pertama (tertinggi) mengelakkan daripada diketahui oleh musuh negara.
Pemeriksaan/audit kabel

Contohnya, jika musuh negara ingin menyerang negara, di manakah tempat yang akan diserang? Antara tempatnya ialah dengan mensabotaj sistem elektrik negara. Caranya biarlah aku rahsiakan sahaja. Maka, menjadi kepentingan rahsia tersebut terus disimpan & insyaAllah akan terus tersimpan sehingga mayat aku dikebumikan nanti, tidak sanggup aku mengkhianati negara yang tercinta ku ini. Masih terdapat beberapa dokumen & gambar rahsia yang masih tersimpan erat dalam simpanan rahsiaku(termasuklah dalam kepala ku) & aku bersedia jika TNB masih lagi memerlukan khidmat ku bila-bila masa.


Kontena yang berisi kabel-kabel lebihan projek (kable voltan tinggi) & pita tembaga yang bernilai ratusan ribu RM dalam jagaan aku. Kalau aku nak jual, bila-bila masa sahaja kalau nak rasa azab di akhirat nanti...

Biar pun sudah lebih 50tahun terowong tersebut dibina oleh British, tetapi aku amat kagum dengan keutuhannya setiap kali aku memasukinya. Binaan struktur dalaman terowong cukup gah & mengagumkan. Apabila dipaparkan di dalam TV3 nampak macam baru je hampir semua peralatan besar di dalam terowong projek-projek tersebut seolah-olah baru dipasang seperti penjana-penjana, kabel-kabel besar yang voltan tinggi, panel-panel baru, aku tersenyum sendirian.... (sape punye keja lagi kalau bukan _ _ _, itupun dengan izin Allah) ;-)

Syabas kepada pihak Tenaga Nasional Berhad...

Di hadapan pintu masuk terowong bawah tanah.


Hardy Boy : Sambungan post ini boleh diikuti pada post terdahulu "previous-job".



Friday, April 09, 2010

PERMATA YANG DICARI

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


hardy boy : Selalu dengar nasyid ni ...
Download:
FLVMP43GP



Download:
FLVMP43GP

Sunday, April 04, 2010

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol

Berkesempatan aku masuk mengajar dalam kelas 1hbApril 2010 nie, jam 8 pagi. Cadang nak bagi paper test, kuiz & assignment tapi tak sempat aku nak siapkan sebab beban keja makin bertambah-tambah. Masuk je kelas, aku baru teringat hari nie 1 April & apa agak-agaknya student aku yg nakal-nakal nie akan buat, adakah ada orang yang akan jadi mangsanya. Selepas hampir 2 jam aku mengajar, tetiba ada student bagitau aku kuat-kuat
"Encik, tolong Encik, Tolong buat 'spot-check'" dengan nada yang risau & takut.

Aku pun pelik la, apa hal pulak student nie bising.
"Kenapa nak buat spot-check?" aku bertanya
.

"Hanset saya ada orang ambil Encik!!!"
Aku pun tanye "Sapa yang ambil henset Shahril nie?".
Semua diam.


Ok, aku pun bagi ugutan kedua (biase la, student ni kena banyak guna pendekatan psikologi) .
"Selagi tiada siapa yang pulangkan hanset tu, kita takkan keluar kelas hari nie!!!"
Semua diam (aku dah agak dah, sure dorang takut & mengaku depan aku, sure kena blacklist ngan aku lebih-lebih lagi ade beberapa orang student kelas tu tertangkap meniru dalam test, bawa nota dalam henset, canggih betul!!! Tapi kes yang tu dah selesaikan dah.Hukuman telah dijatuhkan ..hahaha..padan muka.. sebagai pengajaran & untuk mendidik).

Nampak macam tak menjadi. So aku teruskan dengan ugutan kedua.
"Kalau tak ade orang yang mengaku, sekarang kita akan buat air tawar, kita buat air Yassin, kita pakat bace Yassin ramai-ramai, lepas tu setiap orang dalam kelas tu kena minum air tu. Sapa yang mencuri hanset tu kita doakan semoga perut dia berulat, kembong & jadi busung,SANGGUP?!!
(hahaha, kejamnya aku, tapi cuma ugutan je & nak memainkan student-student aku yang nakal nie).


Lepas tu dah nampak dah beberapa orang dok keluar masuk kelas aku,hahaha, tau pun gelisah. Dalam ramai-ramai tu, aku dah jupe dah orang yang disyaki, memang tak tentu hala dia dalam kelas tu...hahaha... (member baik dia sendiri yang kenakan rupenye, siap berpakat satu kelas. Kesian mangsa tak tenteram duduk...).
Bila aku dah dapat agak dah sape suspek. Aku pun bagitau la si mangsa
"Barang yang lepas janganlah dikenang" (macam lagu P.Ramlee tu). Kemudian gelak besar satu kelas....

Ooo.. dorang buat APRIL FOOL ye....
So, dikesempatan tu aku pun berceritakan kepada student-student ku


"Tahukah kamu semua sejarah APRIL FOOL?"

Semua student cakap "Tak tahu...".

"APRIL FOOL nie ade kaitan dengan sejarah hitam & menyayatkan hati Umat Islam....& termasuklah kisah Valentine Day ;-( "
Aku mula menceritakan sejarah tersebut walaupun aku sedang mengajar subjek Elektrik...

Makam Sultan Salahuddin Al-Ayubi

____________________________________________________

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol
(dipetik daripada halaman internet :http://www.mykhilafah.com/)