MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, MOTIVATION, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, February 19, 2010

CINTA & PERKAHWINAN


Setelah aku bace blog Cik Halijah tadi, aku teringat sebuah buku. Baru-baru ni aku ade bace satu buku berkenaan cinta. Tajuk buku "Tentang Cinta". Dalam buku tu banyak menerangkan tentang Cinta dan Perkahwinan. Bila aku baca-baca balik, senang hendak bercinta tetapi untuk berkahwinan merupakan suatu amanah yang besar & banyak lagi ciri-ciri dalam check list tu yang aku belum ade tapi aku akan cube pelahan-lahan adekan.


Dalam buku tu aku tertarik dengan satu kisah (tapi aku lupa la nama tokoh tu). Dua soalan yang ditanya oleh muridnya, apakah maksudnya CINTA dan apakah maksudnya PERKAHWINAN.


Nama tokoh barat tu tersebut Socrates dan anak muridnya Plato..(kalau tak silap la..).


Seorang pelajarnya bertanyakan kepadanya apakah itu cinta. Maka gurunya mengarahkan pelajar tersebut masuk ke dalam hutan tebal dan memilih dahan pokok yang paling cantik. Maka pelajar tersebut masuk ke dalam hutan. Tidak lama kemudian pelajar tersebut keluar tetapi tanpa membawa apa-apa dahan bersamanya.

Maka, gurunya bertanya, "DI MANAKAH DAHAN YANG AKU MINTA KAMU MENCARINYA?".

Maka pelajar tersebut berkata, "SEMASA DI DALM HUTAN TADI, AKU TELAH TERJUMPA SEBATANG DAHAN YANG CANTIK DAN MENGAMBILNYA. SETELAH BERJALAN BEBERAPA KETIKA AKU TERJUMPA LAGI DAHAN YANG AKU FIKIRKAN LEBIH CANTIK, MAKA AKU TERUS MENINGGALKAN DAHAN TADI KERANA YAKIN AKAN ADA LAGI DAHAN YANG LEBIH CANTIK DI HADAPAN NANTI. KEMUDIANNYA, SEMAKIN JAUH AKU BERJALAN SEMAKIN BANYAK DAHAN-DAHAN YANG LEBIH CANTIK KU TEMUI TETAPI AKU MASIH TIDAK MENGAMBILNYA KERANA AKU YAKIN DIHADAPAN NANTI AKAN ADA LAGI DAHAN YANG TERBAIK. RUPA-RUPANYA, SEMAKIN JAUH AKU BERJALAN, SUDAH TIDAK KU TEMUI LAGI DAHAN YANG TERBAIK SEHINGGALAH AKU KELUAR DARIPADA HUTAN SEBELUM AKU SEDAR RUPA-RUPANYA DAHAN YANG TERBAIK YANG AKU TEMUI TELAH JAUH KU TINGGALKAN DAN SUKAR KU UNTUK BERPATAH BALIK.

Maka gurunya memberitahu bahawa, itulah yang dinamakan CINTA. Semakin kita mencari, semakin kita temui cinta, tetapi adakah CINTA yang kita temui itu adalah yang terbaik dan adakah ada lagi CINTA yang lebih baik akan kita temui lagi nanti....


Kemudian pelajar tersebut bertanya apakah maksudnya PERKAHWINAN?

Maka gurunya mengarahkan pelajar tersebut masuk ke dalam hutan tebal itu lagi kemudiaanya membawa keluar sebatang pokok yang terbaik...

Pelajar tersebut masuk ke dalam hutan. Kemudiaannya, pelajar tersebut keluar dengan membawa keluar sebuah pokok. Maka gurunya bertanya, "MENGAPA KAMU MEMILIH POKOK INI?".

Jawab pelajar tersebut, "SETELAH MELIHAT POKOK INI, AKU RASAKAN POKOK INI TIDAK LA TERLALU CANTIK TETAPI BAGI KU POKOK INI TIDAK LA TERLAMPAU BESAR, TIDAK TERLAMPAU KECIL, DAUNNYA TIDAK TERLALU MERIMBUN, AKARNYA TIDAK TERLAMPAU PANJANG ATAU PENDEK. AKU RASAKAN POKOK INI ADALAH POKOK YANG TERBAIK BUAT KU SERTA SESUAI UNTUK KU BAWA KELUAR BERSAMA KU MENGHARUNGI HUTAN TERSEBUT YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN ONAK DURI INI".

Guru tersebut berkata, "ITULAH MAKNANYA PERKAHWINAN DAN POKOK TERSEBUT MERUPAKAN PASANGAN KITA. PASANGAN YANG KITA PILIH TERSEBUT PERLULAH SESUAI SUPAYA DAPAT MENEMANI KITA SEPANJANG HIDUP INI".


Menurut Islam, Nabi SAW menggalakkan supaya memilih pasangan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Beragama
  2. Berakhlak mulia
  3. Beradab
  4. Mempunyai harta dan keturunan mulia

p/s : Adakala kita nie terlalu cerewet dalam memilih pasangan yang terbaik tapi kita lupa, untuk mendapat ciri-ciri yang kita inginkan tu, ciri-ciri tersebut perlu la kita adakan pada diri kita sendiri terlebih dahulu.hehehe. Jadi, ukurla baju di badan sendiri....

Dalam memilih pasangan hidup pula, bukannya suatu perkara yang boleh dipandang sambil lewa ataupun main serkap jarang je sebab menurut kajian daripada seorang pakar perunding motivasi yang aku minat(hehehe), sebelum kawin kita hanya mengenali 30% sahaja daripada diri pasangan kita, 70% selebihnya baru akan kita kenali hanya selepas kawin. Untuk memilih pasangan hidup, yang penting adalah agamanya kerana suami yang beragama akan menunai tanggungjawab sebagai suami dan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin kerana takutkan azab daripada-Nya. Suami perlu menjadi pemimpin serta pembimbing umpama nakhoda keluarganya. Manakala, jika isteri yang beragama akan menjalankan kewajiban sebagai isteri dengan sebaiknya selaku permaisuri kepada rajanya serta membimbing anak-anaknya berlandaskan kepada ajaran Islam.

Aku teringat kata-kata seorang pensyarah aku dulu, Tuan Haji Ali. Katanya, dalam kehidupan berumah tangga pula, adakalanya mungkin kita akan terdetik betapa menyesalnya kita berkahwin dengan pasangan kita itu dan kita telah tersilap membuat pilihan (mungkin ketika menghadapi krisis dan pada ketika itu la Iblis akan mengambil setiap inci peluang yang ada untuk memecah belahkan rumahtangga tersebut). Tetapi kita perlu sedar, Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang paling sesuai dengan diri kita yang mana mungkin hanya DIA yang lebih mengetahui. Jika kita berkahwin dgn pasangan yang lain, mungkin kehidupan kita tidak akan sebahagia seperti ketika itu.

moral of the story : Jodoh, ajal dan pertemuan telah ditentukan Ilahi. Yang penting berusaha, doa dan bertawakkal. Rujuk http://www.utusan.com.my-Bicara_Agama

 




update :

Sila klik link berikut, entry ini bersambung pada entry saya seterusnya perlu-cerewet-ke-untuk-memilih-pasangan?
 (^_^)

Artikel saya berkenaan tajuk "CINTA & PERKAHWINAN INI"-
>>>Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM
 >>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
>>> RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR

2 comments: