MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, July 28, 2010

~Minggu Suai Kenal + My new students~


MY PROFILE

#CiterTentangDiriSaya Tahun 2010

~MINGGU SUAI KENAL + MY NEW STUDENTS~



Tak lame lagi dah masuk bln 8, angka yang aku paling suke selain drp angka 3, 5 dan 7 (dan juga selain warna biru, merah, hitam dan putih)..hahaha..

Kenapa?
Kerana angka 08-08-83 merupakan tarikh aku dilahirkan...


08-08-06 (Selasa) aku dah tiba di Batu Pahat, celebrate ngn my beloved parent sebelum menerima sijil konvokesyen degree pada 09-08-06.

08-08-07 (Rabu) aku celebrate kat site Cameron Highlands dgn balik pkl 7ptg sambil pening-pening selesai problem-problem kat site.



Site Cabin





















HV cable laying works in progress

08-08-08 (Jumaat) aku dapat surprise party daripada classmate Master selepas rehearsal program, siap kena simbah air minum kat KFC dgn member-member perempuan (kelas aku perempuan 19, lelaki 4 orang)... Ganaz juga korang nie...


Selepas selesai rehearsel workshop program master

KFC Parit Raja

08-08-09(Sabtu) aku menerima sijil masters degree juga di Batu Pahat...

Terima sijil daripada Sultan Johor.

08-08-10(Ahad) nampaknya aku celebrate sorang-sorang kat Tawau..huhuhu....



Kalau orang cina cakap, angka 8 nie bawa tuah.



Leo

Kalau orang putih pulak cakap bulan 8 (Ogos) nie berbintang Leo (singa),
(tapi aku sukakan harimau.hehe)....

Tuesday, July 20, 2010

Temuduga SPP - Aku Sepatutnya Posting di Politeknik?!!

TIPS TEMUDUGA SPP

{Sambungan daripada entry terdahulu panduan-mencari-kerja-untuk-fresh}.

14 hb lepas, akhirnya kitorang dipanggil untuk diinterview SPP. Alhamdulillah, selepas berbulan-bulan menunggu…

Airport Kota Kinabalu
Lokasi : Wisma BSN, Kota Kinabalu.

Bagi saya, nie pengalaman interview saya yang ke-10 (termasuklah interview- interview masa mintak keja dulu. Selepas interview yang ke-6, baru la saya mula bekerja)
tetapi rase berdebar tu tetap ade sbb aku nie mmg lemah sikit bab-bab isu semasa.hahaha. Kalau interview kerja dulu, kita cakap je ape-ape tentang hal teknikal sampai orang tu berkenan nak amik kita kerja. (^_^).


Biasenya soalan setiap temuduga kerja dulu, selepas beberapa kali diinterview, saya dapati semua soalan lebih kurang sama jer (kebanyakannya soalan perangkap sebab nak uji diri kita + kena speaking in English walaupun syarikat tu syarikat melayu) spt..

Soalan sesi 1:

Friday, July 09, 2010

Dilemma - Either Kolej Komuniti Tawau, UiTM Shah Alam or Kolej Komuniti in Kelantan. Will my dream come true?

Dah berminggu-minggu aku memikirkan nak apply ke tak, father in-law dah byk kali tanye "Dah apply ke belum?". Berat jugak nak buat keputusan, sayang jgk nak meninggalkan kolej nie. Dapat plk boss yang aku cukup respect termasuklah memahami, cukup low-profile.

Sehingga kini, dalam ramai-ramai boss-boss yang aku pernah berkhidmat/kenal, bagi aku boss aku sekarang nie yang paling aku hormat, susah nak dapat macam nie. Kekadang boss aku nie tak kisah sangat bergaul dengan orang bawahan, g minum sama-sama, senang untuk berunding, selalu mengambil berat dan menjaga para pensyarah & para pelajar, kalau nak jumpa pun tak perlu ikut prosedur kena jumpa orang lain dulu & macam-macam lagi... Tenaga kerja kat sini pun ramai, kerja pun takde la stress mcm dulu, 4.30ptg dah bole balik (kalau dulu pkl 10mlm baru balik rumah). Bila dapat boss yang memahami nie, rase nak berkhidmat dgn ikhlas & seronok bekerja tu dtg dengan sndiri tanpa fikirkan ganjarannya. Kalau ade masalah pun, boss sudi menjadi pendengar yang setia. tapi, ade senior cakap, klu kerja kerajaan nie, walaupun kerja kuat sekali pun, jgn harapkan ganjaran krn memang susah nak dpt. Ade beberapa kawan sekerja tegur aku, jgn la bawa cara kerja di bidang swasta dulu ke dalam kerja sekarang.

Tapi, nthla, kekadang rase seronok bila kita rase enjoy dgn kerja tersebut, biarla Tuhan sahaja yang membalasnya. Kenangan yang tak dapat dilupakan di tempat kerja sekrang nie, pernah kena kurung dlm kolej, aku blk takla lambat sgt, baru pkl 5.50ptg tapi bile kluar, tau-tau security guard dh kunci dah pintu..adusss... Masa di swasta dulu, kebanyakan staf biasenya balik lambat, syarikat dah macam rumah, cukup selesa, siap ade peti ais yang penuh dgn makanan, makan je puas-puas kalau terasa lapar, kalau nak minum g je pantry buatkan air (nescafe, gula & roti semua dah disediakan) takpun suruh je S/U tolong buatkan..hahaha..

Kalau tensen, gi je tingkat paling bawah, ade bilik karaoke, nyanyi la puas-puas asalkan tak ganggu sapa-sapa.. Tak pun, tgk je astro or main PS sampai puas. Nak mandi, bilik air dah ade siap dgn shower skali..Best, seronok sangat. Tapi, nape special sangat yang boss sediakan? Sebabnya, normal la klu kitorang diminta bermalam di pejabat sampai esok pagi sebab nak kena siapkan kerja yang berlambak-lambak yang perlu di hantar secepat mungkin. (Kalau disesetengah syarikat besar yang lain mcm Shell or Exxon-Mobile, jangan terkejut la kalau ternampak ade sleeping bag di bawah meja dorang).Tapi, itu dulu....


Masa kolej cuti 5 hri hari tu(Jumaat-Selasa), 3 hari aku berkampung dlm blk exam siapkan kerja exam, drp pagi smpai 5 ptg, tanpa keluar makan, rase excited nak siapkan kerja exam yang berlonggok-longgok, malas & tensen dah nk tangguh-tangguh, memang kena push diri sampai maximum... Kalau siapkan kerja last-last minute, sure byk lagi la problem nnti. Akhirnya, bila siap terasa lega mcm lps byr hutang rm1000..hahaha. Alhamdulillah, masa exam hari tu, satu paper je ade pembetulan.... Lepas je cuti 3 hari tu, bila kolej dah mula buka kembali, aku dah malas dah dengar perkataan exam, terasa fobia..hahaha..


Aku nie jenis takleh dok diam sebab aku paling tak suka perkataan "boring" (ade beberapa staf siap cakap dorang dah "boring" bertahun-tahun dorang mengajar/buat menda yang sama, so ade alasan la dorang escape berbanding staf lain. Bagi aku, dorang sendiri yang kena hilangkan "boring" tu mcam cuba untuk sumbangkan sesuatu untuk kolej, student atau diri sendiri mcm terbitkan buku/modul/power point sendiri untuk digunakan oleh staf-staf lain ke or terlibat dengan lebih aktif dlm kolej sebab istilah "boring" bermaksud dorang dah "expert" la dengan modul tersebut ..hahaha. Gaji pun setiap tahun bertambah-tambah, tak pernah kurang pun.. (^_^)...

Tapi kekadang aku pelik, golongan jenis nie plak kekadang bila diberikan tugasan baru yang lagi susah @ luar daripada kebiasaan dorang, alasan dorang bagi
"tak mau la sebab tak tau, tak biasa@ tak pandai takpun ade hal keluarga.." Ape dah, klu tak pandai, kena la belajar sebab kate tadi
"boring".... Tapi bagi aku, yang tu cuma 2-3 orang jer daripada berpuluh-puluh staf yang aku cukup respect sebab masing-masing memang memberikan komitmen yang cukup tinggi & terbaik untuk ape-ape tugasan yang diberikan, "perfect wa cakap lu".... Ape yang aku membebel tadi sebenarnya untuk aku nasihatkan diri sndiri & cabar diri sendiri sebab aku nie bukan bagus pun..hahaha...


Kita kena pikir la ape yang nak dibuat sebab kita sendiri yang kena warnakan hidup kita nie sama ada hitam, putih, satu kaler atau warna warni, sampai ade beberapa member aku pelik tgk aku bz semacam jer tak macam dorang (Aku pun cakap, aku pun tak tau nape aku bz tak macam dorang, mybe sebab modul sem lepas aku kena cari nota sndiri kot, cam dorang dah ade nota mengajar dah..hahaha...).


Pastu, dapat plk bad news yang permindahan KPM & Kolej Komuniti dibekukan. Aduss...


Akhirnya, decision have been made walaupun ade risiko... Alhamdulillah, selepas berhempas-pulas memikirkan strategi nak tukar kolej, akhirnya dah dpt pelepasan my big boss walaupun berat dia nk lepaskan. Ape taknye, tengah kolej aku pening-pening nak tambah lecturer, untuk lektrik jer nak tambah lagi 8, suka-suka hati jer aku g jupe boss ckp nak minta transfer, dah la byk jawatan yg aku pegang tambah plk yang terbaru, pensyarah kelas. Boss plk siap tanye bila Jawatankuasa Penyelidikan nak mula (tengah pikir la skrang nie, insyaAllah akan run as soon as possible) .....



Tempat yang diapply (ade contact suruh minta tukar, ade kekosongan katenye, klu dpt nnti dorang akan tolong uruskan urusan transfer tu, dah hntar contact la dorang nnti)...

i) UiTM Shah Alam
ii) Kolej Komuniti somewhere in Kelantan....

Ayat kesian aku bgtau boss, "Kalau saya apply pun, belum tentu dapat, mybe 1% jer kot peluang"..huhuhu...


Boss siap cakap, "UiTM tu memang tangah nak pakai orang sekrang nie, tapi ape-ape akibatnya nanti kalau awak kena tanggung sendri ye sebab melanggar kontrak."


hardy boy : Contact tu cakap kat saya takpe, nnti sebab under still under KPT.. (ape-ape pun, tgk la camner lepas nie, dah settle document semua baru la bole plan langkah seterusnya dgn KPT plk...)..


My mother to my sister in law plk, KSU di SPP,tapi rasenye belum masanye lagi gunakan contact yang tu, malu la asyik nak gantung kat orang jer, lgpun bkn aku knl lg pn..huhuhu..

Sampai sekrang, aku pun decide takyah pikir lagi nak tukar or x, melainkan setelah dapat confirmation drp KPT, tunggu je la jawapan dorang lebih-lebih lagi sekrang nie negara pun tengah menghadkan peruntukan kewangan...
Kalau apply pun, belum tentu dapat pun ;-P


Friday, July 02, 2010

Untuk Suami/Bakal Suami


hardy boy : Dipetik daripada email yang dihantar kepada aku...

________________________________________________________________


Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Suami isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah Magic David Copperfield bila tiba-tiba bila kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi-curi membuka wallet untuk memeriksa "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi isteri kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

KASIH IBU

hardy boy : Post nie aku copy and paste from satu website...

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah.

Terima kasih saudara yang menghantarkan email yang telah dibaca beliau ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu sehingga ramai yang menitiskan air mata ketika itu.



SURAT DARIPADA ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....